Anda di halaman 1dari 8

1|Page

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN KGKT 2022

Pengacara Majlis :

En Mohd Ishaari Bin Mat Arif

Siti Nain Zubaidah Binti Satiam

Dari Raub terus ke pontian,

Terus pula ke kuala Perlis ,

Harap semua berikan perhatian ,

Mohon saya mulakan majlis .

Yang berusaha Tuan Guru Besar SK LKTP Jengka 14 , En Mohd Fekry


Bin Md Ariffin ,

Yang dihormati En Mohd Asral Bin Ibrahim , GPK Pentadbiran ,Ustaz


Abdullah Amril Bin Mansor , Guru Penolong kanan hal Ehwal Murid , En
Abu Nisa Bin Ismail , Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,

Yang dihormati Barisan Ahli Jawatankuasa KGKT bagi tahun 2022 ,


seterusnya rakan rakan guru serta kakitangan sekolah yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh …


2|Page

Selamat datang ke MAJLIS APRESIASI KGKT SKJ14 BAGI TAHUN


2022.

Ke Pekan Kuala membeli Bingka ,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka ,

Dengan alunan madah yang indah.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Antara tujuan persatuan KGKT adalah ,

Yang pertamanya adalah untuk mengadakan sesuatu forum dan


perkhidmatan bagi kebajikan, keperluan, dan kemajuan guru-guru dan
kakitangan sekolah dalam meningkatkan imej dan mutu sekolah.

Selain itu untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam


memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan guru-guru dan
kakitangan sekolah dalam kegiatan mereka.

Dengan adanya KGKT disekolah juga adalah untuk merapatkan


hubungan kekeluargaan antara guru-guru dan kakitangan sekolah.

seterusnya menjadi perantara antara guru-guru dan kakitangan


sekolah dengan pihak pentadbir, PIBG dan pelbagai kesatuan yang
berkenaan.
3|Page

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan


dimulakan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,Al Fadhil Ustaz Mohd


Jamil Bin Ahmad , untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan
hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya .

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati


Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan.

Hadirin Hadirat sekalian ,

Dari awal tahun sehingga hujung nya, pelbagai aktiviti telah dirancang
dan alhamdulillah banyak dapat dilaksanakan dengan baik. Ianya hasil
usaha kerja keras satu team yang cukup hebat dan mantap . Jika
ditanya pada saya perlu dikekalkan atau tidak ajk kgkt sedia ada?
Hummm dah tentu jawapan saya setuju 100% sewajarnya harus
dikekalkan. Berikan satu tepukan yang gemuruh padaa team kgkt yang
bertungkus lumus dalam merancang dan melaksana program sepanjang
tahun dengan baik sekali.Mungkin banyak lagi agenda yang masih
belum dilaksanakan dan isnyaAllah akan dilaksanakan pada tahun ini.
4|Page

InsyaAllah. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua


guru dan kakitangan secara umumnya kerana tanpa komitmen daripada
ahli semuanya akan menjadi rumit untuk team ajk kgkt untuk
merealisasikan setiap perancangan yang telah disusun. Syabas dan
tahniah sekali lagi untuk semua.

_____________________________________________________

Majlis kita beranjak maju pada petang ini ,majlis diteruskan dengan
menjemput En Mohd Nor Fadzli Bin Ishak , Pengerusi KGKT SK LKTP
Jengka 14 bagi menyampaikan ucapan . Dipersiakan,

Terima Kasih di ucapkan kepada, En Mohd Nor Fadzli Bin Ishak ,


Pengerusi KGKT SK LKTP Jengka 14 bagi tahun 2022 diatas ucapan
itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Guru Besar SK LKTP


Jengka 14 , En Mohd Fekry Bin Md Ariffin untuk menyampaikan
ucapan . Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar SK LKTP Jengka 14 ,


En Mohd Fekry Bin Md Ariffin diatas ucapan tersebut.
5|Page

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian ,

Kita akan meneruskan lagi acara pada petang yang indah ini dengan
menyampaikan 30 Anugerah KGKT 2022 dan juga sebanyak 11
Anugerah Khas sekolah . Kedua dua nya mempunyai panel penilaian
masing masing. Sama sama kita saksikan siapakah penerima
penerima yang bertuah tersebut.

Baiklah kita mulakan dengan penyampaian Anugerah KGKT bagi tahun


2022 . Penerima akan menerima hadiah dan sijil .Untuk
menyempurnakan penyampaian tersebut, majlis dengan ini menjemput
En Mohd Norfadzli Bin Ishak , Selaku Pengerusi Kelab KGKT dan diiringi
oleh ustz Mohd Jamil Bin Ahmad , Bendahari kelab KGKT bagi tahun
2022. Dipersilakan .

( BACA LIST PENERIMA )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Norfadzli Bin


Ishak , Selaku Pengerusi Kelab KGKT dan diiringi oleh ustz Mohd Jamil
Bin Ahmad , Bendahari kelab KGKT bagi tahun 2022 diatas kesudian
menyampaikan anugerah tersebut.
6|Page

Majlis diteruskan dengan Anugerah Khas Sekolah bagi tahun 2022.


Penerima akan menerima hadiah dan sijil penghargaan. Untuk
menyempurnakan majlis tersebut majlis dengan berbesar hati
menjemput Tuan Guru Besar SK LKTP Jengka 14 , En Mohd Fekry Bin
Md Ariffin dengan diiringi oleh En Mohd Asral Bin Ibrahim , GPK
Pentadbiran SK LKTP Jengka 14. Dipersilakan.

( BACA LIST PENERIMA )

Seterusnya kita akan teruskan penyampaian pada petang ini bagi


kategori pakaian pilihan yang menepati tema. Cara pemilihan adalah
berdasarkan penilaian oleh pengurus kedai jengka&co memilih dengan
memberi sekuntum bunga sebagai tanda bertuah kerana memenangi
kategori ini. Seramai 6 orang akan terpilih untuk menjadi pemenang bagi
kategori ini. Sama sama kita saksikan siapakah penerima tersebut.
Dipersilakan panel penilai untuk memilihnya.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK


LKTP Jengka 14 , En Mohd Fekry Bin Md Ariffin dengan diiringi oleh En
Mohd Asral Bin Ibrahim , GPK Pentadbiran SK LKTP Jengka 14 diatas
kesudian menyampaikan anugerah tersebut.
7|Page

Hadirin hadirat sekalian ,

Kita telah sampai ke acara yang dinanti nantikan oleh semua iaitu
menikmati juadah hidangan yang lazat dan enak di depan mata.
Sebelum kita menikmati ,majlis dengan segala hormatnya menjemput
ustz mohd jamil bin Ahmad untuk memimpin baca doa menjamu
selera.Dipersilakan ustz.

Terima kasih diucapkan kepada ustz mohd jamil bin ahmad diatas
bacaan doa itu tadi. Semoga semuanya bertambah berkat dan selamat
hendaknya.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

Sebelum mengundur diri, di jemput semua hadirin hadirat untuk


menjamu selera di tempat yang disediakan.Ampun dan maaf di pohon
8|Page

andai ada tersalah kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Dengan


itu, sekian, wabillahi taufiq wal hidayahwassalamualaikum wbt .

Anda mungkin juga menyukai