Anda di halaman 1dari 3

Penyataan Profesional Sebelum Praktikum

Program praktikum saya kali ini telah diadakan di Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil Ladang Cheroh. Sekolah ini merupakan sekolah kurang
murid (SKM). Saya mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan
penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya
menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan
berubah.

Saya telah mendapat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Cheroh, Raub
untuk menjalankan praktikum fasa pertama. Nama pensyarah pembimbing saya ialah
Encik Sivakumar Subramaniam untuk mata pelajaran Bahasa Tamil. Selepas mendapat
semua maklumat mengenai praktikum, kami telah mendapat sedikit penggambaran
tentang praktikum ini. Untuk persediaan awal, saya telah melawat sekolah dan
mendapat sedikit pandangan tentang sekolah itu. Pada ketika itu, saya telah membuat
sedikit gambaran bahawa saya akan menjalankan praktikum ini dengan penuh
bertanggungjwab dan dedikasi.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakuk an sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari
segi mental dan fizikal. Pengalaman mengajar yang lalu, sedikit sebanyak
membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan
sebagai seorang guru praktikum. Per asaan takut dan kekok bukan lagi
masalah tetapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah
merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap
sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan
yang erat dengan seluruh warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Cheroh

Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk
sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh
praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah agak jauh iaitu lebih
kurang 25km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum
adalah konsisten awal.

Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa
mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara
ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum
tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula, dengan
bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya berharap agar segala
perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan data ng dapat
diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini
akan tercapai.

Harapan saya juga dalam melaksanakan praktikum yang akan datang,


saya berharap agar anak didik saya dapat memahami dan mengaplikasi ilmu
yang saya mengajar dalam kehidupan seharian mereka.. Melalui pengajaran,
saya akan cuba melaksanakan pelbagai aktiviti yang seronol bagi menarik
perhatian murid supaya mereka tidak bosan semasa pembelajaran dan dapat
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Saya juga berharap bahawa murid-murid akan memberi kerjasama dan


pandangan positif kepada saya. Ini kerana dengan kerjasama murid-murid, saya dapat
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan tepat sekali. Saya juga berharap
agar memahami kemahiran murid-murid dan menilai kebolehan mereka. Inilah memberi
sesuatu yang berilmu dan meningkatkan prestasi mereka. Murid-murid dari sekolah
rendah dan mereka tidak mempunyai kemahiran yang secukupnya. Jadi saya berharap
akan mengajar murid-murid dengan betul dan pentingnya saya perlu mencapai objektif
pengajaran yang saya akan ajar pada hari itu. Selain itu, saya juga faham akan
kandungan kemahiran pedagogi iaitu cara-cara mengajar murid-murid dengan betul,
kaedah pendekatan murid tahap tinggi dan tahap rendah, kriteria menjadi seorang guru
yang berinovatif dan lain-lain lagi.

Saya juga turut berhasrat untuk memajukan diri saya ke arah guru yang lebih
cemerlang dengan pengalaman-pengalaman berterusan di sekolah sebegini. Ia dapat
mencungkil bakat terpendam dan dapat menyediakan diri saya untuk menghadapi
cabaran yang lebih banyak sebagai warga pendidik. Melalui pengalaman ini, saya
harap akan dapat membina masyarakat muda Malaysia yang lebih dinamik,
berkebolehan dan cemerlang dalam semua bidang yang disertai mereka. Saya juga
berharap dapat membina hubungan yang positif dan akrab dengan warga sekolah. Ini
adalah kerana sokongan dan bantuan pihak sekolah amat diperlukan untuk menjalani
praktikum di sesebuah sekolah.

Selain itu, saya juga ingin membina ciri-ciri profesionalisme dalam diri saya
seperti yang diinginkan oleh kerajaan kita. Saya akan cuba mengikuti garis panduan
untuk menjadi seorang kaki tangan kerajaan yang cekap dan amanah. Semoga
tanggungjawab yang diberikan akan saya laksanakan dengan hati yang rela positif bagi
membina semangat keguruan dalam diri saya.

Oleh itu, saya berharap akan mendapat gambaran jelas tentang teknik-teknik
pengajaran, kaedah pendekatan murid-murid dan lain-lain lagi. Sebenarnya, saya
memang mempunyai perasaan takut dan gementar untuk menjalankan praktikum kali
pertama ini tetapi saya berharap akan buat yang terbaik dan mencapai kejayaan saya
dengan bantuan daripada guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan-rakan
sekelas saya.

Akhir kata, saya sungguh berharap atas berkat u saha saya dengan
diizinkan Tuhan yang maha kuasa untuk mendidik anak bangsa saya. Yakin
boleh.

Anda mungkin juga menyukai