Anda di halaman 1dari 6

Teks ucapan mesyuarat agung PIBG kali ke-19

Mengumumkan ketibaan VIP - Mizal

Mengumumkan ketibaan...

1. Yang berusaha En Jafrizal bin Jaafar, YDP PIBG SMK Bandar Baru Perda diringi
Pengetua dan barisan pentadbir.

2. Bagi menyemarakkan semangat perpaduan, kita singkapkan tirai majlis pada


pagi ini dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Semua
hadirin dijemput berdiri

3. Semua hadirin dijemput duduk - Nida

Dari Melaka membawa dagang,


Singgah belayar di Tanjung Bidara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillah hirahma nirahim...

Yang Berusaha En Jafrizal bin Jaafar, YDP PIBG SMK Bandar Baru Perda
Yang berusaha Pn. Nor Lila bt Zakaria, Pengetua SMK Bandar Baru Perda
Yang dihormati, En.Azhar bin Mohamad, PK Pentadbiran,
Yang dihormati, Pn. Latipah bt. Dahlan, PK Hem
Yang dihormati En Mat Isa bin Che Omar, PK Kokurikulum
Yang dihormati ahli-ahli jawatankuasa PIBG SMKBBP sesi 2022/2023
Yang dihormati para waris, para ibu bapa dan semua guru sekalian..

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Perpaduan

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Baru Perda kali ke-21

Terlebih dahulu marilah kita zahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana
dengan izinNya, kita diberikan kelapangan waktu dan kesihatan yang sejahtera
untuk bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agong PIBG SMK Bandar Baru
Perda kali -21. Bagi pihak majlis, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada para tetamu jemputan dan hadirin-hadirat sekalian. Sesungguhnya
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian membuktikan sokongan dan
semangat yang jitu dalam usaha bersama-sama memacu kejayaan anak-anak
dan seterusnya warga SMK Bandar Baru Perda

4. Bacaan Doa – Mizal

Kukarang manis kata-kata,


Untuk semua dengar-dengarkan,
Mohon diberkati majlis kita,
Harapan dan doa pasti didahulukan.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah


tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
__________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

**bacaan Doa**

Amin Ya rabbal alamin... Majlis mengucapkan terima kasih kepada


_________________________________atas pimpinan bacaan doa tadi. Mudah-
mudahan dengan lafaz doa itu tadi, majlis kita dilembayungi barakah dan
rahmat Allah. In sha Allah

5. Ucapan Alu-Aluan – Nida

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Dengan ini, majlis dengan suka citanya mempersilakan Pn Noor Lila bt Zakaria ,
Pengetua SMK Bandar Baru Perda, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan
**ucapan**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Noor Lila bt Zakaria atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

6. Ucapan YDP PIBG – Mizal

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Jafrizal bin


Jaafar, YDP PIBG SMK Bandar Baru Perda sesi 2022/2023 untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar baru Perda
Kali ke-21. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

**ucapan YDP PIBG**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Jafrizal bin Jaafar atas
kesudiannya menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis kita pada hari ini.

Hadirin yang dimuliakan,

8. Penyampaian cenderahati – Mizal

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada ahli


jawatankuasa PIBG SMKBBP sesi 2019/2020. Untuk menyempurnakan majlis,
dijemput En. Bujang bin Sayem, Pengetua SMK Bandar Baru Perda untuk
mempersilakan dan mengiringi Yang berbahagia YB Nurul Izzah bt Anwar, Ahli
Parlimen Permatang Pauh ke pentas untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada:

**Rujuk senarai**
Terima kasih diucapkan kepada En. Bujang bin Sayem dan YB Nurul Izzah bt
Anwar kerana sudi menyampaikan sijil sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada tetamu


jemputan. Dengan ini, majlis ingin menjemput En Jafrizal bin Jaafar, YDP PIBG
SMK Bandar Baru Perda diiringi En. Bujang bin Sayem, untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia YB Nurul Izzah bt Anwar, Ahli Parlimen
Permatang Pauh. Majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En Jafrizal bin Jaafar dan En. Bujang bin Sayem
atas penyempurnaan acara penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang berbahagia YB Nurul Izzah bt Anwar, Ahli Parlimen Permatang
Pauh, kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita bagi menjayakan
Majlis pada pagi ini.

Sebelum kita ke acara seterusnya, Majlis menjemput En. Bujang bin Sayem,
Pengetua SMK Bandar Baru Perda bersama barisan pentadbir untuk mengiringi
Yang Berbahagia YB Nurul Izzah bt Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh ke bilik
persidangan untuk menjamu sedikit hidangan yang telah disediakan.
Dipersilakan..

Hadirin sekalian, sampailah kita ke upacara kemuncak iaitu Mesyuarat Agung


PIBG SMK Bandar Baru Perda kali ke 18. Majlis menjemput En Jafrizal bin Jaafar,
YDP PIBG SMK Bandar Baru Perda untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung
PIBG SMK Bandar Baru Perda kali ke-19.

Majlis mempersilakan

9. Mesyuarat Agung – Nida

---- Mesyuarat Agung PIBG ----

Demikian tadi berakhirlah sudah Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Baru Perda
bagi sesi 2017/2018. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Bandar Baru Perda bagi sesi 2018/2019 atas segala
komitmen yang telah diberikan. Bagi Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik,
tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kerjasama antara ibu bapa, waris dan
guru ini bakal merealisasikan visi sekolah iaitu berusaha dan bertawakal untuk
mencapai Band 3 Sederhana pada tahun 2020.

----- sesi cabutan bertuah -----

Hadirin sekalian,

Sekarang tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara cabutan


bertuah. Bagi menyempurnakan acara cabutan bertuah ini, majlis menjemput
En. Mat Isa bin Che Omar, PK Kokurikulum, SMK Bandar Baru Perda untuk
membuat _____ cabutan. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En. Mat Isa bin Che Omar, kerana sudi membuat
cabutan dan menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.

Bagi acara cabutan bertuah seterusnya, majlis menjemput Pn. Latipah bt.
Dahlan, PK Hal Ehwal Murid SMK Bandar Baru PErda untuk membuat _____
cabutan. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Latipah bt. Dahlan, kerana sudi membuat
cabutan dan menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput ______________________________ NYDP PIBG


SMK Bandar Baru Perda bagi sesi 2019/2020 untuk membuat ________cabutan.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ kerana sudi


membuat cabutan dan menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.

Acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan menjemput En. Azhar bin
Mohamad, PK Pentadbiran SMK Bandar Baru Perda untuk membuat _____
cabutan. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En. Azhar bin Mohamad, kerana sudi membuat
cabutan dan menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.
Acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan menjemput En. Bujang b. Sayem,
Pengetua SMK Bandar Baru PErda untuk membuat _____ cabutan.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada En. Bujang, kerana sudi membuat cabutan dan
menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha _________________________,


YDP PIBG SMK Bandar Baru Perda sesi 2019/2020 untuk membuat _____
cabutan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada_________________________________, kerana


sudi membuat cabutan dan menyampaikan hadiah bertuah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya sesi cabutan bertuah itu tadi, maka sampailah kita ke
penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bertuah.

10. Ucapan penutup

Sebagai penutup, kami mewakili pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada tetamu jemputan, para hadirin hadirat, tuan-tuan dan
puan-puan yang telah menjayakan majlis ini.

Terbang melayang si burung helang,


Singgah seekor di tasik Chini,
Yang elok di bawa pulang,
Yang buruk tinggallah di sini

Terbang merpati dihujung sumur,


Hinggap di tepi mematuk padi,
Mohon Ilahi panjangkan umur,
Agar nanti bertemu lagi.

Sekian, assalamualaikum wbth.

Anda mungkin juga menyukai