Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG SK SULTAN ISMAIL 1 KALI KE-52


TAHUN 2023

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,
ASRI
Yang Berusaha Tn Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf Pegawai Pendidikan
Daerah PPD Kota Bharu. Hadirin diminta berdiri.

AZUAR (NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SELAMAT SULTAN)

Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

KATA SALUTASI

Bismillahirahmanirahim

ASRI Yang Berusaha Tn Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf Pegawai Pendidikan
Daerah PPD Kota Bharu

Yang dihormati Encik Nik Sazila Bin Nik Abdullah


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1

Yang Berusaha En. Mohd Nawawi bin Kelasah,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1

Pn. Nadiatul Shima Binti Abu Bakar,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk Sultan Ismail 1

Encik Mohd Juhari Bin Yusoff


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Sultan Ismail 1

YM Tengku Mazzlan bin Raja Daud,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Sultan Ismail 1

Ahli Jawatankuasa PIBG Sk Sultan Ismail 1

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan


salam Madani.

1
UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG
AZUAR
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Terbuka SK Sultan Ismail
1, Sekolah Kluster Kecemerlangan, majlis berbesar hati mengucapkan
ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sk Sultan Ismail 1 kali ke
52 pada hari ini.

Untuk Makluman hadirin, majlis kita pagi ini juga akan disusuli dengan Majlis
Simbolik Rakan Tani Muda Agrobank

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
ASRI Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Jailani Bin Muhamad untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati,

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
AZUAR Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Nawawi bin


Kelasah
, Guru Besar Sk Sultan Ismail 1 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

2
UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
ASRI rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berusaha Tn Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf Pegawai Pendidikan
Daerah PPD Kota Bharu untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG Sk Sultan Ismail 1
kali ke-52. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

ANUGERAH APRESIASI MURID TAHUN 6 2022/2023

AZUAR Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya kita ke acara penyampaian anugerah Apresiasi Murid Tahun 6
2022/2023, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tn Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf Pegawai Pendidikan
Daerah PPD Kota Bharu diiringi En. Mohd Nawawi Bin Kelasah, Guru Besar
Sk Sultan Ismail 1 bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Penerima Hadiah Matapelajaran Terbaik Tahun 6 2022/2023


1. Bahasa Melayu: Ali Zaqir Bin Zainul Arif
2. Bahasa Inggeris: Nik Thaqif hazim bin Syahrul Azam
3. Matematik: hmad Naufal Tafhim Bin mohd Sharif
4. Sains: Nik Zaim Mikhail bin Nik Khairul Azam
5. Pendidikan Islam: Muhammad Munawwar Bin Che Azhar

ASRI Seterusnya Penerima Hadiah bagi:

Anugerah Tokoh Murid 2022/2023


1. Tokoh Kokurikulum – Mohamad Adam Bin Mohd Tarmizi
2. Tokoh Sahsiah – Muhammad Munawwar Bin Che Azhar
3. Tokoh Akademik – Amjad Bin Muhammad Fuad Hilmi
4. Tokoh PIBG – Irfan Khairy Bin Zulkifli
5. Tokoh Guru Besar – Nik Zaim Mikhail Bin Nik Khairul Azam
AZUAR
Seterusnya bagi Anugerah Sarana dipersilakan
1. Pn. Siti Syaerah Binti Meor Zulkefli ‘Auni
2. Pn. Idda melisa Biti Sukiman

3
3. Nik Nadirah Binti Wan Mohd Fauzi
4. Wan Ahmad Ikhwan Hafiz Bin Wan Ahmad Suhaimi
5. Syarikat Petron Taman Maju
6. Pn. Noorina Binti Muhamad

CABUTAN BERTUAH.

Mohon Yang Berusaha Tn Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf kekal dipentas
untuk acara cabutan bertuah.

Cabutan 1 ……….

Cbutan 2 …………

Sampai cabutan ke 10

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Tn


Haji Saipul Bahri Bin Ab. Manaf menyampaikan anugerah sebentar tadi.

ASRI PENUTUP

Untuk makluman hadirin, Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SK Sltan


Ismail 1 kali ke 52 telah selesai dijayakan. Kami mewakili jawatankuasa kerja
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tuan/puan. Kami
memohon maaf jika ada srbarang kekurangan. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai