Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH SMK DATUK ABDULLAH TAHUN 2023

Assalamualaikum wbt. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat sama-sama kita
berkumpul pada 24 Muharram 1445 Hijrah di dewan yang mulia ini untuk majlis bacaan yasin
dan sambutan maal hijrah .

Mohon para hadirin dan pelajar- pelajar bersedia untuk bacaan yasin sebentar lagi dengan
mengambil surah yasin. Bacaan Yasin dan alunan selawat Nabi pada pagi ini akan dipimpin
oleh ……
………………………………………………………………………………………………………………………………………….…
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
______
Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………………………………………… atas bacaan
yasin dan alunan selawat sebentar tadi.
______

PERKARA TEKS
ALUAN
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Lafaz Bismillahirranirrahim pembuka bicara.

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

Yang Berbahagia,
Alfadhil Ustaz Amin Sarif,
Imam Muda Masjid Jamek Daerah Rembau

Yang berusaha
En Muzaffar Nor Bin Muris,
Pengetua SMK Datuk Abdullah

Yang Dihormati,
Pn Rohana Binti Alias
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Hasilina Binti Fadzil
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Zuraidah Binti Ismail


GPK Kokurikulum

Guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor, guru-guru serta


Rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah SMK Datuk Abdullah bagi
tahun 2023 bersamaan 1445 Hijrah.
.
Ceramah Sebelum memulakan ceramah, izinkan saya memperkenalkan terlebih
dahulu biodata penceramah kita pada hari ini :
Nama Tuan Penceramah kita ialah Ustaz Amin Sarif. Beliau adalah :

Mohon rakan-rakan pelajar memberi sepenuh perhatian dan mencatat


maklumat penting dari ceramah ini.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzimnya


mempersilakan AlFadhil Ustaz Amin Sarif untuk menyampaikan ceramah
beliau. Mudahan-mudahan kita akan mengambil istifadah dari ceramah
ini.
___

Jazakumullahu khairon kathira dan terima kasih diucapkan kepada Al


Fadhil ustaz, atas ceramah yang disampaikan. Semoga dapat kita
beramal dengan ilmu yang telah disampaikan oleh al Fadil Ustaz sebentar
tadi.

-----

Penyampaian Majlis seterusnya menjemput Tuan Muzafar Nor Bin Muris, Pengetua
cenderamata SMK Datuk Abdullah untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada
Dan Jamuan Alfadil Ust Amin Sarif. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

--------------
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian
cenderamata sebentar tadi.

Jemputan Majlis seterusnya mempersilakan Alfadil Ustaz Amin Sarif bersama-sama


Jamuan Tuan Muzafar Nor Bin Muris ke kantin sekolah, untuk menikmati sedikit
makan hidangan yang telah disediakan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********penceramah dah keluar dari dewan ****************

(Qasidah tolaal badrul)

Qasidah Hadirin sekelian, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian qasidah Tolaal
Tolaal badrul Badrul secara beramai- ramai. Majlis dengan ini menjemput

…………………………………………………….. untuk mengetuai nyanyian


qosidah ini.

_________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****selesai persembahan***

Terima kasih diucapkan kepada ……………………… kerana mengetuai


nyanyian qosidah tolaal badrul sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Penutup Dengan berakhirnya nyanyian qasidah sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis sambutan maal hijrah kita pada tahun ini.

Diharapkan sambutan ini akan menyuntik semangat hijrah dan


perubahan di dalam diri kita ke arah yang lebih baik dan mengingatkan
kita akan tanggungjawab bersama untuk mempertahankan agama Islam
yang dimuliakan Allah.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan


pelajar atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.

Kita akhiri Majlis Sambutan maal hijrah ini dengan tasbih kaffarah dan
suratul asr.
.
Sekian terima kasih
. WAssalamualaikum W.B.T.

Para pelajar diminta untuk menyusun semula kerusi-kerusi ke belakang


dewan dalam keadaan kemas, teratur dan tersusun.

Anda mungkin juga menyukai