Anda di halaman 1dari 1

TEKS GIMIK PERASMIAN

Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini,
marilah kita sama-sama saksikan satu gimik simbolik perasmian
kejohanan sukan sekolah pada tahun ini.

Dijemput YDP PIBG SK Sementa iaitu En. Abdul Aziz diiringi oleh Guru
Besar SK Sementa ke bawah kemah untuk menyaksikan gimik khas ini.

Baiklah hadirin semua, gimik perasmian ini berkisarkan acara larian 4 x


50 meter yang dianggotai oleh 4 orang peserta. Jika semuanya telah siap
sedia, marilah kita sama-sama saksikan.

Acara dimulakan: (Hon dibunyikan)

Peserta pertama dilepaskan, berlari menyerahkan batton kepada


peserta kedua.

Peserta kedua berlari dengan pantas menuju peserta ketiga.

Peserta ketiga pula berlari dengan penuh semangat seterusnya


menyerahkan batton kepada peserta terakhir.

Dan peserta terakhir memecut dengan laju ke garisan penamat


bersama batton kejohanan.

Peserta terakhir membawa batton kejohanan seterusnya menyerahkan


kepada YDP PIBG En. Abdul Aziz seterusnya menggunakan batton
kejohanan tersebut untuk menyala api didalam kawah khas.

Penyalaan api itu tadi adalah sebahagian daripada tradisi dan simbolik
kepada Sukan Olimpik iaitu sukan antarbangsa yang diadakan setiap 4
tahun.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En. Abdul Aziz dan Guru
Besar SK Sementa Pn Rosnani kerana menyempurnakan acara gimik
pelancaran sukan sekolah itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai