Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI

MINGGU 3 (14 FEBRUARI 2011 - 18 FEBRUARI 2011)

Masalah :
Pada minggu ini, telah masuk minggu yang ketiga saya berada dan menjalani praktikum
di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas berada tiga minggu di sini. Masalah yang
saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit
sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya dan menyebabkan saya sukar untuk
menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara
aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Analisis :
Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh :
1) Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang
singkat.
2) Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan kelas dan
juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.
3)
Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja
berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya sukar untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan yang lebih teratur dan
sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

Cadangan :
1)
Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan cara
kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku Rekod Persediaan
Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk mengingati nama-nama murid.
2) Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap muridmurid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
3)
Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan nama
murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.
4) Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar
pada bahagian belakang.

Tempoh Masa :
21 Februari 2011 25 Februari 2011 (1 Minggu).

Tindakan Susulan :
Sekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak mampu untuk saya
mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan berusaha dan mencuba
untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal nam murid-murid berserta
gambaran kedudukan dan wajah mereka.
Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan porses
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dalam
keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan juga pihak pelajar (murid-murid tahun
3 Kamil dan 4 Kamil).

Anda mungkin juga menyukai