Anda di halaman 1dari 32

KURSUS PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN

PERINGKAT PERTENGAHAN

MODUL 7
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MASA : 2 JAM
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan kaunseling mempunyai
perkaitan yang rapat dengan persepsi
seseorang
Apa itu persepsi
 Bagaimana anda melihat atau mentafsir sesuatu
perkara
 Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza
 Persepsi melibatkan seluruh pancaindera
-mata - telinga- kulit – pemikiran
 Gambaran yang tidak sama menimbulkan perbalahan
Faktor yang mempengaruhi
persepsi
 Psikologi
 Latar belakang
 Kepercayaan
 Pengalaman
 Pegangan nilai
Faktor yang mempengaruhi
ketidaktepatan persepsi
 Kita mudah terpengaruh dengan sesuatu
yang ketara atau menonjol
 Kita lebih cenderung kepada tanggapan
pertama
 Kita sering menyangka orang lain seperti
kita
 Kita lebih mudah menerima tanggapan
yang negatif
 Kita kerap menyalahkan pihak yang
lemah
Hubungan Persepsi Dengan
Bimbingan Dan Kaunseling (1)
 Persepsi yang berbeza antara kaunselor dan
klien membawa salah faham, rasa curiga dan
tidak percaya
 Persepsi yang sama antara kaunselor dan klien
akan mewujudkan empati
 Kebolehan kaunselor mengubah persepsi klien
memudahkan pengurusan masalah
Hubungan Persepsi Dengan
Bimbingan Dan Kaunseling (2)
 Kaunselor yang memahami persepsi klien
akan faham pola pemikiran dan perasaan
serta bahagian yang bermasalah
 Membantu menerima klien dengan baik
dan objektif
 Mempertingkatkan kesedaran dan
ketajaman pemikiran kaunselor dalam
usaha menolong
PENGENALAN KEPADA
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Merupakan satu proses untuk


menolong individu bagi memahami
diri dan dunianya.
Apa Itu Bimbingan

 Proses yang dirancang dan berterusan


 Membantu individu yang memerlukan

pertolongan dan sokongan


 Membimbing kearah kestabilan
 Cenderung kepada nasihat, arahan dan
pemberitahuan
Tujuan Bimbingan (1)
 Menolong klien berkelakuan sesuai
dengan kehendak masyarakat
 Menolong mengembangkan potensi dan
kebolehan klien
 Menolong klien memahami diri dan
orang lain
 Menolong klien menentukan matlamat
hidup dan cara bertindak
Tujuan Bimbingan (2)
 Membantu klien berkembang secara
normal
 Membantu klien menyedari kelemahan
dan kekuatan diri
 Menolong klien perolehi kemahiran untuk
menyelesaikan masalah
APA ITU KAUNSELING

Merupakan satu proses menolong individu


yang bermasalah . Terdapat kaunselor
yang membantu dan klien yang dibantu.
Ia bertujuan membantu klien fahami diri
dan alam serta berfungsi dengan lebih
berkesan
Tujuan Kaunseling
 Mempermudah atau menggerak
perubahan tingkah laku
 Mempertingkat kemahiran menghadapi
perubahan
 Mempertingkat kemampuan membuat
keputusan
 Memperbaiki hubungan dengan individu
lain
 Memperkembang potensi diri
Salah Tafsiran Tentang Kaunseling
Kaunseling bukan satu proses
 Memberi nasihat
 Sembang-sembang kosong , tetapi
bermatlamat
 Untuk individu bermasalah mental tetapi
untuk individu normal yang buntu dan
tertekan
 Kaunselor menyelesaikan masalah tetapi
membantu klien memahami masalahnya
JENIS-JENIS KAUNSELING

 Kaunseling individu
 Kaunseling kelompok
 Kaunseling rakan sebaya
 Kaunseling ibubapa – guru
 Kaunseling guru-guru
Kaunseling Individu

Merupakan hubungan bersemuka antara


dua manusia berpusat kepada hal peribadi .
Membolehkan klien mengenali diri dan alam
untuk mencapai matlamat
Kaunseling Kelompok
 Merupakan sekumpulan individu yang
berinteraksi serta mempunyai hubungan
psikologi.
 Mementingkan kepercayaan , penerimaan dan
hormat menghormati
 Tidak menglibatkan masalah yang kritikal
(mencuri, pengambilan dadah, rogol)
Kaunseling Rakan Sebaya

Terdiri daripada golongan atau peringkat


umur yang sama
 Sesuai untuk golongan yang sukar
menerima hubungan dengan orang
dewasa
Kaunseling Ibubapa - Guru

 Merupakan perbincangan atau


komunikasi dua hala
 Mencari kebaikan bersama dalam
membendung sesuatu masalah
 Bersifat profesional
 Peranan kaunselor boleh dimainkan oleh
ibubapa atau guru
Kaunseling Guru-Guru

 Melibatkan guru pendidikan khas


sesama :-
- guru pendidikan khas
- Pihak pentadbir
- Kaunselor sekolah
 Untuk meningkatkan tahap
profesionalisme dan hubungan baik
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan kaunseling boleh membantu
Pelajar-pelajar pendidikan khas dari aspek
- Emosi(Kurang keyakinan diri- takut – pemarah –
pendiam)
- Sosial(suka menyendiri – tidak mahu bekerja
sama- tidak mahu bercakap )
- Kerjaya ( masalah kemahiran psikomotor, tumpuan
singkat,kurang minat atau motivasi)
- seksual ( meraba, membuka zip seluar berkelakuan
dan menyebut perkara lucah)
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Emosi (Kaedah Individu)
Masalah : kurang keyakinan diri (contoh
perlaksanaan)

1.Memanggil murid berkenaan


2.Menunjukkan gambar orang yang berjaya
dalam bidang tertentu
3.Bersoal jawab dan berbincang mengenai
gambar dan kejayaan yang dicapai
4.Mengajukan beberapa soalan yang membina
untuk membangkitkan semangat
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Emosi (Kaedah Kelompok)
Masalah:Terlalu penakut (contoh perlaksanaan)
1. Kaunselor dan klien duduk bersebelahan
2. Seorang rakan sebaya yang bertopeng muncul dan
duduk bersebelahan kaunselor dan klien.
3. Kaunselor perlu menunjukkan muka bersahaja.
4. Yakinkan klien dan beri kekuatan diri sekiranya
klien berasa takut.
5. Klien juga boleh diberi peluang bermain-main
dengan topeng tersebut.
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Sosial (Kaedah Individu)
Masalah:Aspek tidak mahu bercakap (contoh
perlaksanaan)
1. Kaunselor perdengarkan lagu kegemaran klien.
2. Kaunselor menyanyi bersama iringan lagu berulangkali.
3. Ajak klien menyanyi bersama.
4. Minta klien menyebut senikata lagu.
5. Bersoal jawab berkaitan kandungan lagu.
6. Klien diminta menyanyikan lagu tersebut.
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Sosial (Kaedah Kelompok)
Masalah:Tidak mahu bekerjasama (contoh perlaksanaan)
1. Kaunselor menyediakan satu projek kerjasama.
(contoh: memelihara ikan dalam akuarium)
2. Setiap murid mempunyai tugasan sendiri.
3. Murid yang menyiapkan tugasan akan diberi pujian
dan hadiah sebagai dorongan.
4. Rakan sebaya diminta mengajak klien melibatkan
diri secara aktif.
5. Klien juga akan diberi ganjaran sama seperti rakan
lain setelah menyiapkan tugasan.
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Kerjaya (Kaedah Individu)

Masalah : Psikomotor (contoh perlaksanaan)


1. Bawa klien ke kedai dobi.
2. Penerangan proses kerja.
3. Klien melakukan aktiviti motor halus (menjahit
butang baju) dan aktiviti motor kasar
(menyeterika pakaian)
4. Penjelasan tentang cara mendapat sumber
pendapatan kearah hidup berdikari.
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Kerjaya (Kaedah Kelompok)
Masalah : Kurang minat dan motivasi bekerja.
(contoh perlaksanaan)
1. Kaunselor merancang satu simulasi di restoran
makanan segera.
2. Murid melakonkan watak sebagai juruwang,
pelayan dan pelanggan.
3. Klien menikmati makanan bersama” pelakon” lain
diakhir lakonan.
4. Ketika itu kaunselor perlu menyemaikan
semangat dan minat bekerja.
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Seksual (Kaedah Individu)
Masalah :Melakukan isyarat lucah (contoh perlaksanaan)
1. Klien dipanggil di bilik tertutup.
2. Kaunselor menyatakan kesalahan seksual klien.
3. Kaunselor memberi penerangan dan kesedaran tentang
kesalahan salah lakunya.
4. Sekiranya klien mengulangi perbuatan tersebut, amaran
diberi secara spontan.
5. Kaunselor boleh menunjukkan gambar hukuman yang
dikenakan terhadap pesalah seksual. (contoh-gambar
pesalah ditangkap oleh polis)
STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Aspek : Seksual (Kelompok)
Masalah : Membuka zip seluar (contoh perlaksanaan)
1. Kaunselor memanggil kelompok rakan sebaya sama
jantina.
2. Ahli memberi pendapat tentang keburukan salah laku
seksual.
3. Kaunselor membuat bandingan dua gambar iaitu
perlakuan berpakaian kemas dan perlakuan
berpakaian tidak senonoh.
4. Minta pendapat ahli kelompok.
5. Kaunselor memanggil klien dan berpura-pura
membuka zip seluarnya dihadapan kelompok.

6. Lihat reaksi klien samada menepis tangan


kaunselor atau berdiam diri.

7. Membuat perbincangan dan rumusan.


Penutup

• Adalah diharapkan bimbingan dan


kaunseling dapat membantu guru
pendidikan khas melaksanakan tugasnya
dengan lebih berkesan.
• Pelajar dapat dibimbing untuk membuat
keputusan sendiri dalam aspek keyakinan
diri untuk kehidupan lebih bermakna

Anda mungkin juga menyukai