Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wataala dan
junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan
peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu
menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah
tentu saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Pendek Falsafah
dan Pendidikan Kebangsaan ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan kami, jika kami
tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu
tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya tetap ingin
melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin
dicapai akan terlaksana.
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar.Saya
acap kali mendengar keluhan rakan-rakan saya dek timbunan kerja kursus yang
melambak . Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan
tsunami tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan
perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau
tiada kesusahan, apa gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban,dan apa
maknanya jika kita nak berjaya, pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda?
Dalam Islam sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah
kesusahan. Jadi, saya tak nak mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran negatif
dalam melaksanakan tugasan ini. Pengurusan masa seseorang pelajar itu adalah
yang paling dominan dan signifikan bagi menyiapkan tugasan-tugasan agar tiada
tekanan negatif dan rengekan jengkel yang berbunyi.
Antara manfaat yang dapat saya perolehi daripada tugasan ini ialah saya mampu
untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang perubahan-perubahan yang
berlaku dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi tunggak kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Ia juga memberikan saya memahami tentang mengapa ianya
dilaksanakan serta tujuan penubuhan ianya diwujudkan. Kefahaman tentang perkara
ini membawa kepada erti sebenar pendidikan yang beraku dari dulu sehingga
sekarang.
Di samping itu juga, saya dapat menghuraikan sejarah perkembangan sistem
pendidikan di malaysia dari awal hingga pada zaman kini. Tugasan ini juga mengajar
saya tentang kesan perkembangan Falsafah Pendidikan Islam, Barat dan Timur
terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermula dari tokoh-tokoh
pemikir dari tamadun lain yang menjerumus ke arah pendidikan telah membuka mata
para pemikir di Malaysia dan akhirnya menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tambahan pula, saya juga dapat menjelaskan kandungan kurikulum dan
pelaksanaan KBSR dan juga memberikan sebab serta kesan kepada diri,
masyarakat dan negara. Dengan perjelasan berkaitan dengan KBSR ini maka saya
dapat mengetahui tentang kurikulum yang diajar serta kaedah yang digunakan dalam
menghasilkan individu berpandangan progresif serta membawa ke arah menjunjung
aspirasi negara.
Tugasan ini juga membawa saya kepada bagaimana cara atau teknik menghayati
prinsip-prinsip dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru dalam perkhidmatan perguruan. Ia telah membuka mata dan hati
saya serta cara pemikiran yang berlandaskan FPK dan juga FPG. Disini saya dapat
menerapkan nilai-nilai yang perlu ada di dalam diri guru yang berkualiti. Tambahan
pula, saya dapat menghargai serta menghayati pengorbanan serta perjuangan insan
yang digelar guru ini dengan mengamalkan budaya kerja guru sebagai ibadah.
Dalam menyiapkan tugasan ini maka saya mengetahui peranan seorang guru dalam
melahirkan individu yang berpandangan jauh, progresif dan saintifik dalam
melahirkan insan bermutu tinggi serta sedia menjunjung inspirasi negara selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bukan shaja penting dalam
pendidikan malah penting dalam pembangunan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang serta dapat mengharumkan serta melahirkan lebih ramai lagi
generasi-generasi yang bijak pandai dan mampu untuk berdaya saing seiring dengan
generasi dari kelompok negara maju yang lain. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ini
juga mengajar saya tentang kaedah atau cara dalam memberikan impak yang besar
dalam melahirkan para pendidik yang mampu berdaya saing serta mempunyai
kriteria-kriteria yang dikehendaki di pasaran kini. Justeru, tugasan ini banyak
membantu saya dalam mentransformasikan pendidikan negara setaraf dengan
negara maju yang lain.

Anda mungkin juga menyukai