Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TEKS PENGACARAAN HAFLATUL WADA’

TARIKH : 20 OKTOBER 2016

HARI : KHAMIS

TEMPAT : DEWAN AL-FARABI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

1
MASA CUE / ANN CATATAN

8.30 pm Para pelajar mengambil tempat dan Ketibaan Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail

Dari Dewan Al-Farabi Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali, kami bawakan
kepada anda malam kemuncak Haflatul Wada’ 2016 ...

- Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail bersama
dif-dif jemputan ke majlis.

9.00 pm Alunan nasyid Asmaul Husna dan Salutasi Majlis

- Hadirin dijemput berdiri untuk kita sama-sama mengalunkan nasyid Asmaul Husna

(nasyid Asmaul Husna)

Hadirin dipersilakan duduk.

2
- Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam
GAPAI

Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Yang Berusaha, Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan,


Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JAPIM) IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Yang Berusaha,
Pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral

Yang Berusaha, Saudara Abdul Wafi Billlah Bin Mohd Sobri,


Presiden Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI) IPGKDRI,

Seterusnya,
Guru-guru pelatih Pendidikan Islam, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

- Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kita semua dapat berkumpul di Dewan Al-Farabi ini bagi menjayakan
Haflatul Wida’ pada tahun ini.
Untuk makluman hadirin, majlis Haflatul Wida’ ini merupakan aktiviti tahunan JAPIM
untuk mengeratkan hubungan antara pensyarah JAPIM dan guru pelatih
Pendidikan Islam.

3
Ucapan Presiden gapai

Majlis dimulakan dengan menjemput Abdul Wafi Billah bin Mohd Sobri, Presiden
Gabungan Pelajar Agama Islam (GAPAI), untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9.15 pm Jamuan Makan Malam

- Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan untuk sama-sama kita menikmati juadah
yang disediakan.

Majlis menjemput saudara Muhd Azim bin Othman untuk memimpin bacaan doa
makan.

Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Selamat menjamu selera.

Persembahan 1
- Sambil kita menjamu selera, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan
artis-artis GAPAI khas untuk malam Haflatul Wada’
-

4
9.45 pm Penganugerahan Pelajar Cemerlang/ Penganugerahan Kepada Pensyarah

- Majlis akan diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru pelatih


dan para pensyarah Pendidikan Islam IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan, Ketua Jabatan
Pendidikan Agama Islam & Moral untuk mengiringi Tuan Haji Mohd Rasid Bin Chik,
Timbalan Pengarah IPGKDRI, bagi menyampaikan anugerah kepada pelajar dan
pensyarah.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah dan tahniah
kepada semua penerima anugerah sebentar tadi

10.00 Persembahan 2 (Video)


pm
Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan montaj kisah perjalanan suka
dan duka guru-guru pelatih PISMP Pendidikan Islam Semester 8 sepanjang
berada di bumi IPGKDRI.
Dipersilakan.

(montaj)

Untuk makluman hadirin, sebagai tanda kenang-kenangan kepada pihak JAPIM,


guru pelatih PISMP Semester 8 seramai 41 orang telah menyumbang satu set sofa
untuk kegunaan di JAPIM. Sebelum majlis diteruskan dengan sesi penyerahan
sofa, marilah kita sama-sama menyaksikan montaj yang telah disediakan khas
untuk tatapan semua.
5
(montaj)

Sebagai simbolik penyerahan sumbangan sofa kepada JAPIM, majlis dengan


segala hormatnya menjemput Saudara Abdul Wafi Billah Bin Mohd Sobri, Presiden
GAPAI mewakili guru pelatih Semester 8 untuk menyerahkan sumbangan kepada
Ustaz Mohamad Fauzi BIn Hassan, Ketua Jabatan JAPIM mewakili pensyarah-
pensyarah JAPIM.

Dipersilakan

(simbolik penyerahan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Abdul Wafi Billah dan
diteruskan dengan mempersilakan Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan, KJ JAPIM
untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan.

(ucapan KJ JAPIM)

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan, KJ JAPIM
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

6
10.15 Ucapan Timbalan Pengarah
pm
- Hadirin, atur cara majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia, Tuan Haji Mohd Rasid Bin Chik, Timbalan Pengarah IPGKDRI untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

10.45 Doa penutup oleh KJ JAPIM


pm
- Dengan berakhirnya ucapan sebenatar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke
penghujungnya.
Saya mewakili jawatankuasa majlis ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dan kami memohon
ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung. Sebagai penutup untuk majlis kita pada malam ini, majlis dengan
penuh takzimnya, mempersilakan Saudara Muhammad Zulfathi bin Yahaya, untuk
memimpin bacaan doa penutup dan perpisahan.

Dipersilakan.

(bacaan doa perpisahan)

7
Mengumumkan Tuan Haji Mohd Rasid Bin Chik, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai