Anda di halaman 1dari 12

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH

SMK LIMBANG
DEWAN SERBAGUNA PIBG SMK LIMBANG
(13 NOVEMBER 2014)

ACARA TEKS JURUACARA TINDAKAN CATATAN


Peringatan Selamat pagi dan salam sejahtera, sidang hadirin. melissa
sebelum majlis Sebelum Majls Graduasi dan anugerah Kecemerlangan Sekolah dimulakan, berikut ada
bermula beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian bagi melancarkan majlis pada
pagi ini.

 Sidang hadirin diminta untuk memastikan telefon bimbit berada dalam mode
senyap.
 Semasa diumumkan Ketibaan Tetamu Jemputan, sidang hadirin diminta untuk
berdiri.
 Mohon kerjasama sidang hadirin juga untuk tidak meninggalkan majlis sehingga
Tetamu Jemputan pulang meninggalkan majlis.

Sekian terima kasih.

Ketibaan VVIP Majlis Mengumumkan dan mengalu-alukan ketibaan Yang Berhormat Dr Hj Abdul melissa Umumkan ketika VVIP
Rahman bin Hj Ismail , Ahli Dewan Undangan Negeri N68 Bukit Kota Limbang berjalan masuk menuju ke
tempat duduk VVIP
Diiringi gamelan
Lagu Kebangsaan (Pengumuman untuk nyanyian lagu NEGARAKU tidak dilakukan bergantung kepada keadaan. melissa
negara Sekiranya Tetamu Kehormat dan dif-dif lain duduk, maka semua harus dijemput untuk berdiri)
NEGARAKU
Yang berhormat serta sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu
kebangsaan NEGARAKU

Selesai nyanyian lagu NEGARAKU :


Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan DOA Hadirin yang dihormati sekalian, Hjh Sapiah


pembuka majlis Bagi memeberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput AL-FADHIL USTAZ ABDUL
AZIM BIN RASHID untuk memimpin kita dalam bacaan doa. Dipersilakan

1
[setelah selesai bacaan doa Ustaz Abdul Azim]
AMIN,AMIN YA RABBAL AL AMIN
Terima kasih diucapkan kepada AL-FADHIL USTAZ ABDUL AZIM BIN RASHID di atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Mukadimah /
sambutan Protokol 1. YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL, AHLI DEWAN melissa
UNDANGAN NEGERI N68 BUKIT KOTA LIMBANG

2. YANG BERBAHAGIA TUAN HJ ANNUAR BIN NAIM, PENOLONG PEGAWAI


PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG, MEWAKILI PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH LIMBANG

3. YANG BERUSAHA TUAN HJ MATZINAN BIN HJ WAHID PENGETUA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIMBANG

4. YANG DIHORMATI ENCIK ANDREW UDAN, YANG DIPERTUA PIBG SMK


LIMBANG.

5. YANG DIHORMATI KAUNSELOR AGNES AK UNDIL, WAKIL ALUMNI SMK


LIMBANG

6. PENGETUA-PENGETUA, GURU BESAR-GURU BESAR, KETUA-KETUA


MASYARAKAT, GURU-GURU, IBUBAPA IBUBAPA, TUAN-TUAN, PUAN-
PUAN SERTA PARA PELAJAR YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Salam sejahtera, salam sehati sejiwa, salam menjulang pendidikan Sarawak dan selamat
datang ke Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah
Kebangsaan Limbang 2015.

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinnya dapatlah kita berkumpul
pada pagi ini bagi memeriahkan majlis yang begitu indah lagi bermakna iaitu Majlis
Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang.

Untuk maklumat Yang Berhormat serta para hadirin sekalian,

2
majlis pada pagi ini diadakan bagi meraihkan kejayaan dan menghargai usaha pelajar-
pelajar sekolah menengah kebangsaan Limbang baik dalam bidang Kurikulum,
kokokurikulum mahupun hal ehwal Murid.

Ucapan Aluan Yang Berhormat serta hadirin sekalian, HJ SAPIAH


Pengetua
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Hj Matzinan bin Haji
Wahid, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan beliau.

Majlis Mempersilakan

[setelah selesai ucapan alu-aluan oleh Pengetua]

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan hj Matzinan bin
Hj Wahid, di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan perasmian Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput melissa
tetamu kehormat
YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL, AHLI DEWAN
UNDANGAN NEGERI N68 BUKIT KOTA LIMBANG
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS GRADUASI DAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LIMBANG 2015.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

[setelah selesai ucapan YB]

Untaian madah kata alunan


Untaian ingatan sepanjang zaman
Takkan hilang jasamu tuan
Jadi ingatan sepanjang zaman

3
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YANG
BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL,
atas ucapan dan kesudian untuk merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang
2015.

Penyampaian sijil Yang berhormat serta sidang hadirin sekalian, tibalah masanya kita ke acara yang HJ sapiah
dan hadiah terbaik ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan sekolah .
setiap kelas dan
setiap mata Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Mary Ajang Penolong
pelajaran Kanan Kokurikulum untuk mempersilakan dan mengiringi Yang dihormati Kaunselor
AGNES AK UNDIL, WAKIL ALUMNI SMK LIMBANG untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada para penerima.

Dimulakan dengan Anugerah Terbaik setiap kelas dan mata pelajaran terbaik

Tingkatan Peralihan A

(Rujuk buku aturcara majlis untuk seterusnya. Hanya pelajar yang hadir sahaja
disebut.)

(selepas selesai acara penyampaian Anugerah Terbaik setiap kelas dan mata pelajaran terbaik)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Kaunselor AGNES AK UNDIL, WAKIL
ALUMNI SMK LIMBANG di atas kesudian menyampaiakan sijil dan hadiah kepada para
pelajar.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Terbaik Keseluruhan Tingkatan. melissa
Anugerah Terbaik
keseluruhan Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Abdul Hamid Bin Husni,
Tingkatan Penolang Kanan Hal Ehwal Murid untuk mempersilakan dan mengiringi Yang
dihormati Encik Andrew Udan Yang Dipertua PIBG SMK Limbang untuk
menyampaikan sijil dan hadiah.

Dimulakan dengan Penyampaian Anugerah Terbaik Keseluruhan

4
Tingkatan Peralihan.

(Rujuk buku aturcara majlis untuk seterusnya. Hanya pelajar yang hadir sahaja
disebut.)

(selepas selesai acara penyampaian Anugerah Terbaik setiap kelas dan mata pelajaran terbaik)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Andrew Udan, YDP PIBG
SMK Limbang di atas kesudian menyampaiakan sijil dan hadiah kepada para pelajar.

Persembahan Tarian Yang berhormat serta sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan melissa
pelajar persembahan Tarian daripada Kelab Seni Tari SMK Limbang. Dipersilakan,

[Selesai tarian ]

Demikianlah tadi persembahan tarian lemah gemalai oleh pelajar Kelab Seni Tari yang
dipimpin oleh Cikgu Apen ak Dakan

Anugerah Bidang Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Cemerlang Bidang KURIKULUM, Hj Sapiah
HEM KOKURIKULUM dan HEM.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Hj Mohd Yuspi bin
Samiun untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Annuar bin
Naim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, wakil Pegawai Pendidikan
Daerah Limbang untuk menyampaikan sijil dan hadiah bagi Anugerah Cemerlang
Bidang KURIKULUM, KOKURIKULUM dan HEM.

Dimulakan dengan Anugerah Cemerlang Bidang HEM

Bagi Anugerah Kelas Terbersih dan Terceria sepanjang tahun


Dipersilakan :
(Rujuk buku aturcara majlis untuk seterusnya. Hanya pelajar yang hadir sahaja

5
disebut.)

Anugerah Remaja Seterusnya disampaikan anugerah Remaja Perdana. Hj Sapiah


Perdana Rakan
Muda (Sila baca teks yang disediakan)
Senarai penerima rujuk lampiran

Anugerah Bidang Seterusnya disampaikan Anugerah Cemerlang bidang Kokurikulum. Anugerah ini melissa
KOKO diberikan sebagai pengiftaran kepada guru-guru dan pelajar -pelajar di atas sumbangan,
penglibatan dan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Dimulakan dengan Anugerah Cemerlang Badan Beruniform.


Dipersilakan
1. Cikgu Mohd Afif Bin Zakaria – Persatuan Kadet Remaja Sekolah
2. Ustaz Abdul Azim bin Rashid – Persatuan Kadet Polis
Seterusnya Anugerah Cemerlang Kelab & Persatuan
Dipersilakan
1. Cikgu Teng Chin Ling – Kelab Sains dan Matematik
2. Cikgu Lungan Ding – Kelab Interschool Christian Fellowship ISCF

Seterusnya Anugerah Cemerlang Sukan dan Permainan


Dipersilakan
1. Cikgu Chin Hing Ka – Kelab Bola Tampar
2. Cikgu Mohd Akmal Bin Mat Sepiah – Kelab Olahraga

Anugerah seterusnya adalah TUNAS HARAPAN SUKAN 2015


Pelajar yang menerima anugerah ini telah Berjaya merangkul gelaran Olahragawan
dalam kejohanan balapan dan padang 2015 serta mendapat pingat emas dalam acara
100m, 400m, 4x100m, 4x400m dan perak dalam acara 200m. Disamping itu juga,
pelajar ini telah mewakili bahagian Limbang ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah
Negeri Sarawak dan Kejohanan Sukan Pembangunan peringkat Negeri Sarawak.
Pelajar yang dimaksudkan adalah : FELIX TADEM PENGIRAN, TINGKATAN 3
DELIMA.

6
Seterusnya ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SUKAN
Pelajar ini merupakan seorang pemain bola tampar dan satu-satunya pemain dari
bahagian Limbang telah dipilih mewakili Negeri Sarawak dalam Kejohanan Bola
Tampar Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Pelajar ini telah membantu pasukan bola
tampar Majlis Sukan Sekolah Sarawak mendapat Johan Bola Tampar peringkat
Kebangsaan dengan memegang posisi Labaror Pasukan. Pada 26-30 November 2015
yang akan datang, beliau sekali lagi mewakili Persatuan Bola Tampar Sarawak ke
kejohanan Bola Tampar Milo-Malaysia di Marang, Terengganu.. Pelajar yang
dimaksudkan adalah : JORDAN LING HAN SENG, TINGKATAN 3 EMAS

Anugerah seterusnya adalah TUNAS HARAPAN KOKURIKULUM 2015


Pelajar ini sangat aktif dalam Persatuan Kadet Remaja Sekolah dan telah dinaikan
pangkat sebagai sarjan dalam kursus kenaikan pangkat sarjan/kopral di SMK Kubong
Limbang. Pelajar ini juga telah mewakili bahagian Limbang ke peringkat negeri dalam
Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah di SMK Song Kapit, Sarawak dan telah
dipilih menyertai perkhemahan perdana Kadet Remaja Sekolah peringkat kebangsaan di
Pusat Kokurikulum Kuantan Pahang. Sepanjang penglibatan beliau dalam
perkhemahan, beliau bersama pasukan telah berjaya medapat Johan dalam Pertandingan
Kawad Kaki Kadet Puteri, Johan pertandingan Bantu Mula dan tempat ketiga masakan
Rimba. Pelajar yang dimaksudkan adalah : PRISCILLA ANAK UJU, TINGKATAN
4 BERLIAN

Seterusnya ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KOKURIKULUM


Pelajar ini merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam unit beruniform iaitu
Kadet Polis dan telah mewakili bahagian Limbang ke peringkat negeri dalam
Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri 2015, Kawad Kaki Hari Polis 2015 serta
menyertai Pertandingan Perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2015. Disamping itu juga
pelajar ini turut aktif dalam kelab persatuan iaitu Kelab 1 Malaysia yang mana beliau
telah mewakili bahagian limbang dalam Kem Aspirasi Kelab 1 Malaysia Peringkat
Negeri, mendapat tempat ketiga dalam sketsa rukun Negara. Pelajar yang dimaksudkan
adalah : NUR HIDAYATUL HUSNA BT ABDULAH TINGKATAN 4 NILAM.

ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH PELAJAR GEMILANG

7
KOKURIKULUM.
Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar
Tingkatan Lima yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum dan telah mengharumkan
nama sekolah dalam setiap aktiviti yang disertai baik di peringkat daerah, bahagian,
negeri, kebangsaan dan Antarabangsa sepanjang lima tahun bersekolah di SMK
Limbang.
Penerima Anugarah Pelajar Gemilang Kokurikulum 2015 ;
kategori Lelaki disandang oleh BRAVELAND KIMWAH TINGKATAN 5 NILAM.

Penerima Anugerah Pelajar Gemilang Kokurikulum kategori Perempuan disandang oleh


SITI NURSYAFIFAH BT MAZLAN..

Seterusnya Anugerah Guru Sukan Cemerlang:


Guru ini merupakan Jurulatih Utama Olahraga Majlis Sukan Sekolah bahagian dan
negeri,jurulatih olaharaga sukan pembangunan negeri dan telah banyak membantu
skuad olahraga SMK Limbang melahirkan atlit balapan dan pandang yang cemerlang.
Beliau juga mewakili bahagian limbang dalam kejohanan bola jarring Maksak bahagian
2015 di sarikeI dan mewakili Limbang dalam pertandingan Futsal PSKPP Peringkat
negeri di miri dan mendapat Naib Johan. Guru Sukan Cemerlang yang dimaksudkan
adalah CIKGU WAN AINAMARDIA BT WAN MAT

Seterusnya Anugerah Guru Kokurikulum Cemerlang.


Guru ini merupakan seorang yang aktif dalam unit beruniform. Beliau telah dinaikan
pangkat dari Leftenan Kadet Remaja Sekolah ke Kapten Kadet Remaja Sekolah. Beliau
tmerupakan seorang jurulatih KRS Negeri dan Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri.
Beliau juga telah dilantik sebagai Kem komanden Perkhemahan KRS Peringkat Negeri
Sarawak di SMK Song Kapit dan dilantik guru penyelaras latihan kor kadet polis ke
perkhemahan Kadet Polis Peringkat Negeri di SMK Kidurong Bintulu. Guru yang
dimaksudkan adalah CIKGU TIMOTHY GEORGE JENGGING

Anugerah Bidang Hadirin sekalian sebentar lagi akan disampaikan Anugerah Nilam 2015 Hj sapiah

8
KURIKULUM
Program NILAM iaitu Nadi Ilmu amalan membaca merupakan salah satu program
bacaan sekolah di bawah bahagian teknologi pendidikan Malaysia bagi menggalakkan
minat membaca di kalangan pelajar.

Anugerah Penghargaan NILAM diberikan kepada pelajar yang mencapai tahap


pembacaan asas sehingga ke peringkat tertinggi bagi tahun semasa.

Manakala Anugerah Pengiktirafan NILAM diberikan kepada pelajar yang mencapai


tahap Jauhari dan mendapat pingat gangsa. Pelajar-pelajar ini juga telah membaca
melebihi 100 buah buku sepanjang sesi persekolah.

Para guru yang menyertai program NILAM secara aktif serta menunjukkan komitmen
dan pengurusan terbaik dalam program NILAM turut diberikan Anugerah Guru Aktif
NILAM dan Anugerah Guru Terbaik NILAM.

Kita mulakan Anugerah Penghargaan NILAM (Bacaan Tahun Semasa)


[Rujuk buku acara untuk senarai penerima dan senarai anugerah seterusnya]

Anugerah Hadirin sekalian, seterusnya akan disampaikan Anugerah Pelajar Penilaian Tingkatan 3 melissa
Cemerlang PT3 dan 2014.
SPM Dipersilakan : [Rujuk buku acara untuk senarai penerima]

Seterusnya anugerah Cemerlang SPM 2014 :


Dipersilakan : [Rujuk buku acara untuk senarai penerima]

Persembahan Yang berhormat serta sidang hadirin sekalian, majlis berehat seketikan dengan Hj sapiah
Pelajar menyaksikan persembahan Gamelan daripada Kelab Gamelan SMK Limbang.
Dipersilakan,

[Selesai persembahan Gamelan ]

9
Demikianlah tadi persembahan Gamelan oleh pelajar-pelajar kelab Gemelan di bawah
bimbingan Cikgu Mohd Hafez Bin Hashim.

MAJLIS Yang Berhormat serta sidang hadirin sekalian, Melissa & hj


GRADUASI sapaiah
Tibalah masanya kita ke acara kemuncak iaitu Anugerah dan sijil graduasi kepada para
graduan SMK Limbang

Majlis Graduasi merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada


pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Limbang yang berjaya menamatkan pelajaran di alam
persekolahan selama 5 tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2015 dan seterusnya sebagai
peransang untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang bakal diceburi selepas
meninggalkan SMK Limbang.

Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Hj Matzinan bin Hj Wahit,
Pengetua SMK Limbang untuk mempersilakan dan mengiringi YANG BERHORMAT
DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N68
BUKIT KOTA LIMBANG serta tetamu jemputan umtuk menyempurnakan Penyampaian
Sijil Graduasi 2015. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis Penyampaian Sijil Gradusi dimulakan dengan Pelajar Tingkatan


______________
Dipersilakan :[Rujuk senarai penerima]

ANUGERAH Yang berhormat serta sidang hadirin sekalian, melissa


TOKOH PELAJAR bakal diumukan sebentar lagi adalah Augerah Tokoh Pelajar 2015. Anugerah ini
diberikan kepada pelajar yang menunjukan kecemerlangan yang seimbang dalam
bidang Akademik mahupun Kokurikulum disamping berketrampilan, mempunyai ciri –
ciri kepimpinan yang cemerlang serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan terhadap sekolah dan masyarat sekitar.

ANUGERAH TOKOH PELAJAR 2015 ialah


__________________________________________________________________

[selesai penyampian Anugerah Tokoh Pelajar 2015]

10
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL
RAHMAN BIN HJ ISMAIL di atas penyampaian sijil graduasi dan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Bagi menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YANG melissa
cenderahati kepada BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL, AHLI DEWAN UNDANGAN
tetamu jemputan NEGERI N68 BUKIT KOTA LIMBANG , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Hj Matzinan bin Hj Wahit, Pengetua SMK Limbang untuk menyampaikan
cenderahati kepada YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN BIN HJ ISMAIL

[selesai penyampaian cenderahati]

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj Matzinan bin Hj Wahit,
di atas penyampaian cenderahati kepada YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL RAHMAN
BIN HJ ISMAIL.

Persmebahan Bagi meghangatkan majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2015, Hj sapiah
Pelajar marilah sama-sama saksikan persembahan koir daripada Pelajar Tingkatan 5 Nilam
Dipersilakan.

[Selesai persembahan]

Demikan lah tadi persembahan pelajar Tingkatan 5 Nilam mewakili semua pelajar
Tingkatan 5 yang bakal menamatkan sesi pembelajaran pada tahun ini. Doa dari kami
warga Pendidik SMK Limbang semoga kalian terus sukses dan Berjaya dalam hidup.

Ucapan tamat majlis Yang berhormat serta hadirin sekalian; melissa

Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Begitu juga degan majlis GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH yang semakin hampir melabuhkan tirainya.

11
Sebelum tirai majlis dilabuhkan, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YANG BERHORMAT DR HJ ABDUL
RAHMAN BIN HJ ISMAIL, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N68 BUKIT
KOTA LIMBANG Kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Tidak ketinggalan juga buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih diucapkan

Kami juga inigin memohon kemaafan sekiranya ada keterlanjuran dan kepincangan
sepanjang kami mengacara majlis pada hari ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Kuasa dan segala
kekurangan dan kelemahan datangnya dari diri kami sendiri

IBU PERTIWIKU Bagi mengakhiri majlis kita pada malam ini, hadirin dipersilakan berdiri dan sama-sama Hj sapiah
menyanyikan lagu IBU PERTIWIKU

PENGUMUMAN TETAMU Majlis mengumumkan Yang Berhormat serta tetamu-tetamu jemputan meninggalkan Melissa
KEHORMAT majlis
MENINGGALKAN MAJLIS
MAJLIS TAMAT SELAMAT SEJAHTERA DAN SEKIAN TERIMA KASIH. melissa

12

Anda mungkin juga menyukai