Anda di halaman 1dari 3

5 Adab Menuntut Ilmu Secara Atas Talian

5 Adab Menuntut Ilmu Secara Atas Talian. Berikutan penguatkuasaan Perintah


Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita baru-baru ini, sesi persekolahan secara
bersemuka terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan kes COVID-19. Para
pelajar dan guru terpaksa melakukan kelas secara atas talian di tempat masing-
masing untuk memastikan sistem pembelajaran berjalan seperti biasa.
Rentetan itu, terdapat segelintir pelajar yang mengabaikan adab-adab menuntut ilmu
disebabkan tiadanya kelas secara bersemuka berlaku antara mereka dan guru. Adab
menuntut ilmu adalah perkara yang sangat dituntut kepada semua pelajar. Tanpa
adab yang baik, akan hilanglah keberkatan ilmu buat seseorang pelajar.

Apakah Maksud Adab Menuntut Ilmu?


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, adab bermaksud tingkah laku serta
tutur kata yang sopan dan halus. Manakala Ilmu pula membawa maksud pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir dan batin. Adab menuntut ilmu sangat penting
untuk diamalkan oleh para pelajar.

Kelebihan beradab ketika menuntut ilmu:


1. Berjaya di dunia dan akhirat.
2. Mendekatkan diri kepada Allah.
3. Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.

5 Adab Menuntut Ilmu Secara Atas Talian


Di sini kami kongsikan 5 adab penting yang perlu diamalkan oleh pelajar yang
menuntut ilmu secara atas talian:

Terdapat pelbagai adab-adab menuntut ilmu yang boleh diamalkan oleh para pelajar.
Meskipun pelajar-pelajar hanya perlu menghadiri kelas secara atas talian, namun
mereka masih perlu menitik beratkan adab-adab ini untuk mencapai keberkatan
dalam menuntut ilmu.

Hari ini kita akan berkongsi antara 5 adab menuntut ilmu yang perlu pelajar fahami
dan amalkan sewaktu menghadapi kelas online.

1. Membuat Persediaan Awal Sebelum Kelas Bermula.


Persediaan awal sangat penting dalam setiap perkara yang kita ingin lakukan. Tanpa
persediaan yang rapi dan tersusun, mana mungkin sesuatu pekerjaan atau perkara
akan menjadi seperti yang dirancang.
Para pelajar boleh menyediakan tempat khas dan boleh menghias ruang belajar
mereka sendiri. Penyediaan ruang khas untuk pembelajaran dapat membantu pelajar
untuk lebih fokus dan bersungguh dalam menghadapi kelas online. Di samping
itu, pembacaan awal untuk tajuk yang akan dipelajari adalah sangat penting
serta menyediakan buku-buku dan alat tulis yang akan digunakan sewaktu
kelas online  berlangsung.
2. Menghadiri Kelas Yang Dijalankan Secara Online.
Para pelajar perlu menghadiri kelas yang diadakan oleh guru setiap hari secara atas
talian. Hal ini demikian untuk mengelakkan pelajar daripada ketinggalan dalam
pelajaran jika tidak menghadiri kelas.
Maklumkan kepada guru jika anda tidak dapat menyertai kelas yang disediakan.

3. Fokus Ketika Sesi Pembelajaran Berlangsung.


Fokus amat penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dalam hal ini, para
pelajar perlu memberikan tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembelajaran
berlangsung  untuk memudahkan kita mempelajari sesuatu tajuk. Fokus sewaktu
belajar dapat menjadikan ilmu seseorang itu berkat. Ambil nota jika perlu mengenai
sesuatu topik yang kurang difahami.

4. Menghormati dan Memberi Respon Kepada Guru.


Ketika guru melakukan pembelajaran secara online, berilah sepenuh perhatian
kepadanya. Berikan respon kepada guru jika ada sebarang pertanyaan atau
kemusykilan mengenai topik tersebut. Memberi respon kepada guru merupakan
salah satu adab menuntut ilmu yang wajar dipraktikkan oleh pelajar.
Komunikasi dua hala amat penting antara pelajar dan guru dalam memastikan proses
pembelajaran berjalan lancar.
Menghormati guru merupakan perkara yang dituntut dalam agama kita. Menjadi
suatu kewajipan buat seorang pelajar untuk menghormati dan memuliakan gurunya
yang telah banyak memberi didikan dan ilmu kepada mereka.

5. Berterima Kasih Kepada Guru.


Setelah selesai kelas, ucapkan terima kasih kepada guru kerana sudi mengajar kita
walaupun dari jarak yang jauh. Guru telah berpenat lelah menyediakan yang terbaik
untuk pelajarnya. Penghargaan kepada seorang guru amat penting dalam
memastikan kita mendapat ilmu yang berkat serta doa daripada mereka. Mintalah
daripada guru kita keberkatan ilmu setelah berakhirnya kelas.

Semoga dengan perkongsian adab-adab menuntut ilmu ni, para pelajar dapat melalui
fasa kelas online dengan lancar dan mudah. Jangan lupa untuk sentiasa bersungguh-
sungguh dalam pelajaran meskipun kita di dalam musim pandemik COVID-19
sekarang. Selamat berusaha semua!
“Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah
akan memudahkan baginya jalan ke syurga” – HR Muslim
 

Anda mungkin juga menyukai