Anda di halaman 1dari 11

Acara Teks Juruacara

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Limbang
Masuk diiringi oleh Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Limbang dan Pegawai – Pegawai
Kejohanan untuk naik ke pentas.

Lagu Sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berdiri tegak bagi menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku dan lagu Negeri
Sarawak, Ibu Pertiwiku.

Lagu Negaraku

Lagu Negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku

Para hadirin dipersilakan duduk

Acara Teks Juruacara

Kata Alu- Pohon meranti tumbuh di lurah,


aluan                                                             Terbang terkukur ke tengah bendang,
                                                Kejohanan Olahraga berakhir sudah,
                                                            Penutup majlis tetamu diundang, 

1. Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit,


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, merangkap Pengerusi Majlis Sukan Sekolah Bahagian Limbang

2. Yang Berusaha, Encik Raja Manikam A/L Subramaniam, Pengetua SMK Medamit merangkap Pengerusi Pengelola
Kejohanan Olahraga MSSB Limbang 2020

3. Yang Berusaha, Encik Patrick Anak Lukong, Timbalan Pengerusi Pendidikan Daerah Limbang, Pembangunan Sektor
Murid

1
4. Yang dihormati Ketua – ketua Unit PPD Limbang, Guru besar – guru besar Bahagian Limbang, Pengetua – pengetua
Sekolah Menengah Bahagian Limbang, Pengerusi Teknik Kejohanan, Pegawai – Pegawai Kejohanan, Pengurus –
pengurus pasukan, Barisan Jurulatih, para atlet, ajk urusetia dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
majlis penangguhan rasmi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah bahagian limbang kali ke 50 bagi tahun 2020
yang dikelolakan bersama PPD Limbang, SMK Medamit dan sekolah rendah – sekolah rendah Zon C.

Selamat datang diucapkan kepada semua tetamu, dan hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita
akan lebih bermakna dan bertambah serinya.

Acara Teks Juruacara

Bacaan doa .Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Encik Ady Mahadi Bin Mohd Loh. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*PAUSE*

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Ady Mahadi Bin Mohd Loh. Semoga dengan kalimah doa tadi, diberkati
hendaknya segala hasrat yang direncanakan.

Ucapan Kalau tuan pikat kenari,


Perasmi Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua

2
Pegawai Pendidikan Daerah Limbang merangkap Pengerusi Majlis Sukan Sekolah Bahagian Limbang untuk menyampaikan
ucapan perasmian penangguhan Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
*PAUSE*

Majlis merakamkan seangkasa ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Limbang atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Penyerahan Baju kebaya kerongsangnya lima,


Sijil Dipakai oleh si dara sunti,
Senarai pemenang sudah kuterima,
Kalungan pingat dinanti-nanti.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian piala kepada para pemenang. Untuk pengetahuan
semua hadirin, Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 pada kali ini telah disertai oleh 9 buah sekolah menengah
dan 2 pasukan bagi sekolah rendah iaitu MSRD Limbang dan MSRD Lawas dengan penyertaan seramai 608 orang atlet
yang bertanding.

Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan , Encik Raja Manikam AL Subramaniam Pengetua SMK Medamit
merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSSB Limbang 2020 dengan diiringi oleh Cik Penny Metius
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Medamit bagi menyampaikan piala kepada para pemenang.

Kita mulakan dengan penyampaian piala bagi peserta terbaik mengikut kategori.

Peserta Terbaik Kategori Perempuan 12 tahun ke bawah:


Peserta Terbaik Kategori Lelaki 12 tahun ke bawah:
Peserta Terbaik Kategori Perempuan 14 tahun ke bawah:
Peserta Terbaik Kategori Lelaki 14 tahun ke bawah:
Peserta Terbaik Kategori Perempuan 15 tahun ke bawah:

3
Peserta Terbaik Kategori Lelaki 15 tahun ke bawah:
Peserta Terbaik Kategori Perempuan 18 tahun ke bawah:
Peserta Terbaik Kategori Lelaki 18 tahun ke bawah:

Kita teruskan lagi majlis penyampaian piala bagi pasukan terbaik mengikut kategori.

Pasukan Terbaik Kategori Perempuan 12 tahun ke bawah:


Pasukan Terbaik Kategori Lelaki 12 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Perempuan 14 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Lelaki 14 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Perempuan 15 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Lelaki 15 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Perempuan 18 tahun ke bawah:
Pasukan Terbaik Kategori Lelaki 18 tahun ke bawah:

Terima kasih di ucapkan kepada Encik Raja Manikam A/L Subramaniam atas penyampaian piala sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian piala bagi Terbaik Keseluruhan Sekolah Rendah, Terbaik Keseluruhan
Sekolah Menengah, Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Rendah, Olahragawan dan Olahragawati Sekolah Menengah
dan Piala Pusingan bagi Sekolah Rendah dan Menengah.

Jesteru, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Limbang, merangkap Pengerusi Kejohanan Olahraga MSSB Limbang, dengan diiringi oleh Encik Raja Manikam A/L
Subramaniam, Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 untuk menyampaikan piala kepada
para pemenang.

Terbaik Keseluruhan Sekolah Rendah

Naib Johan dengan pungutan mata sebanyak ____________________________. Pasukan ___________________________


Di umumkan Johan, dengan pungutan mata sebanyak ___________________________ dari Pasukan ___________________________.

4
Terbaik Keseluruhan Sekolah Menengah

Tempat Ketiga dengan pungutan mata sebanyak __________________________________. Pasukan ______________________________


Naib Johan dengan pungutan mata sebanyak _____________________________________ disandang oleh Pasukan
______________________________________________
Johan, dengan pungutan mata sebanyak ______________________ diungguli oleh Pasukan __________________________________.

Seterusnya, penerima Anugerah Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 bagi sekolah rendah
disandang oleh________________________________________________________________________________

Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 bagi sekolah rendah disandang
oleh________________________________________________________________________________

Seterusnya, penerima Anugerah Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 bagi sekolah menengah
disandang oleh________________________________________________________________________________

Seterusnya, penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 bagi sekolah menengah
disandang oleh ________________________________________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan Piala Pusingan kepada para pemenang bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah.

Bagi sekolah rendah, dipersilakan Pasukan ____________________________ untuk menerima Piala Pusingan.
Manakala bagi sekolah menengah, dipersilakan Pasukan __________________________________ untuk menerima Piala Pusingan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit atas penyampaian piala sebentar
tadi.

5
Penurunan Sidang Hadirin Sekalian,
Bendera Seterusnya upacara menurunkan bendera kejohanan olahraga MSSB Limbang kali ke 50 oleh persatuan bomba dan
Kejohanan penyelamat smk medamit yang diketuai oleh Saudara Steven Anak John.

Dengan ini dipersilakan Saudara Steven Anak John untuk menyerahkan bendera kejohanan kepada Yang Berusaha
Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Pengerusi Kejohanan Olahraga MSSB Limbang Kali ke-50 bagi tahun 2020.

Dipersilakan Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit untuk menerima bendera kejohanan.
Penyerahan Sidang hadirin sekalian,
Bendera
Kejohanan Tibalah kita ke acara seterusnya iaitu Penyerahan Bendera Kejohanan kepada Pengerusi Pengelola bagi tahun 2021.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Matzinan Bin Haji Wahit, Pengerusi Kejohanan Olahraga
MSSB Limbang Kali ke-50 bagi tahun 2020

Untuk menyerahkan bendera kejohanan kepada

Yang Berusaha,Encik Omar Sidek Bin Murat, Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke- 51
bagi tahun 2021.

Demikian tadi upacara penyerahan bendera Kejohanan Olahraga MSSB Limbang. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih.

Hadirin sekalian,

Marilah sama – sama kita berikan tepukan gemuruh buat pengelola Kejohanan Olahraga MSSB Limbang kali ke 50 atas
kejayaan mereka memastikan kejohanan tahun ini berjalan dengan dan jayanya.

Nyanyian Fly Sebelum melabuhkan tirai majlis kita pada hari ini, marilah sama kita berdiri bagi menyanyikan lagu Fly Kenyalang Fly,
Kenyalang Fly High.
Fly, Fly High

6
Hadirin dipersilakan duduk.

Penutup Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi yang tidak Berjaya, teruskan usaha, kejayaan pasti mejadi milik anda
juga suatu hari nanti. Sehingga berjumpa lagi di kejohanan olahraga MSSB Limbang ke -51

Kami bagi pihak pengelola menyusun jari memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kesilapan dan
ketidaksempurnaan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sekian,
wabillahitaufik, walhidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

7
TM untuk menerima cenderahati.

*PAUSE*

Sebagai tanda kenang-kenganan, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Encik Sarbini Haji Hamdan, Pengurus
Besar Negeri, TM Sarawak untuk menerima cenderahati.

*PAUSE*

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Raja Manikam
A/L Subramaniam atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada semua TETAMU KEHORMAT sebentar tadi.

Semua tetamu kehormat dipersilakan untuk kembali ke tempat duduk. (Tengok pada keadaan. Sekiranya Tetamu turun dengan
sendiri tak perlu sebut
Persembahan Hadirin warga dewan yang dihormati,
Gerini Tari
Dari Kedah ke Negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Tarian disaji memeriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Bagi menggamatkan lagi majlis pada hari ini, sidang hadirin akan disajikan dengan persembahan hebat yang bertemakan

8
tradisional yang akan dipersembahkan oleh kumpulan Gerini Tari SMK Medamit. Majlis mempersilakan.

*PAUSE*

Hadirin yang dimuliakan,

Persembahan tarian yang memukau itu tadi ialah Tarian Ngajat Lesong. Jutaan terima kasih diucapkan.

(Masukkan maklumat tarian dan pencapaian tarian)

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Begitu juga dengan majlis Perasmian Program Sekolah Angkat TM : SMK Medamit yang semakin hampir melabuhkan tirainya.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, saya mewakili pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan seangkasa
terima kasih dan selautan rasa kesyukuran atas pemilihan SMK Medamit sebagai Sekolah Angkat TM.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan buat semua warga SMK Medamit, barisan pentadbir, guru-guru, agensi-
agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Pelancaran Program
Sekolah Angkat TM : SMK Medamit.

Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah S.W.T. Insya-

9
Allah.

Kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada keterlanjuran dan kepincangan sepanjang kami mengendalikan majlis pada
hari ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan Yang Maha Kuasa dan segala kekurangan dan kelemhan datangnya dari diri
kami sendiri.

Nyanyian Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, hadirin dipersilakan berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu Fly Kenyalang Fly,
Fly High.

Hadirin di persilakan duduk. (Duduk dulu atau umumkan keberangkatan keluar Tetamu?) nanti xperlu nk duduk then bangun
lg.)
Pengumuman Majlis mempersilakan Yang Berusaha En Sarbini Hj Hamdan serta tetamu-tetamu jemputan meninggalkan majlis. Selamat
sejahtera dan sekian terima kasih.

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput Encik Raja Manikam A/L Subramaniam, untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Berusaha Encik Sarbini Haji Hamdan dan semua TETAMU KEHORMAT untuk membuat lawatan ke Gerai
Jualan Tamu Ria PIBG & Koperasi seterusnya menikmati jamuan yang disediakan di Bilik Mesyuarat.

Sekian, terima kasih.

10
11

Anda mungkin juga menyukai