Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK BBST


BI
L

AGENDA

TEKS

1.

KETIBAAN
PARA
JEMPUTAN

PENGUMUMAN KETIBAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah,
Hadirin diminta beetenang kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Dirai Puan Norma binti Daud mantan Pengetua SMK Bandar Baru
Salak Tinggi diiringi pentadbir. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri
Terima kasih, semua hadirin dipersilakan duduk

2.

UCAPAN ALUALUAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum wbt dan salam muhibah
Yang Berusaha Tuan Haji Arbain bin Pinni, Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi
Yang Diraikan Puan Norma binti Daud, Mantan Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi
1

Yang Berusaha Ustaz Salehin bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran


Yang Berusaha Puan Sabaria binti Darut, Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha Puan Rohani binti Othman, Penolong Kanan Tingkatan Enam
Yang Berusaha Encik Rafi bin Mohd Lod, Penolong Kanan PPKI
Seterusnya Barisan Pentadbir, Rakan-rakan guru, murid-murid yang diRahmati Allah sekalian.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada hari ini khas untuk meraikan Puan
Norma binti Daud, mantan Pengetua SMK BBST dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Seluruh warga SMK Bandar Baru Salak Tinggi merasa berbesar hati, mengucapkan selamat
datang serta mengalu-alukan kedatangan Yang Dirai Puan Norma binti Daud.

3.

BACAAN DOA

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Semoga majlis yang berlangsung diberkati, marilah kita menghimpunkan segala harapan dan
hasrat,
dengan bait-bait doa.
Majlis dengan ini mempersilakan al- fadzil Ustaz Mustafa Kamal bin Mahsurom untuk tampil
memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.
***************************************
Amin.. amin.. YaRabbalalamin. Terima kasih Ustaz atas pimpinan doa itu tadi.

4.

UCAPAN
WAKIL

UCAPAN WAKIL PELAJAR (KETUA PENGAWAS)


2

PELAJAR

Rakan guru dan anak-anak pelajar sekalian,


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Majlis dengan ini menjemput saudara Mohd Iqbal bin Zahid, Ketua Murid SMK Bandar Baru Salak
Tinggi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan.
***************************************
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Iqbal atas ucapannya sebentar tadi.

5.

UCAPAN TUAN
PENGETUA
SMK BBST

UCAPAN TUAN PENGETUA


Meneruskan bingkisan ucapan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Haji Arbain bin Pinni, Pengetua SMK Bandar Baru Salak Tinggi untuk menyampaikan
sepatah dua kata . Majlis mempersilakan.
*******************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Arbain atas ucapan yang telah
disampaikan.

6.

BIODATA

BIODATA MANTAN PENGETUA SMK BBST PUAN NORMA DAUD


Rakan guru dan anak-anak pelajar sekalian,
Warga SMK BBST kehilangan seorang pemimpin, seorang guru, seorang bonda yang telah pun
berhijrah ke SMK Dusun Nanding, Hulu Langat. Ibu kepada 5 orang anak ini merupakan insan
yang sentiasa disenangi oleh warga SMK BBST berikutan sifatnya yang penyayang dan
3

bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta, menjadikan Puan
Norma menyahut cabaran menjadikan SMK BBST gah bukan sahaja di peringkat daerah Sepang
malah hingga ke peringkat antarabangsa. Walau tempoh perkhidmatan beliau di sini agak
singkat namun jasa bakti yang dicurahkan terkesan di hati warga SMK BBST. Pencapaian
cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah anak-anak pelajar kian terserlah
saban hari. Untuk cemerlang, Hari-hari belajar, Hari-hari berlatih menjadi lagu di bibir beliau
untuk ditanam dalam jiwa warga SMK BBST.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh
Yang Diraikan Puan Norma binti Daud sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Bandar Baru
Salak Tinggi.

7.

UCAPAN
PERPISAHAN

UCAPAN PERPISAHAN
Hadirin yang dimuliakan sekalian,
Kini tibalah masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat, pesanan dan ucapan bonda
tercinta.
4

Bagi tujuan ini, majlis dengan segala penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Puan Norma
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan
***************************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Norma atas ucapan yang telah disampaikan.
Semoga amanat dan pesanan dapat kita hayati bersama.

8.

PENYAMPAIAN
CENDERAMAT
A

CENDERAMATA
Hadirin yang dimuliakan,
Kata Orang,
Tanam Legundi Tumbuh Kelapa
Terbit Bunga Pucuknya Mati
Budi Tuan-Puan Kami Tak Lupa
Sudah Terpaku Di Dalam Hati
Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMK BBST, pihak majlis sukacita dan
berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai.
Justeru, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Arbain untuk menjemput dan mengiringi
Puan Norma untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Norma binti Daud atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Yang Berusaha Tuan Haji Arbain atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.
6

9.

UCAPAN
PENUTUP

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara. Untuk Puan Norma yang meninggalkan kami di sini..
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu
Selamat bertugas ditempat yang baru, Semoga Allah sentiasa memberkati
Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Dari mana asalnya usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan disimpam di dalam hati

9.

BERSURAI
JAMUAN

Hadirin hadirat serta anak-anak pelajar sekalian,


Dengan ini Sanjungan Budi, Lambaian Kasih berakhir di sini.

Pihak majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Dirai Puan Norma
serta barisan pentadbir untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan di makmal
bahasa. Dipersilakan.
Sementara itu para pelajar diminta bertenang dan tunggu arahan selanjutnya.
Sekian, wassalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai