Anda di halaman 1dari 174

Koleksi Inovasi Jilid 2

ISSN 0128-1410

i
Koleksi Inovasi Jilid 2

SIDANG REDAKSI
KOLEKSI INOVASI IPG JILID 2

Penaung

Dr. AZIAN T.S. ABDULLAH


Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Penasihat

Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD


Pengarah
Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI)
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Dr. IBRAHIM BIN MOHAMED ZIN


Ketua Penolong Pengarah
PPP1 IPGM

Ketua Editor & Grafik

Pn. NORSITA BINTI ALI


Penyelaras Unit Penerbitan
PPPI IPGM

Editor

Dr. AZAHAR BIN AZIZ


PPPI IPGM

Dr. NORFADHILAH BINTI NASRUDIN


IPG Kampus Bahasa Melayu

ii
Koleksi Inovasi Jilid 2

KATA ALU-ALUAN REKTOR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Dr. Azian T. S. Abdullah

iii
Koleksi Inovasi Jilid 2

WADAH KETUA EDITOR

iv
Koleksi Inovasi Jilid 2

PENYUMBANG INOVASI
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) IPG Peringkat Kebangsaan 2015

ATOK (Aktiviti Teater Ombromanie Kanak-kanak)


EMAS
1 Mimma Sayuti binti Mat Khalid
JOHAN
IPG Kampus Bahasa Melayu
‘Bunga Ku Penunjuk Ku’
Yew Lee Heang, Juriah binti Abu Bakar
Mior Shaharuddin bin Mior Abu Bakar EMAS
2
Yeoh Poh Choo, Parvinder Singh a/l Amar Singh KEDUA
Hariton binti Sharif, Anwar bin Hj. Sulaiman & Foo Lay Kuan
IPG Kampus Pulau Pinang
SALAK: Satu Cetusan Idea
Tn. Hj. A.Rahman bin Haron, Dr Jeyagobi a/l Dhamodarem &
3 EMAS
Dr Zarina bt Ahmad
IPG Kampus Pendidikan Islam
SARI Membantu Masalah Menulis
Shamsiah Md Nasir, Nurul Nazierah Omar, Mahani Ibrahim,
4 EMAS
Fauziah Hashim & Zaiton Sharif
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak
5 Rosmah Binti Ramli & Abu Kassim Bin Ali Musa EMAS
IPG Kampus Ipoh
Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Sifir Matematik 1 hingga 9
6 PERAK
Chai Chin Pheng
IPG Kampus Gaya
Outbox Inbox
7 Low Kee Sun & Teh Ah Huat PERAK
IPG Kampus Kent
Teknik KASiM+M GooD
8 Tuan Hj.Zamidi bin Ismail PERAK
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting
Dalam Kalangan Murid Prasekolah Menggunakan TuKiTinG
9 Suzana binti Abd Mutalib, Rajmah binti Othman, PERAK
Nor Aimi bin Harun & Hamidah binti Abdul Hamid
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda Dan Ortografi
10 Dr Ng Pei Fern & Dr Wan Noor Siah Bt Wan Abdullah PERAK
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
The Control And Balance Aid
Dr Chin Ngien Siong, Candrawati binti Hj Ibrahim &
11 PERAK
Quek Eeu Len
IPG Kampus Tun Abdul Razak

v
Koleksi Inovasi Jilid 2

Kajian Eksplorasi Bahan Psv Teknik Cetakan Timbulan (Relief


Printmaking) Menggunakan Getah Eva
12 Ardiana Aziz, Mazlina Johari, Hjh. Nor’aini Tahir & PERAK
Nur Ain Wong Abdullah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
SMART i-THINK
Dr Muhamad Sidek bin Said, Dr Ahamad bin Rahim
13 PERAK
Dr Hazlina bt Awang Lah & Hjh Salime Ab Rahman
IPG Kampus Sultan Mizan
Kit Pengajaran Dan Pembelajaran KOMSAS
Uthayakumaran A/L Karuppiah,
14 Dr.Pushpavalli A/P A.Rengasamey & GANGSA
Vijayaletcmy A/P Muniyandy
IPG Kampus Ilmu Khas
Smart Shape
Norasmah binti Mohd Noor, Fathiah binti Mohd Yusof &
15 GANGSA
Fouziah binti Mohd
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
i- Book
Cik Sefiah Binti Ab Kahar @ Abdul Kahar &
16 GANGSA
Hanifah Sabin
IPG Kampus Keningau
Penggunaan “Jom Mahu” Dalam Membantu Mengenal,
Menyebut Dan Membunyi Huruf Tunggal Hija’iyyah
17 GANGSA
Siti Fatimah Binti Ahmad & Normizan Bin Abang
IPG Kampus Rajang
Flipped Via SE-DAAP
Dr Norliza Kushairi, Dr Azman Fadzil, Dr Izani Ibrahim,
18 GANGSA
Dr Nordiana Hamzah& Noorasikin Ismail
IPG Kampus Darulaman
Penerapan Strategi KITPAP (KIT Papan Permainan)
EMAS
Dalam Melestarikan Pendidikan Ko-Kurikulum
19 JOHAN
Dr. Chuah Boon Keat & Teh Tiam Kian
2014
IPG Kampus Tuanku Bainun
Aplikasi Kertas Surih Dan Kertas Karbon Sebagai Templat
Dalam Proses Menampal Untuk Menghasilkan Karya
20 Cetakan Kolaj PERAK
Dr Mazlan A. Karim
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Membina Ayat Dengan Teknik WAPs
Tay Meng Guat, Tan Pei Yee & Annie Chau King Nu
21
IPG Kampus Batu Lintang

Petunjuk Kecerahan Cahaya


EMAS
22 Dr. Tay Chong Seng
2013
IPG Kampus Tun Hussein Onn

vi
Koleksi Inovasi Jilid 2

Kit Permainan Roda Suku Kata


Dr Kamisah Bte Buang, Saedah Bte Sukiran &
23
Hjh Fadhilah Bte Aspar
IPG Kampus Tun Hussein Onn

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KKIK)


2015 Peringkat IPG

Merekod Dan Menganalisis Data Kehadiran


Secara Online Menggunakan E-Kehadiran
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, Dr. Che Aleha Bt Ladin,
Dr. Munirah Bt Abd. Hamid, Dr. Ramachandran A/L
Tempat
24 Vengrasalam, Ahmad Husairi B. Khairuddin,
Pertama
Harun B. Mohamed Ramli, Badrul Hisham B. Ahmad Sukar,
Ruslan B. Abdullah, Zainal Abidin B. Sulaiman &
Siti Mazura Bt Che Doi
IPG Kampus Ipoh
NILA-i
Azman Omar, Dr. Rosli Abd. Rahman, Zulkifli Daud,
Shamsuddin Ahmad, Abd. Hakim Abd. Majid,
25 Asmad bt Mohd Salleh, Dr. Mohd. Haidi Hj Mohd Kasran,
Nik Sabariah Nik Mustapha, Asmida Che Aripin,
Norfarahiah Nodin & Che Norliza@Che Norfaizal Ahmad
IPG Kampus Sultan Mizan
CouFeeT 2.0
Pn. Noemi Linus, En. Mohd Firdaus bin Abd Salam,
Pn. Raiti Naiman, En. Yusop bin Said, En. Sylvester Saimon Simin,
26
Pn. Vasanthi a/p Subramaniam & En. M. Nadarajan Manickam
IPG Kampus Keningau

vii
Koleksi Inovasi Jilid 2

ii
iii
iv
v-vii

1
13
19
26
32
40
47
56

62

69
73

76

81
88
94
98

105

109

116

124

129
138
142

149

153
159

viii
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

ATOK
(Aktiviti Teater Ombromanie Kanak-kanak)

Mimma Sayuti binti Mat Khalid


(IPG Kampus Bahasa Melayu)

ATOK – ‘Aktiviti Teater Ombromanie Kanak-Kanak’ ialah inovasi yang dihasilkan


untuk menggalakkan kreativiti terutamanya seni imaginasi (the art of imagination)
dan mengembangkan kemahiran seni bercerita (the art of storytelling) dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah. Elemen Ombromanie dalam ATOK
memerlukan pelajar menggunakan daya imaginasi melalui penggunaan tangan
sebagai bayang-bayang.

Rajah 1: Logo ATOK.

Atok memuatkan pelbagai modul (dalam laman web) untuk digunakan oleh
guru- guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah.

Rajah 2: Konsep ATOK menggunakan Teknik Ombromanie.

1
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

2
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

Di samping itu, daya imaginasi pelajar-pelajar dapat dikembangkan semasa


mereka cipta bayang-bayang tangan yang diperlukan oleh situasi-situasi dalam
pembelajaran. Bahan-bahan seperti kertas, plasticine atau plastik yang dibentukkan
untuk menjadi bentuk yang dikehendaki (rujuk Rajah 3).

Rajah 4: Bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan


bayang tangan yang sesuai.

ATOK juga menekankan aktiviti dan komunikasi semasa pembelajaran.


Pembelajaran menggunakan ATOK akan melibatkan komuniti dalam bilik darjah
dan boleh melangkau ke luar bilik darjah. Komunikasi yang berlaku juga
melibatkan interaksi maklum balas antara pencerita (kanak-kanak menggunakan
ombromanie) dan rakan-rakan yang menilai ombromanie tersebut. Elemen
pedagogi ATOK adalah berasaskan Teori Aktiviti Engestrom.

SITUASI SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Kemahiran insaniah adalah amat penting dalam pembelajaran abad ke-21.
Kemahiran seperti interpersonal dan komunikasi akan membantu pelajar-pelajar di
masa hadapan. Kemahiran insaniah juga diharapkan dapat diterap oleh guru-guru
dalam bilik darjah. Pengukuran prestasi dalam Dokumen Standard KSSR juga
menekankan kepada keupayaan pelajar-pelajar memberi hujah, menyuarakan
pendapat dengan berkesan tentang konsep yang dipelajari dalam kelas.

3
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

4
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

Norly (2011) juga menekankan bahawa bercerita mampu memotivasikan


murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan. Beliau
juga menyatakan bahawa bercerita yang menggunakan pelbagai seni bahasa sangat
mendukung perkembangan kosa kata dan kepekaan murid terhadap seni bahasa dan
budaya mereka. Oleh itu, bercerita merupakan satu aspek yang sangat penting
dalam kalangan murid di sekolah rendah untuk menjadi insan kelas pertama
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025).

INOVASI YANG DILAKSANAKAN


ATOK mula dicetuskan apabila diperhatikan bahawa pelajar-pelajar sekolah
bertindak untuk membuat bayang-bayang apabila projektor LCD dipasang di dalam
kelas.

Rajah 5: Laman Web ATOK yang boleh diakses secara percuma.


https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/atok/home

MENGAPA ATOK?
Cerita atau bercerita sinonim dengan penglipur lara yang biasa dipanggil dengan
istilah Tok.
ATOK
A – Aktiviti
T – Teater
O – Ombromanie
K – Kanak-Kanak

5
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

Aktiviti ini merupakan pengintegrasian ombromanie iaitu bayang-bayang


tangan dengan multimedia untuk mempersembahkan cerita. Menurut Greene
(1976), bercerita dianggap sebagai seni teater yang memberikan nyawa kepada
perkataan bertulis. Manakala, APT Classes (2015) pula mengatakan bahawa
ombromanie ialah seni persembahan sesebuah cerita menggunakan bayang-bayang
tangan. Dengan erti kata lain, aktiviti ini merupakan satu persembahan teater
bercerita oleh murid dengan menggunakan bayang-bayang tangan secara kreatif
dan seronok. Oleh itu, inovasi ini menyediakan pakej untuk bercerita menggunakan
ombromanie dan multimedia yang menggalakkan kreativiti dalam bercerita yang
boleh digunakan oleh guru dan murid di sekolah.

ATOK Berdasarkan Teori Aktiviti Engestrom (1987)


Teori Aktiviti oleh Engestrom (1987) mencadangkan sebuah sistem aktiviti
generasi ketiga selepas Teori Aktiviti generasi pertama oleh Vygotsky (1978) dan
generasi kedua oleh Leontiev (1981). Teori Aktiviti generasi ketiga
memperkenalkan tiga elemen pengantara baharu iaitu peraturan, masyarakat dan
pembahagian pembunuhan.

Teori Engestrom (1987) dipilih atas beberapa sebab seperti dapat


memahami sistem aktiviti dengan mendalam, dapat menganalisis kebergantungan
aspek sistem untuk memenuhi jangkaan matlamat dan keperluan ahli serta dapat
menyelesaikan masalah. Aktiviti yang berterusan berfokus kepada objek (matlamat
dalam jangka pendek), belajar dari sejarah (aktiviti lepas), berstruktur dialektik
(bertindak balas terhadap perubahan baharu), menggunakan mediasi alatan –
ombromanie dan berunsur interaksi manusia – kolaboratif, koperatif, interpersonal.

6
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

7
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

berkembang dan diinovasikan kepada sesuatu yang lebih memberi hasil yang
berkualiti kepada murid-murid berdasarkan Sixth Sense Technology.

Rajah 7: Contoh Modul ATOK.

INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN


Fasa 1- Dilaksanakan dan diuji di sebuah sekolah. Peserta adalah dalam kalangan
murid Tahun 5. Menggunakan Powerpoint untuk latar. Dilaksanakan semasa
praktikum Fasa 3 dengan kos di bawah RM 5. Maklum balas diterima melalui
temu bual, rakaman video dan soal selidik.

Fasa 2 - Pembelajaran Yang Berterusan


a. Mencipta satu laman web ATOK sebagai pembelajaran alam maya. Diakses
menggunakan QR code. Terdapat e-komuniti untuk bertanya kepada pakar.
Murid perlu menyediakan ‘Jurnal Saya’ (sebagai menguji kemahiran reflektif).
Modul ombromanie digunakan dengan berlatar interaktif. Tiada kos yang
terlibat kerana ia adalah percuma kerana menggunakan Google Sites.
b. Mencipta satu kit ATOK berdasarkan Modul ombromanie, menggunakan kad
ombromanie, manual pelaksanaan, DVD, QR code, lampu suluh (jika tiada
lampu suluh) dan ‘Lencana Kemajuan’. Murid perlu menyediakan ‘Jurnal Saya’
sebagai ruang berkreatif.

8
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

c. ATOK dalam Sejarah


Kini Modul ATOK sedang dilaksanakan di sebuah sekolah di Sarawak untuk
subjek Sejarah Tahun 5.

PELAKSANAAN ATOK

Langkah 1: Senaman jari.

Langkah 2: Murid berkumpul dalam kumpulan masing-masing.

Langkah 3: Guru menayangkan beberapa contoh ombromanie. Murid mencuba


membuat bayang-bayang tangan seperti yang ditayangkan di hadapan

9
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

Langkah 4: Guru meminta murid untuk berbincang dalam kumpulan


dengan menyusun slaid dan membina cerita

Langkah 5: Murid membuat persembahan kumpulan.

Langkah 6: Murid memberi maklum balas tentang persembahan rakan.

10
Koleksi Inovasi Jilid 2 ATOK

11
ATOK Koleksi Inovasi Jilid 2

mampu menjadi agen kreativiti kepada murid-murid di sekolah. Di samping itu,


inovasi ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk saling berinteraksi
antara satu sama lain yang menyebabkan berlakunya pembelajaran kolaboratif.
Murid juga memberikan respon yang bagus terhadap penggunaan ATOK di dalam
pengajaran bahasa. Selain itu, ATOK juga sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 lantaran penggunaannya yang
fleksibel dan mudah dilaksanakan oleh guru dan murid. ATOK mempunyai
potensi juga untuk menjadi satu platform kepada para murid untuk menyerlahkan
bakat dalam bidang shadowgraphy. Jika dilihat pada peringkat tinggi, ATOK juga
mampu untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan persembahan-
persembahan drama dan teater yang dipentaskan.

KEJAYAAN INOVASI
Inovasi ini telah memperoleh kejayaan-kejayaan seperti berikut:

Anugerah Emas Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) Institut Pendidikan


Guru, Peringkat Kebangsaan 2015.

12
Koleksi Inovasi Jilid 2 Bunga Ku Penunjuk Ku

13
Bunga Ku Penunjuk Ku Koleksi Inovasi Jilid 2

alkali kerana ia dapat memberi lima variasi warna untuk menunjukkan tahap
kekuatan keasidan dan kealkalian serta dapat mengesan bahan neutral.

Inovasi terhasil dari permasalahan yang timbul terhadap keupayaan kertas


litmus yang hanya memberi dua variasi warna, iaitu untuk bahan asid (kertas litmus
biru bertukar ke merah) dan untuk bahan alkali (kertas litmus merah bertukar ke
biru). Untuk bahan neutral pula, tiada perubahan akan berlaku. Kertas litmus tidak
dapat menunjukkan kekuatan keasidan atau kealkalian sesuatu bahan. Tambahan
pula, kertas litmus tidak membantu dalam mengenal pasti keasidan atau kealkalian
serbuk kopi dengan jelas. Rajah 1 menunjukkan perubahan warna kertas litmus
terhadap air limau dan detergen iaitu hanya dapat memberi maklumat sama ada
bahan berasid atau beralkali sahaja. Bagi bahan serbuk kopi dan air kopi, kertas
litmus tidak dapat membantu bagi mengenal pasti keasidan kerana hanya warna
kopi diperhatikan pada kertas litmus.

Penunjuk bunga raya tanpa campuran serbuk penaik seperti yang


dicadangkan dalam buku teks Sains tahun lima menukarkan bahan berasid kepada
warna merah dan menukarkan bahan alkali kepada warna hijau (Rajah 2). Untuk
bahan neutral, penunjuk bunga raya ini juga memberikan warna merah, iaitu warna
asal penunjuk itu sendiri. Maka, sesuatu bahan yang neutral mungkin disalah tafsir
sebagai bahan berasid walau pun ada sedikit perbezaan dari segi darjah warna
kemerahan.

14
Koleksi Inovasi Jilid 2 Bunga Ku Penunjuk Ku

Rajah 1: Perubahan warna kertas litmus untuk air limau, detergen, serbuk kopi dan air kopi

Merah Merah Hijau

Perubahan warna Perubahan warna Perubahan warna


penunjuk bunga raya penunjuk bunga raya penunjuk bunga raya
dengan bahan berasid dengan bahan neutral dengan bahan
beralkali

Rajah 2: Perubahan warna penunjuk bunga raya untuk


bahan berasid, neutral dan beralkali.

Oleh itu, penunjuk inovasi yang merupakan bahan semula jadi dicampur
dengan serbuk penaik dihasilkan bagi mengatasi masalah di atas. Larutan bunga
raya adalah bersifat asid lemah yang mempunyai nilai pH5. Penambahan 0.02 g
serbuk penaik kepada 10 g bunga raya dan 100 cm3 air suling dapat menurunkan
keasidan dari pH 5.2 ke pH 6.7. Perubahan keasidan larutan bunga raya dapat
memberi warna berbeza yang jelas untuk asid kuat, asid lemah, neutral, alkali
lemah dan alkali kuat.

15
Bunga Ku Penunjuk Ku Koleksi Inovasi Jilid 2

16
Koleksi Inovasi Jilid 2 Bunga Ku Penunjuk Ku

17
Bunga Ku Penunjuk Ku Koleksi Inovasi Jilid 2

Selain itu, dengan memberi lima variasi warna, penunjuk inovasi ini juga
dapat mengatasi masalah mengesan asid lemah dan alkali lemah serta dapat
mengesan keasidan kopi dengan mudah. Ini dapat membantu menambah baik
proses pengajaran dan pembelajaran sains serta menarik minat murid sekolah
rendah atau sekolah menengah terhadap pembelajaran sains. Daripada pemerhatian
yang telah dilaksanakan di tiga buah sekolah, dapatan menunjukkan bahawa murid-
murid berasa seronok, teruja, ceria dan memberi perhatian serta tumpuan semasa
mereka membuat uji kaji dengan larutan penunjuk campuran bunga raya dengan
serbuk penaik.

KEJAYAAN INOVASI
Inovasi ini telah memperoleh kejayaan-kejayaan seperti berikut:
1. Johan Pertandingan Inovasi Pedagogi 2015 peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang.
2. Anugerah Emas Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) Institut Pendidikan
Guru, Peringkat Kebangsaan 2015.
3. Naib Johan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC), Institut Pendidikan
Guru, Peringkat Kebangsaan 2015.

18
Koleksi Inovasi Jilid 2 SALAK : Satu Cetusan Idea

19
SALAK : Satu Cetusan Idea Koleksi Inovasi Jilid 2

dari segi struktur dan makna. Pembentukan kata boleh dilakukan melalui proses
pengayaan bahasa melalui kosa kata yang disenaraikan dalam Teknik SALAK.
Binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-
wenangnya tetapi melibatkan susunan beberapa unit kecil rangkai kata. Oleh itu,
ayat yang dibina oleh murid akan dapat dilihat melalui kesempurnaan struktur dan
maknanya bagi membentuk ayat yang gramatis.

Standard atau mutu ayat yang dibina oleh murid diukur mengikut justifikasi
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Terdapat 4 tahap penskoran dengan
markah dan kriteria ayat sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Oleh itu,
penilaian markah ayat yang dibina oleh murid adalah berdasarkan kriteria ayat yang
telah ditetapkan oleh LPM.

Jadual 1: Penskoran Markah.


Penskoran Markah Kriteria
Ayat gramatis, menepati bahan grafik.
Pelbagai kata dan kosa kata yang meluas, sesuai dengan grafik.
Cemerlang 9 – 10
Ejaan dan tanda baca yang betul.
1 atau 2 kesalahan tatabahasa.
Ayat jelas menepati bahan grafik.
Pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana,
sesuai dengan grafik.
Baik 7–8
Ada beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak
menjejaskan ayat.
3 atau 5 kesalahan tatabahasa.
Ayat mudah, ringkas dan sesuai dengan grafik.
Pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai
Memuaskan 4–6 dengan grafik.
Banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.
6 atau 10 kesalahan tatabahasa.
Ayat tidak sesuai dengan grafik.
Tahap Pelbagai kata dan kosa kata, tidak sesuai dengan grafik.
0–3
minimum Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
11 kesalahan atau lebih.
Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005)

20
Koleksi Inovasi Jilid 2 SALAK : Satu Cetusan Idea

Terdapat 11 variasi ayat yang boleh dipilih oleh murid untuk membina ayat
berdasarkan gambar atau grafik yang diberi. Murid boleh menjana idea untuk
membina ayat merujuk kepada 11 akronim yang bertunjangkan kepada akronim
SALAK sebagai akronim induk. Sehubungan dengan itu, variasi ayat yang dibina
tidak akan kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain.
11 akronim yang bertunjangkan akronim SALAK, iaitu:
1. SA
2. SAL
3. SALA
4. SALK
5. SALAK
6. SAA
7. SAAK
8. SAK
9. SLA
10. SLAK
11. SLK

Rajah 1 menunjukkan rajah pohon bagi 11 pilihan akronim yang


bertunjangkan kepada akronim SALAK sebagai akronim induk. Murid boleh
melakukan pilihan variasi ayat yang ingin dibina dan perlu disesuaikan dengan
gambar atau grafik yang diberi.

21
SALAK : Satu Cetusan Idea Koleksi Inovasi Jilid 2

Rajah 1: 11 Pilihan Akronim untuk Membina Ayat

TEKNIK SALAK
Langkah-langkah proses pelaksanaan membina ayat dengan Teknik SALAK adalah
seperti berikut:
1. Meneliti dan memilih gambar yang ingin dibina ayat.
2. Mengenal pasti aktiviti atau kata kerja yang bersesuaian dengan gambar.
3. Membuat pilihan variasi ayat yang ingin dibina daripada 11 variasi ayat
yang dicadangkan melalui akronim SALAK.
4. Memasukkan kata sendi, kata hubung, penjodoh bilangan, kata adjektif dan
imbuhan yang sesuai dengan ayat yang dibina.
5. Memastikan ayat yang dibina adalah mengikut struktur ayat dan rumus
tatabahasa bagi membentuk ayat yang gramatis.

22
Koleksi Inovasi Jilid 2 SALAK : Satu Cetusan Idea

23
SALAK : Satu Cetusan Idea Koleksi Inovasi Jilid 2

Proses menyalin semula ayat dilakukan setelah dikenal pasti pemilihan


variasi ayat yang dibuat melalui Jadual SALAK, iaitu:
1. Salim dan kawan-kawan ke bandar menunggang basikal dengan berhati-
hati.
2. Penunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta ketika hendak
menyeberang jalan raya.
3. Salim memangku mangsa kemalangan dan rakan-rakannya meminta
pemandu kereta segera membawa mangsa kemalangan ke hospital.
4. Salim dan kawan-kawan ke hospital waktu tengah hari untuk melihat
mangsa kemalangan.
5. Pakcik Ali mengucapkan terima kasih kepada Salim dan rakan-rakan atas
pertolongan yang diberi tempoh hari.

Kelebihan lain yang dapat dilihat melalui pembinaan ayat dengan akronim
SALAK ialah murid boleh membina ayat secara beransur maju, iaitu daripada ayat
mudah kepada ayat yang lebih kompleks. Ayat yang dibina adalah mengikut
struktur dengan penggunaan rumus tatabahasa. Murid hanya perlu mengenal pasti
elemen imbuhan, kata hubung, kata sendi, penjodoh bilangan, ganti nama diri dan
kata adjektif bersesuaian dengan ayat yang dibina untuk memastikan ayat yang
dibina menjadi gramatis.

Jadual 3 menunjukkan proses untuk membina ayat yang beransur maju,


iaitu daripada ayat tunggal menjadi kepada ayat yang lebih kompleks. Penyenaraian
kosa kata dalam Jadual SALAK yang bermula dengan ayat tunggal menunjukkan
bahawa berlakunya proses pembinaan ayat daripada ayat mudah kepada ayat yang
lebih sukar atau kompleks. Jadual 3 memperlihatkan proses membina ayat yang
bermula daripada variasi ayat:

24
Koleksi Inovasi Jilid 2 SALAK : Satu Cetusan Idea

25
SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

SARI Membantu Masalah Menulis


Shamsiah Md Nasir, Nurul Nazierah Omar,
Mahani Ibrahim, Fauziah Hashim & Zaiton Sharif
(IPG Kampus Pendidikan Teknik)

SINOPSIS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang harus dikuasai pada peringkat awal
persekolahan lagi supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang lebih luas
pada masa akan datang. Namun begitu, kemahiran menulis didapati kurang
dititikberatkan dalam kalangan murid khususnya murid bermasalah pembelajaran
kerana melalui pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa guru jarang mengajar
murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis. Masalah
kekemasan tulisan oleh seorang murid pemulihan Tahun 3 di sebuah sekolah
daerah Sepang telah mendorong guru untuk membantu murid tersebut. Rentetan
itu, satu inovasi yang bertujuan untuk membantu murid memperbaiki kekemasan
tulisan melalui peralatan yang dinamakan Sarung Jari (SARI) telah dihasilkan.
Setelah intervensi dilaksanakan, tulisan murid semakin kemas dan keyakinan murid
semasa menulis telah meningkat. SARI kemudiannya diperkenalkan kepada murid
berkeperluan khas di tiga buah sekolah di Daerah Sepang, Selangor. Sebahagian
besar murid-murid ini mempunyai gaya genggaman pensil yang kurang sesuai atau
kurang matang. Ini mengakibatkan hasil tulisan mereka tidak kemas, jari mereka
sakit kerana menggenggam pensil dengan kuat dan akhirnya mereka rasa kurang
bermotivasi. Hasil daripada intervensi yang dijalankan menggunakan SARI telah
dapat membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid yang dikaji. Dapatan juga
menunjukkan berlaku peningkatan terhadap aspek kesediaan menulis murid serta
cara menulis huruf dengan betul. Masalah jari sakit kerana memegang pensil
dengan kuat dan dengan cara menekan semasa menulis juga telah dapat diatasi.

OBJEKTIF
SARI dihasilkan dengan objektif untuk:
i. Membantu pelajar memperbaiki kekemasan tulisan.
ii. Membantu pelajar menggenggam pensil dengan betul.
iii. Membantu pelajar kelainan upaya yang lemah genggaman pensil
untuk menulis.

26
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

27
SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

SARI menggunakan strategi kawalan pensil dan jari. Dengan adanya bahagian
untuk meletakkan alat tulis maka pelajar tidak perlu menggenggam dengan kuat
alat tulis tersebut. Jari pula dikawal oleh bahagian sarung jari yang akan
menyebabkan jari mudah dikawal semasa menulis.

Pada prototaip yang pertama SARI dihasilkan tanpa lubang-lubang


pengudaraan. Namun, selepas mendapat maklum balas daripada murid yang
menyatakan jari mereka berpeluh, maka prototaip kedua SARI dihasilkan dengan
lubang-lubang pengudaraan untuk mengelakkan perpeluhan. SARI dihasilkan
dalam pelbagai warna bagi menarik minat murid.

Sarung alat

Sarung jari
Lubang
pengudara
Rajah 1: Deskripsi SARI Rajah 2: SARI pelbagai warna

Rajah 3: Kombinasi jari dalam penggunaan SARI


bagi murid bermasalah jari.

28
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

Inisiatif SARI dapat membantu murid yang menghadapi masalah semasa


menulis. Ianya juga dapat mengurangkan masalah keciciran murid dalam
pembelajaran. Ini adalah kerana murid yang bermasalah semasa menulis akan
memberi tekanan kepada murid itu sendiri dan guru jika masalah ini tidak diatasi.
Lama kelamaan jika masalah berlarutan, murid akan berasa bosan dan tidak akan
memberi tumpuan dalam pelajaran yang akhirnya menyebabkan keciciran berlaku.

KELEBIHAN INOVASI
SARI telah diuji keberkesanan dan faedahnya terhadap murid pemulihan yang
menghasilkan tulisan yang tidak kemas. Dalam tempoh sebulan murid berkenaan
telah menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan gaya genggaman pensil juga telah
dapat dibetulkan. Selepas tempoh sebulan, murid sudah tidak perlu lagi
menggunakan SARI semasa menulis. Ini kerana murid tersebut telah dapat
membiasakan jarinya untuk memegang pensil dengan betul semasa menulis. Murid
juga lebih yakin dan bersedia dengan cara yang betul semasa menulis.

SARI juga memberi faedah kepada murid-murid berkeperluan khas yang


menghadapi masalah semasa menulis. SARI telah diuji kepada murid-murid
berkeperluan khas di tiga buah sekolah di daerah Sepang dan Salak, Selangor yang
menghadapi masalah semasa memegang pensil untuk menulis. Dengan penggunaan
SARI, masalah memegang pensil dengan cara yang salah telah dapat diatasi. Murid
juga menyatakan rasa seronok kerana jari mereka tidak lagi sakit semasa menulis.
Ini kerana sebelum menggunakan SARI, mereka memegang pensil dengan kuat dan
menekan semasa menulis kerana rasa kurang yakin. Dengan SARI, mereka tidak
lagi perlu memegang pensil dengan kuat kerana bahagian tengah SARI adalah
sarung untuk pensil. Bagi murid yang lemah genggaman jari, SARI sangat
membantu mereka kerana mereka tidak perlu memegang dengan kuat pensil.

29
SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

Inisiatif SARI sangat relevan dengan pengajaran dan pembelajaran kerana


ia membantu murid yang menghadapi masalah semasa menulis. Ini selaras dengan
dasar semasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sokongan pemulihan bagi
mengatasi masalah menulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Inisiatif SARI berupaya
memenuhi keperluan murid yang menghadapi masalah semasa menulis. Inisiatif ini
dilaksanakan dengan kerjasama dan kolaborasi Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik dan empat buah sekolah. Inisiatif ini juga akan diteruskan
dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan murid
berkeperluan khas.

Gambar 1: Gaya genggaman pensil tanpa SARI (kiri) dan dengan SARI (kanan).

Rajah 4: Hasil tulisan sebelum intervensi (kiri) dan selepas intervensi (kanan)

30
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

KEJAYAAN INOVASI
Inisiatif SARI berjaya menyelesaikan masalah murid dan memenuhi objektif atau
tujuan penghasilannya. Dengan kos yang sangat minima, penggunaan SARI
mampu mengurangkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menulis,
mengurangkan masa yang diperlukan oleh guru dalam membimbing murid
berkeperluan khas atau murid pemulihan dalam sesi pembelajaran dan
mengurangkan tekanan emosi guru dan murid.

Inisiatif SARI mampu menawarkan penyelesaian kepada masalah menulis


bagi murid pemulihan dan murid berkeperluan khas yang selama ini kurang diberi
perhatian dalam aspek memegang alat tulis dengan betul dan aspek kekemasan
tulisan. SARI telah berjaya memperoleh Anugerah Emas, Peringkat Kebangsaan
dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC), IPGM 2015.

31
Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak Koleksi Inovasi Jilid 2

Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak


Rosmah Binti Ramli, Abu Kassim Bin Ali Musa
(IPG Kampus Ipoh)

SINOPSIS

Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti yang ditujukan
kepada murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan
mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah pengajaran dan
pembelajaran yang melalui kaedah dan teknik tertentu dengan tujuan untuk
mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid. Guru sering
menghadapi masalah untuk menerangkan tentang proses penukaran unit bagi tajuk
Pecahan, Perpuluhan, Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isi padu Cecair dan
seterusnya mengajar teknik melaksanakan operasi tambah dan tolak yang berkaitan
dengan cepat dan tepat. Murid pula sering menghadapi pelbagai masalah semasa
menyelesaikan soalan Matematik. Ibu bapa tidak dapat membantu anak mereka
menyelesaikan permasalahan ini di rumah dengan lancar. Satu set kit pengajaran
dan pembelajaran telah dicipta bagi memudahkan guru, murid dan ibu bapa untuk
menyelesaikan soalan berkaitan tajuk di atas dengan cepat dan tepat sebagai
alternatif kepada kaedah biasa yang selalu digunakan. Aktiviti yang digunakan
lebih berfokus kepada “hands-on activity” di dalam kelas. Guru dan murid tidak
memerlukan peralatan dan bahan yang banyak sebagai alat pembelajaran mereka.
Kit pengajaran dan pembelajaran ini terdiri daripada gabungan bahan bantu iaitu
turus guru, turus murid, perwakilan pecahan setara, kit pecahan dan nota.
Penggunaan kit ini mampu meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan
soalan Matematik yang berkaitan.

OBJEKTIF
Tujuan Inovasi Kit Penukar Unit/Operasi Tambah dan Tolak ini adalah untuk
membantu murid menguasai kemahiran penukaran unit, kemahiran penambahan
dan penolakan serta kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan tajuk
Pecahan, Perpuluhan, Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isi padu Cecair.

32
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak

ASPEK INOVASI
Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan sistem aktiviti –aktiviti yang
ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah
laku dalam kalangan mereka. Dalam merancang reka bentuk Inovasi Pengajaran
dan pembelajaran, Model Reka Bentuk instruksional ASSURE telah digunakan.
Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan
menyediakan panduan dalam merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media. Berdasarkan model ASSURE, enam langkah
utama berikut telah diambil kira:

A – Analyze learner (menganalisis murid).


S - State objective (menyatakan objektif pengajaran yang hendak dicapai).
S - Select method (memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran).
U – Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan).
R – Require learner participation (memerlukan penglibatan murid yang
aktif).
E– Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan penambahbaikan).

Merancang Dan Membangunkan Reka bentuk Inovasi


Pengajaran dan Pembelajaran

Suatu hasil reka bentuk inovasi yang baik memerlukan perancangan yang teliti dan
mengambil kira keperluan sebenar pengguna. Oleh itu, reka bentuk inovasi ini telah
direka dan dibangunkan berasaskan kepada Teori Kognitif dan Model
Konstruktivisme. Teori Kognitif yang diasaskan oleh Jean Piaget yang mendapati
bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat
peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun),
operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Justeru,
reka bentuk inovasi memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada

33
Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak Koleksi Inovasi Jilid 2

peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun.


Walaubagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan murid itu
sendiri.

Model Konstruktivisme dipilih sebagai landasan pembinaan reka bentuk


inovasi ini kerana model memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan murid dapat menentukan sendiri
masa yang diperlukan untuk memperoleh sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan agar dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban
guru sebagai pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai
pemudah cara atau fasilitator.

Pelaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran


Inovasi pengajaran dan pembelajaran ini memberi tumpuan utama kepada bidang
pedagogi pengajaran yang menjadi tunjang utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Inovasi ini telah mula diberi perhatian pada tahun 2013. Prototaip
Inovasi ini telah diperkenalkan kepada siswa guru yang mengambil program
Pengajaran Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan (MTE3093) dan telah
digunakan oleh siswa semasa menjalani latihan praktikum 1, 2 dan 3 di beberapa
daerah di Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Seterusnya, inovasi ini telah diguna
pakai oleh guru Matematik di beberapa buah sekolah di Perak.

34
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak

Komponen Kit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan Bantu Pengajaran Penerangan

1.Turus penukar unit/operasi tambah dan Digunakan oleh guru sebagai alatan untuk
tolak untuk guru. melaksanakan pengajaran berkaitan dengan
kemahiran penukaran unit dan kemahiran
menambah dan menolak dalam tajuk yang berkaitan.

2. Turus penukar unit/operasi tambah dan Digunakan oleh murid sebagai alatan awal untuk
tolak untuk murid. melaksanakan pembelajaran berkaitan dengan
kemahiran penukaran unit dan kemahiran
menambah dan menolak dalam tajuk yang berkaitan.

3. Kit Pecahan.
Sepuluh jari digunakan sekiranya soalan melibatkan
sebarang nombor dan nombor pecahan persepuluh.

Lima jari digunakan sekiranya soalan melibatkan


sebarang nombor dan nombor pecahan perlima.

35
Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak Koleksi Inovasi Jilid 2

Kit Pecahan.
Dua jari digunakan sekiranya soalan melibatkan
sebarang nombor dan nombor pecahan perdua.

Empat jari digunakan sekiranya soalan melibatkan


sebarang nombor dan nombor pecahan perempat.

Lapan jari digunakan sekiranya soalan melibatkan


sebarang nombor dan nombor pecahan perlapan.
4. Kad Perwakilan Pecahan.
Lembaran perwakilan pecahan digunakan untuk
membantu murid yang masih keliru dengan nilai
penukaran pecahan.

5. Kad Nota.
Nota digunakan untuk membantu murid yang masih
keliru dengan nilai penukaran.

Gambar 1: Manual dan Kit Penukar Unit/Operasi Tambah dan Tolak

36
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak

Jadual 1: Perbandingan Kaedah Biasa dengan Kaedah Inovasi

KAEDAH BIASA KAEDAH INOVASI

11 Rajah 4 menunjukkan panjang 2 utas tali.

Rajah 4
Berapakah perbezaan panjang, dalam cm,
antara 2 utas tali tersebut?
4.05 m = 4.05 x 100 MENGURANGKAN
= 405.00 cm KESILAPAN !
405 cm
- 155 cm
250 cm


kg + 3.6 kg + 700 g
2 ૛

MENJIMATKAN
MASA !

37
Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak Koleksi Inovasi Jilid 2

35 Rajah di bawah menunjukkan isipadu


3 dalam tiga bekas, Q, R dan S.

Berapakah jumlah isipadu air dalam


tiga bekas di atas

Jumlah isi padu air dalam


tiga bekas:
ଵ ଻
1 l + l + 0.35 l
ଶ ଵ଴ MENJIMATKAN
= 1.5 l + 0.7 l + 0.35 l
MASA !
= 2.55 l
1.5 l
0.7 l
0.35 l
2.55 l
2.55 l = 2 l + 0.55 X 1000 ml
= 2 l + 550 ml
= 2 550 ml

KELEBIHAN INOVASI

Pengurangan kos operasi

Sebelum inovasi dilaksanakan, kos bahan yang digunakan bagi penerangan konsep
serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Setiap topik memerlukan
sekurang-kurangnya satu carta yang berkaitan topik untuk memudahkan murid
memahami topik. Berbanding dengan kos bahan yang digunakan, kaedah ini jauh
lebih murah dan efektif.

38
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Penukar Unit / Operasi Tambah Dan Tolak

Penjimatan masa
Penggunaan inovasi ini akan membantu menjimatkan masa untuk menyelesaikan
soalan-soalan yang melibatkan pecahan. Masa yang diperlukan untuk menerangkan
kaedah menggunakannya hanya dalam tempoh kurang daripada 30 minit.

Berkesan dan Menyeronokkan


Bahan inovasi ini sangat berkesan serta dapat menjawab soalan dalam tempoh masa
yang singkat. Selain itu, ianya memudahkan guru kerana boleh digunakan untuk
mengajar pelbagai topik dan pelbagai kemahiran yang berbeza.

Peningkatan hasil kerja


Kaedah ‘Kit Penukar Unit/Operasi Tambah/Tolak’ berjaya menarik minat murid
kerana murid dapat mempelajari satu lagi kaedah alternatif dalam menyelesaikan
masalah berkaitan topik-topik yang dinyatakan.

Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan (murid)


Kaedah yang melibatkan hands-on ini merupakan satu bentuk rekreasi Matematik
yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

KEJAYAAN INOVASI

Projek Inovasi ini telah berjaya mendapat pingat:


1. Emas dan Johan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi, Peringkat IPG Ipoh
2015.
2. Emas dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC), Institut Pendidikan
Guru, Peringkat Kebangsaan 2015.

39
Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Koleksi Inovasi Jilid 2

Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Sifir Matematik 1 Hingga 9
Chai Chin Pheng
(IPG Kampus Gaya

SINOPSIS

Garis Nombor Bulatan (CNL) ini merupakan satu perwakilan bagi operasi
pendaraban nombor bulat berfokus kepada sifir Matematik 1 sehingga 9. Alat ini
direka bentuk berdasarkan kepada konsep darab iaitu ’tambah berulang.’ CNL
membantu murid membina sifir, membuat perkaitan di antara sifir, membanding
beza pola sifir dan nombor serta memupuk keseronokan belajar (fun learning)
dalam kalangan murid dengan aktiviti hands-on. Berasaskan kepada Teori
pembelajaran kognitif, penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran sifir
dengan CNL dapat membantu murid mendalami kefahaman konseptual dan
prosedur tentang konsep darab. Di samping itu, murid dapat menghayati erti darab
yang lebih bermakna dan membina idea Matematik yang baru. Penekanan
pembelajaran konsep sifir adalah kepada penaakulan, pemikiran kritis dan kreatif
serta penemuan teori Matematik yang baru yang sangat diperlukan dalam abad ke-
21.

OBJEKTIF
Antara objektif melaksanakan inovasi ini termasuklah:
i. Membina sifir 1 sehingga 9.
ii. Membuat perkaitan di antara sifir 1 sehingga 9.
iii. Membentuk pola sifir yang unik.
iv. Mengesahkan dan membuktikan kesukaran sifir 7.
v. Meningkatkan keupayaan menghayati sifir Matematik dengan aktiviti
hands-on yang menyeronokkan.

40
Koleksi Inovasi Jilid 2 Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ASPEK INOVASI
1. Penggunaan Garis Nombor Bulatan dalam membina sifir 1 hingga 9.
CNL adalah satu perwakilan untuk pengajaran dan pembelajaran pendaraban fakta
asas atau sifir Matematik 1 hingga 9. CNL terdiri daripada 100 nombor bulat yang
disusun dalam 10 bulatan (concentric) seperti dalam Rajah 1. Setiap bulatan
mempunyai 10 nombor. Bermula daripada bulatan terkecil disusun nombor 0
hingga 9 dengan jarak yang sama mengikut arah ikut jam, diikuti dengan bulatan
yang kedua disusun dengan nombor 10 hingga 19, dan seterusnya bulatan ke-10
yang terbesar disusun dengan nombor 90 – 99.

0
9
1

8
2

7 3

6 4
5

Rajah 1: Garis Nombor Rajah 2: Perwakilan 5x2 dengan


Bulatan menggunakan CNL.

Penggunaan CNL adalah berdasarkan konsep pendaraban iaitu


penambahan berulang (repeated addition) yang ditunjukkan dalam garis nombor.
Contoh: sifir 2, 0 x 2 = 0 bermaksud 2 ditambah sebanyak 0 kali iaitu tiada
penambahan berlaku; 1 x 2 bermaksud 2 ditambah sebanyak 1 kali iaitu 2 dan
seterusnya sehingga 10 x 2. Sebagai contoh, 5 x 2 ditunjukkan seperti dalam Rajah
2 berikut:

41
Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Koleksi Inovasi Jilid 2

Cara penggunaan CNL adalah seperti ditunjukkan pada carta alir berikut:

2. Perkaitan antara sifir 1 hingga 9.

Bagi setiap sifir di dalam bulatan terkecil, terdapat dua bentuk geometri 2-D yang
unik dibentuk seperti berikut:

42
Koleksi Inovasi Jilid 2 Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pasangan Jenis Jumlah Bentuk Orientasi Bentuk 2-D


Sifir (Ganjil/Genap) Pasangan Geometri 2-D Ikut Lawan
Sifir arah jam arah jam
Decagon Sekata
(10 bucu)
1&9 ganjil 10
Sifir 1 Sifir 9

Pentagon Sekata
(5 bucu)
2&8 genap 10 Sifir 2 Sifir 8

Bintang Sekata
(10 bucu)
3&7 ganjil 10 Sifir 3 Sifir 7

Bintang Sekata
(5 bucu)
4&6 genap 10 Sifir 4 Sifir 6

3. Membentuk pola nombor yang unik bagi setiap sifir.

Pola Nombor Pola Nombor (Hasil


Sifir Ganjil (Hasil Darab)
Sifir Genap
Darab)
1 9 Spiral atau 2 8 ™ Tersusun di atas
lingkaran setiap jejari
genap
3 7 berselerak 4 6 ™ Jarak di antara
dua nombor pada
jejari yang sama
adalah separuh
daripada sifir
asal.

43
Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Koleksi Inovasi Jilid 2

4. Mengesah dan membuktikan kesukaran sifir 7.


Berdasarkan kepada bentuk geometri 2-D yang lebih rumit dan pola nombornya
yang berselerak, ini menunjuk bahawa sifir 7 adalah sifir yang lebih sukar
dipelajari.

5. Meningkatkan keupayaan menghayati sifir Matematik dengan aktiviti


hands-on yang menyeronokkan.

Seorang responden (guru) yang telah mengajar Matematik selama 22 tahun kagum
dengan perkaitan yang ditemuinya. Katanya, “garis (nombor bulatan) ini memang
baik bagi membantu murid-murid ‘menjana’ pola dalam sifir. Menggalakkan
murid-murid ‘menghayati keindahan’ Matematik.”
Responden lain merasa seronok (amazing) melalui aktiviti hands-on dengan
penggunaan garis nombor bulatan ini walaupun ada yang rasa ‘pening-pening’
dalam permulaan aktiviti. Akhirnya, daripada analisis pola sifir yang terhasil,
responden barulah dapat membuat kepastian bahawa sifir 7 adalah sifir yang sukar
sekali antara sifir 1 – 9. Kata seorang responden: “Oh...rupa-rupanya murid rasa
sukar dengan sifir 7 sebab nombor-nombor sifir berselerak dan bentuk 2-D
terdapat banyak bucu-bucu....”. Dengan hanya melihat pola sifir yang terhasil,
maka responden membuat keputusan dan kesimpulan sendiri. Inilah yang
digalakkan dalam KSSR dan diseru oleh Perdana Menteri kita seperti yang
dinyatakannya, “To create a thinking generation.....and think out of the box” (Daily
Express, March 14, 2012) di bawah transformasi sistem pendidikan.
Beberapa responden mencadangkan agar sesi perkongsian ini diteruskan
pada masa hadapan. Ada juga mengatakan bahawa mereka akan menggunakan
garis ini sebagai satu slot permainan atau rekreasi Matematik semasa minggu
Matematik di sekolah mereka. Ketua Panitia di sebuah SK luar bandar bercadang
untuk memasukkan aktiviti ini dalam takwim sekolahnya tahun depan.

44
Koleksi Inovasi Jilid 2 Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

FAEDAH INOVASI

Kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu


Pada awal penggunaan CNL, memang terdapat ramai murid menghadapi masalah
mengingati sifir 7. Selepas sekurang-kurangnya tiga kitaran dalam membina sifir 7,
murid mula faham maksud pendaraban secara tambah berulang. Terdapat
peningkatan dalam ujian pos sifir 7 bagi murid Tahun 3 di tiga buah sekolah.

Berjaya memotivasikan murid


Meningkatkan tahap motivasi untuk mencari penemuan baru dengan sendiri. Hasil
temu bual dengan murid-murid lelaki setelah selesai sifir 3 dan 7 menunjukkan
peningkatan motivasi yang tinggi.

Gambar 1: Pelaksanaan CNL

45
Garis Nombor Bulatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Koleksi Inovasi Jilid 2

Berjaya menerapkan elemen kreativiti dan kemahiran penaakulan


CNL merupakan satu perwakilan yang amat sesuai untuk membina sifir dengan
menggunakan daya pemikiran Matematik aras tinggi sehingga dapat menghubung
kaitkan pola sifir (bentuk geometri dan nombor) dan akhirnya menemui beberapa
teori yang baru sendiri. Inovasi ini berjaya menerapkan elemen kreativiti dan
kemahiran penaakulan dalam pengajaran serta pembelajaran sifir Matematik.
Pengajaran Matematik bukannya setakat mencurahkan ilmu ke dalam setiap
murid. Malahan, guru perlu memikirkan pewakilan bagi sesuatu konsep Matematik
supaya murid dapat membina konsep itu dengan sendiri. Dalam pembelajaran abad
ke-21, murid-murid diberi peluang mencari dan membina konsep dengan sendiri.
Aspek utama yang perlu ditekankan adalah proses pengiraan ke arah mendapatkan
penyelesaian yang betul, tepat dan logik di samping mendapat jawapan yang betul.
Murid dan guru boleh belajar Matematik secara praktikal dan logik (Chin and Tall,
2012).

KEJAYAAN INOVASI

Inovasi ini telah mendapat pingat:


1. Emas, Johan dalam Pertandingan Pensyarah Inovatif di peringkat Zon
Sabah.
2. Perak di peringkat kebangsaan, 2015.

46
Koleksi Inovasi Jilid 2 Outbox Inbox

Outbox Inbox
Low Kee Sun, Teh Ah Huat
(IPG Kampus Kent)

SINOPSIS

Outbox Inbox merupakan satu inovasi yang merangkumi dua bahagian. Bahagian
pertama merupakan mereka bentuk soalan berbentuk open ended dalam operasi
tambah dan tolak satu digit, manakala bahagian kedua merupakan mereka bentuk
satu alat bantu mengajar (ABM) yang bertujuan untuk membantu murid sekolah
rendah dalam menjawab soalan open ended pada peringkat awal dan seterusnya
membimbing murid menerokai corak perubahan nombor agar murid dapat berfikir
dengan lebih teratur dan sistematik. Penggunaan inovasi ini telah dilaksanakan di
empat buah sekolah rendah di sekitar Tuaran. Dapatan menunjukkan 71% pelajar
telah mendapat peningkatan skor dalam ujian pasca. Kebanyakan responden
memberi respon yang amat positif terhadap penggunaan Outbox Inbox. Inovasi ini
berhasrat untuk mengetengahkan soalan Matematik berbentuk open-ended bagi
memupuk dan meningkatkan KBAT murid di samping sebagai rujukan para
pendidik dalam pembinaan item KBAT Matematik.

OBJEKTIF

Outbox Inbox adalah satu inovasi pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk
khas bagi meningkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
murid-murid tahun 1 dan 2. Antara objektif inovasi ini ialah:
i. Menjana dan memupuk KBAT murid.
ii. Meningkatkan penguasaan konsep nilai nombor (value) dan kepekaan
terhadap nombor (number sense) dan pola perubahan nombor.
iii. Murid dapat menjawab soalan respon terbuka dengan lebih sistematik
seterusnya menerokai pola dan corak perubahan nombor.
iv. Minat murid terhadap Matematik dipupuk dan murid lebih berkeyakinan
dalam menjawab soalan-soalan Matematik.
v. Murid dapat mendalami dan menghayati keindahan ilmu Matematik.
47
Outbox Inbox Koleksi Inovasi Jilid 2

ASPEK INOVASI
Inovasi Outbox Inbox ialah satu inovasi yang merangkumi dua peringkat. Peringkat
pertama inovasi ialah mereka bentuk dan pembinaan satu set soalan Matematik
berbentuk respon terbuka. Ianya sesuai digunakan untuk murid tahap awal
persekolahan (operasi penambahan dan penolakan nombor 1 digit) sehingga ke
tahap tinggi persekolahan (janjang aritmetik). Peringkat awal inovasi telah
dijalankan dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan set
soalan yang direka bentuk kepada murid Tahun 2 di beberapa buah sekolah di
sekitar pekan Tuaran. Dapatan analisis menunjukkan keberkesanan pelaksanaan
inovasi amat menggalakkan. Namun, terdapat maklumat dari tafsiran data dan
maklum balas guru bahawa murid yang lemah menghadapi kesukaran untuk
menjawab soalan berbentuk ‘respon terbuka’ (terlalu abstrak), maka inovasi
peringkat kedua telah dirancang dan dilaksanakan untuk menambah baik dan
mengatasi masalah yang timbul.
Peringkat kedua inovasi dilakukan dengan mereka bentuk dan membina
satu alat bantu mengajar (ABM) yang bertujuan membantu murid lemah untuk
menjawab soalan Outbox Inbox serta membantu murid yang pintar untuk menjawab
soalan Outbox Inbox dengan lebih tersusun dan sistematik (mengesan pola
perubahan nombor).
Berdasarkan keputusan pencapaian di TIMSS dan PISA, laporan kajian dari
Kementerian Pendidikan Malaysia serta kajian bahan, satu set soalan respon
terbuka Matematik telah dirumus dan dihasilkan, iaitu soalan latihan Outbox Inbox.
Inovasi Outbox Inbox mengetengahkan kemahiran berfikir aras tinggi di samping
mengukuhkan dan mendalami penguasaan pengetahuan konsep nilai nombor serta
mempertingkatkan tahap kepekaan nombor (number sense) dalam kalangan murid.
Inovasi ini telah mula dilaksanakan untuk peringkat pertama pada bulan
Mei 2014. Soalan Outbox Inbox sesuai digunakan di peringkat sekolah rendah

48
Koleksi Inovasi Jilid 2 Outbox Inbox

sehingga ke peringkat sekolah menengah, tahap kesukaran bergantung kepada


soalan yang dikemukakan kepada murid.

1. Penerangan konsep bentuk soalan respon terbuka, pelbagai tahap.

Peringkat Sekolah Rendah :1.1 Operasi tambah nombor 1 digit.

Soalan Konvensional Bentuk Soalan “Outbox Inbox”


1 1
+ 4 SATU
+ Set Jawapan 9 set
jawapan betul 0 1 2 3 4 .… jawapan betul
sahaja
1 2 3 4 5 …..
Jawapan : 5
SATU
jawapan betul
Set Jawapan
0 1 2 3 4 5
6 set
3 + jawapan betul
+ sahaja
5 4 3 2 1 0
9 SATU 5
jawapan betul BANYAK !!!
sahaja
(55 set)
+ 4 +
5 jawapan betul

Rajah 1: Soalan operasi tambah 1 digit

Peringkat Sekolah Rendah : 1.2 Operasi tolak nombor 1 digit.

Soalan Tradisional Bentuk Soalan “Math Out Of The Box”


3 6
SATU Set Jawapan
- 1 -
jawapan betul 0 1 2 3 4 5 6 7 set
sahaja 6 5 4 3 2 1 0 jawapan betul

Jawapan : 2

5
SATU
jawapan betul
Set Jawapan
9 8 7 6 5
5 set
sahaja jawapan betul
- -
4 3 2 1 0
2 SATU 5
jawapan betul
sahaja
BANYAK !!!
55 set
- 7 -
4 jawapan betul

Rajah 2: Soalan operasi tolak 1 digit

49
Outbox Inbox Koleksi Inovasi Jilid 2

Peringkat Sekolah Rendah : 1.4 Operasi tolak hingga nombor 2 digit.


Soalan Tradisional Bentuk Soalan “Math Out Of The Box”
3 set
13 1 6 jawapan betul
SATU
- 1
jawapan betul
- 5 set
sahaja jawapan betul

Jawapan : 2
SATU
jawapan betul
Set Jawapan BANYAK!!
(3240 set)
1 5
- sahaja -
jawapan betul
8 5
SATU
jawapan betul
sahaja

- 7 - - - -
4

Rajah 3: Soalan operasi tolak 2 digit

Peringkat Sekolah Rendah :1.3 Operasi tambah nombor 2 digit.


Soalan Tradisional Bentuk Soalan “Math Out Of The Box”

1
SATU
5 5 set
+ 14 + Set Jawapan jawapan betul
jawapan betul 5 6 7 8 9
sahaja 10 11 12 13 14

Jawapan : 5 4 set
SATU Set Jawapan jawapan betul
3 jawapan betul 9 8 7 6
+ sahaja +
6 7 8 9
SATU
1 9 1 5
jawapan betul
sahaja BANYAK
12 l (3240 set)
BANYAK
+
(45 set )
+ + jawapan betul
21 jawapan betu

Rajah 4: Soalan operasi tambah 2 digit

Set Soalan Outbox Inbox (Tiga Komponen).

i. Set-set soalan respon terbuka (Aktiviti Kumpulan).


ii. Lembaran jawapan (Aktiviti Kumpulan).
iii. Buku panduan penggunaan dan soalan latihan merangkumi dua
bahagian:

50
Koleksi Inovasi Jilid 2 Outbox Inbox

Bahagian A: Panduan pengguna soalan dan ABM Outbox Inbox.


Bahagian B: Soalan Latihan Outbox Inbox.
a. Murid menjawab soalan operasi tambah dan operasi tolak satu digit.
b. Murid menganggar bilangan set jawapan yang betul.
c. Murid mengesan pola perubahan nombor.
d. Menjawab soalan dengan sistematik.
e. Murid membina dan menjawab soalan sendiri.

2. Komponen ABM Bahan Konkrit

Tanda operasi tambah Garis rujukan utama

TTanda operasi tolak

Bilangan petak

Nomb
Nombor -nombor
menu
menunjukkan jawapan

Penunjuk kiri
Penunjuk kanan Baris jawapan Baris atas

Rajah 5: Komponen Bahan Konkrit Outbox Inbox.

3. Penggunaan ABM Bahan Konkrit Outbox Inbox dengan soalan operasi


tambah dan operasi tolak

51
Outbox Inbox Koleksi Inovasi Jilid 2

Rajah 7: Penggunaan Bahan Outbox Inbox dalam operasi tambah.

Keputusan Uji Cuba Pertama

Uji cuba kali pertama telah dilaksanakan di tiga buah sekolah yang melibatkan
jumlah 21 orang murid. Data keputusan murid telah dianalisis dan telah
dirumuskan dalam Rajah 8.

Rajah 8: Keputusan Uji cuba 1

Daripada hasil analisis data keputusan murid, didapati bahawa majoriti


murid telah menunjukkan peningkatan dalam ujian-pos berbanding dengan ujian
pra. SJKC telah menunjukkan peningkatan yang paling baik di mana peratus
peningkatan jumlah skor ialah 28.6%.

52
Koleksi Inovasi Jilid 2 Outbox Inbox

Keputusan Uji cuba Kedua

Setelah penambahbaikan dibuat, satu ABM Bahan Konkrit telah dihasilkan dengan
tujuan membantu murid lemah untuk menyelesaikan soalan respon terbuka. Uji
cuba ke-2 dilaksanakan di dua sekolah rendah daerah Tuaran.

Secara keseluruhan, boleh dirumuskan bahawa kesan penggunaan Outbox


Inbox dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar dari pelbagai tahap. Pelajar
pandai dapat menjawab dengan lebih sistematik, pelajar sederhana mendapat
peningkatan yang amat baik dan pelajar lemah menunjukkan peningkatan skor
yang amat ketara serta lebih yakin dan berminat dalam menjawab soalan respon
terbuka.

Kecekapan Dan Sumbangan

Daripada hasil analisis maklum balas murid tentang penggunaan Outbox Inbox,
didapati murid amat suka kepada Outbox Inbox dan mereka setuju bahawa ia amat
mudah digunakan, merasa seronok dalam percubaan penggunaan kit dan murid
boleh mencuba banyak jawapan.
Secara keseluruhan, boleh dirumuskan bahawa murid berminat dan
berkeyakinan dalam menjawab soalan-soalan kit tersebut. Sekiranya penggunaan
Outbox Inbox ini dapat diamalkan untuk tempoh masa yang lebih panjang, ia akan

53
Outbox Inbox Koleksi Inovasi Jilid 2

dapat membawa impak yang amat menggalakkan dalam perkembangan minda


murid.

KESIMPULAN
Berdasarkan analisis skor pencapaian pelajar, maklum balas pelajar dan guru, dapat
disimpulkan bahawa penggunaan Outbox Inbox mendapat respon yang amat positif
dari segi penguasaan ilmu dan kepuasan penggunaan. Outbox Inbox berkesan untuk
merangsang KBAT murid terutamanya menjawab soalan Matematik dengan teratur
dan sistematik. Penggunaan Outbox Inbox secara berterusan dapat membantu
meningkatkan KBAT pelajar di samping meningkatkan minat dan keyakinan pada
pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Akhirnya, diharapkan Outbox Inbox
dapat menerapkan kemahiran pemikiran tahap tinggi murid-murid dalam beberapa
aspek secara langsung dan tidak langsung iaitu peka kepada pola/pattern perubahan
nombor, sistematik dalam penyelesaian masalah, berani mencuba, berani berhujah/
mempertahankan pendirian sendiri, lebih fleksibel dan melihat sesuatu dengan
lebih terbuka, tidak lagi menilai suatu perkara hanya dengan skala betul atau salah
sahaja.

KEJAYAAN INOVASI

Outbox Inbox telah berjaya dilaksanakan secara percubaan di empat buah sekolah
rendah di daerah Tuaran dan Tamparuli dalam dua peringkat. Peringkat pertama
melibatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan bentuk soalan
respon terbuka. Hasil analisis data dan maklum balas dari murid dan guru, didapati
murid pandai boleh menjawab soalan dengan betul, tetapi tidak mengikut urutan
yang baik iaitu mereka menjawab dengan tidak sistematik. Manakala murid lemah
mendapati soalan respon terbuka terlalu abstrak, mereka tidak dapat
menganggarkan nombor-nombor yang sesuai tanpa bantuan bahan bantu mengajar.
Satu penambahbaikan telah dilakukan selepas menganalisis dapatan uji cuba 1.

54
Koleksi Inovasi Jilid 2 Outbox Inbox

Pada peringkat ke-2, mereka bentuk dan membina ABM Bahan Konkrit Outbox
Inbox untuk membantu murid lemah dalam penyelesaian soalan respon terbuka dan
membantu murid pandai menjawab soalan dengan lebih sistematik. Uji cuba kali
kedua yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan
soalan respon terbuka dengan bantuan ABM Bahan Konkrit Outbox Inbox
dilaksanakan.

55
Teknik KASiM+M GooD Koleksi Inovasi Jilid 2

56
Koleksi Inovasi Jilid 2 Teknik KASiM+M GooD

ASPEK INOVASI
Inovasi Teknik KASiM+M GooD telah dilaksanakan berdasarkan carta alir seperti
dalam Rajah 1:

Rajah 1. Carta Alir Teknik KASiM + M.

Kertas cadangan penyelidikan tindakan pelajar disemak dan dinilai oleh


penyelia menggunakan Senarai Semak Teknik KASiM. Tujuan penilaian ini
adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan
pengetahuan mereka dalam penulisan literatur. Ini dapat membantu pengkaji dan
inovasi ini memberi keutamaan dalam membantu menyelesaikan masalah pelajar.
Masalah penulisan tinjauan literatur di dalam penyediaan kertas cadangan dan
penulisan laporan penyelidikan tindakan dikategorikan kepada empat tema atau
kategori (Zamidi et al. 2013). Empat tema masalah ini diringkaskan seperti Jadual
1.

57
Teknik KASiM+M GooD Koleksi Inovasi Jilid 2

Penggunaan senarai semak ini juga dapat memberi maklum balas yang
berguna untuk membantu pensyarah penyelia membuat penilaian dan seterusnya
membimbing pelajar menyempurnakan penulisan laporan penyelidikan tindakan.
Langkah berikutnya adalah membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
penulisan tinjauan literatur melalui bengkel Teknik KASiM+M GooD berasaskan
modul yang disediakan (Rajah 2).

58
Koleksi Inovasi Jilid 2 Teknik KASiM+M GooD

Rajah 2: Isi kandungan Modul Teknik KASiM+M

Modul disusun dalam bentuk latihan kendiri mengandungi maklumat


tentang Teknik KASiM dan juga aplikasi templat analisis MS Word (Rajah 3) serta
manual penggunaan perisian Mendeley. Sesi bengkel dapat memberi peluang
kepada pelajar berinteraksi dengan inovasi tentang proses Teknik KASiM+M

59
Teknik KASiM+M GooD Koleksi Inovasi Jilid 2

60
Koleksi Inovasi Jilid 2 Teknik KASiM+M GooD

61
Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting Koleksi Inovasi Jilid 2

Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis Dan


Menggunting Dalam Kalangan Murid Prasekolah
Menggunakan TuKiTinG
Suzana binti Abd Mutalib, Rajmah binti Othman,
Nor Aimi bin Harun, Hamidah binti Abdul Hamid
(IPG Kampus Sultan Abdul Halim)

SINOPSIS

Melalui pemerhatian semasa proses pembelajaran, terdapat murid Prasekolah


Didikku Sayang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran menulis,
melukis dan menggunting. Semasa aktiviti menulis, melukis dan menggunting,
murid-murid selalu mengharapkan pertolongan daripada guru dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM). Umpamanya, semasa pembelajaran Tunjang
Komunikasi Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran pra tulisan dan
pengajaran dan pembelajaran Tunjang Kreativiti dan Estetika, murid tidak mampu
untuk melakukan sendiri tanpa bantuan guru dan PPM. Selain bergantung kepada
guru dan PPM, murid juga dibantu oleh Bahan Bantu Belajar (BBB) yang pelbagai
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan guru. Apabila guru dan PPM sibuk
membantu murid lain menyelesaikan tugasan, terdapat murid yang tidak melakukan
apa-apa, tetapi menunggu sehingga guru atau PPM datang membantu mereka.
Situasi ini bukanlah sesuatu masalah pembelajaran yang boleh dibiarkan tanpa
penyelesaian. Gambar 1 menunjukkan pemerhatian semasa murid-murid menjalani
aktiviti dalam Tunjang Kreativiti dan Estetika.

OBJEKTIF

Menggunakan TuKiTing untuk membantu dalam meningkatkan penguasaan


kemahiran menulis, melukis dan menggunting dalam kalangan murid prasekolah.
Lahirnya idea TuKiTing ini apabila melihat kesukaran murid Prasekolah Didikku
Sayang di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
Kedah dalam menguasai kemahiran asas menulis, melukis dan menggunting
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

62
Koleksi Inovasi Jilid 2 Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting

Berdasarkan Gambar 1, murid-murid kelihatan bergantung kepada bantuan


guru, PPM dan menggunakan pelbagai alatan semasa proses menyiapkan tugasan
mereka. Murid juga kelihatan bosan dan bersikap menunggu giliran mereka untuk
dibantu oleh guru dan PPM semasa menyiapkan tugasan pembelajaran. Selain itu,
murid juga menggunakan pelbagai BBB dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Gambar 1: Situasi sebelum inovasi

Aspek penyimpanan BBB juga menjadi masalah kepada guru prasekolah.


Hal ini kerana BBB yang digunakan untuk melatih kemahiran menulis, melukis dan
menggunting berbagai jenis dan dengan kuantiti yang banyak. Kepelbagaian Bahan
Bantu Belajar (BBB) diperlukan dalam melaksanakan aktiviti pra tulisan,
menggunting dan melukis. Murid-murid memerlukan pembaris lurus, pembaris
bentuk bengkang bengkok, pembaris bentuk geometri dan kad-kad bentuk-bentuk

63
Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting Koleksi Inovasi Jilid 2

64
Koleksi Inovasi Jilid 2 Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting

65
Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting Koleksi Inovasi Jilid 2

ini dan seterusnya menggabungkan empat bentuk asas membentuk huruf A hingga
Z dan nombor satu hingga sepuluh.
Berkaitan dengan kemahiran melukis, TuKiTing sangat membantu. Dengan
menggunakan tiga jenis pembaris dan empat bentuk asas geometri, murid-murid
boleh membentuk awan, melukis rumah, bunga, buah-buahan atau apa-apa sahaja
bentuk kerana asas dalam melukis ialah garisan-garisan dan bentuk-bentuk
geometri. Semua bentuk dan garisan asas bagi meningkatkan kemahiran melukis
terdapat dalam TuKiTing. Melalui latihan yang kerap, murid-murid mampu
memaksimumkan penggunaan TuKiTing untuk melukis. Melalui masa yang lebih,
murid-murid juga mampu berfikir cara memaksimumkan kegunaan TuKiTing
apabila mereka diberi latihan atau tugasan yang mencabar untuk diselesaikan.

TuKiTing juga dapat melatih murid-murid yang belum menguasai


kemahiran menggunting. Dalam menggunting garisan lurus, garisan beralun dan
garisan bersegi, TuKiTing boleh digunakan sebagai panduan untuk menggerakkan
gunting. TuKiTing diletakkan di atas kertas, tangan kiri murid perlu menekan
TuKiTing manakala tangan kanan memegang gunting. Gunting digerakkan untuk
memotong kertas mengikut garisan yang dikehendaki, sama ada lurus, beralun dan
bersegi. Teknik ini sangat sesuai untuk melatih murid menggunting pada peringkat
asas. Walau pun teknik ini nampak mudah tetapi ia sangat bersesuaian melatih
motor halus murid-murid agar tetap dalam garisan semasa menggunting iaitu
melatih koordinasi mata dan tangan murid agar lebih matang.

TuKiTing meningkatkan kemahiran menulis, melukis dan menggunting


yang juga merupakan kemahiran asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan KSPK (KPM 2010). Ianya juga dapat meningkatkan kepuasan
pelanggan, di mana TuKiTing dapat meningkatkan minat murid-murid untuk
mencuba semua bentuk dan ciri yang ada. TuKiTing meningkatkan motivasi murid-
murid untuk meneruskan aktiviti dan menyiapkan tugasan yang diberi guru.

66
Koleksi Inovasi Jilid 2 Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting

Motivasi murid dapat dilihat jelas apabila mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti
yang menggunakan TuKiTing. Guru juga berpuas hati dengan pencapaian murid-
murid dalam meningkatkan kemahiran pra tulis, melukis dan menggunting. Ibu
bapa murid-murid juga berpuas hati dengan pencapaian dan perkembangan anak-
anak mereka. Guru dan ibu bapa memberi sokongan serta galakan agar projek
TuKiTing diteruskan.

Melalui TuKiTing, kami juga dapat melihat peningkatan dalam penguasaan


kemahiran asas menulis, melukis dan menggunting. Penguasaan murid (semua
tahap penguasaan) dalam kemahiran asas menulis, melukis dan menggunting
sebelum menggunakan TuKiTing mengambil masa enam bulan.
Walaubagaimanapun, setelah menggunakan TuKiTing, tahap penguasaan murid
dalam kemahiran asas menulis, melukis dan menggunting bertambah dalam masa
tiga bulan sahaja. Dengan penguasaan tiga kemahiran ini, hasil kerja murid dapat
ditingkatkan dari aspek kekemasan menulis, melukis dan menggunting.

Hasil kerja murid juga semakin berkualiti. Murid-murid boleh menguasai


kemahiran asas menulis, menggunting dan melukis dalam tempoh tiga bulan
sahaja. Selain itu, ada penjimatan sumber manusia. Ini kerana TuKiTing ini dapat
diaplikasikan kepada semua murid dan seorang guru hanya berperanan sebagai
fasilitator. Contohnya, sebelum diperkenalkan TuKiTing kepada murid, guru
terpaksa membantu setiap murid untuk melihat setiap bentuk yang dilukis kerana
mereka terpaksa menggunakan pelbagai jenis pembaris bercorak. Masalah ini dapat
diselesaikan dengan menggunakan TuKiTing. Murid boleh melukis bentuk yang
ada pada TuKiTing tanpa perlu menukar-nukar pembaris atau bentuk geometri lain.
Setelah menggunakan TuKiTing, guru tidak lagi perlu menunjuk ajar setiap murid.
Guru hanya membuat sekali demonstrasi, menunjukkan contoh tugasan yang
berkualiti di papan putih, memberi arahan dan murid menggunakan TuKiTing
untuk menyiapkan tugasan, latihan dan projek mereka. Guru juga boleh mencabar

67
Meningkatkan Kemahiran Menulis, Melukis dan Menggunting Koleksi Inovasi Jilid 2

murid menggunakan TuKiTing secara maksimum dalam menyiapkan pelbagai


tugasan mereka.
Kos operasi juga dapat dikurangkan berbanding kos alatan yang digunakan
sebelum ini. Begitu juga tiada lagi kos diperuntukkan untuk membeli kad bagi
membuat bentuk geometri tidak diperlukan lagi. Perkara yang lebih menarik ialah
TuKiTing merupakan satu alat yang mengandungi pelbagai bentuk geometri dan
pembaris serta bentuknya yang dapat menarik minat murid-murid untuk meneroka
kegunaannya. Aspek yang lebih menarik ialah kos yang digunakan untuk memiliki
TuKiTing adalah murah.

KEJAYAAN INOVASI
Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (CIC), Institut
Pendidikan Guru, Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 13 Oktober 2015, di
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Gambar 3: Pertandingan Kreativiti dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru, Peringkat


Kebangsaan 2015.

68
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda dan Ortografi

Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda


dan Ortografi
Dr Ng Pei Fern
Dr Wan Noor Siah Bt Wan Abdullah
(IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

SINOPSIS

Kaedah abjad merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam pengajaran literasi
Bahasa Melayu di tadika dan sekolah rendah. Pembelajaran literasi menggunakan
kaedah abjad amat menekankan hafalan dan latihan mengeja dan membatang bunyi
suku kata untuk membentuk perkataan. Proses pembelajaran kaedah abjad
memerlukan kematangan emosi dan kebolehan mengingati banyak kombinasi
bunyi suku kata sebelum mereka dapat membaca ayat dan petikan (Isahak, 1990).
Ini melambatkan proses pembelajaran, khasnya murid prasekolah atau murid
pemulihan yang mempunyai daya ingatan jangka pendek dan fokus pembelajaran
yang singkat berbanding dengan rakan sebaya mereka. Inovasi yang dilaksanakan
ini menggabungkan teori pembelajaran serasi minda dan teori pembelajaran literasi
serasi ortografi untuk membentuk model pembelajaran literasi Bahasa Melayu
berasaskan penyelidikan dan tinjauan literatur. Berdasarkan model yang dibentuk
ini, kit pembelajaran literasi telah dihasilkan. Bahan-bahan yang direka bentuk
mengambil kira elemen-elemen pembelajaran serasi minda dan ortografi. Impak
inovasi produk telah diuji di 10 buah tadika selama 14 minggu. Dapatan kajian
eksperimental menunjukkan perbezaan signifikan dalam skor ujian pasca antara
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kemahiran kesedaran fonologi,
kemahiran membaca, kemahiran mengeja dan pemahaman. Peningkatan motivasi
literasi signifikan juga dilaporkan dalam kumpulan rawatan berbanding dengan
kumpulan kawalan bagi konstruk keseronokan, konsep kendiri dan nilai
pembelajaran literasi. Inovasi kaedah ini memberi perspektif baharu tentang
pembelajaran literasi Bahasa Melayu dengan mengambil kira ciri-ciri pembelajaran
serasi minda dan ciri-ciri unik sistem ortografi Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

a) Membina model pembelajaran literasi berasaskan teori pembelajaran serasi


minda dan teori pembelajaran literasi serasi ortografi Bahasa Melayu.

69
Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda dan Ortografi Koleksi Inovasi Jilid 2

b) Mereka bentuk kit pembelajaran literasi berdasarkan model pembelajaran


literasi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran kemahiran asas
literasi dan motivasi literasi murid-murid prasekolah dan murid-murid
pemulihan.

ASPEK INOVASI

Inovasi Pedagogi dan Kit Pembelajaran Literasi

Berdasarkan model yang dihasilkan, kit pembelajaran literasi yang mengambil kira
semua elemen pembelajaran serasi minda dan ortografi telah direka bentuk.

1. Modul Stesen yang sistematik dan 2. Powerpoint Modul Stesen


bersifat progresif. (untuk kemahiran gabung dan penggal).

3. Animasi Dunia Permainan Huruf 4.Poster Dunia Permainan Huruf


Stesen 1-5 (untuk mengukuhkan memori melalui
(untuk memperkenalkan hubungan visual).
fonem-grafem dan penulisan huruf
melalui lagu, animasi, pergerakan).

5. Kad Permainan 6. Carta Selak Ajaib


(untuk menggabung dan latihan (untuk latihan automasi dan melihat
automasi) pola suku kata).

70
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda dan Ortografi

7. Carta Poket Saya 8. Pasport Kembara Saya


(untuk latihan automasi). (untuk sintesis modul dan motivasi
pembelajaran).

9. Cabaran 10. Buku Panduan


(Penilaian formatif tanpa stress).

Rajah 1: Kit Pembelajaran Literasi

KELEBIHAN INOVASI

Sumbangan Teori

Inovasi ini memberi sumbangan kepada pembelajaran literasi Bahasa Melayu


berasaskan teori bahasa dan prinsip pembelajaran serasi minda, khasnya murid
prasekolah dan murid pemulihan yang menghadapi masalah pembelajaran literasi.

Peningkatan Kemahiran

Faedah daripada inovasi produk ini jelas kelihatan dari segi impak terhadap
keberhasilan murid. Penyelidikan telah dilaksanakan ke atas 64 orang murid
prasekolah di 10 buah tadika menggunakan kit yang dihasilkan selama 14 minggu.
Kajian experimental menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor ujian
pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kemahiran kesedaran
fonologi (phonological awareness), kemahiran membaca (decoding), kemahiran
mengeja (spelling) dan pemahaman (reading comprehension) (Rajah 2).

71
Kaedah Pembelajaran Literasi Serasi Minda dan Ortografi Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1: Kajian experimental di tadika

Peningkatan Motivasi Literasi

Selain itu, produk ini juga berjaya meningkatkan motivasi literasi murid yang diuji
dengan Soal Selidik Profil Motivasi Literasi. Peningkatan signifikan ditunjukkan
dalam konstruk keseronokan pembelajaran literasi (Literacy Enjoyment), konsep
kendiri dalam pembelajaran literasi (Literacy Self Concept) dan nilai pembelajaran
literasi (Literacy Value) bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan
kawalan.

KEJAYAAN INOVASI
Inovasi ini telah memenangi Pingat Emas (Johan) dalam Pertandingan Inovasi
Pedagogi Peringkat IPG Kampus 2015 dan Pingat Perak dalam Pertandingan CIC,
Peringkat IPGM 2015. Impak inovasi produk melalui kajian-kajian tindakan juga
berjaya dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa dan Seminar Kebangsaan.

72
Koleksi Inovasi Jilid 2 The Control and Balance Aid

73
The Control and Balance Aid Koleksi Inovasi Jilid 2

74
Koleksi Inovasi Jilid 2 The Control and Balance Aid

Sungai Jernang, SK Dato’ Mohd Musa, SK Asajaya Ulu and IPG Kampus Tun
Abdul Razak. Focus group for this innovation was from the trainee teachers and
upper primary school students.

INNOVATION BENEFITS
All the participants had shown a vast improvement in mastering the three skills in
volleyball after using the aid. In addition, the aid was also conducted on 50 trainee
teachers which also showed an overall increase in their performance on the three
skills for sepak takraw. This showed that the participants were able to understand
concepts better, improve their skills and had a higher degree of learning.

VERIFICATION OF THE CONTROL AND BALANCE AID


This innovation aid has been verified by Mr Chai Poh Fatt (Sarawak Volleyball
Association’s Technical Vice Chairman), Mr Steven Liew Guo Chen (Sarawak
State Education’s MSS Volleyball Technical Advisor) and Mr Allan Chan (MSS
Sarawak Volleyball coach). In addition, Dr Ong Kong Swee, the CEO of Sarawak
Sports Corporation has also verified this aid. This aid has the potential to be
marketed to the schools and sports organisations as it is cost-effective and can
improve the skills of the beginners efficiently.

AWARD ACHIEVEMENT
The Control and Balance Aid innovation won Silver Award in the Creativity and
Innovation (CIC) at IPG Kampus Pulau Pinang, 11-13 October 2015.

75
Kajian Eksplorasi Bahan Psv Koleksi Inovasi Jilid 2

Kajian Eksplorasi Bahan Psv Teknik Cetakan Timbulan


(Relief Printmaking) Menggunakan Getah EVA
Ardiana Aziz, Mazlina Johari
Hjh. Nor’aini Tahir, Nur Ain Wong Abdullah
(IPG Kampus Bahasa Antarabangsa)

SINOPSIS
Kajian ini merupakan eksplorasi bahan alternatif bagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi topik Cetakan Timbulan (Relief
Printmaking). Projek ini dinamakan sebagai Kajian Eksplorasi Bahan PSV: Teknik
Cetakan Timbulan (Relief Printmaking) Menggunakan Getah EVA. Kajian ini
adalah berbentuk eksperimentasi ke atas kemampuan karya cetakan timbul yang
boleh dihasilkan melalui penggunaan getah EVA yang ringan, mudah didapati dan
murah bagi menggantikan kaedah asal iaitu linocut dan woodcut. Umumnya,
penggunaan linoleum board dan plywood adalah amat sukar untuk diperoleh pada
masa sekarang selain proses pembuatan yang bising, mengambil masa yang lama
dan mahal. Inovasi ini dicipta untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid
sekolah meneruskan pengajaran dan pembelajaran topik Cetakan Timbulan (Relief
Printmaking) yang sekarang ini jarang-jarang dipraktikkan lagi di sekolah-sekolah,
mahupun kalangan penggiat seni. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran menggambar dalam kalangan murid-murid dan menarik minat mereka
untuk berkarya dengan lebih serius. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang
dipilih daripada kalangan guru dan murid Tingkatan 4 jurusan Seni Visual dari dua
buah sekolah menengah sekitar Selangor. Tinjauan awal kajian yang telah
dilaksanakan adalah melalui kaedah temu bual, kaedah ujian pra, kaedah
pemerhatian dan kaedah analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan 100% guru
dan murid tidak lagi menguasai dan mempraktikkan kemahiran membuat Cetakan
Timbulan (Relief Printmaking). Topik ini hanya diajar oleh guru secara teori sahaja
dengan bantuan Rajah bergambar bagi meningkatkan kefahaman murid untuk topik
Cetakan Timbulan (Relief Printmaking). Hasil dapatan kajian membuktikan guru
tidak mengimplementasikan secara amali topik Cetakan Timbulan (Relief
Printmaking) dengan menggunakan kaedah linocut atau woodcut kerana kosnya
yang tinggi. Inovasi yang dicipta ini, mampu membantu guru dan murid mahupun
penggiat seni lain untuk menguasai kemahiran membuat Cetakan Timbulan (Relief
Printmaking) tanpa perlu meninggalkan mana-mana langkah dan proses yang
sebenar semasa menggunakan linoleum board atau plywood. Proses penghasilan
inovasi ini telah dilaksanakan dalam tempoh lima bulan bermula dari bulan Mac
sehingga bulan Julai 2015. Keputusan ujian pos ke atas dua buah sekolah yang
dipilih membuktikan 100% guru dan murid boleh menguasai teknik ini dalam
penghasilan karya Cetakan Timbulan (Relief Printmaking). Selain itu, ciptaan
76
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kajian Eksplorasi Bahan Psv

inovasi ini juga membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru PSV di
sekolah bagi mengajar topik ini memandangkan sebelum ini topik ini hanya diajar
secara teori dan rajah bergambar sahaja. Dengan terhasilnya inovasi ini, ia dapat
meningkatkan minat dan meninggikan tahap kreativiti murid serta penggiat seni
yang lain.

OBJEKTIF

Tujuan penciptaan ini adalah untuk:

a) Membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan murid


bagi topik Cetakan Timbulan (Relief Printmaking).
b) Menimbulkan penyertaan dan kesungguhan murid dalam mempelajari
kaedah dan teknik Cetakan Timbulan (Relief Printmaking) di samping
penggunaan masa yang optimum.
c) Menggalakkan penyertaan guru PSV di sekolah-sekolah dalam kajian
eksplorasi bahan bantuan mengajar.
d) Memperbaiki kaedah pengajaran menggambar menggunakan teknik
Cetakan Timbulan (Relief Printmaking)

ASPEK INOVASI

Getah EVA merupakan satu bahan yang tidak asing lagi keperluannya kepada kita
dan lebih popular dikenali sebagai ‘selipar jepun’ dalam kalangan masyarakat.
Getah EVA ini sebenarnya merupakan bahan utama bagi pembuatan selipar ringan
yang berada di pasaran masa kini. Tercetusnya idea bagi penggunaan getah EVA
ini bagi menggantikan linoleum board dan plywood adalah kerana sifatnya yang
sama iaitu boleh dipotong dan diukir menggunakan pisau ukir di atasnya . Selain
itu, sifat fizikal getah EVA yang lembut boleh meningkatkan tahap kreativiti murid
kerana hasil yang diukir pada getah EVA ini boleh menghasilkan imej yang
sebenar kerana sifat lembut dan tidak bising. Guru juga boleh meminta murid untuk

77
Kajian Eksplorasi Bahan Psv Koleksi Inovasi Jilid 2

78
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kajian Eksplorasi Bahan Psv

untuk mencuba bagi mendapatkan karya Cetakan Timbulan (Relief Printmaking)


yang cemerlang.

Gambar 3: Aplikasi Teknik Timbulan

Gambar 4: Proses Penghasilan Cetakan Timbulan dengan


menggunakan getah EVA

KELEBIHAN INOVASI

a) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di bawah topik Cetakan


Timbulan (Relief Printmaking).

b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggambar murid-murid dan


menarik minat mereka untuk berkarya dengan lebih serius.

c) Meningkatkan minat murid-murid berkarya dengan lebih berfokus.

d) Getah EVA lebih ekonomikal.

e) Menambahkan pilihan bahan untuk didedahkan kepada murid.

f) Getah EVA lebih praktikal kerana boleh dicuci untuk mengubah warna
mengikut keperluan, mudah diukir, cepat kering dan ringan.

79
Kajian Eksplorasi Bahan Psv Koleksi Inovasi Jilid 2

KEJAYAAN INOVASI
Inovasi ini telah memenangi tempat pertama dalam Kategori Pensyarah dalam
Pertandingan Inovasi sempena Hari Akademik dan Pendidikan, IPGKBA pada 8
Ogos 2015 dan Kategori Perak dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGM,
2015 pada 12-13Oktober 2015 di IPGK Pulau Pinang.

Gambar 5: Kejayaan Inovasi

80
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart i-Think

81
Smart i-Think Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1: Kuliah, Bengkel dan Kursus.

\
\
\
\
\

Rajah 1: Laman Sesawang.

MASALAH YANG DIHADAPI


a. Peserta/pelajar menghadapi masalah mengingat kesemua lapan peta
pemikiran i-Think dengan lancar.

b. Peserta/pelajar menghadapi masalah mengecam simbol-simbol peta


pemikiran i-Think dengan berkesan.

82
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart i-Think

83
Smart i-Think Koleksi Inovasi Jilid 2

dikemukakan. Manakala Modul Ruang Aktiviti (Rajah 4) ialah berkaitan soalan


latihan yang dikemukakan sebagai pengukuhan kepada pelajar. Smart i-THINK ini
merupakan satu aplikasi baharu sebagai sokongan kepada pelajar dalam
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bidang utama yang menjadi
tumpuan inovasi:
i. Inovasi Dalam Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran
ii. Teknologi Maklumat
iii. Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Rajah 2: Skrin antara muka Smart i-THINK

Smart i-THINK diperkenalkan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir


pelajar dengan harapan dapat melahirkan generasi yang berfikiran inovatif, kreatif
dan kritis. Smart i-THINK adalah rentetan daripada impak kajian lepas terhadap
keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-THINK untuk pembelajaran yang lebih
inovatif. Smart i-THINK diaplikasikan dalam persekitaran pembelajaran maya

84
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart i-Think

(VLE) secara akses kendiri memandangkan penggunaan internet merupakan


sesuatu yang kritikal dalam kehidupan pelajar amnya dan persekitaran
pembelajaran khasnya. Smart i-THINK dibangunkan memandangkan Generasi-Y
atau digital natives yang mempunyai tahap literasi teknologi yang tinggi.

Gambar 2: Pelaksanaan inovasi.

Rajah 3: Pelaksanaan Inovasi

c. Penilaian Pelaksanaan Inovasi


Pertandingan Inovasi IPGK Zon Timur Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada
4 hingga 6 Mei 2015 di IPG Kampus Sultan Mizan.

85
Smart i-Think Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 3: Sesi penilaian dan anugerah

d. Perkhidmatan Baharu
Implikasi daripada pertandingan tersebut, satu pengemaskinian terhadap Smart i-
THINK telah dilakukan untuk hasil yang lebih baik iaitu:
i. Skrin antara muka setiap modul dikemas kini supaya lebih ceria, menarik
dan memberi kepuasan kepada pengguna.
ii. Tambahan modul log in dan password pengguna sebelum melayari
perisian Smart i-THINK.
iii. Tambahan modul ujian atas talian untuk mendapatkan impak yang lebih
baik.
iv. Pengujian Smart i-THINK secara online dilakukan terhadap i-Think Group
media sosial Facebook yang dipelopori oleh ketua kumpulan (Dr
Muhamad Sidek Said).
v. Instrumen soal selidik dilakukan secara atas talian.

FAEDAH INOVASI
Kecekapan Pembelajaran
Atribut kebolehbelajaran Smart i-THINK amat mudah difahami untuk dipelajari
serta pengguna dapat menyempurnakan sesuatu tugas dengan mudah dan senang.

Memberi Kepuasan Kepada Pengguna


Atribut kepuasan telah menunjukkan pengguna merasa seronok dan berpuas hati
menggunakan Smart i-THINK.

86
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart i-Think

Penjimatan Masa Bahan Bantu Belajar


Sebelum inovasi Smart i-THINK, masa yang diambil untuk menyediakan bahan
pengajaran kursus GKB 1053 (kemahiran belajar) mengambil masa yang lama.
Selepas inovasi Smart i-THINK, masa yang singkat dapat diambil. Pandangan
daripada beberapa orang pensyarah mendapati penggunaan Smart i-THINK amat
efisien untuk menjimatkan masa. Mereka tidak memerlukan kaedah konvensional
misalnya penerangan melalui slaid atau mengguna kertas mahjong untuk latihan
dalam kelas. Smart i-THINK memberi ruang kepada pelajar untuk belajar secara
akses kendiri atas talian yang menggalakkan pelajar berfikir lebih kritis dan
inovatif.

KESIMPULAN
Cabaran abad ke-21 memerlukan warga pendidik bersedia menghadapi pelbagai
inovasi digital yang terkini agar negara Malaysia tidak ketinggalan dalam mengapai
arus globalisasi. Penemuan dalam kajian ini secara tidak langsung menunjukkan
perlunya alat berfikir digital bagi membantu pelajar menjana idea supaya lebih
kreatif dan inovatif. Harapan agar ianya menjadi salah satu aplikasi baharu dalam
program i-THINK bagi merealisasikan hasrat kerajaan membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang berinovatif.

KEJAYAAN INOVASI
Anugerah Emas, Pertandingan Inovasi Kategori Pensyarah, Seminar Penyelidikan
Pendidikan, KIK & Inovasi Pensyarah IPGK Peringkat Kebangsaan 2015.

87
KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Koleksi Inovasi Jilid 2

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS


Uthayakumaran A/L Karuppiah, Dr. Pushpavalli A/P A. Rengasamey
Vijayaletcmy A/P Muniyandy
(IPG Kampus Ilmu Khas)

SINOPSIS
Projek Inovasi Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas adalah satu usaha untuk
membantu guru-guru bahasa di sekolah. Kit ini membantu guru mengajar
komponen sastera secara berkesan dan pada masa yang sama, Kit ini juga
memudahkan para pelajar memahami teks Komsas dengan lebih cepat. Kami
menghasilkan Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas dengan menggunakan
Epik Ramayana. Epik Ramayana adalah salah satu teks komponen sastera dalam
mata pelajaran Bahasa Tamil. Ramayana adalah satu teks klasik agak susah
difahami oleh para pelajar dan teksnya sangat panjang. Dengan Kit ini, teks
dipermudahkan supaya mudah untuk guru mengajar dan senang untuk pelajar
memahami serta menghayati teks Ramayana. Dalam Kit Pengajaran dan
pembelajaran Komsas ini, hanya diperkenalkan sepuluh (10) watak penting dalam
Epik Ramayana. Dengan mengenali watak-watak dan perwatakan mereka kita
dapat mengetahui keseluruhan teks Epik Ramayana. Watak-watak Epik Ramayana
yang diperkenalkan Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas adalah Rama, Sita,
Dasarata, Baratha, Kaikeyi, Laksamana, Hanuman, Rawana dan lain-lain. Di
samping watak, 10 ciri perwatakan setiap watak disertakan dalam Kit tersebut.
Dalam Kit ini juga diperkenalkan watak-watak dalam bentuk grafik bergerak. Kit
ini juga dipautkan dengan Youtube supaya pelajar dapat menonton keseluruhan
cerita Ramayana untuk mendapatkan pemahaman yang sempurna. Dalam Kit ini
juga disertakan QR-Code supaya dapat menonton Epik Ramayana dengan telefon
pintar dan juga muat turun Kit Pengajaran dan pembelajaran dalam telefon mereka.
Projek Inovasi ‘Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas adalah satu pendekatan
atau kaedah yang boleh digunakan guru-guru bahasa ketika mengajar Komsas. Kit
ini bertindak sebagai alat bantu mengajar kepada guru bahasa. Selain itu, ‘Kit
Pengajaran dan pembelajaran Komsas boleh digunakan oleh para pelajar sebagai
alat pembelajaran kendiri.

88
Koleksi Inovasi Jilid 2 KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

OBJEKTIF
a) Meningkatkan minat murid terhadap bahan bacaan komponen sastera
(Komsas).
b) Meningkatkan kefahaman murid terhadap inti pati novel komponen sastera
(Komsas) dengan mudah menerusi latar belakang watak-watak utama dan
perwatakan.
c) Meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
d) Mencetuskan keinginan untuk meneroka sastera klasik.
e) Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi.

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIJALANKAN


Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di peringkat sekolah menengah
diperuntukkan tiga waktu seminggu iaitu 120 minit sahaja. Dalam masa terhad ini
guru perlu mengajar kemahiran bahasa bersama kemahiran sastera. Lalu, kekangan
masa menyebabkan guru meminta murid membaca sendiri genre novel mengikut
kesesuaian masa. Lantas, para guru mata pelajaran Bahasa Tamil sentiasa
membekalkan nota ringkas bersama sinopsis. Ini menyebabkan murid tidak
membaca novel klasik dan hanya membaca sinopsis sahaja. Justeru itu, murid tidak
menghayati pembacaan bahan klasik. Sungguhpun cerita Ramayana tersedia ada
dalam bentuk komik, kartun dan tayangan gambar, namun murid tidak berminat
menonton kerana ianya bersifat klasik.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


Semasa berkhidmat di sekolah, pengkaji telah terlibat secara langsung untuk
mengajar murid-murid Tingkatan 4 dan 5. Sewaktu pembelajaran dan pengajaran
mata pelajaran Bahasa Tamil, murid-murid tidak berminat untuk membaca buku
klasik dan ingin membaca sinopsis sahaja. Sehubungan dengan itu, murid
menghadapi masalah untuk menjawab soalan dalam peperiksaan dan tiada

89
KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Koleksi Inovasi Jilid 2

90
Koleksi Inovasi Jilid 2 KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Dalam Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas ini, unsur KBAT turut
diselitkan untuk pemikiran dan pentafsiran murid. Watak utama dan
perwatakan diperkenalkan dengan nama, gambar visual dan fakta tentang
watak-watak tersebut. Paparan interface warna-warni dititik beratkan
supaya menarik minat murid.
Lingkaran QR-Code turut disediakan supaya murid dapat mengakses
dalam bentuk tayangan gambar secara talian terus melalui internet. Murid
dengan bantuan guru dapat mengetahui dan menghayati perjalanan cerita
apabila membaca latar belakang watak-watak utama dan perwatakan
mereka. Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas turut membolehkan
murid melakukan pembelajaran kendiri mengikut pilihan masa dan lokasi
yang kondusif. Hal ini bererti Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas
membolehkan corak pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran
mobile atau mLearning yang telah mula diperkenalkan dalam kalangan
murid.
c. Kajian rintis Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas dihasilkan dalam
bentuk CD-ROM bersesuaian dengan murid generasi Y yang celik
teknologi lebih berminat untuk mengetahui sesuatu perkara sekiranya bahan
bacaan itu berbentuk digital.
d. Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas memudahkan perbincangan
dalam kelas bersama murid. Para murid dapat memperoleh pengetahuan
sedia ada tentang cerita epik Ramayana. Kit Pengajaran dan Pembelajaran
Komsas membolehkan murid dirangsang untuk membaca keseluruhan
buku Ramayana kerana watak utama dan perwatakan membawa mesej
tersirat dan nilai-nilai murni yang penting dalam kehidupan. Di samping itu,
Kit meningkatkan minat murid untuk menghayati keseluruhan inti pati
cerita klasik Ramayana menerusi latar belakang watak utama dan
perwatakan.

91
KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1: Penggunaan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran

FAEDAH INOVASI

Faedah-faedah hasil daripada inovasi yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Murid

Kit Pengajaran dan pembelajaran Komsas menggalakkan murid melakukan


pembelajaran kendiri (Self Access Learning) di samping memupuk minat murid
terhadap genre sastera. Penerapan nilai-nilai murni secara spontan berlaku semasa
watak perwatakan diperkenalkan. Kit ini menjimatkan masa murid kerana mereka
turut mempunyai bebanan memfokuskan dan menghafal fakta mata pelajaran lain.

Guru Mata Pelajaran

Membantu guru-guru sastera menggunakan Kit Pengajaran dan Pembelajaran


Komsas sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam kelas. Masa pengajaran dan
pembelajaran dapat dijimatkan kerana murid sudah mempunyai pengetahuan sedia
ada melalui Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas ini. Kit juga turut membantu
guru mengadakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
flipped classroom dengan mengambil kira tentang pedagogi inklusif di mana murid
boleh mempelajari mengikut penguasaan tahap masing-masing.

92
102
Koleksi Inovasi Jilid 2 KIT Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Lain

Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas boleh diubahsuai dan digunakan dalam
mata pelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa
Cina. Semua jenis bahan bacaan klasik boleh menggunakan pendekatan ini sebagai
panduan menghasilkan inovasi seumpama ini.

Kurikulum
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah membangunkan perisian
berbentuk CD-ROM bagi subjek seperti Biologi, Kimia, dan Fizik. Kit Pengajaran
dan Pembelajaran Komsas ini pula merupakan satu usaha membangunkan perisian
CD-ROM bagi buku-buku klasik yang sukar diperoleh dalam pasaran. Penyediaan
Kit ini turut dapat mengurangkan beban murid untuk membawa buku-buku teks
dan klasik yang tebal serta beg yang berat. Kit ini juga memberi sumbangan bagi
melahirkan paperless society dan mendukung usaha kerajaan Malaysia ke arah
pembangunan masyarakat lestari.

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kit Pengajaran dan Pembelajaran Komsas telah menyumbang kepada koleksi


perisian di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran bagi Bahagian Teknologi
Pendidikan. Bahagian Teknologi Pendidikan boleh membekalkan Kit Pengajaran
dan Pembelajaran Komsas bersama buku teks yang dibekalkan kepada pihak
sekolah demi kegunaan murid generasi Y.

93
Smart Shape Koleksi Inovasi Jilid 2

Smart Shape
Norasmah binti Mohd Noor, Fathiah binti Mohd Yusof
Fouziah binti Mohd
(IPG Kampus Dato’ Razali Ismail)

SINOPSIS

Kemahiran membina kolaj yang kemas dan bermutu merupakan salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah dalam proses
pembelajaran, terutama dalam slot Kreativiti dan Estetika. Kemahiran membina
kolaj juga boleh dijadikan sebagai kayu ukur kepada guru untuk melihat sejauh
mana tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak. Oleh itu, satu kajian
kemahiran membina kolaj yang kemas dengan menggunakan Smart Shape
dilaksanakan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti tahap
kemahiran aktiviti kolaj dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Selain itu, tujuan
kajian ini dibuat untuk mengenal pasti penguasaan murid untuk menampal kolaj
serta memperkenalkan teknik dalam pembinaan kolaj. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif dengan melihat kemahiran aktiviti kolaj. Penumpuan diberikan kepada
teknik secara konsisten untuk mendapatkan kolaj yang kemas dan bermutu. Sampel
merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dengan mengkaji
dokumen-dokumen seperti hasil kerja, kreativiti dan motor halus sampel. Data
dikumpulkan dan dianalisis berdasarkan instrumen pemerhatian dan analisis
dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kemahiran membina
kolaj selepas inovasi dijalankan. Terdapat peningkatan dalam bentuk peratusan
hasil pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan bahan. Ini membuktikan
bahawa Smart Shape ini dapat meningkatkan kemahiran membina kolaj murid
prasekolah.

OBJEKTIF
Melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan Smart Shape dalam meningkatkan
kemahiran, penguasaan dan kekemasan kolah murid-murid prasekolah dalam
aktiviti kolaj semasa pengajaran slot Kreativiti dan Estetika.

94
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart Shape

95
Smart Shape Koleksi Inovasi Jilid 2

mudah kemas dan cantik. Teknik tampalan ini merupakan strategi yang digunakan
oleh guru untuk mendapatkan hasil kolaj yang lebih cantik dan menarik. Bahan
inovasi ini boleh dijadikan bahan pengajaran untuk guru-guru dan dikomersialkan
untuk kegunaan kanak-kanak tidak mengira usia, yang menghadapi masalah
kekemasan dalam pembinaan kolaj.
Tumpuan utama bahan inovasi ini adalah sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Ia lebih kepada seni
dan kreativiti dalam berkarya. Dalam aspek penyelidikan pula, bahan ini boleh
dijadikan bahan kajian untuk mendapat hasil yang diingini serta membuat
penambahbaikan ke atas penggunaan bahan ini.
Inovasi ini mula dilaksanakan pada bulan Februari 2015 hingga April 2015
dengan melibatkan kos RM22.90.

SITUASI INOVASI
Situasi yang dilihat dalam projek ini bedasarkan kepada situasi sebelum, semasa
dan selepas inovasi dijalankan.

Gambar 1: Situasi sebelum, semasa dan selepas inovasi.

96
Koleksi Inovasi Jilid 2 Smart Shape

FAEDAH-FAEDAH INOVASI

Faedah kepada Kanak-kanak


1. Memantapkan motor halus kanak-kanak.
2. Meningkatkan daya tumpuan dan penguasaan ruang.
3.Mendisiplinkan kanak-kanak agar melaksanakan tugas dengan teratur dan kemas.
4. Meningkatkan kemahiran lain terutamanya pra tulisan dan juga tulisan.

Faedah Kepada Guru


1. Mudah dibina kerana melibatkan bahan-bahan atau kos yang rendah.
2. Memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Bahan boleh didemontrasikan maka kanak-kanak boleh menggunakan bahan
tanpa bantuan guru.

Faedah Kepada Ibubapa/Pengguna


1. Bahan yang fleksibel dan mudah digunakan.
2. Melibatkan kos yang rendah.

KEJAYAAN INOVASI
Anugerah Gangsa, Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) Institut Pendidikan
Guru, Peringkat Kebangsaan 2015.

97
iBOOK Koleksi Inovasi Jilid 2

98
Koleksi Inovasi Jilid 2 iBOOK

memberi penekanan kepada peranan guru dalam meningkatkan kualiti guru di


setiap prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIPERKENALKAN


Berdasarkan temu bual dan pemerhatian kepada kanak-kanak prasekolah di dapati
Big book yang disediakan kurang digunakan oleh kanak-kanak. Buku tersebut
hanya menjadi bahan pameran. Dapatan menunjukkan isi kandungan dalam buku
tersebut terlalu formal dan kurang menarik perhatian kanak-kanak.
Guru pelatih juga sering menghadapi kesukaran dan berfikir tentang cara
merancang pengajaran yang kreatif dan menarik untuk merangsang pembelajaran
murid dalam bilik darjah. Pengajaran yang menarik bersifat komersial iaitu seperti
iklan yang memperkenalkan kepada pembeli (murid) tentang produk (isi
pelajaran) yang ingin dijual (diajar) oleh seseorang guru. Kejayaan guru
meyakinkan murid untuk membeli produk banyak bergantung kepada cara
penyampaian guru itu sendiri (Azizi & Nurfaizah, 2010).
Selalu berlaku pengajaran yang hambar dan kurang menarik perhatian
malah ada yang lari daripada tema pengajaran masa itu. Selaras dengan
permasalahan yang dialami dan pengalaman ketika menjalankan pencerapan
klinikal semasa penyeliaan praktikum pelatih-pelatih turut mengalami masalah
yang sama, maka terhasil bahan bantu pengajaran iBook. Sesi pengajaran perlu
dapat memberi makna kepada pelajar tentang konsep dan prinsip baharu serta
untuk merangsang minat dan penglibatan kanak-kanak.
Sebagai seorang pensyarah yang mengajar subjek prasekolah, konsep
menjadikan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak menarik, mudah,
penglibatan, selamat dan seronok amat ditekankan dalam penyampaian
pengajaran. Perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik menjadi satu
masalah yang sangat ketara dalam kalangan guru pelatih pendidikan prasekolah.

99
iBOOK Koleksi Inovasi Jilid 2

100
Koleksi Inovasi Jilid 2 iBOOK

101
iBOOK Koleksi Inovasi Jilid 2

102
Koleksi Inovasi Jilid 2 iBOOK

diri dengan aktif dan dapat mengikut aktiviti dengan mudah, selamat, seronok dan
amat menarik perhatian mereka. Terdapat peningkatan kanak-kanak dari segi
penglibatan, penguasaan aktiviti dan membantu meningkatkan minat kanak-kanak
dalam belajar sambil bermain. Majoriti kanak-kanak bersetuju bahawa isi
kandungan iBook menepati perkembangan kanak-kanak, aktiviti bersesuaian
dengan kanak-kanak prasekolah, wujud minat dan penglibatan aktif kanak-kanak,
serta peningkatan penguasaan kanak-kanak selepas menggunakan iBook.

FAEDAH-FAEDAH DAN INOVASI YANG TELAH DIPERKENALKAN


Pengurangan kos operasi dan masa, peningkatan keberkesanan dalam pengajaran
dan pembelajaran serta peningkatan tahap kepuasan hati guru pelatih.

Faedah terhadap guru


Meningkatkan keyakinan guru untuk berdepan dengan murid, memotivasikan guru
untuk meneruskan pengajaran disebabkan murid bersemangat, meningkatkan
kreativiti dan kemahiran berfikir dalam pembinaan bahan, kepelbagaian teknik
penyampaian boleh meransang minat kanak-kanak dan memudahkan dan
menjimatkan masa penyediaan pengajaran guru.

Faedah terhadap murid


Murid dapat menumpuhkan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
memudahkan dan menjimatkan masa murid, memotivasikan murid dan
memudahkan mengingati fakta-fakta pembelajaran serta menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan.

Faedah sejagat
Teknik iBook dapat diaplikasikan dalam pelbagai tunjang prasekolah, Transformasi
PPPM (2013-2025) dalam enam aspirasi dan sebelas anjakan pendidikan ke arah

103
iBOOK Koleksi Inovasi Jilid 2

Transformasi Pendidikan, membina keupayaan berfikir aras tinggi dan seiring


dengan pendidikan abad ke-21.

RUMUSAN
Secara keseluruhan, dapatlah dirumuskan bahawa iBook dapat membantu dalam
memperkembangkan kreativiti, menjana idea dan memudahkan guru dalam
penyediaan bahan pengajaran. Idea ini sebagai pencetus kepada guru prasekolah
agar dapat membina bahan yang pelbagai bagi memudahkan, menarik perhatian
dan keseronokan kanak-kanak dalam belajar sambil bermain sesuai dengan tahap
perkembangan kanak-kanak pada umur lima hingga enam tahun.

RUJUKAN

Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2010. Teori Dan Model Berkenaan
Dengan Gaya Pembelajaran. Dewan Bahawa dan Pustaka.

104
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penggunaan ‘jom MaHu’

Penggunaan ‘jom MaHu’ Dalam Membantu Mengenal,


Menyebut Dan Membunyi Huruf Tunggal Hija’iyyah
Siti Fatimah Binti Ahmad, Normizan Bin Abang
(IPG Kampus Rajang)

SINOPSIS
Kepentingan mempelajari al-Quran adalah satu kewajiban dan tanggungjawab
setiap individu Muslim dalam menjalani kehidupan seharian untuk lebih sempurna
keislaman dan keimanannya terhadap Allah S.W.T. Al-Quran merupakan asas
pembinaan dan pembangunan peribadi Muslim yang mulia. Oleh itu, untuk
membaca dengan baik ayat-ayat suci al-Quran dan memahami kandungannya di
dalam bahasa Arab, seorang Muslim mesti dapat mengenal, menyebut dan
membunyikan huruf agar bacaan betul mengikut hukum tajwid.

OBJEKTIF
Objektif inovasi ‘jom MaHu’ adalah untuk membantu murid yang ‘buta huruf’
hija’iyyah bagi meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan membunyi lima
huruf hija’iyyah dengan betul dalam tempoh lima hari selama 30 minit bagi setiap
sesi pembelajaran.

ASPEK INOVASI
‘jom MaHu’ dibina sebagai bahan bantu mengajar dalam menguasai 30 huruf
hijaiyyah. ‘jom’ bermaksud mari atau ayuh. Manakala ‘MaHu’ akronim bagi Maju
(Ma) dan Huruf (Hu).
Oleh itu, ‘jom MaHu’ merupakan aktiviti belajar sambil bermain yang
menarik dan mudah untuk menaikkan semangat murid mengenal, menyebut dan
membunyikan huruf-huruf Hija’iyyah dengan betul. Murid-murid akan mendapati
diri mereka bersaing sesama sendiri untuk menguasai setiap huruf berdasarkan
105
Penggunaan ‘jom MaHu’ Koleksi Inovasi Jilid 2

warna kemajuan warna yang ditetapkan. Aktiviti ‘jom Mahu’ hanya bertumpu
kepada pembelajaran lima huruf hijaiyyah dalam masa lima hari selama 30 minit
setiap sesi.

SET BAHAN “jom MaHu”


‘jom MaHu’ merupakan satu set bahan inovasi yang dibina dengan menggunakan
pelekat warna MaHu, borang MaHu dan lima huruf hijaiyyah (sama ada berbentuk
kad, lembaran kertas atau buku).

R j h1 P l k tW d B ‘M H ’
Setiap pelekat mempunyai warna berlainan (Rajah 1) dan ditulis perkataan
nilai-nilai murni yang berbentuk motivasi sebagai ganjaran bagi setiap huruf yang
telah dikuasai oleh murid. Pelekat warna MaHu menunjukkan peningkatan bagi
setiap lima huruf. Borang MaHu kosong disediakan, ruang bulatan untuk
menampal pelekat warna MaHu apabila murid berjaya mengenal, menyebut dan
membunyikan setiap huruf hijaiyyah dengan betul. Jadual Senarai Semak
disediakan untuk melihat pencapaian dan kemajuan murid.
Pelekat warna MaHu satu sehingga lima memberi makna kepada setiap
kemajuan huruf yang sudah dikuasai murid. Manakala, pelekat warna enam dan
tujuh adalah penghargaan kepada semua usaha yang dilakukan. Murid akan
menampal sendiri pelekat warna MaHu sebagai usaha menaikkan semangat mereka
untuk bersaing dalam menguasai huruf dengan cepat.

106
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penggunaan ‘jom MaHu’

Rajah 2: Kad yang mengandungi lima huruf hijaiyyah.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru


menunjukkan satu kad huruf dahulu iaitu Alif. Guru menyebut huruf Alif sebanyak
tiga kali bagi menguatkan daya ingatan murid untuk mengenal bunyi huruf Alif.
Teknik KESEBU (Kenal, Sebut, Bunyi) diguna untuk meningkatkan kemahiran dan
penguasaan murid dalam mengingat huruf tersebut. Kemudian, murid akan
mengulangi bacaan guru dan menyebut tiga kali huruf Alif sehingga mereka dapat
mengenali, menyebut dan membunyikan. Begitulah seterusnya sehingga selesai
lima huruf hijaiyyah (Rajah 4). Kaedah pembelajaran ini dikenali sebagai talaqqi
musyafahah atau kaedah jibril.

AKTIVITI PELAKSANAAN INOVASI ‘jom MaHu’


Sebelum sesi pembelajaran mengenal, menyebut dan membunyikan lima huruf
hijaiyyah, guru memberi penjelasan bagaimana murid mengetahui faedah mengisi
brang MaHu dan pelekat warna MaHu. Pencapaian pada hari ketiga menunjukkan
kemajuan setiap murid dalam mengenal, menyebut dan membunyikan lima huruf
hijaiyyah dengan betul. Pencapaian ini adalah sangat menggalakkan.

107
Penggunaan ‘jom MaHu’ Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1: Guru menjelaskan penggunaan Borang MaHu

KELEBIHAN INOVASI

Bahan inovasi ‘jom MaHu’ ini mempunyai pelbagai kelebihan termasuklah kos
perbelanjaan sangat murah dan mudah dibina, kemahiran dan kreativiti guru dapat
ditingkatkan, peruntukan masa 30 minit satu hari amat berkesan, kaedah dan teknik
pengajaran boleh dipelbagaikan melalui kreativiti guru, murid sangat seronok
kerana belajar sambil bermain, murid bersaing untuk mendapatkan pelekat warna
MaHu dan warna-warni pelekat serta kata motivasi memberi kesan kepada murid.

KEJAYAAN INOVASI

1. Inovasi ‘jom MaHu’ telah memenangi Anugerah Emas dalam Pertandingan


Inovasi Antara Jabatan Peringkat IPG Kampus Rajang 2015 pada 23 April 2015
(Khamis).
2. Inovasi ‘jom MaHu’ juga telah mendapat Anugerah Gangsa dalam Pertandingan
Kreativiti dan Inovasi (CIC) Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan
2015 di IPG Kampus Pulau Pinang pada 11-13 Oktober 2015.

108
Koleksi Inovasi Jilid 2 Flipped Via SE-DAAP

Flipped Via SE-DAAP


Dr Norliza Kushairi, Dr Azman Fadzil,
Dr Izani Ibrahim, Dr Nordiana Hamzah, Noorasikin Ismail
(IPG Kampus Darulaman)

SINOPSIS

Satu inovasi dari segi proses penyebaran pedagogi pendekatan Flipped Classroom
kepada rakan sekerja. Ia bertujuan mengatasi rasa ignorance terhadap pendekatan
pedagogi terkini dan rasa ‘fobia teknologi’ dalam kalangan pensyarah. Teknik atau
proses ‘mengajak’ rakan-rakan menggunakan teknologi Pembelajaran Abad ke-21
dilakukan melalui pendekatan showcase iaitu di mana kejayaan menggunakan
pendekatan Flipped Classroom dikongsi dengan rakan-rakan supaya timbul rasa
yakin dalam kalangan rakan-rakan untuk turut mencuba. Inovasi proses penyebaran
dalam meningkatkan keyakinan penggunaan Flipped Classroom ditekankan
melalui pemerkasaan ‘komuniti belajar’ dalam kalangan rakan sekerja, atau lebih
dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran Professional (KPP). ‘Komuniti belajar’ ini
digiatkan melalui bengkel-bengkel yang tidak bersifat one off’. Dengan kata lain,
setelah bengkel dilaksanakan, kolaborasi diteruskan melalui komunikasi secara di
dalam talian di atas platform media sosial WhatsApp dan/atau Telegram. Tujuan
pembentukan KPP ini adalah untuk meneruskan rasa yakin untuk menggunakan
alat pembelajaran yang relevan yang boleh diaplikasikan dalam P&P pensyarah. Ia
juga untuk meningkatkan rasa kebersamaan dalam ‘belajar dan meneroka’ perkara-
perkara baharu berkaitan pedagogi abad ke-21. Tugasan setelah bengkel diberikan
sebagai satu cara menjamin fungsi KPP berlaku secara berterusan. Video tutorial
berkaitan penggunaan peralatan pembelajaran juga dimuat naik dalam
WhatsApp/Telegram sebagai kaedah melestarikan proses bimbingan dan
perkongsian.
Inovasi Flipped via SeDAAP ini bertitik tolak dari persoalan “bagaimana
meningkatkan penglibatan (engagement) pelajar dalam pembelajaran di luar kuliah
(di luar waktu interaksi bersemuka) supaya bimbingan berterusan boleh dilakukan?
Bagaimana memaksimumkan waktu interaksi ke arah berpusatkan pelajar supaya
pembelajaran bermakna berlaku?”

OBJEKTIF INOVASI

Inovasi Flipped via SeDAAP ini bertujuan untuk menangani masalah waktu
interaksi bersemuka yang terhad untuk melakukan bimbingan terhadap pelajar
109
Flipped Via SE-DAAP Koleksi Inovasi Jilid 2

110
Koleksi Inovasi Jilid 2 Flipped Via SE-DAAP

Kaedah menjemput peserta yang betul-betul berminat dilakukan dengan


menghantar e-mel kepada semua warga kampus. Ia berupa satu tawaran kepada
peserta yang mempunyai ciri-ciri ‘pelajar sepanjang hayat’ di atas. Melalui cara ini,
kesedaran kendiri telah diwujudkan dalam kalangan bakal peserta sebelum mereka
menghadiri bengkel. Pertanyaan ‘adakah aku layak?’ hadir dalam diri bakal peserta
semasa mereka memohon untuk mengikuti bengkel. Langkah ini adalah untuk
menangani halangan pertama iaitu sikap ignorance tentang perkembangan
pedagogi terkini.
Selanjutnya, semasa berbengkel, peserta diminta menjawab beberapa soalan
berkaitan penggunaan video sebagai wadah pengajaran abad ke-21. Peserta bengkel
(yang juga peserta kajian untuk fasa seterusnya inovasi ini) juga menandatangani
Borang Aku Janji, iaitu satu borang di mana mereka mengaju bahawa mereka
terpilih sebagai peserta kerana mempunyai ciri-ciri pelajar sepanjang hayat.

Rajah 1: Model Inovasi Flipped via SeDAAP berasaskan frasa


‘Guru Adalah Pelajar Sepanjang Hayat Tulen’ (Nicholls, 2000).

2. Aspek kandungan: Pendekatan Flipped via Classroom


Pendekatan Flipped Classroom menggunakan video sebagai bahan utama untuk
menyampaikan kuliah atau pengajaran di luar waktu interaksi bersemuka sementara
waktu interaksi bersemuka diisi dengan aktiviti yang berpusatkan pelajar.

111
Flipped Via SE-DAAP Koleksi Inovasi Jilid 2

Pendekatan ini sinonim dengan pendekatan berpusatkan pelajar yang berkonsepkan


To reach each student every day.
Untuk melakukannya, fasiliti Web 2.0 telah dimanfaatkan. Justeru,
pendekatan Flipped Classroom, yang mempunyai ciri-ciri kolaboratif, kreativiti,
pemikiran kritikal dan komunikatif sangat bersesuaian untuk dipraktikkan, melalui
aplikasi-aplikasi Web 2.0 tools yang mudah dan percuma. Kandungan atau modul
pelaksanaan diringkaskan melalui Rajah 2 dan Rajah 3.

FLIPPED SeDAAP

PENDEDAHAN:
AKUJANI SHOW CASE BUKTI PELAKSANAAN
MIND-STREAMING OLEH PESERTA

LATIHAN DAN BIMBINGAN BUKTI PENYEBARAN


SOALSELIDIK MENYEDIAKAN PLATFORM KEPADA RAKAN
‘LMS’ DAN BAHAN P&P LAIN

KOLABORASI BERTERUSAN
DAN SALINGAN RESPON PELAJAR

Rajah 2: Ringkasan strategi dalam pelaksanaan inovasi proses Flipped via SeDAAP.

Pengurusan
Pembelajaran: Kurasi video :
EdPuzzle
Muatnaik video
Muat turun video
Kuiz dalam talian
Persembahan: Prezi
Forum Perkongsian bahan
digital: Blendspace
tugasan dalam talian
Berkongsi bahan digital
Sokongan dan Buat video:
kolaborasi Komuniti Powtoon
Screencast-O-matic

Rajah 3: Alatan pembelajaran yang digunakan di dalam model Kelas Flipped melalui
Inovasi Flipped via SeDAAP Fasa 1

112
Koleksi Inovasi Jilid 2 Flipped Via SE-DAAP

KELEBIHAN INOVASI
Flipped via SeDAAP menggunakan alatan pembelajaran Web 2.0 tools sedia ada,
dapat diakses secara percuma, tanpa kos. Inovasi ini menggunakan peranti yang
dimiliki oleh pelajar (seperti telefon pintar, tablet) untuk berhubung atau
berinteraksi tanpa sebarang peralatan tambahan dan kos tambahan. Ia
menggalakkan interaksi dalam talian tanpa sekatan atau halangan Wi-Fi yang
terhad kelajuannya di kampus kerana kebanyakan pensyarah dan pelajar
mempunyai langganan plan data untuk peranti mudah alih mereka. Flipped via
SeDAAP tidak memerlukan waktu interaksi tambahan secara formal kerana
interaksi boleh berlaku di luar kelas, pada bila-bila masa, di mana jua di alam
maya, menjadikan proses bimbingan lebih efektif. Kebanyakan aplikasi media
sosial seperti Telegram lebih mudah dicapai, berbanding Moodle atau jaringan
Online Learning di kampus. Penggunaan media sosial dalam talian telah menjadi
trenda komunikasi di abad 21 kerana ciri-ciri user friendly, maka pelajar-pelajar
lebih bersedia menggunakannya berbanding pembelajaran dalam talian di kampus.

Gambar 1: Bengkel Inovasi

113
Flipped Via SE-DAAP Koleksi Inovasi Jilid 2

KEJAYAAN INOVASI
Setelah inovasi dari segi proses penyebaran ini dilakukan, didapati:

Peningkatan dalam bilangan pensyarah yang menguruskan pembelajaran


dalam talian (seperti Edmodo, Schoology)

Bilangan pensyarah yang menggunakan platform pengurusan pembelajaran dalam


talian semakin meningkat dari 10 orang kepada 60 orang di IPG Kampus
Darulaman. Ini dapat dilihat dari kumpulan pembelajaran yang wujud di mana
kolaborator dijemput menjadi pembimbing atau pemerhati. Peningkatan ini
menunjukkan peningkatan kesedaran pensyarah tentang lambakan aplikasi dan
alatan pembelajaran Web 2.0 yang berguna untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ada juga yang mula meneroka Prezi dalam persembahan dalam
kuliah semata-mata untuk menjadikan persembahan kuliah lebih menarik setelah
melihat showcase yang diberikan oleh kolaborator.

Peningkatan motivasi kepada pelajar


Pelajar-pelajar juga dilaporkan teruja dengan persembahan pensyarah yang
menggunakan kaedah lain dari biasa (PowerPoint) untuk menyampaikan kuliah.
Pelajar-pelajar juga dilaporkan mula menggunakan Prezi dan EdPuzzle dalam
pembentangan di dalam kelas. Pelajar-pelajar juga mula berasa seronok kerana
pensyarah berinteraksi di luar kelas secara ‘bermakna’ di dalam Edmodo, Telegram
atau WhatsApp.

Peningkatan jaringan kerjasama kepakaran di antara IPG KDA


dan IPG Kampus lain

Bengkel Training of Trainers diadakan dalam mengenal pasti jurulatih PA21 di


IPG kampus lain di mana jemputan untuk mengadakan showcase dan memberi
ceramah di kampus-kampus lain telah meningkat.
114
Koleksi Inovasi Jilid 2 Flipped Via SE-DAAP

Peningkatan bilangan pensyarah yang melakukan Penyelidikan Tindakan


(PT) melalui inovasi pedagogi yang dilakukan

Ekoran dari bengkel dan sesi kolaborasi berterusan melalui platform Edmodo dan
media sosial (WhatsApp dan Telegram), beberapa Penyelidikan Tindakan telah
dilakukan oleh para peserta bengkel. Mereka telah menjadikan pengubahsuaian
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sebagai satu inovasi dalam
menambah baik amalan menguruskan bahan-bahan pembelajaran pelajar dan
bahan-bahan penilaian pencapaian pelajar.

Penghasilan kertas kerja ilmiah untuk pembentangan dalam


Seminar Zon Utara 2015

Sebanyak enam kertas kerja yang melaporkan hasil dapatan dari penyelidikan
tindakan ini telah dibentangkan dalam seminar Zon Utara pada Oktober 2015.
Peserta yang belum mempunyai pengalaman membentang telah diberi bimbingan
dan keyakinan melalui sistem mentoring oleh ahli kumpulan 21-Genetics.

PENUTUP
Inovasi ini menekankan proses aktualisasi-kendiri (self-actualisation) iaitu satu
proses mengaktualisasi ciri pelajar sepanjang hayat dalam kalangan pensyarah yang
terungkap dalam frasa ‘unlearn, relearn and learn’. Falsafah di sebalik inovasi ini
ialah setiap diri individu boleh mempunyai tiga peranan yang saling bersandaran
iaitu sebagai pelajar, ko-pelajar dan kolaborator di dalam sesuatu Komuniti
Pembelajaran Profesional. Falsafah ini jika dihayati dengan bersungguh-sungguh
akan meningkatkan efikasi kendiri pensyarah IPG di abad ke-21.

115
Penerapan Strategi KITPAP Koleksi Inovasi Jilid 2

Penerapan Strategi KITPAP (Kit Papan Permainan)


Dalam Melestarikan Pendidikan Ko-Kurikulum

Dr. Chuah Boon Keat, Teh Tiam Kian


(IPG Kampus Tuanku Bainun)

SINOPSIS
Inovasi lestari dari segi ko-kurikulum merupakan suatu kaedah pencetusan idea
yang kreatif dan inovatif dalam membudayakan pendidikan alam sekitar dengan
menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar dalam aspek ko-kurikulum dan
penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan
konsep pembangunan lestari. Kumpulan kami telah memilih projek inovasi
kategori inovasi sosial. Inovasi ini adalah berkonsepkan pelestarian dalam bidang
pendidikan ko-kurikulum. Sehubungan itu, inovasi yang disediakan ini
menggabungkan pendidikan ko-kurikulum dengan amalan lestari agar berupaya
menggalakkan unsur kelestarian ko-kurikulum diamalkan dan disemaikan dalam
kalangan murid sekolah atau guru pelatih institut pendidikan guru.

Inovasi yang dihasilkan adalah berkaitan dengan inovasi sosial. Tajuk


inovasi sosial kami adalah penerapan strategi KITPAP (Kit Papan Permainan)
dalam melestarikan Pendidikan Ko-Kurikulum. Konsep bagi inovasi tersebut
adalah untuk meneruskan amalan budaya belajar sambil berseronok (fun in
learning and learning through fun) yang disemai oleh generasi terdahulu dalam
sistem pendidikan masa kini dan masa depan di Malaysia. Pendekatan belajar
melalui bermain dilihat menjadi fokus keutamaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini sedemikian kerana bermain adalah sifat semula jadi kanak-
kanak yang boleh dijadikan perantara dan membantu meningkatkan pembelajaran
kanak-kanak ke tahap yang optimum.

Bagi inovasi sosial kami, kami mencadangkan penggunaan papan-papan


permainan yang telah diubahsuai daripada konsep permainan tradisional dan klasik
dengan memasukkan tema gaya hidup dan Perkara Agenda 21. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kepupusan permainan-permainan tradisional dan klasik atas alasan
telah ketinggalan zaman dan tidak sesuai diguna pakai di zaman kontemporari ini.
Generasi muda pada hari ini begitu taasub dengan permainan digital atau alam
maya sehingga masyarakat kini dikenali sebagai ‘generasi tunduk ke bawah’ kerana
sentiasa menunduk kepala dan tumpu perhatian kepada telefon bimbit sahaja.
Permainan-permainan tradisional dan klasik yang terbukti mampu mengeratkan
hubungan silaturahim sesama insan kian diabaikan dan dikhuatiri akan pupus
dalam masa yang terdekat.
116
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penerapan Strategi KITPAP

117
Penerapan Strategi KITPAP Koleksi Inovasi Jilid 2

5. Memupuk nilai murni alam sekitar dalam diri masyarakat dan


mempraktikkan amalan hidup lestari.

ASPEK INOVASI: IMPAK INOVASI KE ATAS PELESTARIAN


PENDIDIKAN

1. Dengan menggunakan kit papan permainan dalam aktiviti ko-kurikulum,


pelajar akan mempelajari suatu konsep dalam suasana yang menggembirakan.
Contohnya, apabila guru mengendalikan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dengan
kaedah konvensional yang membosankan iaitu seperti kaedah chalk and talk,
ceramah, taklimat atau mesyuarat, para guru tidak akan dapat menimbulkan minat
terhadap ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan. Hasilnya, para pelajar tidak
akan menumpukan perhatian kepadanya dan menganggap aktiviti Pendidikan Ko-
Kurikulum amat membosankan dan membazir masa sahaja. Idea inovasi sosial ini
dapat mengelakkan pelajar berasa bosan dan menganggap aktiviti-aktiviti
Pendidikan Ko-Kurikulum adalah menyeronokkan dan bermakna.

2. Dengan menggunakan strategi KITPAP, kami boleh mengubahsuaikan


konsep permainan tradisional misalnya congkak dan permainan klasik seperti Ular
& Tangga dan Monopoly. Dengan ini, ini dapat mengelakkan kepupusan permainan
tradisional yang amat jarang dipermainkan oleh orang pada zaman kini.

3. Inovasi ini juga telah menyedarkan bahawa orang pada zaman kini supaya
tidak boleh hanya tertumpu kepada kemahiran teknologi canggih sahaja tetapi
kadangkala kita juga perlu menggunakan idea zaman generasi terdahulu dalam
bidang profession keguruan kita. Kita janganlah ‘lupa daratan’ sehingga generasi
akan datang tidak mengenali lagi permainan-permainan tradisional dan klasik pada
masa depan.

118
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penerapan Strategi KITPAP

119
Penerapan Strategi KITPAP Koleksi Inovasi Jilid 2

120
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penerapan Strategi KITPAP

4. Pengurangan proses kerja / pusingan kerja


Konsep KITPAP atau kit papan permainan ini menggunakan teknik inkuiri atau
soal jawab. Soalan yang disediakan boleh berunsurkan berbagai jenis ilmu dan
dimasukkan dalam sampul surat. Semasa guru ingin menggunakan kit papan
permainan semasa waktu ko-kurikulum, beliau hanya perlu tukar soalan dan
jawapan sahaja mengikut kesesuaian tahap pengajaran. Peralatan kit papan
permainan tidak perlu ditukar. Ini dapat menjimatkan banyak proses kerja dan
masa. Di sini, guru boleh menyediakan beberapa set bank soalan berasaskan
soalan-soalan peperiksaan tahun lepas, soalan-soalan ujian ramalan dan soalan-
soalan yang menguji kefahaman asas murid-muridnya.

5. Peningkatan kecekapan
Konsep papan permainan yang dihasilkan disertakan bersama dengan soalan-
soalan. Soalan berkenaan dapat ditukar mengikut kesesuaian sesuatu pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Soalan-soalan tersebut juga boleh disesuaikan dengan
pelbagai tahap kecerdasan murid-murid. Ini merupakan salah satu kelebihan atau
kekuatan kit papan permainan ini dan KITPAP juga dapat meningkatkan kecekapan
dalam proses merancang satu pengajaran dan pembelajaran sama ada untuk
Pendidikan Kurikulum ataupun Pendidikan Ko-Kurikulum.

KEJAYAAN INOVASI KITPAP


Inovasi ini telah memenangi Johan (Pingat Emas) Kategori Inovasi Lestari
(Kategori CSI) dalam Konvensyen Kreativiti Dan Inovasi Pensyarah Dan Siswa
Pendidik, Penyelidikan Tindakan Dan IPG Lestari peringkat kebangsaan pada 14
hingga 16 November 2014 bertempat di Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur.

121
Penerapan Strategi KITPAP Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1 : Johan (pingat emas)

Gambar 2 : Kit Papan Permainan ‘Congkoku’, diubahsuai daripada Congkak

Gambar 3 : Kit Papan Permainan “JEHURI”, diubahsuai daripada Monopoly

122
Koleksi Inovasi Jilid 2 Penerapan Strategi KITPAP

Gambar 4 : Kit Papan Permainan “ULANGGA”, diubahsuai daripada


Ular & Tangga.

Gambar 5 : Kit Papan Permainan “KONANE”, diubahsuai


daripada permainan papan tradisional Hawaii.

Gambar 6: Kit Papan Permainan telah memenangi Johan dalam Pertandingan


Inovasi Lestari Kategori Sosial Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 bertempat di
Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur

123 133
Aplikasi Kertas Surih dan Kertas Karbon Koleksi Inovasi Jilid 2

124
Koleksi Inovasi Jilid 2 Aplikasi Kertas Surih dan Kertas Karbon

ASPEK INOVASI

Langkah pertama iaitu proses menyediakan blok sebelum menampal bahan-


bahan terbuang. Contoh blok seperti mounting board atau papan lapis
(Rajah 1).

Pindahkan lakaran pada


Menekap Lakaran
Buat Lakaran Atas Kertas templat ke atas Blok
Menggunakan Kertas Surih
Lukisan Menggunakan kertas
(Berfungsi sebagai templat)
karbon

Rajah 1: Penyediaan blok

Langkah kedua ialah proses menampal. Templat tidak diperlukan dalam proses
menampalkan secara langsung (direct). Bahan-bahan terbuang boleh terus
ditampal ke atas blok berasaskan imej lakaran (Rajah 2).

Rajah 2: Proses menampal secara langsung

Manakala proses menampal secara tidak langsung (indirect),


penyediaan kepingan bahan tampalan perlu menggunakan templat dan
kertas karbon (Rajah 3).

125
Aplikasi Kertas Surih dan Kertas Karbon Koleksi Inovasi Jilid 2

Rajah 3: Proses menampal secara tidak langsung

Proses menampal pelbagai bahan terpakai dan terbuang yang


mempunyai kesan jalinan sentuh menarik seperti upih kelapa, renyukan
kertas dan span menggunakan gam yang sesuai (Rajah 4).

Rajah 4: Proses menampal bahan terpakai

Langkah ketiga adalah proses mencetak ke atas permukaan kertas.


Proses ini bermula daripada proses meratakan dakwat cetak menggunakan
alat penggelek dengan kadar kuantiti dakwat yang sederhana (Rajah 5).
Seterusnya, kertas perlu diletakkan dengan cermat ke atas permukaan blok
dan diratakan menggunakan sudu makan atau sudip. Ketelitian dan
kesabaran mampu menghasilkan kualiti cetakan yang bersih, legap dan
tepat.

126
Koleksi Inovasi Jilid 2 Aplikasi Kertas Surih dan Kertas Karbon

Rajah 5: Proses Mencetak

KELEBIHAN PROJEK INOVASI

Sumbangan yang signifikan melalui kaedah ini ialah keberkesanan menampal


pelbagai kesan jalinan daripada bahan-bahan terbuang dengan tepat mengikut saiz
lakaran menyumbang kepada penghasilan cetakan kolaj yang berkualiti dari segi
bahasa tampak dan gubahan (Jadual 1 dan Jadual 2).

Jadual 1: Perbandingan Penghasilan Karya Cetakan Kolaj Sebelum


Dan Selepas Inovasi Menggunakan Templat.

Sampel Karya Cetakan Kolaj Sampel Karya Cetakan Kolaj


Sebelum Inovasi Selepas Inovasi

127
Aplikasi Kertas Surih dan Kertas Karbon Koleksi Inovasi Jilid 2

128
Koleksi Inovasi Jilid 2 Membina Ayat Dengan Teknik WAPs

Membina Ayat Dengan Teknik WAPs


Tay Meng Guat, Tan Pei Yee
Annie Chau King Nu
(IPG Kampus Batu Lintang)

PENGENALAN

Penggunaan gambar dalam pengajaran bahasa terutamanya untuk pengajaran


kemahiran menulis memang kerap diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah.
Bahan gambar atau grafik merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang
digunakan untuk merangsang murid berlisan, seterusnya mengeja, membaca dan
menulis. Prinsip asas dalam pengajaran bahasa ialah pengajaran harus bergerak
daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang
abstrak, daripada yang dekat dan yang telah diketahui kepada yang belum diketahui
(Azizul 2010, Bajuri 2010).
Namun didapati bahawa guru amat kurang mengamalkan gabungan beberapa
teknik dalam penyampaian pengajaran sesuatu kemahiran bertulis terutamnya
kemahiran membina ayat. Lazimnya, guru akan memberi penerangan dan murid-
murid diminta membina ayat berdasarkan kosa kata sama ada secara lisan atau
bertulis. Laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menyarankan supaya
guru sekolah harus mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
penulisan untuk meningkatkan mutu penulisan murid-murid.

129
Membina Ayat Dengan Teknik WAPs Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 1: Suasana pasif dalam kelas

Sejajar dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah


mengambil langkah drastik dengan mengetengahkan pendekatan didik hibur
sebagai satu pendekatan yang boleh mencungkil potensi murid untuk meneroka
pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan seterusnya membolehkan murid
memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa.

MASALAH YANG DIHADAPI

Sememangnya pengajaran kemahiran menulis merupakan cabaran yang paling


besar kepada seorang guru bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah. Menurut
Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada tahun 2008 mendapati
bahawa kebanyakan ayat yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak menepati penggunaan tatabahasa yang
betul serta tidak gramatis, pengolahan ayat tidak menarik dan pemilihan kosa kata
yang tidak bersesuaian dengan grafik.
Sesi pengajaran membina ayat guru di sekolah sangat terikat kepada buku teks
atau buku aktiviti. Antara langkah yang lazim dijalankan ialah guru menerangkan
maksud kosa kata, guru membina ayat, dan diikuti dengan murid diminta membina
ayat. Guru menghadapi masalah atau ketandusan idea bagaimana hendak

130
Koleksi Inovasi Jilid 2 Membina Ayat Dengan Teknik WAPs

membimbing murid khususnya murid yang lemah atau pemulihan untuk mencari
idea membina ayat yang gramatis (Gambar 2, 3, dan 4).

Murid dikehendaki membina ayat


berdasarkan gambar dan kata yang
diberikan.

Murid menghadapi masalah


kekurangan kosa kata semasa
membina ayat.

Murid menghadapi masalah


dari segi ejaan dan kosa kata.

Gambar 2 dan 3: Contoh hasil kerja murid sebelum inovasi.

131
Membina Ayat Dengan Teknik WAPs Koleksi Inovasi Jilid 2

Ayat tidak menepati penggunaan


tata bahasa yang betul

Gambar 4: Contoh hasil kerja murid sebelum inovasi.

INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Inovasi Teknik Pengajaran Membina Ayat

Teknik WAPs merangkumi penggabungjalinan teknik penggunaan kad kata,


lakonan dan gambar untuk aktiviti pembinaan ayat mudah bagi murid-murid lemah
sekolah rendah. WAPs adalah akronim daripada perkataan (W) bagi Words, (A)
bagi Actions dan (P) bagi Pictures. Projek inovasi ini mengambil kira kepelbagaian
kecerdasan murid-murid dan inovasi ini dapat memberi peluang pembelajaran yang
tidak terhad kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang disarankan pada tahun 2009 ketika pelaksanaan
rintis.

132
Koleksi Inovasi Jilid 2 Membina Ayat Dengan Teknik WAPs

Teknik WAPs diperkenalkan untuk membantu guru dalam melaksanakan


pengajaran membina ayat yang gramatis dan menggunakan kosa kata yang sesuai.
Teknik ini memudahkan proses membina ayat berdasarkan konsep
penggabungjalinan lokomotor, pancaindera dan kognitif murid-murid yang
memang selari dengan pendekatan didik hibur. Pengajaran disampaikan kepada
murid-murid secara didik hibur agar sesi pengajaran dapat merangsang dan
menarik minat murid-muird untuk berinteraksi, melahirkan idea serta belajar dalam
suasana yang kondusif dan menyeronokkan. Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR, 2010) menyatakan objektif penulisan yang perlu dicapai
oleh murid-murid sekolah rendah adalah menulis secara mekanis ayat tunggal
dengan betul, membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul,
menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan
betul serta mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.
Berpandukan konsep fitrah semula jadi kanak-kanak yang memang suka
bermain dan teori yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta
kehendak dalam Sukatan Pelajaran KSSR, inovasi ini dilakukan bagi menyediakan
satu lagi alternatif yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran aktiviti
membina ayat. Kos perbelanjaan untuk menyiapkan bahan-bahan bantu mengajar
bagi inovasi ini amatlah sedikit. Kebanyakan bahan terdiri daripada bahan kitar
semula dan amat senang dicari.

Deskripsi Inovasi

Teknik WAPs merupakan satu teknik yang berpaksi kepada pendekatan atau kaedah
didik hibur yang dapat merangsang minat murid untuk membina ayat berdasarkan
kad kata, lakonan atau aksi dan gambar dengan cepat dan efektif. Gabungan teknik
ini dapat membantu menggerakkan penglibatan murid-murid secara menyeluruh di
samping memupuk perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti pengamatan
penglihatan ketika melakukan penekaan aksi dan gambar. Murid-murid dirangsang
133
Membina Ayat Dengan Teknik WAPs Koleksi Inovasi Jilid 2

mengutarakan idea secara lisan bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian
dengan aksi dan gambar yang ditunjukkan. Kemudian murid mengeja, membaca
perkataan, diikuti dengan membina dan membaca ayat mudah. Penekanan di sini
ialah murid-murid berada dalam situasi yang ceria dan santai untuk belajar
membina ayat.

Gambar 5: Kad gambar, kata dan ayat

Strategi Pelaksanaan Inovasi Teknik WAPS

Sebelum teknik WAPs digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,


kemahiran membina dan menulis ayat di dalam kelas bahasa Melayu, murid-murid
didedahkan kepada beberapa aktiviti orientasi mengikut peringkat-peringkat
(Gambar 6 hingga 8).

PERINGKAT 1: Mengenal huruf yang terdiri daripada vokal dan konsonan

Gambar 6: Mengecam huruf vokal dan konsonan

134
Koleksi Inovasi Jilid 2 Membina Ayat Dengan Teknik WAPs

135
Membina Ayat Dengan Teknik WAPs Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 8: Murid berminat dan seronok

FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN

x Murid-murid terlibat secara aktif dan langsung dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid-murid memainkan peranan masing-
masing dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru dan peranan itu boleh
ditukar ganti. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
berjaya direalisasikan.

x Murid-murid belajar dalam keadaan yang seronok dan santai. Keadaan ini akan
mewujudkan suasana yang boleh memberi motivasi untuk murid-murid sentiasa
mencuba tanpa rasa ragu-ragu atau malu. Kaedah ini memberi ruang dan peluang
kepada pemupukan kendiri yang positif dalam kalangan murid.

x Teknik WAPs ini mudah dilaksanakan tanpa penggunaan alatan yang canggih
atau menelan belanja yang besar. Sumber bahan yang digunakan adalah mesra
alam dan mesra pengguna. Bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan itu
boleh dikitar semula untuk digunakan dalam sesi pengajaran kelas yang lain.

x Teknik WAPs berpotensi untuk direplika oleh guru yang mengajar bahasa-bahasa
lain seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Iban, bahasa Tamil dan lain-lain

136
Koleksi Inovasi Jilid 2 Membina Ayat Dengan Teknik WAPs

137
Petunjuk Kecerahan Cahaya Koleksi Inovasi Jilid 2

138
Koleksi Inovasi Jilid 2 Petunjuk Kecerahan Cahaya

139
Petunjuk Kecerahan Cahaya Koleksi Inovasi Jilid 2

140
Koleksi Inovasi Jilid 2 Petunjuk Kecerahan Cahaya

Keputusan aktiviti yang memaparkan perbandingan kecerahan mentol


melalui bilangan bulatan (gelang) cahaya (Rajah 5).

5 bulatan (Lebih cerah) 4 bulatan (Kurang cerah)

Gambar 5: Imej corak kecerahan cahaya mentol dalam litar bersiri

KELEBIHAN PROJEK INOVASI


Inovasi Petunjuk Kecerahan Cahaya ini dapat membantu pembelajaran murid
secara hands-on dengan bermakna. Ia dihasilkan dengan menggunakan bahan-
bahan yang murah dan mudah diperoleh, dapat dikendalikan oleh pengguna dengan
senang dan selamat, dapat dihasilkan dengan senang oleh murid dengan bimbingan
guru dan dapat merangsang lebih ramai guru dalam melibatkan diri dalam inovasi
yang menggunakan bahan-bahan yang tidak rumit.

KEJAYAAN INOVASI
Mendapat Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi
Pengajaran dan Pembelajaran Kategori Individu Anjuran IPG
Kampus Tun Hussein Onn.

141
Kit Permainan Roda Suku Kata Koleksi Inovasi Jilid 2

142
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Permainan Roda Suku Kata

143
Kit Permainan Roda Suku Kata Koleksi Inovasi Jilid 2

144
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Permainan Roda Suku Kata

145
Kit Permainan Roda Suku Kata Koleksi Inovasi Jilid 2

Gambar 3: Penggunaan kad suku kata dan kad gambar.

KELEBIHAN INOVASI

Pengaplikasian Kit Permainan Roda Suku Kata secara berulang kali dapat
membentuk pembelajaran aktif murid secara fizikal dan kognitif. Secara fizikal,
melalui roda suku kata, kanak-kanak melibatkan diri dengan aktif secara individu
dengan memusing-musingkan roda mengikut warna atau huruf kecil konsonan
kesukaannya. Aktiviti ini dapat memperkembang koordinasi mata-tangan dan
motor halus. Dalam aspek kognitif, kanak-kanak memperoleh satu pengalaman
bermakna tentang apa yang mereka sedang pelajari. Dalam hal ini, kanak-kanak
mengalami sendiri pengalaman membaca, justeru mereka membentuk konsep dan
persepsi dari pengalaman yang dialami. Menurut Piaget, proses mengorganisasi,
mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh kanak-
kanak untuk mencapai keseimbangan (Rohani et. al, 2004). Semasa menggunakan
roda suku kata, struktur otak akan membentuk konsep melalui penggunaan simbol
dan alat. Huruf-huruf yang terdapat di piring roda suku kata membantu kanak-
kanak membuat operasi mental secara asimilasi dan akomodasi.
Bukan sahaja Kit Permainan Roda Suku Kata dapat memberikan
keseronokan belajar melalui bermain malah inovasi ini dapat meningkatkan

146
Koleksi Inovasi Jilid 2 Kit Permainan Roda Suku Kata

penguasaan kemahiran awal membaca kanak-kanak. Menurut Froebel, dalam


keadaan bermain, secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih
kemahiran yang sedang berkembang (Nor Hashimah & Yahya, 2004). Kit
Permainan Roda Suku Kata dapat membudayakan proses pembelajaran dalam
kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melatih tubi, meneroka, mengulang kaji,
membuat perkaitan dan membentuk semula suku kata yang telah dipelajari semasa
menggunakan roda suku kata, kad suku kata dan kad gambar.
Secara tidak langsung, Kit Permainan Roda Suku Kata membentuk
kecenderungan kanak-kanak untuk belajar sambil bermain. Motivasi dalaman
kanak-kanak terbentuk melalui kepuasan bermain roda suku kata besar dan kecil.
Seterusnya, motivasi dalaman ini akan mendorong kanak-kanak untuk menguasai
kemahiran awal membaca dengan lebih cepat dan berkesan. Justeru, Kit Permainan
Roda Suku Kata dapat memupuk motivasi intrinsik dalam diri kanak-kanak.
Menurut Teori Erik Erikson (Haliza & Joy, 2009), kanak-kanak prasekolah
berada pada peringkat perkembangan psikososial - industri lawan rasa rendah diri.
Kit Permainan Roda Suku Kata merupakan satu sokongan atau bantuan dalam
bentuk konkrit bagi membina tingkah laku industri dalam diri kanak-kanak.
Aktiviti pengukuhan, bimbingan guru yang dilaksanakan secara rutin dan
bersistematik serta peneguhan yang diberikan secara berterusan menggunakan Kit
Permainan Roda Suku Kata telah dapat membantu kanak-kanak menguasai
kemahiran awal membaca dengan mudah dan lancar. Dalam hal ini, kanak-kanak
memperoleh rasa yakin pada kebolehan dirinya, justeru meningkatkan
perkembangan sosio-emosi. Jelaslah, Kit Permainan Roda Suku Kata dapat
membentuk konsep kendiri yang positif dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan
kanak-kanak.

147
Kit Permainan Roda Suku Kata Koleksi Inovasi Jilid 2

KEJAYAAN INOVASI
Inovasi ini telah memenangi Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Pengajaran &
Pembelajaran (Kategori Pensyarah Dan Staf) Hari Inovasi 2015 bertempat di IPG
Kampus Tun Hussein Onn pada 9 September 2015.

Gambar 4: Sijil Penghargaan.

RUJUKAN

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2010). Perkembangan kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nor Hasimah Hashim dan Yahya Che Lah. (2004). Panduan pendidikan
prasekolah. Selangor: PTS Publications Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Shahrani. (2004). Panduan kurikulum
prasekolah. Selangor: PTS Publications Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi panduan
meningkatkan kemahiran mengajar membaca. Bentong, Pahang:
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

148
Koleksi Inovasi Jilid 2 Merekod dan Menganalisis Data Kehadiran Secara
Online Menggunakan eKehadiran

Merekod Dan Menganalisis Data Kehadiran


Secara Online Menggunakan eKehadiran
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, Dr. Che Aleha Bt Ladin,
Dr. Munirah Bt Abd. Hamid, Dr. Ramachandran A/L Vengrasalam,
Ahmad Husairi B. Khairuddin, Harun B. Mohamed Ramli,
Badrul Hisham B. Ahmad Sukar, Ruslan B. Abdullah,
Zainal Abidin B. Sulaiman, Siti Mazura Bt Che Doi
(IPG Kampus Ipoh)

SINOPSIS

Sistem eKehadiran merupakan satu inovasi kreatif yang dihasilkan untuk merekod,
menganalisis dan melapor kehadiran pelajar ke kuliah. Merekod kehadiran secara
manual memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menghasilkan laporan
kehadiran. Laporan kehadiran ini bukan sahaja penting kepada pelajar IPG malah
menjadi keperluan utama kelayakan menduduki peperiksaan dan pembentukan
sahsiah guru. Inovasi ini berupaya memaparkan data bukan sahaja kepada
pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP), pensyarah dan pelajar, malah ibu bapa juga
dapat melihat sendiri kehadiran para pelajar secara online. Projek ini ternyata
berjaya meningkatkan kaedah pemantauan kehadiran dengan lebih berkesan dan
memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna daripada pelajar, pensyarah, pihak
pengurusan dan ibu bapa. Pangkalan data berpusat serta capaian secara Internet
menjadikan projek ini diterima pakai oleh seluruh warga IPG Kampus Ipoh.
Inovasi ini telah dihasilkan secara dalaman menggunakan kepakaran ahli kumpulan
KEME. Hasilnya projek ini dapat menunjukkan pengurangan kos bagi kertas, buku
dan toner, menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan menganalisis data
secara manual. Keunikan dan keupayaan sistem eKehadiran ini telah memberikan
impak yang tinggi kepada penghasilan penyelidikan berdasarkan data terkumpul,
peningkatan dalam penghasilan guru berkualiti, pengurusan data berpusat dan
kejayaan dalam peperiksaan pelajar dapat ditingkatkan. Projek ini juga memberi
impak kepada kemenjadian guru kerana guru yang berkualiti yang ditempatkan di
sekolah menjadi kriteria utama pembentukan anak bangsa pada masa akan datang.

149
Merekod dan Menganalisis Data Kehadiran Secara Koleksi Inovasi Jilid 2
Online Menggunakan eKehadiran

OBJEKTIF

Objektif utama penghasilan inovasi ini adalah:

i. Menghasilkan sistem berpusat untuk merekod, menganalisis dan melapor


secara online.
ii. Menghasilkan sistem yang mesra pengguna dan sesuai kepada semua
lapisan pengguna.
iii. Memudahkan pengurusan penentuan kelayakan menduduki peperiksaan.

ASPEK INOVASI

Sistem eKehadiran dihasilkan menggunakan kepakaran dalaman dan tidak


melibatkan kos yang tinggi. Sistem ini direka bentuk khusus memenuhi keperluan
pengurusan, pensyarah, pelajar dan ibu bapa. Status kelayakan yang dipaparkan
kepada para pelajar mampu untuk memberi peringatan awal status kelayakan
menduduki peperiksaan. Paparan ini bukan sahaja dapat dilihat oleh para pelajar,
malah ibu bapa juga dapat memantau kehadiran anak-anak mereka. Penyediaan
laporan serta merta dapat membantu pelbagai pihak untuk merancang aktiviti dan
program motivasi bagi meningkatkan kualiti guru dari masa ke semasa.

Rajah 1: Paparan sistem eKehadiran dan Analisis kehadiran mengikut subjek

150
Koleksi Inovasi Jilid 2 Merekod dan Menganalisis Data Kehadiran Secara
Online Menggunakan eKehadiran

Rajah 2: Paparan peratus dan status kehadiran

KELEBIHAN PROJEK INOVASI


i. Sesuai dan mudah digunakan dalam semua agensi.
ii. Menjimatkan kos.
iii. Menjimatkan masa.
iv. Menggunakan kepakaran dalaman.
v. Boleh dicapai secara online.

KEJAYAAN INOVASI
Hasil inovasi ini telah dikongsi bersama 27 IPG seluruh Malaysia.

Gambar 1: Lawatan penanda aras dari IPGK Ilmu Khas dan IPGK Bahasa Melayu

151
Merekod dan Menganalisis Data Kehadiran Secara Koleksi Inovasi Jilid 2
Online Menggunakan eKehadiran

Pencapaian Hasil Inovasi


1. Tempat ke-3 Pertandingan KIK Peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia 2015.
2. Johan Pertandingan KIK Peringkat IPGM 2015.
3. Kumpulan Pameran Kreatif Terbaik KIK IPGM 2015.
4. Johan Pertandingan KIK Peringkat IPG Kampus Ipoh.

Gambar 2: Johan Pertandingan KIK Peringkat IPGM 2015

Manual Penggunaan eKehadiran

Bagi tujuan perluasan, manual pengguna telah dihasilkan sebagai rujukan pengguna
sistem eKehadiran.

Rajah 3: Manual Pengguna

152
Koleksi Inovasi Jilid 2 NILA-i

153
NILA-i Koleksi Inovasi Jilid 2

154
Koleksi Inovasi Jilid 2 NILA-i

PENJELASAN MASALAH
Penggunaan borang LAM-PT05-04 untuk menilai pelaksanaan kurikulum
pensyarah agak leceh kerana Ketua Jabatan perlu mengedarkan borang tersebut
kepada pelajar bagi setiap kelas pensyarah. Pengedaran borang perlu dilakukan
secara berulang kali pada setiap semester. Selain daripada itu, kesahan data yang
dikutip boleh dipertikaikan kerana kadang-kadang pensyarah sendiri yang
menguruskan pengedaran borang LAM-PT05-04 kepada pelajar. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak tergamak untuk memberikan markah yang rendah
kepada pensyarah tersebut.
Setelah borang dikutip, masalah yang timbul kemudian ialah menganalisis
data yang dikutip. Penganalisisan data dalam borang LAM-PT05-04 agak leceh.
Pensyarah kurang berminat menganalisis data secara manual. Oleh itu satu sistem
yang lebih tepat dan sistematik perlu dikenal pasti untuk memudahkan urusan
menganalisis penilaian pelajar terhadap pensyarah.
Pengedaran borang LAM-PT05-04 kepada pelajar melibatkan kos
percetakan dan kertas yang banyak. Kos tersebut terpaksa ditanggung oleh institut
berkenaan. Oleh itu, ruang penjimatan kos mencetak kertas perlu dikenal pasti.

PELAKSANAAN INOVASI
Penilaian-i membantu penilaian pelajar terhadap pensyarah melalui reka bentuk
Penilaian-i di bawah:

155
NILA-i Koleksi Inovasi Jilid 2

Rajah 1: Reka bentuk Penilaian-i

Rajah 2: Aplikasi Penilaian-i

156
Koleksi Inovasi Jilid 2 NILA-i

Rajah 3: Aplikasi Analisis Penilaian-i

KELEBIHAN INOVASI
1. Penjimatan kos - penilaian-i tidak memerlukan kertas.
2. Penjimatan masa - penilaian-i tidak memerlukan pensyarah dan pelajar
menggunakan masa yang lama.
3. Kebolehpercayaan penilaian pelajar terhadap pensyarah lebih tinggi kerana
manipulasi data dapat dielakkan.
4. Budaya penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
kalangan pensyarah dan pelajar dapat diwujudkan kerana penilaian-i
berasaskan TMK.
5. Pihak pentadbir dapat memantau penilaian pelajar terhadap keberkesanan
P&P pensyarah secara cepat dan tepat.
6. Pihak pengurusan IPGM dapat memantau penilaian pelajar terhadap
keberkesanan P&P pensyarah IPGM secara cepat dan tepat.
7. Penganalisisan maklumat berkenaan penilaian pelajar terhadap
keberkesanan P&P pensyarah IPGM secara cepat dan tepat.

157
NILA-i Koleksi Inovasi Jilid 2

IMPAK DARIPADA INOVASI


1. Pensyarah lebih yakin:
a. Pelbagai reaksi peringkat awal (dipantau sepanjang semester).
b. Organisasi pembelajaran – tempoh percubaan (lebih yakin).
c. Abad ke-21 perlu menggunakan teknologi moden supaya kecekapan
staf dan stakeholder dapat ditingkatkan (Williams, Hricko & Howell,
2006).

2. Laporan lebih tepat kerana:


a. Dianalisis secara automatik.
b. Dipantau sepanjang semester (web master).
c. Dipantau sebahagian semester (pengarah).

KEJAYAAN INOVASI
1. Johan Pertandingan KIK Peringkat Zon Timur 2015.
2. Mendapat Dua Bintang dalam Pertandingan KIK Peringkat IPG 2015.
3. Mendapat Dua Bintang dalam Pertandingan KIK Peringkat KPM 2015.

158
Koleksi Inovasi Jilid 2 CouFeeT 2.0

159
CouFeeT 2.0 Koleksi Inovasi Jilid 2

serta graf analisis yang merumuskan pola kekuatan dan kelemahan kerja kursus
pelajar.

Rajah 1. Pangkalan data pelajar.

Rajah 2. Pilihan untuk komen/maklum balas kekuatan dan kelemahan

Rajah 3. Paparan graf analisis maklum balas

160
Koleksi Inovasi Jilid 2 CouFeeT 2.0

KELEBIHAN INOVASI

Penggunaan Templat Maklum Balas Kerja Kursus ini membolehkan:


a. Penyediaan maklum balas kerja kursus yang lebih cepat. Purata masa yang
diambil untuk menyediakan borang maklum balas untuk satu jenis kursus
(20 orang pelajar) adalah sebanyak 60 minit sebelum inovasi. Selepas
templat ini digunakan, pensyarah hanya memerlukan purata masa 15 minit
untuk menyediakan borang maklum balas kerja kursus. Pengurangan masa
sebanyak 45 minit berjaya dicapai.

b. Penyediaan dokumen maklum balas kerja kursus yang lebih kemas. Borang
yang dihasilkan menjadi lebih kemas kerana komen-komen yang diberi
disediakan secara bertaip berbanding dengan penggunaan manual yang
ditulis dengan tangan.

Rajah 4: Hasil borang maklum balas sebelum dan


selepas menggunakan CouFeeT 2.0

c. Menyediakan maklumat pola kelemahan dan kekuatan kerja kursus yang


lebih menyeluruh. Templat ini dapat memaparkan graf analisis maklumat
pola kelemahan dan kekuatan kerja kursus yang lebih menyeluruh.

161
CouFeeT 2.0 Koleksi Inovasi Jilid 2

Rajah 5. Graf analisis maklum balas

KEJAYAAN INOVASI

1. Johan pertandingan KIK di peringkat IPG Kampus Keningau.


2. Mewakili IPG ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan
pencapaian dua bintang.

Mewakili ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)


di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan.

GALERI

Mesyuarat ahli kumpulan

162

Anda mungkin juga menyukai