Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN KEM JATI DIRI PENGAWAS


Alu-aluan
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam satu Malaysia.
Yang berbahagia,
Ustaz Muhammad Nuruddin B Amirudin, selaku penceramah
jemputan dari UWAis Followership Academy, Kepala Batas,
Yang dihormati,
Tn Hj Jaafar Bin Ahmad, Guru Besar SK Taman Mutiara,
Yang berusaha,
Ustaz Shukeri Bin Ibrahim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Guru-guru Unit Disiplin, Kaunseling dan Pengawas,
Dan
Barisan Pengawas SK Taman Mutiara bagi sesi 2016 yang
dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah


rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini bagi meraikan Majlis
Perasmian dan Penutupan Kem jati Diri Pengawas bagi tahun
2014.
Bacaan doa

Dari Perlis puspa ku mohon,


Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, saya

mempersilakan ________________________________,
_______________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih
kepada ___________________________________________________ atas
bacaan doa tadi.
Sebelum meneruskan acara, untuk makluman hadirin sekalian,
Kem Jati Diri Pengawas ini telah dijalankan bermula pada jam
8.00 pagi ini, dengan penglibatan seramai _____ orang
pengawas daripada Tahun 2 hingga 6 SK Taman Mutiara
Kem Jati Diri ini dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil
serta memupuk keperibadian pemimpin dalam setiap peserta.
Ucapan aluan

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tustaz Shukeri
Bin Ibrahim , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan,

*****
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas ucapan dan amanat yang disampaikan
sebentar tadi.
Ucapan
Perasmian

Para hadirin sekalian,


Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Seterusnya, bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini,


majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tn
Hj Jaafar Bin Ahmad , Guru Besar SK Taman Mutiara untuk
menyampaikan ucapan, dan seterusnya merasmikan Majlis
Perasmian & Penutupan Kem Jati Diri Pengawas.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*****

Bacaan ikrar
pengawas

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar di atas kesudian tuan ,merasmikan majlis ini .
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Pengawas oleh
peserta-peserta Kem.
Untuk itu, dipersilakan adik______________________________,Ketua
Pengawas SK Taman Mutiara bagi mengetuai bacaan ikrar
pengawas.
******
Terima kasih _______________________________.

Penyampaian
sijil kepada
peserta

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian


sijil penyertaan kepada para pengawas.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Tn Hj Jaafar Bin Ahmad diiringi oleh Ustaz
Shukeri Bin Ibrahim untuk menyampaikan sijil kepada para
peserta Kem Kepimpinan Pengawas 2016.
Majlis mempersilakan.
Dimulakan dengan.
.........................................
Terima kasih Tn Hj Jaafar atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian
Cenderamata

Seterusnya,
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan sekali
lagi Tn Hj Jaafar, Guru Besar SK Taman Mutiara untuk
menyampaikan cenderahamata kenang-kenangan kepada
penceramah kita iaitu Ustaz Muhammad Nuruddin B Amirudin ,

Majlis bersurai

*****
Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut.
Dengan penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi,
maka dengan itu berakhirlah sudah Program Kem Kepimpinan
Pengawas SK Taman Mutiara pada kali ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf dipinta.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Pihak majlis mempersilakan semua hadiri ke ________________


untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.
Untuk itu,
Sekian sahaja daripada saya
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah
matullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai