Anda di halaman 1dari 7

ATUR CARA PENTADBIRAN

MAJLIS GRADUASI
SMK DATO’ USMAN AWANG, JOHOR BAHRU

TARIKH : 23 OKTOBER 2016


TEMPAT: HORIZON HILL

MASA SKRIP PENGACARA CATATAN


12.30 tgh Pelajar mengambil tempat
12.45 tgh Juruacara : MC
Hanif
Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha En.
Hasan Bin Abd Rashid, Pengetua SMK Dato’ Usman
Awang diiringi oleh Yang Dihormati YDP PIBG En.
Kamaruddin Deo Bin Abdullah serta guru-guru
Tuan Amzi
Gagah melangkah bak pahlawan (Gamelan dimainkan) 
Cekalnya hati memberi harapan *Gamelan berhenti apabila
Onak dan duri sebagai teman semua guru duduk
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara 

12.50 tgh Juruacara : MC


Emilia
Hadirin hadirat yang dihormati,

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua Tuan Amzi
hadirin diminta berdiri. (Lagu-lagu dimainkan)

(Semua berdiri)

1.00 tgh Juruacara : MC


Hanif
Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan 

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama


kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan Pembaca Doa
agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis Ahmad Abqari
dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Ahmad
Abqari Bin Mohd Fadzil untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilaknn.

(Bacaan doa) 

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan jutaan terima


kasih kepada saudara Ahmad Abqari Bin Mohd Fadzil di
atas pimpinan bacaan doa itu tadi. 
Juruacara : MC
Emilia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Jajaran mengkudu di selang bidara


Di celah angsana meredup di hutan 
Awal bismillah pembuka bicara 
Majlis gemilang kita raikan 

Yang Berusaha, En. Hasan Bin Abd Rashid,


Pengetua SMK Dato’ Usman Awang,

Yang Dihormati En. Kamaruddin Deo Bin Abdullah,


YDP PIBG SMK Dato’ Usman Awang,

Yang Dihormati En. Abd Razak Bin Abd Karim,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En. Mohd Ayob Bin Abd Wahab,


Penolong Kanan HEM,

Yang Dihormati Pn. Safurah Binti Othman,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Pn. Norhayati Binti Latip,


Penolong Kanan Petang,

barisan guru-guru kanan,


guru-guru
seterusnya graduan yang diraikan sekalian

1.15 tgh Juruacara : MC


Hanif
Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi.

Majlis mempersilakan En. Hasan Bin Abd Rashid,


Pengetua SMK Dato’ Usman Awang mengisytiharkan
tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis
graduasi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pengetua membuat pengisytiharan) 

Pengetua :

Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi  (Gong dimainkan kuat


sebanyak 3 kali)
“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Hasan
Bin Abd Rashid, Pengetua SMK Dato’ Usman Awang
dengan ini mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi
SMK Dato’ Usman Awang 2016. Tujuannya untuk
memberi pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada
putera dan puteri SMK Dato' Usman Awang yang berjaya
menamatkan pembelajaran selama 5 tahun di sekolah ini” 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada En.Hassan Bin Abd Rashid,
Pengetua SMK Dato’ Usman Awang atas pengisytiharan
tujuan majlis dan mengisytiharkan pembukaan majlis
graduasi sebentar tadi. 
Juruacara : MC
Emilia
SMK Dato’ Usman Awang tersergam indah
Dari jauh tampak berseri
Bangunan lama dan baru berganding megah
Pepohon palma berbaris-baris
Pepohon rendang berbanjar-banjar
Dewan A tempat penyatuan
Pentas utama penyaksian anugerah
Para graduan segak menawan
Memakai jubah indah dan tampan
Tersenyum bangga menerima watikah
Hari ini yang penuh keramat
Segala usaha berjuta hikmat
Kepada graduan kami pertaruhkan
Selautan hasrat segunung harapan 

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung


penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada
semua para hadirin di atas kesudian meluangkan masa,
bersama-sama kami dalam menjayakan majlis graduasi
pada kali ini. Semoga dengan kehadiran kalian dapat
menyuntik bara semangat kepada para bakal graduan
bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM tahun 2016. 
Juruacara : MC
Hanif
Hadirin hadirat yang dimuliakan, 

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi


daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri SMK
Dato’ Usman Awang yang berjaya menamatkan
pembelajaran di alam persekolahan selama 5 tahun di
sekolah ini, Seramai ……….. orang pelajar tingkatan 5
akan di graduasikan sebentar lagi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi tahun 2016 ini diraikan khusus untuk


putera puteri SMK Dato’ Usman Awang sebagai
perangsang kepada mereka untuk mencapai kejayaan
dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya
dalam bidang akademik. Majlis ini juga diharapkan mampu
mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah kepada kalian.
Diharapkan ia dapat dijadikan obor semangat untuk
menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari
mendatang. 

Kepada putera puteri SMK Dato' Usman Awang, di harap


sentuhan majlis ini juga dapat membuatkan anakanda
putera dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMK
Dato' Usman Awang. Kami berharap, anakanda putera
dan puteri dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada
bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar
mengakhiri sesi persekolahan di SMK Dato' Usman
Awang. 
Juruacara : MC
Emilia
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang


Berusaha Tn. Pengetua SMK Dato' Usman Awang, En.
Hasan bin Abd. Rashid, untuk menyampaikan ucapan dan
amanat. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan.

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan 

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh


Tuan Pengetua SMK Dato' Usman Awang, En. Hasan bin
Abd. Rashid. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas ucapan dan amanat
itu tadi. 

1.25 tgh Juruacara : MC


Hadirin hadirat warga dewan sekalian, Hanif

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil


graduasi kepada putera-puteri SMK Dato' Usman Awang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.


Hasan bin Abd. Rashid untuk menyempurnakan Jawatankuasa Sijil
penyampaian sijil graduasi diiringi oleh guru tingkatan.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima


anugerah sijil graduasi kepada 137 orang pelajar SMK
Dato' Usman Awang.

Majlis mempersilakan penerima sijil graduasi dimulakan Tuan Amzi


dengan penerima: (Gamelan dimainkan) 

(Baca nama Penerima)

Hadirin dan hadirat majlis diteruskan dengan


Penyampaian Anugerah kepada pelajar yang memperoleh
markah terbaik dalam Mata Pelajaran.
Majlis mempersilakan En. Abdul Razak bin Abdul Karim
Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi tuan
pengetua.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada


pelajar terbaik aliran Sains dan Sastera

(Baca nama Penerima)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian anugerah-


anugerah dan sijil-sijil graduasi yang telah disempurnakan
oleh Tuan Pengetua.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah dan
sijil-sijil.
Juruacara : MC
Hanif
Cantik jambangan bunga disusun,
Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung. 

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan


terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja Majlis
Graduasi tahun 2016 yang bertungkus lumus dari mula
hingga ke akhirnya.. 

Pulau Pandan Jauh di tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Hari ini bertanam jagung


Hari esok bertanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai 

3.00 ptg Juruacara : MC


Emilia
Pengisytiharan penangguhan majlis Graduasi SMK Dato'
Usman Awang Tahun 2016.

Majlis mempersilakan En. Hasan Bin Abd Rashid,


Pengetua SMK Dato' Usman Awang mengisytiharkan
penangguhan Majlis Graduasi Tahun 2016. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Pengetua :

(Pengetua membuat pengisytiharan) 

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Hasan


Bin Abd Rashid, Pengetua SMK Dato' Usman Awang
dengan ini mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi
SMK Dato' Usman Awang tahun 2016”. 

(Gong dipalu kuat 3 kali) 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Hasan Bin Abd Rashid dan barisan tetamu kehormat yang
hadir pada hari ini.
3.05 ptg Juruacara : MC
Hanif
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Graduasi SMK Dato'


Usman Awang tahun 2016.
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata, marilah kita hayati 

Gurindam Dua Belas Pasal Yang Kelima: 

Jika hendak mengenal orang berbangsa,


lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Banyak keluk ke penarik, MC


Keluk tumbuh pohon kuini; Emilia
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala


keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang
majlis ini berlangsung.

Hadirin hadirat yang dihormati, Tuan Amzi


(Lagu-lagu dimainkan)
Tirai majlis akan dilabuhkan dengan sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku. Semua hadirin diminta
berdiri.

(Semua berdiri)

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.... 

3.10 ptg Juruacara : MC


Hanif
Mengumumkan perarakan keluar Yang Berusaha, En.
Hasan Bin Abd Rashid, para jemputan dan guru-guru. Tuan Amzi
(Gamelan dimainkan) 
Warga dewan diminta berdiri.
Juruacara : MC
Mengumumkan perarakan keluar para graduan. Hanif

Tuan Amzi
(Gamelan dimainkan) 

Anda mungkin juga menyukai