Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN: Selesaikan setiap yang berikut.

1. Pada 1 Januari 2017, Encik Ferdinand melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
sebanyak 5000 unit yang bernilai RM 1.40 seunit. Pada tahun yang sama, syarikat itu telah
mengisytiharkan dividen sebanyak 13%. Pada 1 Januari 2018, Encik Ferdinand menjual
semua saham yang dimilikinya dengan harga RM 1.60 seunit. Berapakah nilai pulangan
pelaburan yang diperoleh Encik Ferdinand?

2. Pada 1 Mac 2016, Encik Murad membeli sebuah kedai dengan harga RM 520 000. Dia
menyewakan kedai itu dengan kadar RM 1500 sebulan mulai 1 Jun 2016. Pada 31 Mac 2018,
kedai itu dijual kepada penyewa pada harga RM 600 000. Hitung jumlah pulangan yang
diperoleh atas pelaburan Encik Murad.

3. Puan Dalila bercadang untuk menyimpan RM 20 000 selama 5 tahun di sebuah bank yang
dapatmemberi pulangan yang lebih tinggi. Bank A dan Bank B menawarkan faedah yang
sama iaitu 9% setahun dengan bilangan kali faedah dikompaunkan yang berbeza seperti
berikut.
(a) Bank A: 3 kali setahun
(b) Bank B: 2 kali setahun

Bank manakah yang mungkin dipilih oleh Puan Dalila untuk menyimpan wangnya?
Terangkan jawapan anda.

4. Encik Azmi menyimpan RM 9000 di dalam akaun simpanan dengan kadar faedah 4%
setahun. Faedah dikompaunkan sekali dalam setahun. Cari jumlah simpanan Encik Azmi
selepas 3 tahun.

5. Puan Sofia menyimpan RM 12 000 di dalam akaun simpanan tetap dengan kadar faedah 6%
setahun. Faedah dikompaun dua kali dalam setahun. Hitung jumlah simpanan Puan Sofia
selepas 5 tahun.

6. Jika Encik Anizan menyimpan RM 10 500 pada awal tahun, berapakah jumlah wang
simpanan dan faedah kompaun Encik Anizan pada akhir tahun kelapan jika bank
menawarkan kadar faedah sebanyak 2.5% setahun dan penkompaunan setiap 4 bulan
sekali?

Anda mungkin juga menyukai