Anda di halaman 1dari 13

latihan - kata kerja

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Latihan kata kerja
1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh C mengenang
D mengerang
2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar
C menggelupur

D menggelepar

3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.


A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul
D memalu
5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek C memerah D menindih
6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar
C merampas D mengambil
7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan
8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi
9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur
B meneguk
C mengunyah

D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.


A merancang B menimbang
C melaksana D melihat
11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan
B menyerahkan
C memulangkan
D menghulurkan
12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada
pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai
C mengumpul
D mengais
13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup
B tersengih C terlopong D terkatup
14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut
C mengajak D menanti
15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap
B menginap C meringkuk D menumpang
16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta

ringgit.
A menganjurkan

B melaksanakan

C meningkatkan

D mengadakan

17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.


A terjatuh
B tertimpa
C terhantuk
D terhempas
18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan
C mencantumkan
D meletakkan
19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi
B melangkahi C mengharungi
D menyeberangi
20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap
B tertelan
C tersedut
D terhirup
21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang
22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur
B mendepang
C menggeliat

D menganga

23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh


guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek
B menyentuh
C menggores
D mencuit
24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang
D menyiat
25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak
B terpegang C tersentuh D terlangkah
26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan
raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati
27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit
D menelan
28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung
B menyambar
C merenggut D merampas
29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan
B dinyatakan
C dibahaskan
D dibincangkan
30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan
B melemparkan
C menebarkan
D mencampakkan
31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan
raya.
A merenjis
B menyiram C menyimbah D menuangkan

32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok
B mencocok
C mencucuk
D merodok
33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila
B berlunjur
C bersimpuh D bertinggung
34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit
B menekan-nekan
C menepuk-nepuk
D menggenggam-genggam
35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing
B memandu C mengajar D mengawasi
36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan
B mengadu C meracau
D meleter
37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis
B mengikir
C mengasah D mengilat
38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda
malang itu.
A terdiam
B tercalar
C tersayat
D tersentuh
39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki
B mendapati C mempunyai
D memperoleh
40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat
B menyisip
C membubuh
D menyangkut
41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan
berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan
B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan
D menampilkan ... menaikkan
42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar
B disalai
C didiang
D dikukus
43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap
B menjalar
C memanjat D menyelinap
44 Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan
B memberitahu
C meramalkan

D melaporkan

45 Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A


dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut
B bersaing
C berjuang
D berlawan
46 Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang
______ itu.
A terhenti
B terbantut
C terkandas
D terbengkalai

47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.


A menggeletek
B menggeletar
C menggelepar
menggeliat

48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang
B menguncup
C menebal
D menipis
49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng
B mengelap
C menyapu

D mencalit

50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah


satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala
B memukat
C mencandat
D memancing
51 Pemain bola sepak pasukan Selangor __________.piala yang dimenangi oleh
mereka sambil mengelilingi stadium.
A menjunjung
B menjulang
C menatang
D memikul
52 Remaja yang __________.dalam gejala sosial itu akan diberi kaunseling
A terjerumus
B tersungkur
C tertiarap
D terjatuh
53 Pasukan kriket sekolah mereka telah __________. oleh pasukan lawan.
A dimusnahkan
B dimenangkan
C ditewaskan
D dihapuskan
54 Ahli pengakap berhati-hati ________anak sungai kerana terdapat banyak batu kerikil yang
tajam.
A mengharungi
B menjalani C meredah
D melalui
55 Nabila __________surat yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di
Indonesia.
A membalas
B mencoret
C mengirim
D menulis
56 Pelukis itu __________.warna di atas kanvas dengan berhati-hati agar lukisannya cantik.
A mencalar
B mencatat
C melukis
D mencalit
57 Ibu __________.secubit garam ke dalam kari itu.
A Memasukkan
B menggaulkan
C menaburkan
D membubuh
.
58 Para pendaki terpaksa.....hutan tebal itu sebelum malam menjelang tiba.
A melalui
B meredah
C meranduk
D menempuh
59 Pekebun itu__________bakul yang penuh dengan sayur-sayuran
A menggalas
B menjinjing
C menjunjung

D mengangkat

60 Razali membantu orang buta itu melintas jalan dengan __________tangannya.


A menarik
B menuntun
C mengheret
D meruntun
61 Apabila memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya,
akhirnya Aidil ________keputusan untuk belajar di universiti tempatan sahaja.
A mengatur
B menyimpul
C mengambil
D merancang
62 Pihak polis sedang ___pergerakan kongsi gelap yang sering membuat kekacauan di dalam
bandar itu.
A mengintai
B memerhati
C mengamati
D mengintip

63 Peniaga itu ____________keuntungan yang berlipat ganda sebelum musim perayaan.


A mengikis
B mengaut
C mengambil
D merenggut
64 Penyakit selesema burung itu __________akan ___________dengan cepat.
A dibimbangi.menjalar
B diyakini.menular C digusari.menjangkit
D
dikhuatiri.merebak
65 Jamil ____________adik yang sedang __________buku sekolahnya.
A memarahi.menconteng
B menengking.menulis
C memukul.melukis
D menasihati.menggunting
66 Halili______ adiknya semasa hendak __________jalan raya itu.
A memapah.menyeberangi B menuntun.merentasi
C memimpin.melintasi
D memegang.meredah
67 Nelayan itu _____jalanya yang ________.
A menjahit.berlubang
B menganyam.tertembuk
menekat.tertiris

C menyirat.terkoyak D

68 Mariam _______anak pohon bunga mawar yang baru _______nya itu.


A merenjis.diubah
B menjirus.disemai C menyiram.ditanam
D
menyimbah.digubah
69 Nenek ________dulang tembaga itu hingga berkilat semula.
A menyapu
B mengelap C menggilap D mencuci
70 Jururawat itu begitu berhati-hati ketika membuka balutan yang _________kaki Hazriq yang
luka.
A mengelilingi
B membaluti
C melingkari
71Aqil ____ badannya menggunakan gayung sementara ibunya pula______kain yang telah
dicuci.
A menyimbah ... menyental
B menjirus ... memberusn
C menyiram ... membilas
D mencedok...merendam
72Penduduk Kampung Kuala Muda __________ air sungai untuk disalurkan ke dalam sawah.
A menahan
B menyekat
C membenteng
D mengempang
73Pengarah syarikat itu ____saham Puncak Emas kerana beliau ingin mengembangkan
perniagaannya.
A menawar
B membida
C membeli
D menjual
74__________ nota ketika __________ akan membantu murid mengingati fakta-fakta penting
tentang sesuatu topik.
A Melukis ... melakar
B Mencatat ... menelaah
C Mencoret ... mengarang
D Menconteng ... melorek
75Encik Karim _________ kos untuk membaik pulih bangunan lama itu menelan belanja yang
tinggi.
A menentukan
B menjumlahkan
C mencongakkan
D menganggarkan
76Kenaikan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan begitu
___________ sehingga sukar dikawal oleh kerajaan.
A mengejut
B menonjol
C mendesak
D mendadak
77 Ammonia tidak berbahaya dalam bentuk cecair tetapi boleh__________risiko kepada

kesihatan manusia dalam bentuk gas.


A mendatangkan
B menyebabkan

C menyebarkan

D menjejaskan

78 Asrul _________ tetikus untuk mencari laman web .Cikgu Net. ketika
__________ internet di kafe siber petang semalam.
A mengalihkan ..... memasuki
B memusingkan ..... membuka
C menggerakkan ..... melayari
D menolak ..... membaca
79Encik Fahmi __________ gadis ayu yang berdiri di sebelahnya di dalam lif itu.
A menjelir
B menjeling
C menjenguk
D menjengah
80 Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, semua syarikat
akhbar tempatan akan _________ penerbitan surat khabar pada 19 Februari.
A menangguhkan
B menghentikan
C menundakan
D menamatkan
81 Puan Sarina _________doh karipap sebelum mencanainya.
A merata
B melumur
C menguli

D menggaul

82 Farhan _________ kakaknya apabila disuruh mengemas bilik tidur yang berselerak itu.
A membantah
B membentak
C merungut
D mengamuk
83 Budak itu _________oleh ayahnya sebanyak dua kali kerana berbohong.
A dihentam
B disebat
C digasak
D ditindas
84 Pergaduhan antara dua orang lelaki itu _________akibat perasaan cemburu
terhadap pasangan masing-masing
A terjalin
B terlibat
C tercetus
D terbentuk
85 Mak Bedah ______padi di atas jemuran dengan jari jemarinya apabila matahari mula
meninggi.
A mengais-ngais
B menguis-nguis
C menampi-nampi D mengibas-ngibas
86 Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya agar _________sauh
untuk meneruskan pelayaran mereka.
A membongkar
B menarik
C melabuh
D membuka
87 Pekerja-pekerja Majlis Bandaran Teluk Intan sedang _________ranting
pokok bunga di taman itu supaya sentiasa rimbun.
A memangkas
B mengerat C memotong D menghiris
88 Ular berbisa yang _________kaki landak itu sehingga pengsan telah dapat
dibunuh oleh penduduk kampung.
A meragut
B membelit
C menggigit
D memagut
89 Pak Ali ___________ lembunya untuk ditambat di pangkal pokok itu.
A menolak
B menuntun
C mengheret
D memegang
90 Beburung berterbangan di sawah pada musim padi ________.
A menuai
B menguning
C menghijau
D membajak

latihan - kata nama


LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
KATA NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam
4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang
5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian
6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda
7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan

C bilik stor

D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.


A sumpah-sumpah B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api
10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda
11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
Pelajar-pelajar
12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan
13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas
14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok


rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang
16 Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa
17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang
18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar
19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura
20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China
21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di
kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat
22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang
disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid
23 Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis
B isteri
C betina
D wanita
24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil
tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani
25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong B pendatang
C rakyat
D murid
26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal B basikal
C kereta
D beca
27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas
sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D
perkampungan
28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat
seperti isi dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka
29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan
30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di
Universiti Kebangsaan Malaysia.

A dekan

B pelajar

C professor

D pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara
yang lantang.
A juruulas
B juruacara
C jurucakap
D juruhebah
32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
A jambatan B jejambat
C jejantas
D jejari
33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
A rebut
B hujan
C angin
D panas
34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.
A pasar
B pejabat
C hospital
l D bengkel
35 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.
A Seniwati
B Pramugari C Pramugara
D Peragawati
36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian
semasa mengikuti kuliah.
A university
B sekolah
C tadika
D kolej
37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik.
A ibu
B adik
C kakak
D pelajar
38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
A Kuih
B Lauk
C Sayur
D Barang
39 _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas
yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurumaklum
40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid
Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan B kemeriahan
C kesenangan
D kegembiraan
41 Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah
menggunakan__________ rasmi.
A surat
B kertas
C boring
D lembaran kerja
42 Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di
sebuah_________ yang cantik.
A singgahsana
B mahligai
C peterana
D takhta
43 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa
memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.
A kesejahteraan
B kebahagiaan
C keselamatan
D kebaikan
44 __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan
padi di sawah itu.
A Kuda-kuda
B Pagar-pagar
C Orang-orangan
D Siku-siku
45 Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke
kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
A lautan
B ribuan
C barisan
D susunan

46 Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu
panas.
A penghawa dingin
B pendingin hawa
C hawa pendingin
D hawa dingin
47 Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang
bertugas di __________ itu.
A kaunter jawapan
B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan
48 Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat
negara ini.
A lawatan
B pelajaran
C kewangan D pekerjaan
49 Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para
pengkaji bintang.
A balai cerap
B balai besar C balairung seri
D balai bertingkat
50 Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian
seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.
A pendermaan
B pemberian
C anugerah
D bantuan
51 Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di
sana murah harganya.
A kedai runcit bebas cukai
B kedai bunga
C kedai kasut
D kedai buku
52 __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa
Pembangunan.
A Tun Abdul Razak
B Tunku Abdul Rahman
C Tun Mahathir MohamadD
D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi
53 Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________.
A bubu
B joran
C pukat
D perangkap
54 Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________.
A kenalan
B kedutaan
C kenamaan D keutamaan
55 Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A pelajaran
B pertanian C perubatan D pendidikan
56 Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
A tulisan
B catatan
C lembaran
D ringkasan
57 Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para
__________kemerdekaan tanah air.
A pejuang
B pembela
C penjajah
D penjenayah
58 __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial
yang serius.
A Ketibaan
B Kehadiran C Kedatangan
D Kemasukan
59 Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman
Sentosa.
A sepermainan
B seperjuangan
C persekolahan
D perkongsian

60 __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.
A Pemandangan
B Peristiwa C Keadaan
D Situasi

latihan tatabahasa
LATIHAN PEMANTAPAN TATABAHASA
KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT

1. Terdapat berbagai buku di kedai itu.


2. Di antara tetamu yang hadir itu..
3. Gadis itu duduk antara ibu dan ayahnya.
4.Jenama kereta yang rosak itu adalah Proton Saga.
5. Emak menghadiahkan anaknya sebuah buku cerita.
6.Lelaki tua itu merindukan anaknya.
7.Guru disiplin menjatuhkan pelajar itu hukuman rotan.
8.Guru disiplin telah menjatuhi hukuman rotan kepada pelajar itu.
9.Ular itu dipukul oleh saya.
10.Ular itu Amir pukul.
11.Di hari raya, ramai orang yang balik kampung.
12.Buku itu ada dalam almari.
13.Kami amat berterima kasih di atas kunjungan tuan.
14.Kedua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai.
15.Janganlah awak mensiakan kecantikan yang awak ada.
16.Setengah pelajar suka tidur dalam kelas.
17.Semuanya bergantung kepada keadaan.
18.Hasil kerjasama erat di antara Ali dan Kamal, akhirnya mereka berjaya.
19.Mereka mengambil iktibar dari perkara itu.
20.Baju itu dia hantar ke kedai dobi.

21.Wang pemberian ayahnya dimasukkan dalam kocek bajunya.


22.Bila tiba masanya, kita akan tahu juga rahsianya.
23.Mereka memandang kepada gadis yang cantik itu.
24.Usaha untuk membesar dan memajukan perniagaannya telah berjaya
25.Pengetua memberitahu kepada para pelajar supaya jangan bising.
26.Ahmad menemui tempat yang sesuai untuk berniaga.
27.Oleh kerana itu, dia tidak dapat ke sekolah hari ini.
28.Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
29.Datanglah ke rumah saya bila awak suka.
30.Pilihlah mana pakaian yang sesuai.
31.Ambillah apa yang terdaya.
32.Letakkan barang itu di mana yang kamu suka.
33.Aku tidak peduli ke mana pun kamu mahu pergi.
34.Ada berbagai barang di kedai itu.
35.Banyak orang datang.
36.Kita harus berbincang masalah itu..
37.Berdasarkan kepada perkara itu..
38.Bergantung kepada..
39.Kami pergi ke sana bersama ibu dan bapa.
40.Dia belajar dari pengalaman
41.Penduduk di kawasan pendalaman itu kurang mendapat zat makanan.
42.Mahani bukan cantik namun dia pandai bergaya.
43.Ali boleh memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
44.Masakan ibu saya sungguh berperasa.
45.Kek itu berperisa coklat.
46.Pasukan tentera berjuang demi untuk negara tercinta.
47.Mesyuarat itu membincangkan tentang masalah disiplin para pelajar.
48.Ikan-ikan di pasar itu segar-segar belaka.
49.Kita hendaklah mengamalkan sikap saling maaf-bermaafan antara satu sama lain.
50.Pasukan penjenayah itu berjaya diberkas oleh pihak polis semalam.
51.Ibu telah menemui gelangnya yang hilang semalam.
52.Tolong jangan pijak rumput.
53.Aduh, malang sungguh nasibku!
54.Saya berjaya di dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang.
55.Saya memperolehi markah tertinggi di dalam kelas.
56.Aini paling cantik sekali di dalam kelas dia.
57.Pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur nian indah.

58.Kerajaan sedang memperindahkan bandar raya Kuala Lumpur.


59.Pendapatan Ali tidak dipersetujui oleh rakan-rakannya.
60.Ani lebih cantik dari kakaknya.
61.Ayah membeli kereta baru.
62.Masalah remaja itu dibincangkan dari masa ke semasa.
63.Kita hendaklah memandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
64.Badan sihat otak cergas.
65.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan penjaga murid.

Anda mungkin juga menyukai