Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh


bermakna kita raikan Majlis Perpisahan bsgi meraikan Tuan
PENDAHULUAN
Kadir Bin Junit, selaku mantan Guru Besar Sk Rugading.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu `alaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sehati sejiwa.

SALUTATION Yang Berusaha, Encik Eke Andrea Junior, Guru Besar SK


Rugading,

Yang Dihormati, En Basillius Ng , Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati, Puan Ahima binti Salim, Penolong Kanan


Kokurikulum

Yang dihormati, Puan Jumini Binti Hj Usin, Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid,

Yang dihormati, Encik Suzali Bin Kastami, Penolong Kanan Petang,


Yang Dihormati Encik Norkizan bin Durudin, Yang Dipertua PIBG
SK Rugading,

Yang Diraikan, Tuan Kadir bin Haji Junit, mantan Guru Besar SK
Rugading,

Seterusnya, rakan-rakan guru serta hadirin yang sudi hadir bagi


memeriahkan lagi majlis pada pagi ini,

‘Selamat Datang ke Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Tuan


Kadir bin Haji Junit ‘

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa gadis sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri

Hadirin yang dimuliakan,


BACAAN DOA
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh:
Ustaz Muhammad Rabbani bin Razlan. Dipersilakan.
Amin3x ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan.
Hadirin sekalian,
UCAPAN
-Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Jumini Binti
Hj Usin, selaku Pengerusi Penganjur Majlis pada hari ini
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

-Seterusnya, majlis menjemput, Encik Norkizan bin


Durudin, Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SK
Rugading untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan

- Hadirin sekalian,
Tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu mendengar
ucapan daripada insan yang diraikan, Tuan Kadir bin Hj
Junit, mantan Guru Besar Sk Rugading. Dipersilakan.
- Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan mendengar
ucapan dari Encik Eke Andreas Junior, Guru Besar SK
Rugading. Dipersilakan

POTONG KEK Hadirin sekalian,

Kini, kita akan teruskan majlis dengan acara memotong kek


dan sesi bergambar beramai-ramai bersama Tuan Kadir Bin
Haji Junit. Dengan ini majlis menjemput Tuan Kadir Bin
Haji Junit diiringi oleh Encik Eke Andreas Junior untuk
menyempurnakan acara ini. Dipersilakan.
Hadirin sekalian,
Slide Show

Sebelum kita memulakan acara makan tengah hari,


Mari kita saksikan tayangan multimedia yang telah
disediakan khas untuk Tuan Kadir bin haji Junit, mantan
Guru Besar Sk Rugading bagi mengimbau kembali kenangan-
kenangan sepanjang beliau bertugas di SK Rugading.

Penyampaian
Bagi meneruskan majlis kita pada petang ini,
cenderahati
majlis menjemput Encik Eke Andreas Junior untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tuan Kadir Bin Haji
Junit sebagai tanda penghargaan di atas jasa beliau selaku
mantan Guru Besar SK Rugading. Dipersilakan.
Sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai