Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPIS,


PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA PROGRAM CERAMAH KESIHATAN GIGI

TARIKH :
10 OKTOBER 2017
Tempat:
DEWAN KULIAH A,
IPGKTAA

SASARAN :
PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 8 (AMBILAN JUN 2014)

KELOLAAN :
UNIT PISMP AMBILAN JUN 2015 (KURSUS GAYA HIDUP SIHAT)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

1
1.0 PENGENALAN
Gigi adalah salah satu aset yang sangat penting bagi seseorang. Kesedaran tentang
kepentingan penjagaan gigi adalah sangat penting dan haruslah dipupuk dari kecil. Ini
bagi memastikan gigi sentiasa kekal sihat dan cantik. Dengan ini, kami guru pelatih
kursus gaya hidup sihat telah mengambil satu langkah iaitu dengan mengadakan
‘Program Ceramah Kesihatan Gigi’.

2.0 RASIONAL
Program kesihatan pergigian untuk guru pelatih dapat menanam kesedaran disamping
memberi pendedahan berkenaan kesihatan pergigian di kalangan pelatih.

3.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Pengarah
untuk mengadakan Program Ceramah Kesihatan Gigi. Program seumpama ini
sebenarnya amatlah penting dan digalakkan oleh pihak kerajaan amnya bagi
memenuhi keperluan latihan dan usaha untuk meningkatkan prestasi setiap peserta.
Dengan bermatlamat untuk mengimbangi kegiatan-kegiatan intelektual, sosial,
kerohanian dan fizikal, program ini diharap dapat melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang mempunyai tahap kualiti pemikiran dan emosi yang mantap. Selain itu,
program seumpama ini dapat membantu mempersiapkan diri para peserta untuk
menempuh kehidupan yang sebenar kelak disamping untuk berbakti dengan penuh
bersemangat dan ikhlas demi menjayakan harapan masyarakat dan negara.

4.0 MATLAMAT
 Berpengetahuan berkaitan:
 Maklumat asas kesihatan pergigian.
 Peranan guru di dalam menjayakan program perkhidmatan pergigian sekolah.
 Berkemahiran dalam:
 Mengenalpasti keadaan kebersihan mulut.
 Cara memberus dan membersih gigi dengan berkesan.
2
 Mengenal pasti murid – murid yang mempunyai masalah pergigian di
peringkat awal untuk diberi nasihat atau dirujuk.
 Dapat melibatkan diri dalam promosi kesihatan pergigian di sekolah dengan:
 Menyediakan rancangan pelajaran harian (RPH) yang menerapkan unsur
– unsur pendidikan kesihatan pergigian ke dalam KBSR.
 Menyelia aktiviti latihan memberus gigi (LMG) untuk murid – murid
sekolah.
 Dapat mempengaruhi ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah untuk
mengutamakan persekitaran sekolah yang sihat.

5.0 OBJEKTIF
 Membina kekuatan fizikal dan mental dalam diri guru pelatih menerusi aktiviti yang
dijalankan.
 Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti Pendidikan
 Mendedahkan guru pelatih kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
 Mengaplikasikan prinsip-prinsip latihan yang saintifik dan bersistematik.
 Untuk melahirkan seorang guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
 Untuk melatih guru pelatih supaya dapat melatih anak-anak murid di sekolah pada
masa hadapan.
 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positf yang berterusan
melalui penglibatan yang aktif.

6.0 TARIKH
10 OKTOBER 2017

7.0 MASA
8.30 a.m- 5.00 p.m

8.0 TEMPAT
Dewan Kuliah A, IPGKTAA.
3
9.0 PESERTA PROGRAM :
Guru pelatih Semester 8 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PENGELOLA SEMINAR

Penaung : Haji Abdullah Bin Mohd Yusof, SMP .

Pengarah, IPGKTAA.

Penasihat : Dr.Abd Shatar Bin Che Abd Rahman

Timbalan Pengarah, IPGKTAA.

Pengerusi : En.Zakari Bin Zakaria

Ketua Jabatan PJK

Naib Pengerusi : En.Shafie Bin Majid

Ketua Jabatan HEP

Penyelaras : En.Mohd Kamal Bin Mohammed Suhaimi,

Pensyarah Akademik Jabatan PJK

Pen.Penyelaras : En.Hamidi Bin Abdul Aziz.

Pensyarah Akademik Jabatan PJK

Ahli Jawatankuasa : Cik.Shakinnah A/P Nadarajan

Cik.Kavietha A/P Tharmalingam

Cik.Saraniya A/P Paneer Selvam

Cik.Suganiya A/P Jayabalan

Cik.Vishalhini A/P Rajendran

4
11.0 SENARAI PESERTA

Sila rujuk lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk lampiran B

13.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Sila rujuk lampiran C

14.0 PENUTUP

Sebagai warga Institut Pendidikan Guru, kami amat berharap dapat menyumbangkan
bakti dan jasa kepada guru pelatih sekeliling. Kami turut merasakan bahawa ini merupakan
satu tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu kami untuk memanfaatkan ilmu yang
tidak seberapa ini demi kemaslahatan bersama. Kami dari pihak urusetia mempunyai
keyakinan yang tinggi bahawa program ini boleh mendatangkan impak yang besar kepada
semua pihak khususnya para peserta dan warga institusi, terutamanya dari sudut
pembangunan sosial dan penjagaan kesihatan mulut. Kami telah membulatkan tekad,
berusaha lebih gigih dan tekun dalam merealisasikan rancangan dengan terperinci dan juga
menjayakan program ini dengan cemerlang. Pihak kami juga mengharapkan penglibatan,
bantuan serta perhatian daripada semua pihak terutamanya daripada pihak institusi sendiri.
Segala jasa baik, sumbangan, tajaan, sokongan, perhatian dan kerjasama yang dihulurkan
oleh semua pihak, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERILMU BERAKHLAK BERAMAL”

5
Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………. ………………………….
( KAVIETHA A/P THARMALINGAM ) (EN MOHD KAMAL B
Setiausaha, MOHAMMED SUHAIMI )
PISMP Semester 1 Tahun , Penyelaras Program Ceramah
3, Ambilan Jun 2015, Kesihatan Gigi,
Institut Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang. Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh:

…………………………….
( EN ZAKARI B ZAKARIA )
Ketua Unit ,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan oleh,

..................................................................
(TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.)
Pengarah,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

6
LAMPIRAN B

1.0 Tentatif Program

TARIKH MASA AKTIVITI

7.45 pagi Siswa pendidik berkumpul di Dewan Kuliah


A

8.00 pagi Pendaftaran

8.15 pagi Pre test

7
8.45 pagi Ceramah 1

10.15 pagi Sarapan Pagi

04 OKTOBER 2017 10.30 pagi Ceramah 2

12.00 Tengah hari Post test

12.30 Tengah hari Makanan Tengah hari / Rehat / Solat

2.00 petang Pembentangan RPH

2.45 petang LMG – Latihan memberus gigi

3.15 petang Pemeriksaan Gigi

4.15 petang Pameran

4.30 petang Penutupan

 Ucapan Rumusan
 Ucapan Perasmian Penutupan
 Penyampaian Hadiah

Anda mungkin juga menyukai