Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PROGRAM KEM KEPIMPINAN REMAJA SEJAHTERA

QUE TEKS

Mohon perhatian, Majlis Perasmian Kem Kepimpinan Remaja


Sejahtera akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Diminta kepada
PENGUMUMAN semua hadirin untuk duduk dalam keadaan tertib dan selesa.

Mengumumkan ketibaan dif-dif kehormat berarak masuk ke dalam


dewan. Hadirin mohon untuk berdiri.
KETIBAAN DIF²
KEHORMAT

======Perarakan Masuk======

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi mengalunkan Asma ul-Husna,


Lagu Negaraku & Lagu Negeri Kedah.

*ALUNAN ASMA UL-


HUSNA, LAGU ======Nyanyian======
NEGARAKU DAN LAGU
NEGERI KEDAH (POT
Hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Sirih berlipat sirih pinang,

& Sirih dari Pulau Mutiara,

MAKLUMAN Pemanis kata Selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria

Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Kedah

1
Yang Berusaha, Ustaz Mohd Syamil bin Omar

Pengarah program Kem Kepimpinan Remaja Sejahtera

Seterusnya, ahli jawatankuasa penggerak program, hadirin dan


hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat


sama-sama kita berkumpul di dalam majlis yang penuh bermakna ini,
iaitu Kem Kepimpinan Remaja Sejahtera bagi sesi 2022/2023.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Kem Kepimpinan Remaja Sejahtera yang julung-julung kalinya


diadakan ini, dianjurkan oleh Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK)
dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri
Kedah.

Program ini diadakan selama 2 hari bermula pada 18-19 Disember


2022 dengan pelbagai pengisian menarik yang dapat membina nilai
kepimpinan dan sahsiah dalam diri para pelajar.

Antara tujuan program diadakan ialah untuk melatih dan membentuk


kepimpinan dalam diri pelajar yang mempunyai jati diri dan sahsiah
terpuji. Dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkaliber dan
berwawasan tinggi sebagai pelapis kepada kepimpinan negara. In
Syaa Allah.Selain antara tujuan lain untuk memperkenalkan Kelab
Remaja Islam Kedah (KRISK) sebagai salah satu wadah kepada
remaja dalam membentuk modal insan berkualiti dan seterusnya
menjadi platform kepada para remaja untuk mengeratkan hubungan
sesama rakan yang berlainan tempat pengajian.

Petik Kenanga indah disemat,

BACAAN DOA Gubahan di olah bawa berangkat,

2
Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh barakah ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh Saudara….

Majlis dengan ini, mempersilakan.

======Bacaan Doa=====

Amin-amin ya Rabbal ‘Alamin, majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada Saudara atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
pada hari ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkatNya.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Yang Berusaha, Ustaz Mohd Syamil bin Omar, Pengarah program
Kem Kepimpinan Remaja Sejahtera untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.


UCAPTAMA

PENGERUSI
======Ucaptama=====

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Syamil bin Omar,
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN

PERASMIAN Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami,

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

3
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia,
Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria, Pengarah Yayasan Dakwah Islam
Malaysia (YADIM) Negeri Kedah untukk memberikan ucapan
sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan.

======Ucapan Perasmian=====

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada


Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria di atas ucapan serta perasmian
program Gathering Mahasiswa Padang Terap pada hari ini.

PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria

SIJIL Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Kedah

HADIAH diiringi Ustaz Syamil bin Omar untuk menyampaikan sijil penghargaan
dan hadiah kepada wakil sekolah. Dipersilakan.

Bagi acara yang pertama, acara……………….

Ketiga :

Kedua :

Juara :

Acara yang ke-2, acara……………….

Ketiga :

Kedua :

Juara :

4
======Penyampaian Sijil=====

======Penyampaian Hadiah=====

======Tamat Penyampaian Hadiah=====

Majlis seterusnya menjemput Ustaz Syamil bin Omar untuk


menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria
dan Ustaz Syamil bin Omar di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN
CENDERAHATI

PENUTUP Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang jelita,

Andai tersilap tutur bicara,

Jari disusun maaf dipinta.

Akhir kalam, majlis merakamkkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Mohd Aizat bin Zakaria dan para tetamu jemputan
serta seluruh ahli jawatankuasa dan semua pihak yang telah terlibat
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan program ini. Saya mewakili jawatankuasa penggerak
program menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika
sekiranya terdapat kekurangan dan kekhilafan sepanjang program ini
berlangsung. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang
itu datangnya dari kekurangan diri saya sendiri. Sebelum menutup

5
majlis, Izinkan saya mengakhiri ucapan dengan 2 rangkap pantun.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Saya sudahi dengan, Wabillahi Taufik wal Hidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita tangguh majlis pada hari ini dengan tasbih kafarah dan surah al-
Asr.

Dijemput pengarah program mengiringi dif-dif kehormat ke dewan


makan untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai