Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021

IPGKTAR

TARIKH : 24 OKTOBER 2022


TEMPAT : DEWAN SRI SAMARAHAN

PERKARA TEKS
PENGUMUMAN • Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera/
majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin./ di harap para
NNZ hadirin/ dapat mengambil tempat duduk masing-masing/ sementara
menunggu ketibaan Yang Berhormat

• Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat/ diharapkan para


hadirin berdiri/ dan memberi laluan kepada tetamu kehormat.

• Kerjasama para hadirin juga dipohon/ untuk mengubah kepada mod


senyap telefon bimbit masing-masing/ agar tidak mengganggu
kelancaran majlis kita pada petang ini/ terima kasih

• TETAMU KEHORMAT DAN PARA PENERIMA ANUGERAH AKAN MENJAMU


SELERA DI BELAKANG DEWAN.
• OLEH ITU, MOHON KERJASAMA Jemputan-Jemputan lain untuk
mengambil makanan DI LUAR DEWAN DI SEBELAH KANAN SAYA sejurus
selesai majlis.

KETIBAAN YB Ketibaan Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee In, Menteri Pendidikan,
Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak diiringi Yang Berusaha Puan Anis
ZS Alisya Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak.

NYANYIAN LAGU Terima kasih. Para hadirin dipersilakan duduk.

NNZ Untuk makluman hadirin, persembahan koir itu tadi merupakan kumpulan
pimpinan Cik Annette Alicia.

ALU-ALUAN Yang Berhormat Datuk Roland Sagah Wee In, Menteri Pendidikan, Inovasi
PENGACARA Dan Pembangunan Bakat Sarawak

ZS Yang Berusaha Puan Anis Alisya Pengarah Ipg Kampus Tun Abdul Razak.
Yang Berusaha Dr Yusminah Binti Mohd Yusof, Timbalan Pengarah, Ipg
Kampus Tun Abdul Razak.
Encik Abu Bakar Sham Bin Jamil, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, IPG
Kampus Tun Abdul Razak.
Ketua Ketua Jabatan, Ketua Ketua Unit, Para Penerima Anugerah, Para
Pensyarah, Anggota Anggota Kerja Pelaksana, Dan Warga Dewan Yang
Dimuliakan.

Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam IPGKTAR Ku Sayangi,


Dan Selamat Datang Ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Ipg
Kampus Tun Abdul Razak 2021

BACAAN DOA Indah permai IPGKTAR Kusayang,


Warganya ramah, pendidikan dijulang,
NNZ Selamat Datai, Welcome, Selamat Datang,
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Memulakan Atur Cara, Marilah Kita Merafak Sembah Memohon


Keberkatan, Keselamatan Dan Kesejahteraan Bersama Dengan Bacaan
Doa Yang Akan Dipimpin Oleh USTAZ NIK ZUL AZHAR BIN NIK HASSAN

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada USTAZ NIK ZUL AZHAR BIN
NIK HASSAN atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Hadirin, ayuh kita mulakan majlis pada pagi yang berbahagia ini dengan
PEMBUKAAN persembahan tarian pembukaan oleh kumpulan tari D STAR di bawah
pimpinan ENCIK WAGNER JOHN SANGUR.
NNZ
Persembahan nyanyian solo Melukis Senja dan When You Believe itu tadi
dinyanyikan oleh Encik Badrul Hisyam dan Puan Haslina.

SELESAI Majlis diteruskan lagi dengan persembahan video SELAYANG PANDANG


PERSEMBAHAN pencapaian IPGKTAR sepanjang tahun 2021/2022. Mari kita saksikan.

ZS
Terima kasih diucapkan atas persembahan-persembahan yang cukup
memukau sebagai tanda meraikan penerima-penerima anugerah
perkhidmatan cemerlang 2021.

UCAPAN Tak beradab bak minum tak bergula


Tak berbudi bak pohon tak berbuah
NNZ
Menjunjung adab dan budi, majlis mempersilakan, Yang Berusaha Puan
Anis Alisya binti Abdullah, Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

Demikianlah kata dan ucapan daripada pengarah IPGKTAR nan budiman.


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN OLEH Kain pelikat disisip atap


YB Buat pelindung melepas penat
ZS Mohon yang berhormat tampil berucap
Merasmi majlis menyampai amanat

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk


Roland Sagah Wee In, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan
Bakat Sarawak
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan mohon yang berhormat untuk
kekal di atas pentas bagi upacara seterusnya.

PENYAMPAIAN Majlis turut mempersilakan Yang Berusaha Puan Anis Alisya Pengarah Ipg
ANUGERAH Kampus Tun Abdul Razak dan tetamu kehormat untuk mengiringi Yang
Berhormat Datuk Roland Sagah Wee In, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan
ZS
Pembangunan Bakat Sarawak

Untuk makluman yang behormat , dan hadirin sekalian bagi tahun 2021,
seramai 13 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN IPG KAMPUS TUN ABDUL
RAZAK menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sebagai menghargai
komitmen, jasa dan sumbangan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas
yang telah dipertanggungjawabkan/ dengan penuh dedikasi dan
cemerlang sepanjang tahun 2021
Mendahului senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang,
dipersilakan….

o SIJIL APC 2021 (13 ORANG)


- SENARAI NAMA –

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah perkhidmatan


cemerlang bagi tahun 2021. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin
semangat dan komitmen agar lebih cemerlang dalam kerjabuat yang
diamanahkan.

Anugerah seterusnya ialah Sijil Ikon kebudayaan Kementerian Pendidikan


Malaysia Institut Pendidikan Guru Malaysia 2022 dianugerahkan kepada
Encik Wagner anak John Sangur.

Seterusnya dipersilakan Penerima Anugerah Champion EKSA dari MAMPU


2022, Puan Roha binti Tamit…….Puan Dyg Sinarwaty Hidayat binti Abg Abu
Bakar.
Seterusnya dipersilakan penerima Anugerah Guru Pembimbing Terbaik 2021
yang telah memberikan bimbingan yang cemerlang kepada siswa-siswa
guru yang menjalani praktikum di sekolah mereka, Dipersilakan ENCIK
MOHD FAIZOL BIN RAZALI…….ENCIK SYAHIR MUAZZAM BIN MARHAS.
Anugerah seterusnya merupakan ANUGERAH KHAS PENGARAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK.

Sebelum itu, mari kita dengarkan biodata penerima anugerah khas


pengarah.

-ENCIK AHAP baca Biodata dan umum penerima-

Hadirin sekalian, penerima ANUGERAH KHAS PENGARAH IPGKTAR Tahun


2021 adalah ENCIK MUHAIMI BIN SUHAILI. Dengan segala hormatnya, majlis
menjemput ENCIK MUHAIMI BIN SUHAILI.
PENYAMPAIAN Sebagai tanda penghargaan atas kesudian yang berhormat
CENDERAMATA menyempurnakan penyampaian anugerah pada hari ini, majlis menjemput
Yang Berusaha Puan Anis Alisya binti Abdullah Pengarah IPG Kampus Tun
ZS
Abdul Razak menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk
Roland Sagah Wee In, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan
Bakat Sarawak.

Dijemput para penerima anugerah untuk ke pentas bagi sesi bergambar.


Terima kasih yang berhormat…yang berhormat dan tetamu kehormat
dipersilakan mengambil tempat duduk.
Ucapan Semoga kejaayan penerima anugerah ini membakar semangat kita
semua, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakn
NNZ ENCIK SAWAL BIN ACHONG untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili
para penerima anugerah.

Terima kasih ENCIK SAWAL BIN ACHONG atas ucapan itu tadi dan skali lagi
ucapan tahinah kepada penerima-penerima anugerah perkhidmatan
cemerlang 2021.

Persembahan Sebagai persembahan penutup MARI kita berhibur sekali lagi dengan
penutup persembahan DUET PN HASLINA DAN ENCIK BADRUL HISYAM dengan lagu
MULANYA DI SINI.
NNZ

Fotografi Begitulah tadi persembahan penutup majlis yang amat bermakna ini.
Sebelum mengakhiri majlis, semua warga dewan diminta UNTUK BERDIRI DI
NNZ BELAKANG KERUSI TETAMU KEHORMAT BAGI SESI BERGMBAR.

PENUTUP Ibarat berjalan dah sampai di halaman


Ibarat berenang dah sampai di tebing
ZS Ibarat terbang dah hinggap di dahan
Ibarat mendaki dah sampai di puncak
Majlis kini sudah sampai ke penghujungnya. Mewakili urus setia majlis kami
memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang
majlis. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang
berhormat DATUK ROLAND WEE SAGAH WE INN atas kesudian bersama-
sama kami dalam majlis pada hari ini.

Yang berbahagia datuk dan para tetamu kehormat dipersilakan untuk


menjamu selera.

Sekian
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai