Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE ANN.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Cik Norlizah binti Hj.


Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan &
Komunikasi Negeri Johor serta rombongannya, dengan diiringi
oleh Yang Berusaha Cikgu Samion bin Kassim, Ayahanda
Pengetua SMK Laksamana bersama barisan pentadbir dan Yang
dipertua PIBG masuk ke dewan.

Assalammualaikum w.b.t. dan salam Amazing Laksamana.

Yang berusaha,
Cikgu Samion bin Kassim,
Ayahanda pengetua SMK Laksamana.

Yang Dialu-alukan,
Tetamu jemputan,
Yang Berhormat Cik Norlizah binti Hj. Noh,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi
Negeri Johor.

Yang dihormati,
Cikgu Nor Azizah binti Basiron,
Penolong Pengetua Pentadbiran.

Yang Dihormati,
Cikgu Jefri bin Tumirin,
Penolong Pengetua Hal Ehwal Murid.

Cikgu Zaleha binti Ngarip,


Penolong Pengetua Kokurikulum,

Cikgu Saidin bin Rahmad,


Penolong Pengetua Petang.

Cikgu Mohd Rizan bin Abdul Hamid,


Penolong Pengetua Pra universiti,

Yang Dihormati,
Tuan Hj Salohi bin Mansor,
Yang Dipertua PIBG SMK Laksamana beserta ahli
jawatankuasanya.

Yang dihormati, barisan ketua bidang, guru cemerlang, barisan


jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan maulidur rasul
peringkat SMK Laksamana, rakan-rakan guru serta yang dikasihi
anak-anak pelajar sekalian.

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Kebangsaan Kota Masai,
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad


s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh
sekalian makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya
yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan
jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang
tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berhormat serta semua hadirin yang telah hadir pada majlis ini.

Untuk makluman semua, majlis kita pada kali ini telah pun dimulai
dengan perarakan selawat sebentar tadi yang telah bermula dari
Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi hingga ke dewan seri
bendahara ini.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nor Sabri bin Mohd
Nor Rafie untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Mohd Nor Sabri
di atas pimpinan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


PENGETUA
Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak
majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Yang
Berusaha cikgu samion bin kassim, ayahanda pengetua smk
laksamana untuk menyampai kata kata aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu


samion bin kassim di atas ucapan beliau itu tadi.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

UCAPAN Para tetamu serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian,


PERASMIAN SUARA
Tertib acara kita bersempena dengan majlis sambutan
maulidurrasul ini akan diteruskan dengan mempersilakan, Yang
Berhormat Cik Norlizah binti Hj Noh, Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Penerangan & Komunikasi Negeri Johor untuk
menyampaikan ucapan dan sekaligus menjadi Perasmi bagi
Surau Ar Raudhah ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berhormat Cik Norlizah binti Hj Noh atas ucapan beliau sebentar
tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Cik Norlizah binti
Hj Noh dengan diiringi oleh cikgu samion bin kassim untuk
menyempurnakan acara penyampaian ini.

Bagi pertandingan Sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul


peringkat Sekolah Kebangsaan menengah kebangsaan
laksamana bagi tahun 2022, diumumkan pemenang
Tempat kelima,
Tempat keempat
Tempat ketiga
Naib Johan
Johan

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Berhormat dan ayahanda pengetua di atas kesudian
menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan
cenderahati itu tadi.

PERASMIAN SUARA

PELAJAR KE SURAU
BERSURAI
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Anda mungkin juga menyukai