Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SK TAMAN MIDAH 2 2018

PERKARA SKRIP
Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu “Negaraku”
Nyanyian Lagu
*Nyanyian Lagu Negaraku*
Negaraku
Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu itu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Kata aluan Ke pekan Kuala membeli bingka
pengerusi majlis Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah terindah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Dihormati, ASP Roslin Bin Mamat, Ketua Polis Balai Cheras, Yang Dihormati,
Sarjan Mohd Rashid Bin Mat Shamsudin, Pegawai Perhubungan Sekolah.

Yang Berusaha En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh), Guru besar SK Taman
Midah 2,

Yang Berusaha En. Borhannuddin Bin Mustafah, Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum, En. Ishak Bin Bidin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Mazlah
Binti Ab Kadir Guru Pen. Kanan Kokurikulum, Pn. K.N Selvi A/P Nadarajah, Guru
Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru, para pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber, pengawas pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT, briged bestari, penolong
dan ketua kelas serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah SK Taman Midah 2 bagi tahun
2018.

Bacaan doa Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat
ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Amirul Amin bin Mohd
Syahkirin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*Bacaan Doa*

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Amirul Amin Bin
Mohd Syahkirin atas bacaan doa sebentar tadi.
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SK TAMAN MIDAH 2 2018

Ucapan Guru Sudilah tuan jalan berlapan,


Besar Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh), Guru besar SK Taman
Midah 2, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*Ucapan Guru Besar*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Ucapan Buah langsat di tepi busut,


Jemputan Khas Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan ASP Roslin Bin Mamat,
Ketua Polis Balai Cheras untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Pelantikan Pemimpin Sekolah SK Taman Midah 2 bagi tahun 2018.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

*Ucapan Jemputan Khas*

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan
tersebut.

Penyampaian Majlis sekali lagi menjemput En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh), Guru
hadiah besar SK Taman Midah 2 untuk menyampaikan cenderamata kepada ASP Roslin
Bin Mamat, Ketua Polis Balai Cheras sebagai kenang-kenangan. Majlis
mempersilakan.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah kepada murid-murid yang terpilih.
Penyampaian
Watikah Bagi menyempurnakan acara penyampaian watikah ini, majlis dengan segala
hormatnya, menjemput Sarjan Mohd Rashid Bin Mat Shamsudin, Pegawai
Perhubungan Sekolah diiringi oleh Encik Ishak Bin Bidin, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid untuk menyampaikannya.

Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan

Watikah Perlantikan bagi Pengawas, Ketua Kelas & Penolong Kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

* SENARAI NAMA *
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SK TAMAN MIDAH 2 2018

Seterusnya watikah pelantikan bagi Badan Pengawas Sekolah

Dipersilakan Pengawas Tahun 6

Wakil Pengawas Tahun 5 – Amirul Amin Bin Mohd Syahkirin


Wakil Pengawas Tahun 4 – Nurul Husna Binti Mohd Fairus

Seterusnya watikah pelantikan bagi

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Ketua – Muhammad Hadif Aiman Bin Imran Shah


Penolong Ketua – Maizatul Anisah Binti Kamaruddin
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SK TAMAN MIDAH 2 2018

Seterusnya,

Wakil Pengawas Pusat Sumber Tahun 5 – Muhammad Izhar Bin Zahari


Wakil Pengawas Pusat Sumber Tahun 4 – Nur Fasha Hadfina Binti Hamzah
Wakil Pengawas Tahun 3 – Wan Akid Hadif Bin Wan Azhar

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sarjan Mohd Rashid Bin Mat
Shamsudin atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian watikah
sebentar tadi.

Majlis Seterusnya, majlis mempersilakan ASP Roslin Bin Mamat, Ketua Polis Balai
Penyampaian Cheras diiringi En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh), Guru besar SK
Watikah Taman Midah 2 untuk menyempurnakan upacara penyampaian watikah seterusnya.

Watikah Pelantikan bagi Pengawas SPBT

Dipersilakan,

Wakil Pengawas SPBT Tahun 5 – Nur Maisarah Binti Zulkarnain


Wakil Pengawas SPBT Tahun 4 – Putri Alisha Qistina Binti Abdul Azib

Seterusnya
Watikah Pelantikan bagi Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Wakil Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 5 – Abdul Lutfi Nur Bin
Wahyid
Wakil Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya SPBT Tahun 4 – Alya Aisyah Bt Md
Hisam
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

SK TAMAN MIDAH 2 2018

Seterusnya

Watikah Pelantikan bagi Briged Bestari


1. AMMAR ARSHAD BIN MD HISAM
2. MUHAMMAD ANIQUE HILMAN BIN MOHD HAFIZ NAZIF
3. AHMAD HAZIQ BIN HAMZAH
4. NUR ALIA ADILLA BINTI ABDUL RAHMAN
5. MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN MUHAMMAD SAYUTI
6. NURUL SYUHADAH BINTI MOHD ZALANI
7. MOHAMAD NUZUL HAIKAL BIN MOHD FAIRUS
8. MUHAMMAD IZZ IRFAN BIN MOHD NASIR

Wakil Briged Bestari Tahun 5 – Nurul Syuhana Binti Jaafar

Seterusnya watikah pelantikan bagi ketua kelas dan penolong ketua kelas

*SENARAI NAMA*

*jika ada*
Akhir sekali, penyerahan watikah pelantikan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid SK
Taman Midah 2 2018. Dijemput _____________________________ dan
________________________________ .

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada, ASP Roslin Bin Mamat serta En. Md
Faisal Bin Mohd Salih atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian watikah
sebentar tadi.

Bacaan Ikrar Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar oleh barisan pemimpin muda SK
Taman Midah 2.
Majlis mempersilakan MUHAMMAD AMIR BIN ASROL bagi mengetuai bacaan ikrar.
Barisan Pemimpin diminta berdiri.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.

Penutup dan Bunga dedap di atas para,


Bersurai Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

*Sekiranya ada*
Pihak majlis mempersilakan En. Md Faisal Bin Mohd Salih (Md Salleh), Guru besar
SK Taman Midah 2, serta barisan pentadbir untuk mengiringi ASP Roslin Bin
Mamat dan Sarjan Mohd Rashid Bin Mat Shamsudin
ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Sekian sahaja daripada saya


Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai