Anda di halaman 1dari 18

MAJLIS MELABUH TIRAI PROGRAM PENERAJU TUNAS AZAM

RUMAH ANAK YATIM TAMBUNAN

11 SEPTEMBER 2022

CUE ANN

Mengumumkan ketibaan,
Pengumuman Ketibaan Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail,
Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju,
diiringi oleh Puan Norhana Abd. Jabbar dan Ustaz Abdul Rauf bin Abas
masuk ke dalam dewan.

Setelah VIP dan hadirin duduk, baru mulakan majlis…

Salutasi Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara,
Tetap terserlah si askar platun,
Mara menghala barisan hadapan;
Ucap bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, dan Salam Keluarga
Malaysia.

Yang Berusaha,
Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail,
Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju,

Yang Dihormati,
Puan Norhana Abd. Jabbar,
Pengarah Urusan QSC Sdn. Bhd,

Yang Dihormati,
Ustaz Abdul Rauf bin Abas,
Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan,

Barisan Pegawai Yayasan Peneraju, Pegawai-pegawai QSC, Warden-


warden, para guru dan seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya Jariah Leo dan Dine Notfitriana, kami bergandingan selaku pengcara
majlis pada hari ini akan menemani anda secara langsung sehingga ke
akhir majlis.

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda;
Hadir tuan puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Untuk itu, saya dengan berbesar hati mewakili seluruh jawatankuasa


majlis, mengucapkan Selamat Datang, Welcome, dan Ahlan Wasahlan ke
MAJLIS MELABUH TIRAI PROGRAM PENERAJU TUNAS AZAM,
RUMAH ANAK YATIM TAMBUNAN bagi tahun 2022.
Sutera bersulam indah buatan,
Untuk dipakai di hari mulia;
Doa dipanjatkan mohon kerberkatan,
Bacaan Doa Semoga yang Esa mencurahkan kurnia.

Untuk itu, majlis mempersilakan Rahmat bin Leo Md Shawkat Ali Bhuiyan
dari Kelas/Tingkatan ……. untuk memimpin bacaan doa. Diminta para
hadirin yang beragama Islam untuk mengaminkan doa dan untuk yang
bukan beragama Islam bertafakur seketika.

****DOA****

Amin, Amin, Ya Rabbal ‘Alamin...

Terima kasih diucapkan kepada Rahmat bin Leo Md Shawkat Ali Bhuiyan
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Kalimah Hamdalah dilafazkan tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana di


bawah rimbunan kasih-Nya, maka kita semua dapat berkumpul di dewan
Alu-aluan Pengcara Majlis pada pagi yang berbahagia ini bagi menjayakan MAJLIS MELABUH TIRAI
PROGRAM PENERAJU TUNAS AZAM, RUMAH ANAK YATIM
TAMBUNAN bagi tahun 2022.

Saya mewakili seluruh jawatankuasa majlis menghimpunkan rasa hormat


dan terhutang budi kasih kepada Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Muzzammil
Ismail, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju kerana telah sudi melapangkan
waktu untuk bersama-sama dengan kita dalam majlis yang penuh
bermakna dan sekaligus memenuhi undangan sebagai perasmi majlis
pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berusaha Tuan bukan sahaja
menyerikan majlis malah bakal meninggalkan nostalgia yang indah buat
kami semua.
Terima kasih yang yang tidak terhingga kami ucapkan.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Ucapan Alu-aluan Bersama madah kata aluan.
Pengarah Urusan QSC
Untuk itu, sebagai pemula persada ucapan pada pagi yang berbahagia ini,
majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhana Abd. Jabbar,
Pengarah Urusan QSC Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
****UCAPAN****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Norhana
Abd. Jabbar atas ucapan itu tadi

Persembahan 1 Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis kita mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan,

Untuk itu, ayuh kita fokuskan pandangan di hadapan pentas bagi


menyaksikan persembahan yang pertama dari murid-murid RAYT.
Dipersilakan.
****PERSEMBAHAN****

Terima kasih diucapkan kepada


………………………………………………… atas persembahan yang begitu
menghiburkan sebentar tadi.

Ucapan Wakil Murid Hadirin sekalian,


Majlis mempersilakan pula Normawati, wakil murid RAYT untuk
menyampaikan ucapan penghargaan. Dipersilakan.

****UCAPAN****
Terima kasih diucapkan kepada Normawati atas ucapan itu tadi.

Persembahan 2 Seterusnya, kita bakal menyaksikan persembahan kedua dari murid-murid


RAYT. Tanpa melengahkan masa lagi. Dipersilakan.

****PERSEMBAHAN****
Terima kasih diucapkan kepada
………………………………………………… atas persembahan yang begitu
hebat sebentar tadi.

Ucapan Pengetuan RAYT Warga dewan yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Al-


Fadhil Ustaz Abdul Rauf bin Abas, Pengetua RAYT untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

****UCAPAN****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Abdul
Rauf bin Abas atas ucapan itu tadi.
Persembahan 3 Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan ketiga dari murid-murid
RAYT.Dipersilakan.

****PERSEMBAHAN****
Terima kasih diucapkan kepada
………………………………………………… atas persembahan yang begitu
mantap sebentar tadi.

Penyampaian Anugerah Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambal berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian anugerah


kepada murid-murid yang terpilih. Anugerah yang akan disampaikan
merangkumi beberapa kategori:

1. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


2. Anugerah Pencapaian Akademik yang Konsisten
3. Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan
4. Anugerah Murid Inspirasi
5. Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan
Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum, Pencapaian Akdemik yang Konsisten dan Kecemerlangan
Kepimpinan, majlis menjemut dan mempersilakan Puan Norhana Abd
Jabbar untuk mengiringi Puan Kama dan Ustaz Abdul Rauf bin Abas ke
pentas. Dipersilakan.

***ANUGERAH***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Kama dan Ustaz
Abdul Rauf bin Abas atas penyampaian anugerah itu tadi.

Puan Norhana kekal di atas pentas.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan pula


……………………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan anugerah yang berikutnya, iaitu Anugerah Murid
yang Memberi Inspirasi dan Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan.
Dipersilakan.
***ANUGERAH***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


……………………………………………………………..atas penyampaian
anugerah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat dan penyuntik inspirasi
kepada murid-murid yang lain untuk lebih cemerlang pada masa yang akan
datang.

Puan Norhana masih kekal di atas pentas.

Penyampaian Sijil Hadirin yang dikasihi,


Penghargaan
Selesai sudah penyampaian anugerah kepada murid, kita beralih pula ke
agenda majlis yang seterusnya, iaitu penyampaian Anugerah Sijil
Penghargaan kepada barisan guru hebat yang sentiasa komited dalam
mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak RAYT tanpa oernah
jemu.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Puteri Zalina untuk
mengiringi Ustaz Abdul Rauf bin Abas untuk menyampaikan Anugerah Sijil
Penghargaan kepada barisan guru yang terlibat. Dipersilakan.

Senarai Nama Guru:


1. Cikgu Maria
2. Cikgu Yvonne
3. Cikgu Wilcanye
4. Cikgu Ann
5. Cikgu Feria
6. Cikgu Bell

Terima kasih sekalung budi buat semua guru atas sumbangan yang telah
diberikan.

Cenderahati QSC kepada Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Norhana Abd Jabbar, Pengarah
RAYT Urusan QSC untuk menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Abdul Rauf
bin Abas, Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan. Dipersilakan.

***CENDERAHATI***

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norhana Abd Jabbar atas


penyampaian cenderahati itu tadi.

NAJ dan Pengetua kekal di atas pentas.

Cenderahati QSC kepada Hadirin sekalian,


RAYT Majlis menjemput dan mempersilakan pula Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd
Muzzammil Ismail, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju untuk
menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Abdul Rauf bin Abas, Pengetua
Rumah Anak Yatim Tambunan. Dipersilakan.

***CENDERAHATI***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Muzzammil
Ismail atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Terbang di awan burung jentayu,
Ucaptama Ketua Eksekutif YP Kerana penat gugur di bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Untuk itu, tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Muzzammil
Ismail, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju untuk menyampaikan untaian
kata, kalungan wacana sempena Majlis Melabuh Tirai, Rumah Anak Yatim
Tambunan bagi tahun 2022. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.
****UCAPAN****

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, atas ucapan
sebentar tadi. Semoga amanat yang disampaikan mampu memberikan
anjakan paradigma kepada murid-murid untuk lebih berani dan yakin
melakukan apa jua perkara demi mencapai kejayaan pada masa akan
datang.

Bunga selasih di dalam taman,


Harum melati penyeri intan;
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Tayangan Montaj Hadirin yang saya muliakan,

Sekarang kita bakal menyaksikan tayangan montaj istimewa. Tayangan


montaj memori 5 tahun anak-anak RAYT yang mengikuti program dan
aktiviti di bawah Yayasan Peneraju.

Ayuh, kita fokuskan pandangan, bulatkan mata, besarkan teliga dan


tenangkan minda bagi menikmati dan menghayati segala kenangan indah
suka dan duka sepanjang 5 tahun berada di bawah jagaan Yayasan
Peneraju. Mari kita sama-sama saksikan..

***MONTAJ***
Demikianlah tadi tayangan montaj istimewa yang telah disediakan oleh
QSC. Semoga segala kenangan yang tercipta tidak akan pernah padam
malah akan menjadi sejarah yang indah dalam diri msing-masing.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Penutup Dengan berakhirnya tayangan montaj sebentar tadi, maka kita telah pun
berada di penghujung acara.
Sebelum melabuhkan tirai, pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Majlis Melabuh Tirai, Rumah Anak Yatim Tambunan
bagi tahun 2022 ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih jua atas kelapangan masa para hadirin untuk hadir
memeriahkan majlis kita pada petang ini.

Akhir kata, sebagai penutup bicara, kami selaku perantara majlis, mewakili
seluruh barisan jawatankuasa pelaksana dengan rendah hati ingin
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andainya ada terkasar
bahasa dan tersilap bicara yang tidak kami sengajakan sepanjang
mengemudikan majlis pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu
merupakan kekurangan diri kami sendiri. Bak kata orang-orang tua, setiap
permulaan ada pengakhiran dan setiap pertemuan ada perpisahan.
Untuk itu, saya akhiri majlis dengan tiga rangkap pantun;
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata;
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah yang berseri bawalah pergi,
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dari Kedah ke Pekan Sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
TERIMA KASIH QSC, TERIMA KASIH YAYASAN PENERAJU KERANA
MENJAGA DAN MENDIDIK KAMI..SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN,
SUMBANGAN YANG DIBERIKAN TIDAK SESEKALI AKAN KAMI
LUPAKAN.
Kami akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wabillahittaufiq walhidayah
wassalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Jamuan dan Cabutan Bertuah Majlis menjemput dan mempersilakan para tetamu kehormat dan hadirin
sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Cabutan bertuah akan dibuat semasa jamuan.

Anda mungkin juga menyukai