Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta

Pertandingan roket air kini diadakan pada peringkat sekolah rendah dalam Karnival
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pertandingan ini adalah untuk
mendedahkan murid tentang aktiviti bertemakan sains angkasa. Biasanya, tiga
kategori dipertandingkan, iaitu pembentangan, roket air sasaran dan roket air payung
terjun.

Semasa kategori pertama, peserta pertandingan roket air perlu membuat


pembentangan selama 10 minit. Para juri akan melakukan penilaian terhadap
kemahiran pembentangan, sesi bersoal jawab tentang kefahaman hukum sains serta
kreativiti dan inovasi para peserta.

Semasa kategori kedua pula, para peserta akan menunjukkan demonstrasi


roket air sasaran. Demonstrasi pelancaran roket air sasaran tersebut dilakukan di
kawasan terbuka. Para peserta akan menyasarkan tanda jarak 80 meter dari tapak.
Kejayaan roket air ini bergantung kepada paras air, tekanan udara dan sudut
pelancaran roket.

Kategori ketiga pula yang mana pelancaran roket air payung terjun. Semasa
demonstrasi para peserta menggunakan telur sintetik seberat 60 gram untuk
dijadikan beban dan diletakkan pada roket air. Pihak juri akan membuat catatan masa
untuk roket yang lama berada di udara berdasarkan pada tekanan udara dan paras
air yang dikenakan.

Akhir sekali, penjurian akhir dikira dengan mengumpul mata ketiga-tiga


kategori. Pengumpulan mata ini penting untuk menentukan pasukan yang menjadi
juara.

Pertandingan ini menjadi landasan untuk murid memanfaatkan pengetahuan


sains dan teknologi di luar bilik darjah. Apatah lagi, ilmu ini berkaitan dengan
pemikiran kreatif dan inovatif murid.

Anda mungkin juga menyukai