Anda di halaman 1dari 6

Perkara Tindakan Que

General Mohon perhatian,


announcement Untuk memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diingatkan agar tidak membuat bising
(P) serta mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Ketika mengumumkan ketibaan tetamu terhormat, semua hadirin diminta untuk berdiri.

Salutasi Sirih berlipat sirih pinang


(L) Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Salam Muhibbah, Salam sejahtera.

Yang Berusaha
Tuan Haji Ismail bin Haji Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sulaiman
Yang Dihormati
Encik Al Hisam bin Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, En Zihan bin Mohd Zaki, Penolong Kanan
Pentadbiran dan Kurikulum, , Tuan Haji Junaidi bin Mohammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru-guru dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Aluan Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita berkumpul
pengerusi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum sesi 2021/2022 yang bertemakan
(P) “Kokurikulum Nadi Kehidupan”. Anugerah seumpama ini diadakan bertujuan untuk memberi
pengiktirafan kepada usaha dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak SKS dalam

1
meningkatkan tahap kecemerlangan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sulaiman di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pihak sekolah amat menghargai kerja keras anda dan
mengharapkan agar pengiktiran ini menyuntik semangat untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih
baik dalam bidang kokurikulum pada tahun akan datang.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
Pembaca doa
Hadirin yang dihormati sekalian, selesai
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz NORAZALUDIN AZRIN BIN membaca
RAZALY untuk bacaan doa. FALYA TAFADDAL MASQURA

..............................(Bacaan Doa)....................................

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal A’lamin…


Terima kasih diatas bacaan doa yang disampaikan sebentar tadi
Ucapan Bukan rumput sebarang rumput,
Perasmian GB Rumput penghias tepi halaman;
(L) Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata perasmiaan.

Pahlawan Iban Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

2
Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Bakar bin Haji
Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sulaiman untuk menyampaikan ucapan, seterusnya, merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum sesi 2021/2022.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
...................................
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha, Tuan Haji Bakar bin Haji Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sulaiman atas ucapan dan perasmian majlis sebentar tadi.
Anugerah
Khas Murid Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Cemerlang Tumbuh di kali lebat buahnya
Mengikut Berkat usaha disulam tekun
Bidang Sumur digali terbitlah airnya
Kokurikulum
(L) Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Melati kuntum rotan berhias,


Tumbuh melata di tepi kali Selesai VIP
Hari Anugerah Kokurikulum 2016 mengambil
Hari insan cemerlang untuk dihargai tempat di
pentas

Hadirin sekalian,
Kini tibalah saatnya sesi penyampaian sijil dan hadiah.

3
Anugerah seterusnya diberi sebagai menghargai komitmen, jasa dan sumbangan dalam melaksanakan tugas-
tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan cemerlang
Oleh itu majlis mempersilakan En Alhisam bin Ahmad bagi mengiringi Tuan Haji Bakar bin Haji Ismail
untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada Para penerima Anugerah Kecemerlangan Sukan dan
kokurikulum sesi 2021/2022. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Biodata tokoh
koko Tanggal 2 Julai 2009 jam 4.30 petang lahir anak kepada pasangan Puan Farah Ayu bt Norman & Encik
Mohd Nazri bin Nari yang juga merupakan anak sulung daripada 4 org adik beradik. Adik Qaisara telah
mendapatkan pendidikan awal di Pasti ArRahman pada tahun 2013 - 2014 dan kemudian ke PRA Sek
Bukit Piatu. Memulakan pendidikan awal sekolah rendah di SK Karak pada tahun 2016 dan kemudian
drpd 2017 hingga sekarang menamatkan sesi persekolahan rendah di SK Sulaiman.
Antara jawatan yg disandang oleh adik Qaisara adalah
1. Menjadi Penolong Ketua Murid 2021
2. Pengerusi Kelab Doktor Muda 2021
3. Setiausaha Bola Tampar 2021
4. Bendahari Pandu Puteri Tunas 2021.

Berikut merupakan antara penyertaan terbaik adik Qaisara pada tahun 2021 yang membanggakan
sekolah dan ibu bapanya. Adik Sara telah menyertai
1. Plastic Tide Turner Challenge bagi peringkat Daerah
2. Pertandingan Poster Digital & Video Wave Makers juga Peringkat Daerah
3. Pertandingan Pertunjukkan Fesyen Bahan Kitar Semula bagi peringkat Daerah
4. Dan mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya bagi Peringkat
Kebangsaan.

Tokoh Murid Sukan & Kokurikulum SK Sulaiman 2021 jatuh kepada Adik Nurnajwa Qaisara bt Mohd
Nazri drpd kelas 6 Al-Zahrawi.

4
Tahniah diucapkan kepada Adik Qaisara.
Unit Kokurikulum Sk Sulaiman ingin mengucapkan setinggi ucapan Terima Kasih & Tahniah kerana
telah mengharumkan nama SK Sulaiman.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudianYang Berusaha, Tuan Haji Ismail bin Haji bakar
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Penutup Tenang-tenang air di kali,


(L) Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Sayang selasih bunganya wangi,
Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.

Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Kecemrlangan Sukan dan Kokurikulum 2021/2022.
Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua
untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan Anugerah Kecemrlangan Sukan dan Kokurikulum 2021/2022 dapat berlangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

(P)
Sekian sahaja daripada kami, andai ada terkasar dan tersalah bahasa harap dimaafkan. Sesungguhnya yang

5
baik itu datang daripada Tuhan yang Esa dan sebarang kekurangan itu datangnya dari kekilafan diri kami
sendiri.
Sekian,
wabillahi hitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai