Anda di halaman 1dari 5

Niza UBK

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MAAL HIHRAH 2023


BIL AGENDA TEKS IND
Salutasi SYAWAL
1.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat
sejahtera

 Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Bakar, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Sulaiman
 Yang Dihormati, Ustaz Mohamad Razi bin Zulkifli, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam, Pejabat
Pendidikan Daerah Bentong
 Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan,
Encik Zihan bin Md Zaki, GPK Pentadbiran dan Kurikulum
 Puan Shuhaida binti Ali Basha,GPK HEM
 Encik Alhisam bin Ahmad, GPK Kokurikulum
 Puan Norjanah binti Sufian, GPK Pendidikan Khas
 Seterusnya AJK PIBG, guru-guru, kakitangan sekolah, dan
rakan-rakan yang didalam rahmat Allah sekalian.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil QAYYUM
2. Kata Alu- mengucapkan kalimah Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT,
aluan kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya jua, mengizinkan
kita berhimpun dan bertemu sekali lagi sempena menyambut
Maal Hijrah tahun 1445 di bawah tema Perpaduan Teras
Malaysia Madani peringkat Sekolah Kebangsaan Sulaiman.
Tidak lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat di atas segala pengorbanan
dan perjuangan agong menegakkan syiar Islam di segenap
penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat tahun baru ini, kita
sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneladani
pengorbanan dan ketaqwaan generasi Islam terdahulu.
3. Kata Alu- Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran SYAWAL
Niza UBK

aluan kesemua warga SK Sulaiman dan juga kehadiran tuan


penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Mohamad Razi bin
Zulkifli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pendidikan Islam
kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang
amat besar maknanya ini.  Semoga dengan kesudian Al Fadhil
Ustaz Mohamad Razi meluangkan masa pada pagi ini akan
menyemarakkan lagi majlis yang penuh barakah ini.
4. Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah, QAYYUM
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang maha esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan penuh kehambaan kepadanya. Justeru
majlis mempersilakan saudara
-------------------------------------------------- untuk memimpin bacaan
doa….dipersilakan.

5. Habis doa Amin…ya rabbal alamin. QAYYUM


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa itu tadi. Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan
lindungan Allah SWT.
.
6. Ucapan Pergi ke kota membeli selasih SYAWAL
Aluan mencari manisan buat halwa
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan oleh Yang berusaha


Tuan Haji Ismail bin Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sulaiman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*******************Ucapan GB***********************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan Tuan Haji
Ismail bin Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sulaiman itu
tadi.
7. Syair Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, QAYYUM
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dendangan syair
Niza UBK

sempena sambutan maal hijrah peringkat sekolah1445 hijrah,


marilah bersama-sama kita saksikan persembahan ini. Dijemput
saudari Dhiya bt Mohamad Rizal dari kelas 6 Al Farabi
Untuk mendendangkan syair yang bertajuk Syair Hijrah
Rasulullah . Dipersilakan.
**************************syair***********************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan  atas persembahan yang dipertontonkan sebentar
tadi.

8. Habis Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudari Dhiya QAYYUM
dendangan bt Mohamad Rizal atas persembahan sebentar tadi.
syair
9. Ceramah Hadirin dan hadirat yang dikasihi, SYAWAL
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan ceramah
oleh penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-
sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar
ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat
bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang Dihormati, Ustaz Mohamad Razi bin
Zulkifli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan
Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Bentong
untuk menyampaikan ceramah beliau . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.....................................ceramah................................................

10. Habis Nun Di Sana Indahnya Kota QAYYUM


Ceramah Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua

Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan


pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan
sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan
dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz
Mohamad Razi bin Zulkifli, Penolong Pegawai Pendidikan
Niza UBK

Daerah Unit Pendidikan Islam.


11. Cenderamata Hadirin yang dikasihi sekalian, SYAWAL
Jemput GB Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan
cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
kepada Tuan Penceramah yang telah sudi berkongsi ilmu dan
pengalaman sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Encik Zihan bin


Mohd Zaki, GPK Pentadbiran dan Kurikulum untuk menjemput
dan mengiringi  Tuan Haji Ismail bin Bakar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sulaiman untuk menyempurnakan penyampaian
cenderamata. Dipersilakan
12. Jemput QAYYUM
penceramah Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang di hormati Al
Fadhil Ustaz Mohamad Razi bin Zulkifli. untuk menerima
cenderamata penghargaan dipersilakan

****************cenderamata*****************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha
Tuan Guru Besar yang telah sudi menyampaikan cenderamata
itu tadi.
13. Jemput Pilih antah buangkan dedak SYAWAL
Beras Segantang Pulang Disanjung
Makan VIP
Entah Terbalas Entah Tidak,
Jasamu Tuan Tetap Disanjung

Seterusnya Majlis Mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji


Ismail Bin Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sulaiman, Barisan Guru Penolong Kanan Serta AJK PIBG

Untuk Menjemput Dan Mengiringi Yang Dihormati Ustaz


Mohamad Razi bin Zulkifli, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Bentong

Ke Majlis Jamuan Ringan Di Kantin.Dengan Segala Hormatnya


Dipersilakan.

Hadirin Semua Diminta Untuk Terus Berada Di Dalam Dewan.

14. Hadiah Hadirin yang dimuliakan, SYAWAL/


Nasyid QAYYUM
Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah
Pertandingan Nasyid sempena sambutan Maal Hijrah. Bagi
Niza UBK

menyempurnakan atur cara ini, majlis mempersilakan Yang


dihormati Ustaz Zainal bin Bidin, Ketua Panitia Agama Islam
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Puan Shuhaida
binti Ali Basha, GPK HEM.

Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan


penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah Pertandingan Nasyid Maal Hijrah Tahap 2


akan dimulakan dengan :

Tempat ke 12 :
Tempat ke 11 :
Tempat ke 10 :
Tempat ke 9 :
Tempat ke 8 :
Tempat ke 7 :
Tempat ke 6 :
Tempat ke 5 :
Tempat ke 4 :
Tempat ke 3 :
Naib Juara Pertandingan Nasyid Tahap 2 jatuh kepada :
Juara Pertandingan Nasyid Maal Hijrah Tahap 2 bagi tahun 2023
dimenangi oleh :

Pihak majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Shuhaida
binti Ali Basha, GPK HEM kerana sudi menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua para pemenang.

15. Penutup QAYYUM


Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka


majlis sudah sampai kepenghujungnya. kami juga selaku
pengacara majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

kami akhiri majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik


walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya serahkan majlis kepada Ustaz/Ustazah QAYYUM
16.

Anda mungkin juga menyukai