Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN

SK DANAU KOTA 2
10 April 2023

QUE SKRIP CATATAN


KAWALAN Minta perhatian semua ! Pastikan
MURID Murid-murid PPKI boleh berdiri (tunggu murid berdiri), diikuti murid
(Sebelum mula) murid-murid PRASEKOLAH (tunggu murid berdiri), Murid senyap
TAHUN 1 (tunggu murid berdiri), Murid TAHUN 2, Murid baru
TAHUN 3, murid TAHUN 4, murid TAHUN 5 dan Murid mulakan
TAHUN 6. Semua diminta senyap, pandang kehadapan, salutasi
berdiri dengan cermat dan teratur serta berikan sepenuh
tumpuan kerana majlis perhimpunan akan dimulakan.

Bismilahhirahmanirahhim
SALUTASI ASSALAMUALAIKUM W.B.T , SALAM SEJAHTERA DAN
SALAM MALAYSIA MADANI.

Yang Berusaha En. Mohd Razif bin Mohd Tahir,


Guru Besar, Sek. Keb. Danau Kota 2,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbiran Sekolah ;


-Pn. Jalidah binti Abdul Mutalib -Guru Penolong
Kanan Pentadbiran,

-En. Mohd Shaifudin bin Alias– Guru Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid

-En. Mohd Farhan bin Mat Isa– Guru Penolong Kanan


Kokurikulum

-Pn. Juraidah bt Mat Jan- Guru Penolong Kanan Pendidikan


Khas

Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya


rakan-rakan sekalian.

KATA ALUAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke


PENGACARA hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah-NYA, maka
MAJLIS dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah
ini. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadan ini, kita
sentiasa bersemangat untuk menjalani sesi persekolahan
dengan jayanya.

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis

1
BACAAN DOA mempersilakan saudara
_______________________________________________
untuk mengetuai bacaan doa.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar


BACAAN DOA tadi.
NYANYIAN Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu
LAGU Wilayah Persekutuan, dan lagu sekolah. Semua guru dan
murid diminta berdiri tegak dan bersedia.

SELEPAS Diminta semua guru dan murid untuk terus berdiri untuk
NYANYIAN bacaan ikrar rukun negara.

BACAAN IKRAR Majlis menjemput saudara


RUKUN ____________________________________________
NEGARA untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.

SELEPAS Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar itu tadi. Semua
BACAAN IKRAR guru dan murid dipersilakan duduk.

JEMPUT GURU Majlis diteruskan dengan menjemput wakil guru bertugas


BERTUGAS minggu ini, Cikgu Nazmi Yunos untuk memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Cikgu Nazmi


UCAPAN GURU sebentar tadi.
BERTUGAS
UCAPAN Seperti yang kita sedia maklum, pada minggu lalu kita telah
PEMBUKAAN dikejutkan dengan satu berita yang sangat menyedihkan.
MAJLIS Guru disiplin kita, Cikgu Asyraf bin Muklas dan Guru
PERPISAHAN Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mohd Farhan bin Mat
Isa telah mendapat kenaikan pangkat dalam perkhidmatan
dan akan pergi meninggalkan kita untuk bertugas ke tempat
yang lain.

UCAPAN CIKGU Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu
ASYRAF Asyraf terlebih dahulu untuk tampil memberikan sepatah dua
kata dan pesanan akhir kepada warga SK Danau Kota 2.
Dipersilakan.

SELEPAS Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Asyraf atas ucapan


UCAPAN CIKGU sebentar tadi.
ASYRAF

2
UCAPAN CIKGU Majlis diteruskan dengan menjemput Cikgu Farhan bin Mat
FARHAN Isa untuk menyampaikan ucapan dan amanat terakhir
sebelum pergi meninggalkan SK Danau Kota 2. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang


UCAPAN CIKGU diberikan oleh Cikgu Farhan sebentar tadi. Saya mewakili
FARHAN semua murid SK Danau Kota 2 menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan atas segala kekhilafan dan salah silap
yang kami telah lakukan sepanjang cikgu-cikgu mengajar
dan menguruskan kami. Minta dihalalkan segala ilmu yang
telah dicurahkan dan kenanglah kami dalam doa cikgu.

UCAPAN DAN Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


PENYAMPAIAN Ustaz Mohamad Fitri bin Mohamad Zahir, wakil daripada
HADIAH Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah untuk
DARIPADA memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan
WAKIL BKGK penyampaian hadiah sempena Majlis Perpisahan Cikgu
Farhan bin Mohd Isa dan Cikgu Asyraf bin Muklas.
Dipersilakan.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan


PENYAMPAIAN majlis penyampaian hadiah sebentar tadi.
HADIAH

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En.


UCAPAN GURU Mohd Razif bin Mohd Tahir, Guru Besar SK Danau Kota 2
BESAR untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar


UCAPAN GURU atas ucapan sebentar tadi.
BESAR
PENUTUP DAN Maka dengan itu tamatlah majlis perhimpunan mingguan kita
BERSURAI pada pagi ini. Saya mohon maaf sekiranya tersilap bicara
sepanjang mengendalikan perhimpunan pagi pada hari ini.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum
W.B.T.
KAWALAN Saya menyerahkan kembali kepada guru bertugas, Cikgu
MURID Nazmi untuk kawalan murid.

Anda mungkin juga menyukai