Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD MELAKA TENGAH


KALI KE-5 BAGI TAHUN 2022.
Masa dan Agenda Teks Pengacaraan
Atlet Bersedia Diminta semua kontinjen untuk mengambil tempat.
Hadirin Sekalian,
Ucapan Selamat Selamat datang ke Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan
Datang Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi
tahun 2022.
Mengumumkan ketibaan;
Ketibaan tetamu
jemputan Yang dihormati,
Encik Mohd Shafee Bin Sulaiman
Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit Bakat Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah.

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

*Nyanyian lagu negaraku


Ucapan Ke Pekan Alai membeli bingka,
Pengacara Majlis Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Yang dihormati,
Encik Mohd Shafee Bin Sulaiman
Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit Bakat Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Jasmi Bin Husin,
Pengetua Smk Pernu

Puan Junalis Binti Mahmod


Guru Besar Sk Pernu

Encik Mohamad Azmir Bin Hj Abu Hassan


Guru Besar Sk Alai

Puan Lee Huey Lian


Guru Besar Sjkc Kuang Yah

Puan R.Krishna Veni


Guru Besar Sjkt Bukit Lintang

Barisan guru-guru penolong kanan kokurikulum, pegawai-pegawai


kejohanan, urusetia, pengurus-pengurus pasukan, atlet-atlet dan semua
hadirin sekalian.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif Kejonanan Olahraga Majlis


Sukan Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali
ke-5 dijalankan adalah untuk menggalakkan murid menyertai aktiviti
sukan disamping untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai
persiapan ke kejohanan olahraga peringkat negeri Melaka.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Bacaan doa
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Irwan Efendy
bin Md Yassim, Dipersilakan.

❖ Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih kepada Ustaz Irwan Efendy bin Md Yassim, atas bacaan doa
sebentar tadi.

Ucapan aluan Hadirin sekalian,


Pengerusi
Sekolah Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj, Jasmi bin
Pengelola Husin, Pengetua SMK Pernu selaku pengerusi sekolah pengelola untuk
menyampaikan ucapan aluan beliau. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

❖ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan Hj, Jasmi bin Husin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Ucapan
Perasmian Makan durian bersama pulut,
Penutup Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan perasmian yang
akan disampaikan oleh yang dihormati Encik Mohd Shafee Bin Sulaiman
Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit Bakat Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah, wakil kepada Pegawai Pendidikan
Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah untuk menyampaikan
ucapan sekaligus merasmikan "Majlis Perasmian Penutup Kejohanan
Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah
Melaka Tengah Kali ke-5 bagi tahun 2022".

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Rasmilah sudah Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan


Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi
tahun 2022 pada hari ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang


dihormati Encik Mohd Shafee Bin Sulaiman
Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit Bakat Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah atas kesudian merasmikan majlis.
Penyampaian Tuan-tuan dan Puan-puan / Hadirin sekalian,
Hadiah
Sebentar lagi akan berlangsungnya majlis penyampaian anugerah

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


_______________________________________
mengiringi Encik Mohd Shafee Bin Sulaiman
Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit Bakat Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah untuk menyempurnakan majlis
penyampaian anugerah. dipersilakan.

Bagi anugerah peserta terbaik Perempuan Bawah 12 Tahun jatuh kepada


________________________ dari SK ______________

Bagi anugerah peserta terbaik Lelaki Bawah 12 Tahun jatuh kepada


____________________ dari SK __________________

Bagi anugerah peserta terbaik Perempuan Bawah 15 Tahun jatuh kepada


____________________ dari SMK __________________

Bagi anugerah peserta terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun jatuh kepada


____________________ dari SMK __________________

Bagi anugerah peserta terbaik Perempuan Bawah 18 Tahun jatuh kepada


___________________ dari SMK ___________________

Bagi anugerah peserta terbaik Lelaki Bawah 18 Tahun jatuh kepada


___________________ dari SMK ___________________
Bagi anugerah olahragawati terbaik Kejohanan Olahraga Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi
tahun 2022 jatuh kepada ________ dari SMK _______________

Bagi anugerah olahragawan terbaik Kejohanan Olahraga Majlis Sukan


Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi
tahun 2022 jatuh kepada ______________ dari SMK _________

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang, Majlis


merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd
Shafee Bin Sulaiman Penolong Ppd Sektor Pembangunan Murid, Unit
Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Majlis Bersurai Hadirin sekalian,

Demikianlah berakhirnya Kejohanan Olahraga Majlis Sukan


Sekolah-sekolah Melaka Peringkat Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi
tahun 2022. Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka Peringkat
Daerah Melaka Tengah Kali ke-5 bagi tahun 2022 pada tahun ini. Kami
juga ingin memohon maaf jika ada salah atau tersilap tutur kata
sepanjang mengendalikan kejohanan olahraga ini.
Bunga Seroja Di Atas Para,
Jatuh Ditimpa Buah Berangan,
Andai Kata Tersilap Bicara,
Kemaafan Jua Kami Pohonkan.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikumwarahmatullahi


wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai