Anda di halaman 1dari 4

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2

Nama Siswa Guru : MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH


No. Kad Pengenalan : 990807-04-5089
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / BAHASA MELAYU
Sekolah : SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN
Minggu Praktikum : 3 (KETIGA)
Tarikh : 16 JULAI 2021
Tajuk : PENGURUSAN MASA YANG KURANG EFISIEN
Kategori : INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL
Pensyarah Penyelia : TN. HJ. AMIR BIN HAMZAH
Guru Pembimbing : EN. HAIRI BIN SAID

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Sepanjang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berlangsung pada minggu ini,
saya dapati bahawa saya masih belum mampu mengurus masa dengan baik. Hal ini berikutan
beberapa faktor yang saya kira masih lagi boleh untuk diatasi dan ditambahbaik. Pengurusan
masa yang kurang efisien secara tidak langsung telah mengakibatkan perancangan PdPc yang
telah dilaksanakan adalah tidak selari dengan pelaksanaannya. Hal ini secara tidak langsung
akan mempengaruhi proses PdPc yang berlaku sama ada kesannya adalah kepada guru
mahupun murid. Namun, saya masih boleh menarik nafas lega kerana objektif pembelajaran
pada hari-hari tersebut masih boleh dicapai dengan jayanya dan hanyalah langkah tiga, iaitu
aktiviti pengukuhan murid yang tidak mampu untuk diselesaikan dalam tempoh PdPc dan
terpaksa dijadikan kerja rumah.
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU)

Hasil daripada analisis yang dijalankan, saya dapati bahawa masalah yang timbul tersebut
adalah disebabkan oleh kelemahan diri saya sendiri yang masih belum terbiasa atau kurang
pengalaman untuk mengajar dan berhadapan dengan situasi di dalam kelas bersama murid-
murid. Selain itu, saya dapati juga bahawa aktiviti yang dirancang mungkin berada pada tahap
yang tinggi, iaitu mengatasi kemampuan murid menyebabkan mereka mengambil masa yang
lama untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Kesan kepada pengurusan masa yang kurang
efisien ini sudah semestinya ialah menjadikan proses PdPc yang berlaku agak kurang berkesan
dan lancar.

3. KAJIAN LAMPAU TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS)

Menurut Husairi Jikan (2004), pengurusan masa yang berkesan merupakan satu faktor yang
menentukan kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu,
perancangan masa yang baik dapat mengelakkan daripada berlakunya pelaksanaan proses
PdPc yang tidak sistematik. Perancangan sistematik pula amat perlu bagi mencapai objektif
pembelajaran

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH


Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, saya mencadangkan beberapa alternatif
penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

1. Menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik.


2. Merancang aktiviti yang selari dengan tahap kognitif dan kemampuan murid.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN


17 hingga 25 Julai 2021

6. TINDAKAN SUSULAN
Saya mengambil tindakan susulan dengan mengikut sepenuhnya perancangan PdPc seperti
yang telah dirancang bagi mengelakkan isu pengurusan masa yang tidak sistematik ini daripada
berlaku lagi namun masih lagi mengambil kira penglibatan murid sepenuhnya.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DIADAKAN

16 Julai 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian sebagaimana


yang dinyatakan telah membolehkan saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik
sepanjang proses PdPc yang berlaku. Murid juga dapat mencapai objektif pembelajaran seperti
yang telah ditetapkan dengan baik.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI
Saya dapat belajar cara untuk menguruskan masa agar selari dengan perancangan yang telah
dilakukan di samping kawalan kelas yang lebih optimum.

Disediakan oleh:

………………………………………
MUHAMMAD HAZIQ BIN ABU SHAH
SISWA GURU PRAKTIKUM FASA 2

Rujukan
Husairi Jikan, 2004. Pengurusan Masa Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Teknik dan Vokasional. PSZ 19:16. Universiti Teknologi Malaysia.

REKOD SEMAKAN
Disemak oleh Guru Pembimbing: Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

……………………………………… ………………………………………
Nama : En. Hairi bin Saad Nama :
Tarikh : 16 Julai 2021 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai