Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK SEDENAK

PENGUMUMAN KETIBAAN

BIB Mengumumkan ketibaan,

Yang Dihormati Encik Mohd Yusof Bin Mat Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Sedenak. Hadirin mohon berdiri.

(NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR, LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH)


MAR
Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

(PERSEMBAHAN KOIR)

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Yang dihormati Puan Mirani Binti Md Noh,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pemulihan Khas, Daerah Kulai.

Yang dihormati,
Encik Mohd Yusof Bin Mat
Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sedenak.

Yang Berusaha Encik Mohd Norhisam Bin Zolkifly


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sedenak

Puan Suhaizah Binti Yusoff,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sedenak

Encik Khairul Anuar Bin Abdul Rahmad,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sedenak

Encik Nor Risam Bin Haji Kamari,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sedenak

Yang diraikan,
Murid Prasekolah dan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sedenak

Para guru, ibubapa, murid-murid seterusnya hadirin hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.


UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-Nya,
membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan iOi Palm Villa, majlis berbesar hati
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan
ke majlis penuh bersejarah pada hari ini.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd
Izzat Bin Zamakhsari untuk memimpin bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu agar
majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya. Majlis mengucapkan terima
kasih.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati, 


Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya
pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan
sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Norhisam Bin Zolkifly Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sedenak, untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh bermakna
sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan dan
sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam
mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri
berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, Encik Mohd Yusof Bin Mat Yang Di Pertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Sedenak untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sedenak tahun 2022/2023. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, mari kita saksikan tayangan
multimedia prasekolah.

ANUGERAH PRASEKOLAH

Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang dihormati Puan Mirani Binti Md Noh
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pemulihan Khas, Daerah Kulai diiringi Puan Suhaizah
Binti Yusoff, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sedenak untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN SIJIL, ANUGERAH TUNJANG MATA PELAJARAN TERBAIK,


KEHADIRAN TERBAIK & ANUGERAH JASAMU DIKENANG.

Dipersilakan adik;
1. Muhammad Aryan Fahrin Bin Mohd Fairus
- Penerima anugerah Ketua Kelas
- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Bahasa Melayu

2.. Khayla Hadirah Binti Jasmin


- Penerima anugerah Penolong Ketua Kelas
- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Bahasa Inggeris.

3. Muhammad Aniq Aqil Bin Mohd Nur Hakim


- Penerima anugerah Kehadiran Terbaik
- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Matematik

4.Naqeesha Ifra Binti Firdaus


- Penerima anugerah Kehadiran Terbaik

5. Nur Darisa Marsya Binti M Nizar


- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Bahasa Melayu

6. Muhamad Aqiq Harraz Bin Abdullah


- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Bahasa Inggeris

7. Aleesya Sofea Binti Azhari


- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Matematik

8. Muhammad Aqil Naqiuddin Bin Muhammad Muhyiddin


- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Sains Awal

9. Nurul Aminah Aqilah Binti Mohd Nazri


- Penerima Anugerah Terbaik Tunjang Sains Awal
10.Khalish Ziqri bin Khairul Azman
11. Muhammad Aiman Arif Bin Sallehuddin
12. Muhammad Aqil Bin Muhamad Zahid
13. Muhammad Qalisyh Zafran Bin Mohamad Hafiz
14. Muhammad Fakhruddin Bin Farizal
15. Muhammad Hadif Irfan Bin Mohd Shahruddin
16. Muhammad Irfan Shah Bin Shahrizan
17. Aedlyana Qaireena Binti Rosman
18. Ariesya Sofea Binti Azri
19. Misya Iris Qasrina Binti Samsuddi
20. Noor Zameelah binti Muhammad Suhail
21. Nur Qhayra Dalila Binti Mohd Shahin
22. Nur Sumayyah Binti Bakri
23. Nuur Ain Saffiyyah Binti Marzuki

ANUGERAH MURID TERBAIK AKADEMIK PRASEKOLAH


- Muhammad Aryan Fahrin Bin Mohd Fairus
- Nur Darisa Marsya Binti M Nizar

ANUGERAH MURID PROAKTIF PRASEKOLAH


- Khayla Hadirah Binti Jasmin
- Aleesya Sofea Binti Azhari

ANUGERAH MURID POTENSI CEMERLANG PRASEKOLAH


- Naqeesha Ifra Binti Firdaus
- Nuur Ain Saffiyyah Binti Marzuki
- Misya Iris Qasrina Binti Samsuddi

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Puan Mirani menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dimuliakan,


Mari kita saksikan tayangan multimedia Tahun 6.

ANUGERAH TAHUN 6

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Dengan ini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, Encik Mohd Norhisam Bin Zolkifly
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sedenak diiringi Encik Nor Risam Bin Haji Kamari Guru
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sedeanak untuk menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.
ANUGERAH MATAPELAJARAN TERBAIK
NUR ADRIANA HUSNA BINTI HAMDAN terbaik mata pelajaran :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains

NURHANIS SOFEA BINTI AZHAN terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains

ABDUL MUHAIMIN YASSAR BIN ABDUL MALEK FAISAL terbaik mata pelajaran :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains

MUHAMMAD SYAHID HAIKAL BIN MOHD HUSNI terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains

AHMAD QALEEF RAYYAN BIN AHMAD SUKRI terbaik mata pelajaran :


- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam

AMZAR SYAZANI BIN ABDUL RAHIM terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Reka Bentuk & Teknologi

NUR QAIREEN QALISYA BINTI MOHD SHAHIN terbaik mata pelajaran :


- Pendidikan Islan
- Bahasa Arab
- Reka Bentuk & Teknologi

NUR KHAIRIYAH MADIHAH BINTI KHAIRUL AZMAN terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab

DURRATUL INSYIRAH BINTI JASMIN terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Melayu

SHEIKH NURAMAR ZIKRIE BIN SHEIKH NORHAFIZIE terbaik mata pelajaran :


- Pendidikan Islam

MUHAMMAD ZIQRY BIN AZUAN terbaik mata pelajaran :


- Reka Bentuk & Teknologi

MUHAMMAD DARWISY BIN NORAZIDIN terbaik mata pelajaran :


- Sejarah

NUR AIMY ZARIN BINTI MOHD HAZLY terbaik mata pelajaran :


- Bahasa Arab
Seterusnya, ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK dipersilakan;

Danial Aiman Hashim Bin Abdullah


Nur Qaseh Umairah Binti Mohd Nazri

Seterusnya, ANUGERAH JASAMU DIKENANG dipersilakan;

Ketua Pengawas : Ahmad Qaleef Rayyan Bin Ahmad Sukri


Penolong Ketua Pengawas : Nur Adriana Husna Binti Hamdan
Pengawas : Muhammad Ziqry Bin Azuan
Durratul Insyirah Binti Jasmin
Sheikh Nuramar Zikrie Bin Sheikh Norhafizie
Abdul Muhaimin Yassar Bin Abdul Malek Faisal

Ketua Pengawas PSS : Mohamad Syahid Haikal Bin Mohd Hussni


Penolong Ketua Pengawas PSS : Nurhanis Sofea Binti Azhan
Pengawas PSS : Muhammad Darwisy Bin Norazidin
Nur Aimy Zarin Binti Mohd Hazly
Nur Qaireen Qalisya Binti Mohd Shahin
Nur Khairiyah Madihah Binti Khairul Azman
Nur Qaseh Umairah Binti Mohd Nazri

Ketua Kelas : Muhammad Nabihan Bin Syihabuddin


Penolong Ketua Kelas : Nur Hafiesha Amiera Binti Al-Wahid

Seterusnya, ANUGERAH MURID AKTIF dipersilakan;

1. Ahmad Qaleef Rayyan Bin Ahmad Sukri


2. Abdul Muhaimin Yassar Bin Abdul Malek Faisal
3. Durratul Insyirah Binti Jasmin
4. Nur Adriana Husna Binti Hamdan
5. Nurhanis Sofea Binti Azhan
6. Mohamad Hafidzul Haziq Bin Abrahim
7. Nur Aimy Zarin Binti Mohd Hazly
8. Nur Qaireen Qalisya Binti Mohd Shahin
9. Sharifah Nur Alya Nabilah Binti Syed Kamaruzzaman
10. Nur Qaseh Umairah Binti Mohd Nazri

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN PRASEKOLAH

Hadirin yang dimuliakan,


Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan. Untuk itu, majlis
menjemput murid Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sedenak untuk menyampaikan
persembahan tarian dengan tajuknya ‘Sayang I love U’. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN PRASEKOLAH)

Untuk pengetahuan semua, persembahan tarian pada hari ini adalah hasil bimbingan Puan
Norzaihan dan Cik Siti Salha.

GRADUASI DAN TOKOH

Hadirin yang dimuliakan,

Kembara Laksamana ke Tanjung Lokan,


Berehat sebentar di pohon tualang,
Salam tahniah kami ucapkan,
Kepada penerima anugerah cemerlang.
Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Yusof bin Mat Yang Di Pertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Sedenak diiringi Encik Khairul Anuar Bin Abdul Rahman Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sedenak naik ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah. Dipersilakan.

Dipersilakan,

1. Abdul Muhaimin Yassar Bin Abdul Malek Faisal


2. Ahmad Qaleef Rayyan Bin Ahmad Sukri
3. Amzar Syazani Bin Abdul Rahim
4. Danial Aiman Hashim Bin Abdullah
5. Mohamad Hafidzul Haziq Bin Abrahim
6. Mohamad Shahid Bin Sabarudin
7. Mohamad Syahid Haikal Bin Mohd Hussni
8. Mohammad Alif Hay Bin Mohd Helmi
9. Muhamad Zarith Bin Fakhrol Hanif
10. Muhammad Danish Alwi Bin Muhammad Lokman
11. Muhammad Danish Dzakirin Bin Kamal Musliady
12. Muhammad Darwisy Bin Norazidin
13. Muhammad Haziq Bin Zainalabidin
14. Muhammad Nabihan Bin Syihabuddin
15. Muhammad Raziq Bin Mohd Khamis
16. Muhammad Shahril Syafwan Bin Mohd Syahrizam
17. Muhammad Zahiruddin Bin Yusri
18. Muhammad Ziqry Bin Azuan
19. Sheikh Nuramar Zikrie Bin Sheikh Norhafizie
20. Dayang Nuradila Binti Abdul Isri
21. Durratul Insyirah Binti Jasmin
22. Nor Farzhana Rohayu Binti Fahizal
23. Nur Adriana Husna Binti Hamdan
24. Nur Aimy Zarin Binti Mohd Hazly
25. Nur Hafiesha Amiera Binti Al-Wahid
26. Nur Hafisya Balqis Binti Abdullah
27. Nur Khairiyah Madihah Binti Khairul Azman
28. Nur Qaireen Qalisya Binti Mohd Shahin
29. Nur Qaseh Umairah Binti Mohd Nazri
30. Nurhanis Sofea Binti Azhan
31. Sharifah Nur Alya Nabilah Binti Syed Kamaruzzaman

TOKOH KOKURIKULUM
TOKOH SAHSIAH
TOKOH MURID

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yang Berusaha En. Mohd Norhisam Bin Zolkifly
menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd Yusof dan Puan Mirani sebagai ucapan
terima kasih kerana sudi menyampaikan anugerah pada hari ini.

Dipersilakan Encik Mohd Yusof


Dipersilakan Puan Mirani

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU

Hadirin yang dikasihi,

Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.
Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan terakhir
murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sedenak. Dipersilakan.

(persembahan bicara berirama)

Terima kasih diucapkan atas persembahan bicara berima yang begitu menghiburkan hati
sebentar tadi.

PENUTUP
Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini saya (sebut nama) 

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai