Anda di halaman 1dari 13

SKRIP MC HARI ANUGERAH CEMERLANG 2023

SK LKTP JENGKA 14

KETIBAAN Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan dif dif jemputan masuk kedalam dewan. Hadirin hadirat
diminta duduk ditempat yang disediakan.

NYANYIAN Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
LAGU Pahang

Hadirin diminta berdiri.

Semua hadirin dijemput untuk duduk.

KATA ALUAN Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tumbuh menyerlah dihujung muara,


Bunga kemboja dibuat jualan,
Lafaz bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu aluan saya mulakan.

Yang Berusaha Tn Guru Besar


Encik Mohd Fekry bin Md Ariffin

Guru Penolong Kanan Pentadbiran


En Mohd Asral bin Ibrahim

Guru Penolong Kanan HEM


En Abdullah Amril bin mansor

Guru Penolong Kanan Kokurikulum


En Abu Nisa bin Ismail

1
Naib Yang Dipertua PIBG
En Mohd Sazali Bin Mokhtar

Rakan-rakan guru, murid-murid


Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat bersama sama berkumpul dalam Majlis HARI
APRESIASI PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH SK LKTP JENGKA
14 BAGI TAHUN 2023.
KATA KATA Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,
PERANSANG
Hari APRESIASI PENDIDIKAN merupakan satu program bagi menghargai
murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum .
Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah ,
dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah
sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa.

BACAAN DOA Sutera bersulam indah buatan,

Untuk dipakai dihari mulia,

Doa dipanjatkan mohon keberkatan,

Semoga yang Esa mencurahkan kurnia.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dengan penuh takzimnya dipersilakan Al
Fadhil ustaz Abdullah Amrill Bin Mansor , GPK HEM SK LKTP Jengka 14 ,

untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil ustaz Abdullah Amrill

2
Bin Mansor , GPK HEM SK LKTP Jengka 14. Mudah-mudahan majlis dilimpahi
rahmat oleh Allah s.wt

UCAPAN NYDP Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,


Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak dan badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluan nya.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan dengan menjemput yang dihormati En
Mohd Sazali Bin Mokhtar , NYDP SK LKTP Jengka 14 bagi menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati En Mohd Sazali
Bin Mokhtar , NYDP SK LKTP Jengka 14 diatas ucapan alu aluan Nya sebentar
tadi.

UCAPAN GB Daun semulur dipekan sari,


DAN PERASMI
Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi ,

Ucapan GB hajatnya kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd


Fekry bin Md Ariffin, Guru Besar SK LKTP Jengka 14 bagi menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Hari Apresiasi Pendidikan SK LKTP Jengka 14 bagi
tahun 2023 pada pagi ini.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd
Fekry Bin Md Ariffin , Guru Besar SK LKTP Jengka 14 kerana kesudian tuan guru
besar memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini.

3
PERSEMBAHAN Agenda beralih, atur cara berganti, menanti di laluan kiri ialah santapan mata dan
MURID TAHUN halwa telinga yang berkonsepkan nyanyian dan gerakan yang akan dipersembahkan
6 LELAKI oleh wakil murid tahun 6 lelaki sekolah SK LKTP Jengka 14,
Persembahan yang berkonsepkan boria . Satu persembahan kebudayaan yang
cukup terkenal di Pulau Pinang. Dengan itu, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil murid tahun 6 lelaki sekolah SK LKTP
Jengka 14, di atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. Kumpulan
tersebut adalah bimbingan En Mohd Fadhil Bin Ahmad@Sani dan En Mohd
Ishaari Bin Mat Arif.

PENYAMPAIAN Hadirin hadirat yang dihormati sekalian ,


HADIAH
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan .
Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan . Oleh itu murid murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan.
Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
apa yang diimpikan.

Oleh itu, majlis dengan ini diteruskan dengan penyampaian hadiah Anugerah
Pencapaian PBD bagi tahun 2023.

Bagi menyempurnakan majlis tersebut, dengan ini menjemput Yang dihormati, En


Mohd Sazali Bin Mokhtar, Naib Yang dipertua PIBG Diiringi oleh Ustaz Mohd
Jamil Bin Ahmad , SU PIBG SK LKTP Jengka 14 bagi tahun 2023 . Dipersilakan .

( RUJUK SENARAI PENERIMA HADIAH )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati, En Mohd Sazali
Bin Mokhtar, Naib Yang dipertua PIBG Diiringi oleh Ustaz Mohd Jamil Bin
Ahmad , SU PIBG SK LKTP Jengka 14 diatas penyampaian hadiah tersebut.

________________________________________________

4
Tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan diteruskan lagi dengan pencapaian hadiah
seterusnya , untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput yang dihormati
En Mohd Asral Bin Ibrahim , GPK Pentadbiran SK LKTP Jengka 14 , diiringi oleh
Pn Azizah Binti Arshad , Pengerusi KGKT SK LKTP Jengka 14 . Dipersilakan.

( BACA LIST PENERIMA )

 Anugerah peningkatan prestasi


 Anugerah peningkatan prestasi JQAF
 Anugerah peningkatan prestasi Pemulihan Khas

Terima kasih dihormati En Mohd Asral Bin Ibrahim , GPK Pentadbiran SK LKTP
Jengka 14 , diiringi oleh Pn Azizah Binti Arsat, Pengerusi KGKT SK LKTP Jengka
14 di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi Anugerah


Matapelajaran Terbaik . Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput
yang berusaha En Mohd Fekry Bin Md Ariffin , GB SK LKTP Jengka 14 , diiringi
oleh Ustz Abdullah Amrill Bin Mansor , GPK HEM SK LKTP Jengka 14 untuk
menyempurnakan majlis penyampaian tersebut. Dipersilakan.

( BACA LIST PENERIMA )

 Anugerah matapelajaran terbaik

5
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha En Mohd Fekry Bin Md Ariffin ,
GB SK LKTP Jengka 14 , diiringi oleh Ustz Abdullah Amrill Bin Mansor , GPK
HEM SK LKTP Jengka 14 di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian, majlis akan berhenti seketika bagi memberi ruang kepada
semua murid dan guru untuk berehat. Oleh itu, majlis akan kembali semula pada
pukul ______ pagi.

PERSEMBAHAN Hadirin hadirat sekalian, majlis akan kembali berlangsung sebentar lagi. Sebelum
memulakan acara penyampaian hadiah, kita akan menyaksikan seketika
MURID
persembahan tarian oleh wakil murid Perempuan tahun 6 SK LKTP Jengka 14.
(10.45 pg) Sama sama kita saksikan.
………
Terima kasih di atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. Buat
pengetahuan semua, persembahan ini telah dipimpin oleh Puan Noraini Binti
Jamaluddin.

Seterusnya majlis akan bersambung dengan penyampaian anugerah seterusnya.


Dengan ini, majlis menjemput yang dihormati Encik Abu Nisa Bin Ismail selaku
Guru Penolong Kanan Kokurikulum diiringi oleh En Mohd Norfadzli Bin Ishak ,
selaku SU Sukan SK LKTP Jengka 14. Dipersilakan.

( BACA LIST PENERIMA )

 Anugerah terbaik dalam tahun


 Anugerah Nilam ( Tahun 2-6)
 Anugerah Kehadiran Penuh
 Penghargaan ketua dan penolong ( Tahun 1-6 )
 Penghargaan Pengawas sekolah, PSS, BOSS dan MUSOLLA
(Tahun 6)

6
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada,
yang dihormati Encik Abu Nisa Bin Ismail selaku Guru Penolong Kanan
Kokurikulum diiringi oleh En Mohd Norfadzli Bin Ishak , selaku SU Sukan SK
LKTP Jengka 14 diatas penyampaian hadiah itu tadi.

Persembahan Seterusnya majlis akan berhenti seketika dengan memberi laluan kepada
persembahan Action Song dengan tajuk lagu berjudul The Young Ones .
Murid
Dipersilakan

Terima kasih diatas persembahan yang cukup menarik itu tadi. Persembahan
tersebut adalah dipimpin oleh Teacher Azizah Binti Arsat.

Hadirin hadirat sekalian,


Anugerah Khas
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah yang seterusnya .

Dengan ini dijemput yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Mohd Fekry bin Md
Ariffin, diiringi oleh Encik Mohd Asral bin Ibrahim , GPK pentadbiran SK LKTP
Jengka 14 untuk menyampaikan anugerah seterusnya. Dipersilakan.

Anugerah Khas Hadirin hadirat sekalian ,


pencapaian terbaik
dalam kita mulakan Anugerah Khas bagi kategori guru iaitu Anugerah Khas pencapaian
perkhidmatan. terbaik dalam perkhidmatan.
Anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian guru yang cemerlang dalam
perkhidmatan. Panel penilaian adalah barisan pentadbir SK LKTP Jengka 14.
Sebanyak 5 Kategori iaitu pentadbiran , kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum

7
dan anugerah khas juri.

Berikut adalah penerima penerimanya. Dipersilakan ………..

Penghargaan Seterusnya adalah Penghargaan kecemerlangan kokurikulum bagi tahun 2023.


kecemerlangan
kokurikulum. Anugerah ini adalah untuk menghargai penglibatan guru dalam bidang
kokurikulum secara langsung dan tidak langsung.

Berikut adalah penerima penerimanya. Dipersilakan ………..

Seterusnya adalah anugerah khas bagi kategori murid tahun 6.

Tokoh Nilam Hadirin hadirat sekalian

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas tokoh-tokoh.


Tuan-tuan dan puan-puan kita mulakan dengan penerima Tokoh yang pertama iaitu
bnagi kategori TOKOH NILAM 2023.

Nadi ilmu amalan membaca (nilam) telah dilancarkan secara rasminya pada tahun
1999 yang bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dan merekod bahan
bacaan, serta memberi pengiktirafan kepada para murid. Buat pengetahuan semua,
murid ini telah mencapai tahap bacaan sebanyak 570 buah buku dan telah mencapai
tahap 3 bintang. Murid tersebut ialah MUHAMMAD NIZAR RAID BIN SAZALI .
Dengan ini dipersilakan.

Buat pengetahuan semua, Anugerah-anugerah ini telah dinilai oleh panel penilai

8
ANUGERAH berdasarkan pencapaian, komitmen dan sahsiah mereka sepanjang tahun di sekolah
KHAS TAHUN 6 ini.

TOKOH BINA INSAN BAGI KATEGORI LELAKI

Beliau telah dipilih berdasarkan sahsiah baik dan tauladan yang ditunjukkan .
Beliau juga sedia memberikan khidmat bantu kepada guru-guru, dan kawan-kawan
ketika diperlukan. Beliau yang dimaksudkan adalah HAFIZ IRSYAD BIN ZA’BA
dari kelas 6 CEMERLANG

Dipersilakan.

TOKOH BINA INSAN BAGI KATEGORI PEREMPUAN

Seterusnya adalah anugerah TOKOH BINA INSAN BAGI KATEGORI


PEREMPUAN. Murid ini merupakan seorang yang sentiasa membantu rakan-
rakannya. Beliau juga dipilih berdasarkan sikap yang disenangi oleh rakan-
rakannya. Murid ini ialah NURSORFINA ADWIAYAH BINTI
ZULAZRI .Dengan ini dipersilakan.

TOKOH KOKURIKULUM BAGI KATEGORI LELAKI

Hadirin hadirat, seterusnya ialah TOKOH Kokurikulum bagi kategori Lelaki ,


Anugerah ini akan diterima oleh murid yang telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dalam kokurikulum di peringkat tertinggi.

Buat pengetahuan semua, berikut adalah pencapaian beliau dalam bidang


kokurikulum.

1. Tempat ke 3 Kejohanan Bola Baling peringkat zon

9
2. Johan Bola Baling Peringkat Daerah
3. Tempat ke 3 kejohanan badminton MSSD
4. Johan Merentas desa peringkat sekolah
5. Johan Kejohanan Takraw peringkat Daerah
6. Johan Kejohanan takraw peringkat Negeri
7. Suku akhir Kejohanan takraw peringkat kebangsaan.

Beliau yang dimaksudkan adalah Muhamad Zayrul Haqif Bin Mohd Zakri dari
kelas 6 Cemerlang. Dipersilakan naik ke pentas untuk menerima anugerah. Tahniah
diucapkan

TOKOH KOKURIKULUM BAGI KATEGORI PEREMPUAN

Seterusnya adalah tokoh kokurikulum bagi perempuan, tokoh yg menerima


anugerah ini adalah

Buat pengetahuan semua, berikut adalah pencapaian beliau dalam bidang


kokurikulum.

1. Johan Bola Baling peringkat Daerah Maran


2. Johan Bola Baling peringkat Zon
3. Penyertaan Kejohanan Bola Jaring peringkat Zon
4. Penyertaan Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Jengka.

Beliau yang dimaksudkan adalah ARAINA NUR FATHIA BINTI ARBAIN dari
kelas 6 Cemerlang. Dipersilakan naik ke pentas untuk menerima anugerah. Tahniah
diucapkan

10
TOKOH KURIKULUM BAGI KATEGORI LELAKI

Hadirin hadirat, seterusnya ialah TOKOH KURIKULUM bagi kategori lelaki.


anugerah ini akan diterima oleh murid yang telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dalam kurikulum di peringkat tertinggi. Beliau telah mendapat 3A 2B
dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang diadakan baru baru ini .

Beliau yg saya maksudkan ialah WAN SYAKIR ADLI BIN MOHD AIDIL dari
kelas 6 CEMERLANG Dengan ini dipersilakan

TOKOH KURIKULUM BAGI KATEGORI PEREMPUAN

Seterusnya adalah TOKOH Kurikulum bagi kategori perempuan.

Murid ni merupakan murid yang patuh arahan guru , bertanggungjawab dan


seorang yang ceria. Beliau juga mampu melahirkan idea yang bernas sejajar
dengan keperluan PAK21 di dalam bilik darjah dan memberikan kerjasama yang

11
yang baik dalam aktiviti berkumpulan. Beliau telah mendapat 3A 2B dalam Ujian
Akhir Sesi Akademik (UASA) yang diadakan baru baru ini .

Murid yang saya maksudkan ini adalah WIDAD AMNI BINTI NOR AZMAN dari
kelas6 CEMERLANG

Dipersilakan .

TOKOH MURID

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

Anugerah tokoh murid adalah sebuah anugerah yang akan dinobatkan kepada
murid yang menunjukkan sahsiah, disiplin dan kecemerlangan dalam akademik dan
kokurikulum seterunya melayakkan dirinya dengan gelaran ini.

Hadirin hadirat,

Tokoh murid tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan
berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih
saying. Beliau melahirkan Beliau dilahirkan pada bulan ____ tahun ______ di
__________________________________________________. Kedua ibu bapa
beliau adalah bekerja sebagai
________________________________________________

Tokoh murid ini juga memegang beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau
merupakan ketua pengawas bagi sesi 2023. Mempunyai cita-cita yang murni iaitu
sebagai
___________________________________________________________________
__. Beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kepimpinan.

Tuan-puan hadirin hadirat sekalian,

Anugerah ini akan dinobatkan

12
kepada________________________________________. Dengan ini dipersilakan.

Terima kasih dan tahniah adik Jauhar,

Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
apa yang diimpikan kelak.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian yang berusaha Tuan Guru
Besar, Encik Mohd Fekry bin Md Ariffin, diiringi oleh Encik Mohd Asral bin
Ibrahim , GPK pentadbiran SK LKTP Jengka 14 kerana telah menyempurnakan
penyampaian anugerah dan sijil itu tadi.

Penutupan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis sudah sampai ke penghujungnya ,

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berkahir disini,
Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi. Segala kerjasama sangat dihargai . Terima


kasih sekalung budi , kenangan nan indah simpanlah dihati. Semoga kita berjumpa
lagi.

Untuk itu izinkan kami berdua mengundur diri.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamu alaikum


warahmatullahiwabarkatuh. TERIMA KASIH

13

Anda mungkin juga menyukai