Anda di halaman 1dari 2

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

*Semua murid diminta beratur mengikut kelas dan berdiri tegak.

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Yang Berusaha,
Ustaz Muhammad Faiz bin Khalid,
Mudir Sriti Al-Irfan Tebrau 2, Taman Kota Masai

Yang dihormati,
Ustazah Ma Razhanlaily binti Ab. Razak
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sriti Al-Irfan Tebrau Taman Kota Masai
Ustazah Nurul Farah Najihah binti Azizan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sriti Al-Irfan Tebrau Taman Kota Masai

Yang dikasihi, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi


kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan
berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
saudara _________________________________ untuk membacakan doa.

Habis Doa
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan asmaul husna, nyanyian lagu Negaraku,
Bangsa Johor dan lagu SRITI. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan
bersedia

Selepas Nyanyian

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi.

Ikrar

Seterusnya, dijemput saudara untuk


mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara.
Terima kasih diucapkan. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

Ucapan Guru

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Yang berusaha, Ustaz Muhammad


Faiz bin Khalid mudir SRITI Al Irfan Tebrau untuk menyampaikan amanat
beliau. Dipersilakan.

Atau

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Yang dihormati, Ustazah Ma


Razhanlaily binti Ab. Razak GPK Pentadbiran SRITI Al Irfan Tebrau untuk
menyampaikan amanat beliau. Dipersilakan.

Atau

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Yang dihormati, Ustazah Nurul


Farah Najihah binti Azizan GPK Kokurikulum SRITI Al Irfan Tebrau untuk
menyampaikan amanat beliau. Dipersilakan.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan oleh Tuan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebentar tadi.
Semoga nasihat, teguran, dan amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk ke
arah kecemerlangan.

Seterusnya, dijemput mana-mana guru yang ingin memberikan ucapan atau


maklumat. Dengan ini dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Bersurai

Dengan berakhirnya ucapan dan amanat yang disampaikan sebentar tadi maka
berakhirlah perhimpunan kita pada hari ini. Murid-murid diminta bersedia
untuk masuk ke kelas masing-masing.

Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi


wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai