Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE ANN.

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera

Yang berusaha,
Puan Norhazlen bt. Abdullah,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1

Yang dihormati,
Puan Norhaliza binti Taha,
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Encik Saifuldin bin Hassan,


Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Kebangsaan Kota Masai,

Barisan guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang
menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa
dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang
tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

BACAAN DOA Para guru dan murid yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zainal Abidin bin
Wan Dollah untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

UCAPAN YDP PIBG Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati Encik
Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota
Masai untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

CERAMAH Para guru dan murid,


MAULIDUR RASUL
Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan
menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Abdul Mahfuz bin
Abdul Mubin untuk tampil bagi menyampaikan ceramah Maulidur
Rasul. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat
sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid dapat
mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang
disampaikan sebentar tadi.

PERTANDINGAN Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


SELAWAT
Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan selawat.
Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan selawat ini merupakan
pertandingan di antara pasukan unit beruniform Sekolah
Kebangsaan Kota Masai di bawah kelolaan Ustazah Nur Hidayah
binti Almi.

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan kumpulan yang pertama,
Untuk menyampaikan persembahan selawat. Dipersilakan.

(Pertandingan selawat)

PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,


NASYID Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Ustaz Wan
Najib bin Wan Anuar untuk menyampaikan persembahan dua buah
lagu iaitu, Ya Rasulullah dan Perkhabaran Yang Pasti. Majlis
mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput
dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu
Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan
Norhaliza binti Taha, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil ke
pentas utama. Dipersilakan.

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Encik


Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota
Masai untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput Ustaz Abdul Mahfuz bin Abdul Mubin untuk


tampil menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

Bagi pertandingan selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul


peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai, diumumkan pemenang
Tempat kelima,
Tempat keempat
Tempat ketiga
Naib Johan
Johan

(Penyampaian hadiah pertandingan selawat)

Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Kumpulan


Kompang Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati.

Dan, majlis menjemput Ustaz Wan Muhammad Najib bin Wan


Anuar untuk tampil menerima cenderahati. Dipersilakan.

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderahati dan
hadiah sebentar tadi.

BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat


Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada hari ini. Pihak majlis
menjemput dan mempersilakan para guru dan murid untuk
menikmati juadah yang disediakan. Mohon tindakan guru kelas
untuk mengagihkan makanan kepada murid-murid.

Sekian, Assalammualaikum w.b.t


TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Anda mungkin juga menyukai