Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM TERAPI PASIR BEGI MEMENUHI AMALI KURSUS

“TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS (PKB 3093)

ANJURAN

PISMP P2

(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

IPG KAMPUS IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH :

9 JULAI 2014

TEMPAT :

PANTAI TELUK BATIK, LUMUT , PERAK


1.0 PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia,pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi
merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran
serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan
matlamat ini,guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek
yang tinggi,penguasaan kemahiran professional yang mantap serta diperkasakan dengan
penguasaan kemahiran dan teknologi baharu,penghayatan nilai dan etika keguruan serta
kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat Negara.

Perlaksanaan program Pendidikan Khas memerlukan guru yang profesional dan


berketerampilan dalam pelbagai aspek bagi menyahut cabaran pendidikan bertaraf dunia.
Oleh hal yang demikian, pengalaman terhadap sesebuah organisasi khususnya dalam
bidang pendidikan khas amatlah penting untuk memberi pendedahan yang meluas dalam
membentuk insan guru yang profesional,berkemahiran dan berpengetahuan meluas.Di
samping itu juga,program ini bertujuan untuk mendedahkan pengalaman sebenar kepada
guru-guru pelatih mengenai dunia Pendidikan Khas yang sebenar terutamanya dalam
bidang terapi.

2.0 TAJUK

Program Terapi Pasir

3.0 DIKELOLAKAN OLEH

PISMP P2 ( Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ) Semester 1, IPG Kampus Ipoh,


31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan

4.0 ASAS PERTIMBANGAN

Program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan proforma Kursus Terapi Dalam
Pendidikan Khas (PKB 3093) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan
Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkuatkuasa mulai awal Julai 2004.
5.0 RASIONAL

Terapi pasir ini bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih mengenai cara mengurus
masalah motor halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.
Terapi fizikal adalah satu latihan rawatan yang digunakan bagi menyembuhkan penyakit
fizikal tertentu iaitu melalui latihan dan regangan-regangan otot. Malah,terapi fizikal juga
dapat mencegah kemungkinan sesuatu keadaan teruk. Terapi pasir adalah satu aktiviti
terapi fizikal yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi pasir membantu murid
keperluan khas melatih daya kreativiti kanak-kanak, menghilangkan rasa marah,percaya
kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu ,meningkatkan keyakinan diri dan
mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak.

Dari sudut pandangan yang lain, terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi
peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi
secara mendalam. Terapi ini secara tidak langsung memberi peluang kepada individu untuk
meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.Penggunaan terapi
permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.Pergerakan otot yang
diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak
lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketengan dapat dikeluarkan.
Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap
perasaan mereka,sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
6.0 MATLAMAT

6.1) Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih P2 serta para pensyarah.

6.2) Melengkapkan keperluan Table Three kursus Terapi Dalam Pendidikan Khas (PKB 3093).

6.3) Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang,mengurus dan melaksanakan
aktiviti terapi secara praktikal.

6.4) Dapat bertukar dan berkongsi pendapat serta pandangan yang pelbagai dalam bidang
terapi.

7.0 OBJEKTIF

7.1) Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih opsyen Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran mengenai dunia sebenar yang akan ditempuh dalam bidang terapi pendidikan
khas.

7.2) Membentuk nilai seorang guru yang profesional,berkemahiran dan berpengetahuan luas
dalam bidang terapi.

7.3) Melahirkan para pendidik yang bersifat prihatin dan empati kepada insan di sekeliling
mereka.
8.0 KUMPULAN SASARAN

Bil Perkara Jumlah


1. Pelatih PISMP Unit P2 (rujuk lampiran 1) 21 orang
2. Pensyarah Pengiring 2 orang
Jumlah 23 orang

9.0 TARIKH

Rabu, 9 Julai 2014

10.0 TEMPAT

Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak

11.0 PENGANGKUTAN

Semua guru pelatih akan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi

Pensyarah Pengiring : Dr Mohd Anuar Abdullah

Puan Hjh.Satariah Binti Kamis

Pengerusi : Wan Mei Qi

Naib Pengerusi : Vijayalechumy a/p Sugumaran

Setiausaha : Sharmiladevi a/p Selvarajoo

Bendahari : Sharon Ng Jing Min

AJK Perhubungan : Grace Chow Su Un

Lee Jun Yi

AJK Pengangkutan : Low Jing Xian

AJK Cenderahati : Look Choon Wen

Sri Tharshini a/p Krishnan

AJK Makanan : Kesawaartini a/p Sarkunan

AJK Dokumentasi : Kelly Tan

AJK Aktiviti : Vimalapriya a/p Alagapan

AJK Keselamatan : Yii Ann Hui


13.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
08.00 AM Berkumpul di garaj bas IPGM Kampus Ipoh dan bergerak ke Pantai Teluk
Batik,Lumut,Perak.
10.30 AM Tiba di Teluk Batik,Lumut,Perak.
11.00 AM Taklimat kepada pelajar dan pembahagian kumpulan.
11.30-01.30 PM Slot 1
01.30-02.15 PM Solat dan makan tengah hari
04.45 PM Pelajar berkumpul dan membuat refleksi.
05.00 PM Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian hadiah.
05.45 PM Bertolak balik ke IPG Kampus Ipoh

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Pengangkutan 1 Bas IPG
2. Cenderahati 2 unit
*Diambil dari stor
JUMLAH RM 405.00
15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelatih dengan
menunjukkan kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika keguruan. Selain itu,
diharapkan para pelatih dapat membina pemikiran yang positif dan motivasi kendiri terhadap
kerjaya keguruan.Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan
sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.Semoga program ini juga dapat memberi
manfaat dan pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab
mereka.

Disediakan oleh :

…………………………………………

(SHARMILADEVI A/P SELVARAJOO)

Setiausaha,
Program Lawatan Terapi Pasir di Teluk Batik
PISMP P2,Semester 1,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
Disemak oleh :

…………………………………………

(DR MOHD ANUAR ABDULLAH)

Pensyarah,
Kursus Terapi dalam Pendidikan Khas (PKB3093),
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disokong oleh :

………………………………………...

(ENCIK ZULKUFLI BIN MAHAYUDDIN)

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disahkan Oleh :

…………………………………………
(TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai