Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang dalam menjalankan kajian
mengenai hukum qisas dalam mata pelajaran (kod mata pelajaran). Melalui kajian yang
mendalam mengenai kerja kursus saya ini, ia memberikan satu pengalaman yang luar biasa
dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas
melaksanakan kerja kursus ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya
perolehi daripada tugasan ini.

Pertama sekali, saya sedar bahawa tanggungjawab yang diberikan ini agak sukar
untuk dilaksanakan. Memandangkan ini kali pertama saya diberi tugasan dalam
membahaskan tentang hukuman qisas,diyat dan kaffarah. Dalam pada itu juga, saya
menghadapi sedikit kekangan dari segi masa. Di mana saya gagal membahagikan masa
dengan sebaiknya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga menghadapi
masalah dalam pencarian maklumat untuk kerja kursus ini. Saya masih belum mahir dalam
menganalisis dan mengeluarkan maklumat.

Sungguhpun begitu, segala kekurangan yang telah dinyatakan di atas bukanlah


penghalang bagi saya untuk menghasilkan kerja kursus yang sempurna. Bagi mengatasi
masalah-masalah tersebut saya telah membina kekuatan melalui proses perbincangan
dengan rakan-rakan yang dipangil proses kolaboratif. Dengan cara ini saya mampu
mendapatkan maklumat yang pelbagai untuk diterjemahkan dalam penulisan saya ini.

Memandangkan saya menghadapi banyak kekurangan dalam menyiapkan kerja


kursus ini, saya telah melakukan analisis dan mengambil langkah penambah baikan dari segi
pengurusan masa dan kemahiran belajar. Perkara ini dapat saya laksanakan melalui proses
pembelajaran harian dalam mata pelajaran Kemahiran Belajar. Yang mana, dalam mata
pelajaran ini ada diselitkan tentang pengurusan masa dan kemahiran belajar yang berkesan
bagi melancarkan kehidupan harian kita.

Selain itu melalui tugasan ini, saya telah dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang
Undang-undang Jenayah Islam samada melalui pelaksanaan undang-undang, bidang kuasa
mahkamah syariah, pengertian yang lengkap tentang hukum qisas,diyat dan kaffarah dan
lain-lain lagi sepanjang kajian saya berjalan. Saya juga dapat mengetahui tentang perkara-
perkara yang menghalang pelaksanaan hukum qisas dilaksanakan samada dari segi
ekonomi, tentangan masyarakat, pendapat ilmuan, dan persepsi orang bukan Islam. Melalui
kajian mengenai perkara ini saya berjaya mendalami bagaimana undang-undang Islam ini
mampu dilaksanakan dan langkah-langkah yang perlu diamil untuk melicinkan usaha untuk
melaksanakan syariat Islam secara menyuluruh di Malaysia.

Secara tidak langsung, saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai undang-undang
dan perlembagaan di Malaysia. Sebenarnya undang-undang di Malaysia menganggu proses
pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam. Justeru melalui kajian dari aspek ini saya dapat
mengetahui apakah perkara yang menghalang pelaksanaannya dan saya juga mampu
menganalisa cara atau langkah yang mungkin dapat diambil untuk mengatasi halangan yang
wujud dalam undang-undang Malaysia.

Di samping itu, saya juga dapat memahami masalah dan salah faham yang timbul dalam
kalangan masyarakat berkaitan dengan isu pelaksanaan syariat di Malaysia. Melalui
pemahaman ini, ia memberi peluang kepada saya untuk memikirkan kaedah dan cara yang
sesuai untuk menerangkan sekadar termampu kepada masyarakat sekeliling saya yang
masih keliru dalam isu ini. Keadaan ini sememangnya menjana fikiran saya dan
menambahkan lagi ilmu saya.

Ironinya, tugasan ini sememangnya memberi manfaat yang vital kepada saya sebagai
seorang muslim. Saya berharap agar umat Islam dapat memahami konsep ibadah yang
sebenar dan memahami isu pelaksanaan syariat Islam di Malaysia. Setiap individu Islam perlu
membuka minda mereka segera demi kemaslahatan semua umat dan diharapkan agar
tugasan ini mampu membuka minda umat Islam bahawa Islam itu indah.

Anda mungkin juga menyukai