Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA TERAPI BERKUDA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI
(PPKI)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

1.0 PENGENALAN
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid
untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu
murid-murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan guru- guru boleh
mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas.

2.0 ASAS PERTIMBANGAN


Program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan aktiviti dalam buku teks Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

3.0 RASIONAL
3.1 Pelajar lebih fokus dan dapat melatih daya keseimbangan diri.
3.2 Pelajar dapat membina keyakinan diri.

4.0 MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas membentuk
konsep kendiri yang positif dan sedar akan potensi diri sendiri serta meneruskan proses
perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap agar dapat bersosial
dengan masyarakat sekeliling..

5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang pasif dan selalu mengasingkan diri
berinteraksi serta memupuk sikap keyakinan diri.
5.2 Memupuk sikap disiplin diri dalam kalangan pelajar sewaktu menjalankan aktiviti luar.
5.3 Membantu pelajar dari segi perkembangan fizikal dan sosial

6.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Program Intergrasi Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas dan pembantu
pengurusan murid.
Bilanga

Perkara

Jumlah

Pelajar-pelajar pendidikan khas

60

Guru pendidikan khas

10

Pembantu pengurusan murid

Jumlah

74

7.0 TARIKH
14 Julai 2016 (Khamis).
8.0 TEMPAT
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
9.0 PENGANGKUTAN
Semua murid, guru dan pembantu pengurusan murid akan menaiki bas.
10.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA
Penanung
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK Perhubungan
AJK Pengangkutan
AJK Makanan

: Tn. Hj. Izamuddin Bin Rozali (Pengetua)


: En. Rosli Bin Omar (Penolong Kanan Pendidikan Khas)
: Pn. Mahfuzah Binti Mohamad
: Pn. Saadah Nor Binti Zamri
: Pn. Norina Binti Aziz
: Pn. Nor Amalina Binti Mohammad Nor
: Pn. Eema Binti Muhammad
: Pn. Nor Akmal Binti Abdullah
: Pn. Yusnitasae Binti Yaakop

AJK Dokumentasi
AJK Aktiviti
AJK Keselamatan

: Pn. Romah Binti Ab. Rahman


: Pn. Nor Haida Binti
: Pn. Ainul Mursyida Binti Shamsudin
: Pn. Faraliza Binti Othman
: Pn. Siti Nur Elainee Binti Ariffin

11.0 TENTATIF PROGRAM


Masa

Aktiviti

7.00 pagi

Berkumpul di SMK Alam Damai

7.30 pagi

Bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa

10.00 pagi

Tiba di Taman Tasik Titiwangsa

10.30 pagi

Taklimat mengenai Terapi Berkuda

11.00 pagi

Lawatan tempat berkuda serta menjalankan aktiviti Amali Terapi Berkuda


(aktiviti menunggang kuda)

1.30 petang

Rehat dan makan

2.30 petang

Bertolak pulang ke SMK Alam Damai

12.0 ANGGARAN PERBELANJARAN


Bil
1.

Perkara
Makanan ringan
(roti dan air
kotak)

2.
Bas
JUMLAH

Kuantiti
RM 10 (yuran pendaftaran
terapi kuda) + RM 2
(makanan ringan)

Jumlah

Catatan

21 RM
12
= RM

Kutipan yuran
daripada para peserta

1 buah
RM

13.0 PENUTUP
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua
pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga melalui program ini ianya akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini dapat
meransang pelajar untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran di samping
mengukuhkan hubungan di antara pelajar, guru dan masyarakat luar.

Anda mungkin juga menyukai