Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Program NILAM 2020

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yg dihormati En Ahmad Amin bin Ahmad Latif, Naib Yang diPertua PIBG SK Taman Midah 2,

Yang berusaha En. Md Faisal bin Mohd Salih, Guru Besar SK Taman Midah 2,

Yang berusaha Tn haji Zulkifli bi Mohamad Nor, Guru Penolong Kanan Pentabiran,

Yang berusaha En. Ishak bin Bidin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang berusaha Pn. Mazlah binti Abd Kadir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang berusaha En. Irwan bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru yang disayangi dan rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM
2020 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Mohd Adli bin Abdul Razak
untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

**** Bacaan doa ****

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Adli atas bacaan doa sebentar tadi.

*PANTUN

Bunga melur dalam jambangan,


Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Hadirin sekalian,
Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput Yang
berusaha En. Md Faisal bin Mohd Salih, Guru Besar SK Taman Midah 2, untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*** Ucapan GB***

Terima kasih diucapkan kepada En. Md Faisal bin Mohd Faisal atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yg dimuliakan,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput En Ahmad
Amin bin Ahmad Latif, Naib Yang diPertua PIBG SK Taman Midah untuk menyampaikan
ucapan sekali gus merasmikan Program NILAM bagi tahun 2020 peringkat Sekolah Kebangsaan
Taman Midah 2.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

**Ucapan Perasmian NYDP PIBG**

Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Amin bin Ahmad Latif atas ucapan perasmian itu
tadi. En Ahmad Amin diminta kekal di atas pentas untuk menyempurnakan gimik perasmian.
Untuk itu juga, majlis menjemput semua barisan pentadbir bersama-sama dia atas pentas bagi
menyempurnakan gimik perasmian.

** Gimik Perasmian**

Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Amin dan barisan pentadbir atas penyempurnaan
gimik perasmian sebentar tadi. En Ahmad Amin dan En. Md Faisal diminta untuk terus kekal di
pentas bagi penyampaian Hadiah Pengunjung PSS Bertuah serta nyanyian lagu NILAM.

Untuk itu, majlis mempersilakan En Ahmad Amin untuk mencabut dua nama dan En Md Faisal
untuk mencabut tiga nama pengunjung yang bertuah.

Dipersilakan..... (baca nama pengunjung yang bertuah)

Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Nilam. Majlis mengucapkan terima kasih
kepada En Ahmad Amin, NYDP PIBG dan En. Md Faisal, guru besar SK Taman Midah 2 atas
penyempurnaan gimik perasmian, penyampaian Hadiah Pengunjung PSS Bertuah serta nyanyian
sebentar tadi.

Dengan berakhinya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai