Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-

rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk “Semut Dengan
Belalang”.

Pada suatu musim panas, sepasukan semut sedang sibuk bekerja dengan tekun dan sabar.
Mereka sedang mengangkut bekalan makanan ke sarang mereka. Tidak jauh dari situ, sekumpulan
belalang sedang bersukaria. Ada yang menyanyi dan ada juga yang tidur.

Seekor belalang menegur semut kecil yang sedang bekerja. “Wahai Sang Semut, kenapa
engkau bekerja keras ketika cuaca begitu baik?”, belalang bertanya dengan hairan. Semut kecil
menjawab, “Sebab bila tiba musim sejuk, sukar mendapat makanan, kita terpaksa bekerja mencari
makanan untuk musim sejuk.” “Tetapi….cuaca baik begini, lebih baik kita bermain dan bergembira,”
bantah Sang Belalang.

Semut sangat marah, ia menjawab kata-kata belalang, “Kalau kamu tidak mahu bekerja, tentu
kamu akan mendapat kesusahan kemudian hari.” Para semut terus bekerja tanpa menghiraukan
belalang-belalang yang sedang ketawakan mereka. Musim panas pun berlalu, tiba musim sejuk pula.
Daun-daun berguguran, angin sejuk menghembus kencang. “Aduh!.... Kenapa sejuk begini, makanan
pun susah dicari, sudah lama kita tidak mendapat makanan.

Belalang-belalang sangat lapar, mereka berasa lemah sehingga tidak terdaya berjalan di atas
jalan yang diliputi salji. Ketika itu mereka ternampak sarang semut. Mereka mengetuk pintu
memanggil semut. Seketika kemudian semut pun buka pintu, “Oh! Sang Belalang…” kata Sang
Semut. “Oh! Semut yang baik hati, tolonglah beri kami sedikit makanan,” belalang-belalang tersebut
merayu. Semut menjawab, “Wahai belalang, dulu kamu ketawakan kami ketika kami bekerja keras,
tetapi sekarang kamu datang merayu makanan daripada kami. Tidak mengapalah…mari masuk dan
bergembira bersama kami, kami sedang berpesta.”

Haa! Kawan-kawan…Kita janganlah menjadi seperti belalang. Kita perlu menjadi seperti semut
kerana semut bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita bertajuk “Helang Dengan
Gagak”.

Pada suatu hari ketika gagak sedang berehat di atas dahan kayu di sebuah ladang, ia
menangis, “Ga…Ga…Ga” kerana sangat lapar. Tiba-tiba seekor helang terbang menjunam sambil
menjerit, “kuak!...Kuak!...” Gagak terperanjat dan ketakutan. Helang terbang tinggi dan menjunam
lagi sambil menangkap seekor anak kambing biri-biri, kemudian terbang tinggi dan pergi jauh dari
situ.

Gagak pun berkata pada dirinya, “Tentu helang akan kenyang memakan anak kambing biri-
biri itu.” Gagak bertambah lapar dan ia ingin makan anak kambing biri-biri seperti helang itu. Lalu ia
pun berfikir, “Helang pun sejenis burung seperti saya juga, saya pun boleh menangkap anak kambing
biri-biri seperti helang itu.” Gagak itu pun terbang ke dahan yang tinggi seolah-olah ia sekuat burung
helang.

Ia memerhati kambing-kambing itu di padang. Gagak berfikir lagi, “Eh! Kalau saya dapat
tangkap ibu kambing atau bapa kambing yang lebih besar tentu dagingnya lebih banyak.” Setelah
berfikir ia pun terbang menjunam dengan tujuan menangkap kambing itu. “Yang inilah…! Badannya
besar sekali.” Gagak menjunam menghinggap di atas belakang kambing itu dan cuba mengangkat
dengan sekuat-kuatnya.

Kambing terlalu berat, gagak tidak terdaya mengangkatnya. Dia cuba mencengkam kukunya
yang tajam ke dalam bulu-bulu kambing itu, tetapi tetap ia masih gagal. Ketika itu, gembala kambing
ternampak dan terus lari ke arah gagak, “Gagak yang jahat…”. Gagak cuba melarikan diri tetapi
kakinya terlekat pada bulu kambing itu. Akhirnya, gagak dipukul oleh gembala kambing itu.

Haaa…Kawan-kawan…Kita janganlah menjadi seperti gagak kerana gagak membuat sesuatu di luar
kemampuan dirinya dan dia sendiri yang mendapat kesusahan akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai