Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

“SEJAMBAK BAKTI SETULUS BUDI” #KUINGINBERTERIMAKASIH


DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
SEMPENA PERSARAAN CIKGU ABDUL RASHID

TARIKH: 26.9.2019
HARI: KHAMIS
PERKARA BUTIRAN CATATAN

Mengambil Hadirin dan Hadirat yang dihormati, mohon mengambil tempat


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari hadirin saya dahulukan dengan
Pengumuman
ucapan terima kasih.
Sebelum
Majlis ** Makluman kepada semua hadirin untuk berdiri dan memberikan
tepukan yang gemuruh apabila saya memaklumkan ketibaan Yang
Diraikan.
Aina
Ketibaan Yang Ketibaan Yang Diraikan Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman dan para guru
Diraikan ke Dewan Sri Perdana.
Para guru dan para pelajar dipersilakan duduk.

Pembuka majlis Melati kuntum tumbuh melata, Sufina


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Muafakat Johor

Yang Dihormati
Cikgu Nooraini bt Pairuk,
Guru Penolong Kanan Petang

Yang Diraikan
Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman
Pengetua SMK Datuk Menteri
Guru Kaunselor,Guru-guru, dan seterusnya rakan pelajar yang dikasihi
sekalian

Selamat datang ke:


Majlis “Sejambak Bakti, Setulus Budi” #kuinginberterimakasih dan
Jamuan Akhir Tahun.

Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh, Aina


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh
Saudara Mohd Najwan bin Nahrawi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************BACAAN DOA**************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Najwan
bin Nahrawi atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan wakil Sebagai membuka persada ucapan, Sufina


pelajar
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil pelajar,saudari
Nur Jazmina Najwa binti Mat Jefri Penolong Ketua Pengawas Sesi
Petang SMK Datuk Menteri untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

************* UCAPAN WAKIL PELAJAR**************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Nur Jazmina


Najwa binti Mat Jefri atas ucapan sebentar tadi.

Aina
Ucapan Seterusnya,majlis mempersilakan Cikgu Nooraini binti Pairuk, Guru
PK Petang Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

**************UCAPAN PK PETANG**************
**selepas ucapan ada deklamasi sajak – dipasang instrumental music

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nooraini binti Pairuk atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Aina
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang si anak kedidi,


Tersenyum kenari berteman merpati,
Ayahanda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan
oleh guru yang kita raikan, sepanjang perkhidmatan beliau di SMK
Datuk Menteri.

Ucapan Yang Para hadirin yang dimuliakan, Sufina


Diraikan
Tak molek jika pasu, tiada bunganya
Tak berguna jika dayung, tiada perahunya
Tak lengkap majlis, jika yang diraikan tidak berbicara

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman untuk
menyampaikan ucapan.

Sufina
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
**************UCAPAN PENGETUA**************

Seterusnya dijemput Cikgu Nooraini untuk mengiringi Cikgu Abd Rashid


bin Sulaiman bagi memotong pulut sebagai simbolik majlis kita pada
petang ini.

***********POTONG PULUT***************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman atas ucapan dan
kesudian menyempurnakan simbolik majlis kita sebentar tadi.

Tayangan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Aina


multimedia Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sidang hadirin sekalian,

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia aktiviti


sepanjang tahun dan sempena persaraan Guru Yang Diraikan Cikgu Abd
Rashid bin Sulaiman

**************PERSEMBAHAN MULTIMEDIA**************

Demikianlah, sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia yang telah disediakan oleh Cikgu Rosmariah binti Jalil.
Terima kasih diucapkan.

Persembahan Sidang hadirin sekalian, Sufina


pelajar
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada pelajar-pelajar
sesi petang. Dipersilakan.

**************PERSEMBAHAN PELAJAR**************

Demikianlah, sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan pelajar


yang telah dilatih oleh Cikgu Rohaya binti Selamat dan Cikgu Nur
Hidayah binti Mohd Shah.Terima kasih diucapkan.

Penyampaian Hadirin sekalian, Aina


Hadiah
Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan sesi penyampaian
Kedatangan
hadiah Kedatangan Penuh dan Pemimpin Pelajar Sesi Petang 2019.
Penuh dan
kepimpinan

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Cikgu Nooraini binti Pairuk bagi mengiringi Tuan
Pengetua Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman untuk menyampaikan hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**Mohon Cikgu Nooraini dan Cikgu Abd Rashid kekal di pentas.

Penyampaian Hadirin hadirat sekalian, Sufina


cenderamata
Sebagai tanda ‘Sejambak Bakti, Setulus Budi” dari warga sesi petang
SMK Datuk Menteri, pihak majlis dengan sukacita dan berbesar hati
untuk menyampaikan cenderamata buat insan yang kita raikan pada
hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Cikgu Rohaya binti Selamat untuk mengiringi Cikgu
Nooraini binti Pairuk bagi menyampaikan cenderamata daripada warga
sesi petang kepada Yang Diraikan Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************PENYAMPAIAN CENDERAMATA**************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu
Abd Rashid bin Sulaiman atas kesudian menerima cenderamata
sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Rohaya


dan Cikgu Nooraini binti Pairuk atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.
Aina
Ucapan akhir Buat Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman
buat yang dirai
Kini sudah tibanya masa
Berundur Cikgu Abd Rashid kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Ampun dan maaf kami pinta Sufina


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga Cikgu Abd Rashid sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Diraikan , Cikgu Abd Aina
Rashid bin Sulaiman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
para pelajar yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi
memeriahkan Majlis “Sejambak Bakti, Setulus Budi”
#kuinginberterimakasih pada hari ini.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK
Pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari ini. Apa
yang kurang, maaf jua dipinta.

Sesi fotografi Hadirin hadirat yang dikasihi, Sufina

Bagi merakamkan momen bersejarah pada hari ini sebagai tanda


ingatan, majlis menjemput yang diraikan Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman
bersama-sama guru-guru dan pelajar untuk mengambil tempat bagi
sesi bergambar. Dipersilakan.

**************SESI FOTOGRAFI**************

Dengan berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi maka berakhirlah majlis


kita pada hari ini.
Penutup Para pelajar diminta berdiri untuk bersalam-salaman dengan guru yang Aina
kita raikan pada hari ini.

Majlis mempersilakan Tn Pengetua dan guru-guru untuk mengiringi


Yang Diraikan Cikgu Abd Rashid bin Sulaiman bagi menikmati hidangan
yang disediakan.

Majlis mempersilakan.

Dengan itu, berakhirlah Majlis “Sejambak Bakti, Setulus Budi”


#kuinginberterimakasih

Sekian, salam hormat


Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Mendahului senarai penerima hadiah Kedatangan Penuh 2019 ialah

TEE ZI WEE DARI KELAS PERALIHAN


SETERUSNYA TAY JIN JUN DARI KELAS PERALIHAN
PUTRI SEPTIA KUSUMAWARDANI DARI 1 SERULING
MUHAMMAD AMMAR BIN ASHAR DARI 1 ANGKLUNG
MUHAMMAD NUR HAKIMI BIN ABDUL RAHMAN DARI 1 ANGKLUNG
WONG CHEE ZHE DARI 1 ANGKLUNG
NG XIN YU DARI 1 ANGKLUNG
NURUL AMEERA SHAHIRAH BINTI MAZLAN DARI 1 ANGKLUNG
NUR INSYIRAH HUSNA BINTI NORIZAM DARI 1 ANGKLUNG
LIM HONG YI DARI 1 REBANA
LEE ZI HUI DARI 1 REBANA
NURUL SYUHADA BINTI KUSHAIRI DARI 1 REBANA
DAN YANG TERAKHIR NURZULAIKHA BINTI HAIZAN DARI 1 MARAKAS

Seterusnya adalah penyampaian Hadiah Pemimpin Pelajar Sesi Petang 2019

Bagi Kategori Pengawas Sekolah. Dipersilakan Nur Jazmina Najwa binti Mat Jefri

Seterusnya, Pengawas Pusat Sumber. Dipersilakan Azril Zikry bin Suhaimi

Yang terakhir, Pembimbing Rakan Sebaya. Dipersilakan ____________________________

Anda mungkin juga menyukai