Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


2019
PERINGKAT KEBANGSAAN
(SPeDIP 2019)

PENYELIDIKAN DAN INOVASI PEMANGKIN


KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

TEMPAT

HOTEL MERITZ, MIRI, SARAWAK.

TARIKH

6 dan 7 NOVEMBER 2019

ANJURAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPGKS

Dengan Kerjasama

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN REKREASI, IPGKS


JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME
KEGURUAN (JPIPK)

DAN SOKONGAN
1.0 PENGENALAN

Guru merupakan penghubung ilmu kepada pelajar. Setiap


pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) mengambil kira pelbagai aspek penting untuk
mencapai objektif PdPc. Justeru, pada era kini guru harus menjadi lebih
dinamik, responsif dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan
dan cabaran semasa. Amalan menjalankan kajian dan inovasi dalam
pendidikan akan menjadikan PdPc menjadi lebih bermakna dan
berkualiti. Pendidik akan dapat mengenal pasti masalah dan sekaligus
mencari cara menangani masalah tersebut secara sistematik dan
praktikal.

Menyedari kepentingan tersebut, Institut Pendidikan Guru


Kampus Sarawak (IPGKS) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar
Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan Peringkat Kebangsaan
2019 (SPeDIP2019) dengan tema Amalan Penyelidikan dan Inovasi
dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam Bilik Darjah.
SPeDIP2019 akan menjadi satu platform perkongsian amalan kajian
yang dijalankan dan inovasi yang dihasilkan dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, pendidik dan juga bakal guru akan dapat didedahkan
dengan pelbagai ilmu kajian dan inovasi. Penyertaan dari guru pelatih,
pensyarah IPG dan pendidik dalam perkhidmatan menjadikan
SPeDIP2019 sebagai satu platform untuk mereka mengetahui suasana
dan cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin berkembang
maju selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi meningkatkan
keperibadian intelektual murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

2.0 MATLAMAT

Matlamat SPeDIP 2019 ini adalah untuk melahirkan guru yang bersedia
dan berupaya menjalankan kajian dan berkongsi hasil kajian dalam
landasan pembentangan seminar serta mendedahkan kepada inovasi
yang dapat mencanai minat guru pelatih kepada pembudayaan
inovasi dalam bilik darjah. Di samping itu juga bertujuan sebagai
platform perkongsian idea dan inovasi berkaitan dengan pendidikan.
3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif SPeDIP 2019 ini ialah :

1. Menyediakan satu platform untuk guru pelatih, pensyarah dan


pendidik dalam perkhidmatan membentangkan kajian dan inovasi
diperingkat kebangsaan.
2. Mengkongsikan hasil penyelidikan dan idea inovasi pendidikan
dalam kalangan guru pelatih, pensyarah dan pendidik dalam
perkhidmatan.
3. Melahirkan guru pelatih yang mampu menjalankan kajian dan
berkeupayaan membuat inovasi dalam pendidikan
4. Mendedahkan guru pelatih kepada perkembangan pengetahuan
dan pengalaman bagi membantu meningkatkan keyakinan
apabila ditempatkan di sekolah nanti.

4.0 TEMA SEMINAR

Amalan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pengajaran dan


Pemudahcaraan dalam Bilik Darjah

4.1 Sub-tema

 Pendidikan Abad ke-21


 Falsafah Pendidikan
 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan
 Kurikulum & Pengajaran
 Penilaian & Pentaksiran Pendidikan
 Teknologi Pendidikan
 Bimbingan & Kaunseling
 Psikologi Pendidikan
 Sosiologi Pendidikan
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Bahasa (BM/BA/BC/BT)
 Pendidikan Bahasa Inggeris (TESOL/TESL)
 Pendidikan Sains dan Matematik
 Pendidikan Vokasional & Teknikal
 PJK dan Sains Sukan
 Pendidikan Khas
 Pendidikan Luar Bandar
 Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pendidikan Guru
 Pendidikan Tinggi
 Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran
 Isu-isu dan Amalan dalam Pendidikan
 Lain-lain yang berkaitan

5.0 MOD PEMBENTANGAN, BAHASA DAN KERTAS PEMBENTANGAN


5.1 Mod Pembentangan
1. Ucap Utama
2. Bengkel
3. Pembentangan lisan

5.2 Bahasa dan Kertas Pembentangan


 Pembentangan boleh dilakukan dalam bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Iban
 Seminar ini menerima kertas kajian, kertas konsep atau kertas
ulasan literatur yang berkaitan dengan pendidikan.
 Pembentangan/Pertandingan Inovasi berkaitan dengan
pedagogi

6.0 ANJURAN DAN KERJASAMA

5.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKS

5.2 Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi

7.0 SASARAN

250 orang termasuk guru pelatih, pensyarah, pegawai pendidikan, guru


sekolah.

8.0 TARIKH

6 hingga 8 November 2019

8.0 MASA DAN TEMPAT

8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Hotel Meritz, Miri, Sarawak

9.0 PENCERAMAH/ FASILITATOR

9.1 Ucap Utama 1 : Prof Dr Zahari Othman (Senior Consultant/


Founder, Center For Teaching Thinking, IIUM) – Culturalizing thinking in
the classroom to promote innovation.
9.2 Ucap Utama 2 : Prof Dr Chua Yan Piaw (UM) – Institute of
Education Leadership, Faculty of Education – Membudayakan Kajian
sebagai Amalan Perubahan Pengajaran.

9.4 Bengkel 1 : Dr Hj Abu Bakar (IPGK Bainun) Pensyarah


Cemerlang JUSA B (PBD / KmR/ PBL)

9.5 Bengkel 2 : Prof Dr Chua Yan Piaw (UM) – Institute of Education


Leadership, Faculty of Education – Kajian Dalam Pendidikan

9.6 Bengkel 3 : Prof Dr Zahari Othman (Senior Consultant/ Founder,


Center For Teaching Thinking, IIUM) – “Something about Thinking”

9.7 Bengkel 4: KIV

10.0 Jawatankuasa Induk

Penaung I : En Gumbang Anak Pura.


Pengarah IPG Kampus Sarawak.

Penaung II : Tn Hj. Mohd Zailani Bin Jaya.


Timbalan Pengarah, IPG Kampus Sarawak.

Penasihat I : Ling Anak Snelus Angking, Ketua Jabatan


Jabatan Pengajian Melayu

Penasihat II : Dr Hu Laey Nee. Ketua Jabatan


Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan

Penasihat III : Dr Norsarihan Bin Ahmad, Timbalan Ketua Jabatan


Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan

Penyelaras Program : Pn Umi Salawati bt Ali


Pengerusi Persatuan Kebajian dan Rekreasi

Pengerusi Progam : Cik Au Hui Yean , JPP, IPGKS

Setiausaha : Dr Narawi Bin Abu Bakar

Bendahari : Josephine Binti Jorge

Publisiti : En Jamalul Hj Chek


En Osman b Ismail
En Afian b Ahmad
Pn Rosniza bt Sapar
JPP

Pendaftaran, Fail & : Pn Lily Laka Anak Andria Jambu (Ketua)


Bahan Edaran 10 orang Pembantu

Buku program : Dr Huang Chwei Ing


Pn Hoon Swee Kim

Jamuan : Pn Rosfatimah Binti Wasli

Pengurus Pentas : En. Zainudin Bin Denan


En Masri Bin Jaya
JPP
Peralatan Pentas,
Hiasan Pentas & Tempat : En. Abang Gapar Bin Abang Husen
En. Hamdin Sanai,
En. Bayu anak Tumi
JPP

Cenderamata & sijil : Pn. Jusnani Binti Embing


Pn Adi Marhain Binti Ibrahim

Juruacara : Pn. Selina Binti Ahmad


2 orang pelajar PISMP

Fotografi &
Dokumentasi : En. Abg Mortadza b Abg Fauzan
En. Hamdin b Sanai
JPP

Teks & Ucapan : Pn Ainah Binti Julhee


Pn Selina Binti Hj. Ahmad

Bacaan Doa : Dr Hj. Hamden Bin Gani

Reka bentuk : En. Bell Suut

JK Panel Nilai Abstrak : Dr Hu Laey Nee


& e-prosiding Dr Norsarihan Bin Ahmad
Dr Narawi Bin Abu Bakar
Dr Magdeline Nor
Dr Huang Chwei Ing
Dr Nelson Tandang Anak Edwin Unting
Dr Hj. Hamden Bin Gani

LO Prof Dr Zahari Othman (Senior Consultant/ Founder,


Center For Teaching Thinking, IIUM) – En Marni
Golong

Prof Dr Chua Yan Piaw (UM) – Institute of Education


Leadership, Faculty of Education – En Khoo Kin
Peng
Dr Hj Abu Bakar (IPGK Bainun) – Dr Hj Hamden
Ghani

11.0 Jadual SPeDIP 2019

5 November 2019 (Selasa)


1500 - 1700 Pendaftaran Awal Pembentang dan Peserta

Hari Pertama : 6 November 2019 (Rabu)

0730 - 0830 Pendaftaran Semua Pembentang dan Peserta


0830 - 0930 Ucap Utama 1
0930 - 1030 Majlis Pembukaan
1030 - 1100 REHAT
1100 - 1300 Pembentangan Selari 1
1300 - 1400 MAKAN TENGAH HARI
1400 - 1500 Bengkel Selari
1500 - 1700 Pembentangan Selari 2

Hari Kedua : 7 November 2019 (Khamis)

0800 - 0930 Pembentangan Selari 3


0930 - 1030 Ucap Utama 2
1030 - 1100 Rehat
1100 - 1300 Pembentangan Selari 4
1300 - 1400 Makan Tengah hari
1400 - 1500 Pembentangan Selari 5
1500 Majlis Penutupan

Aturcara Majlis Pembukaan

0930 : Kehadiran Pembentang dan Peserta

0940 : Ketibaan Tetamu Jemputan & Pengarah & Timbalan Pengarah

: Lagu “Negaraku”

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-aluan Pengarah IPGKS

: Ucapan Perasmian Pembukaan oleh Tetamu Jemputan

: Lagu “Ibu Pertiwiku”

: Bersurai

Aturcara Majlis Penutupan

1500 : Kehadiran Pembentang dan Peserta


1510 : Ketibaan Pengarah & Timbalan Pengarah

: Lagu “Negaraku”

: Bacaan Doa

: Tayangan Video

: Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pengarah IPGKS

: Lagu “Ibu Pertiwiku”

: Bersurai

12.0 Anggaran Perbelanjaan SPeDIP 2019


Perbelanjaan Utama:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 3 Ucap utama x RM5000.00 15,000.00
2 Pembentang/Peserta/AJK (di hotel) + Ball Room 90,000.00
300 orang x 3 hari x RM100.00
3 3 Bilik (Orchild Room, Jasmine dan Heliconia 6,300.00
Room) x 3 hari x RM700.00
4 Cendermata untuk VIP 300.00
Jumlah 111,600.00

Perbelanjaan Bahan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Beg Seminar 300 x RM10.00 3,000.00
2 Tag Nama 300 x RM3.00 900.00
3 Buku Program 300 x RM15.00 4,500.00
4 Note Book 300 x RM5.00 1,500.00
5 Sijil 350 x RM2.00 700.00
6 CD Prosiding 350 x RM3.00 1,050.00
7 Banner 5 x RM200.00 1,000.00
8 Pen 300 x RM4.00 1,200.00
9 Cendermata untuk VIP 300.00
10 Toner (hitam & berwarna) 1,000.00
11 Kertas A4 (putih 80 gram) 5 rim x 16.00 80.00
12 Kertas A4 (putih 160 gram) 3 rim x RM40.00 120.00
13 Jurnal Penyelidikan Pendidikan 100 x RM35.00 3,500.00
(artikel terpilih untuk Jilid 15, IPGKS)
Jumlah 15,850.00

Perbelanjaan Inovasi (Pertandingan)


Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Hadiah Pertama x 1 300.00
2 Hadiah Kedua x 1 250.00
3 Hadiah ketiga x 1 200.00
4 Saguhati x 5 x RM100.00 500.00
Jumlah 1,250.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan = RM128,700.00

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

........................................... ...........................................
( Dr. Norsarihan bin Ahmad) ( Dr. Hu Laey Nee)
JPIPK,IPGKS JPIPK,IPGKS
Penasihat III SPeDIP 2019 Penasihat II SPeDIP 2019

................................................
( )
Pengerusi Persatuan
Penyelaras Program SPeDIP2019
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai