Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA : NUR NADHRAH BINTI YUSOF


NO K/P : 911020 01 5064
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan projek
matapelajaran Kokurikulum Persatuan WAJ 3113 tepat pada masanya. Jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing Puan Maznah Binti Manan kerana banyak
membimbing dalam memantapkan hasil kerja kursus projek ini.
Sepanjang melakukan tugasan projek ini, pelbagai ilmu telah saya peroleh.
Antaranya adalah prosedur yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bagi
untuk melakukan mini projek. Semasa melakukan kerja lapangan, kami telah pergi ke
pejabat MARA untuk mengetahui mengenai program yang terdekat yang bakal dianjurkan oleh
pihak MARA. Kami amat bernasib baik kerana pihak MARA ada melaksanakan mengenai
Program Latihan Keusahawanan untuk melatih para pelajar terutamanya untuk mempelajari
dengan lebih mendalam mengenai bidang keusahawan. Malahan, latihan ini amat membantu
golongan bumiputera untuk memulakan perniagaan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi.
Oleh itu, saya berasa amat kecewa kerana saya tidak dapat menghadirkan diri dalam latihan
tersebut kerana kekangan masa.
Selain itu, saya juga telah mendapat satu lagi ilmu mengenai cara untuk menghasilkan
kertas kerja dengan betul serta berkualiti hasil perbincangan bersama rakan rakan kumpulan
serta kelas. Kertas kerja dihasilkan bagi tujuan ceramah sempena seminar
keusahawanan bukan satu perkara yang mudah kerana memerlukan perancangan
serta susunan yang terperinci untuk menghasilkan seminar yang terbaik di samping
untuk mendapat pelulusan daripada pihak atasan.
Seterusnya, saya telah dapat mengaplikasikan ilmu saya mengenai pengurusan
bajet dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, semasa menjalankan hari keusahawan
saya bertugas sebagai pembantu kewangan. Selain dapat menambah pengalaman
saya juga dapat mengetahui cara untuk minat orang ramai untuk mengunjungi gerai
yang kami buka. Pada awalnya, perasaan malu menguasai diri apabila ingin
memanggil pelajar lain untuk datang ke gerai kami tetapi lama kelamaan perasaan malu
berjaya di atasi oleh saya. Tambahan pula, saya berasa lebih yakin untuk bersemuka
dengan orang ramai melalui penganjuran Hari Keusahawan yang berlangsung pada 28
September 2013.
Jika saya tidak mempelajari perkara ini pada semester ini, sudah tentu saya
berada dalam terkial kial untuk menguasai semua perkara apabila saya sudah tamat
pengajian kelak. Saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi
tunjuk ajar berkenaan prosedur untuk membuat kertas kerja disamping amat memberi
galakan dalam memastikan diri saya untuk meminati bidang keusahawan yang
semestinya menjamin mengenai kehidupan masa hadapan saya.
Setelah saya menilai semula perkara yang telah dilakukan sebelum, semasa dan
selepas siap membuat kertas kerja mahupun seminar ataupun hari keusahawanan.
Saya mendapati, usaha untuk melakukan sesuatu projek adalah sangat sukar jika
dilakukan berseorangan. Jadi, saya perlu lebih prihatin pada masa akan datang agar
dapat memberikan kerjasama yang jitu kepada ahli kumpulan bagi melakukan sesuatu
projek yang memerlukan komitmen dari semua pihak. Justeru, saya berharap ilmu yang
saya peroleh semasa menjalankan tugasan projek ini boleh diaplikasikan pada masa
akan datang.
Kesimpulannya, tugasan projek Kokurikulum Persatuan WAJ 3113
banyak menyediakan saya pengalaman dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas
sebagai guru bagi menjalankan sesuatu projek. Tambahan pula, tugasan ini banyak
mengajar saya tentang ilmu untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan dalam
pelbagai aspek serta merupakan tugasan sukar untuk semester ini kerana perlu
mencari agensi untuk menawarkan ceramah keusahawanan dan memberikan sijil
pengiktirafan bagi kelab usahawan. Alhamdulilllah, dengan ketentuan-Nya dapat saya
siapkan tugasan ini mengikut waktu yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai