Anda di halaman 1dari 3

Soalan Ujian Pra/Pos

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 20.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Mak Usu menjamu kami dengan dua __________ langsat dan beberapa ___________
cempedak goreng.
A. tangkai..ketul
B. longgok.buah
C. gugus..ulas
D. ikat..butir

2. Beberapa ______________ cendawan tumbuh pada batang pokok yang reput itu.
A. kaki
B. kuntum
C. tangkai
D. kelopak

3. Anis membuat se_________ kad hari jadi untuk Natasya.


A. carik
B. bidang
C. keping
D. lembar

4. Kak Maria menghadiahi Ibu _____ bakul rotan.


A. sebidang
B. seketul
C. sebiji
D. sebuah

5. Se___________ gajah liar telah memusnahkan lading kelapa sawit di kampong itu.
A. kawan
B. angkatan
C. pasukan
D. gerombolan

6. Mereka terpaksa menyusuri se__________anak sungai untuk ke perkampungan orang


asli.
A. kaki
B. buah
C. batang
D. laras
7. Nenek memasukkan dua_____ daun pandan ke dalam pengat pisang.
A. urat
B. iris
C. helai
D. pucuk

8. Roti canai yang ________ itu tidak terhabiskan oleh adik.


A. sebiji
B. sekeping
C. sebuku
D. sebatang

9. Mak Cik Munah Memasukkan se_______ garam ke dalam besen yang berisi air.
A. ketul
B. biji
C. genggam
D. longgok

10. Hanim mencipta _________ sajak untuk ibunya.


A. sepotong
B. sepatah
C. sebaris
D. serangkap

11. Abang menggantung se_________ kunci pada paku.


A. batang
B. jambak
C. kelompok
D. buah

12. Selain beberapa _______ pisang, terdapat sepuluh ________ pinang tua di atas para-para
itu.
A. biji.tangkai
B. tandahsisir
C. tandan..gugus
D. sikat..tongkol

13. Seniman tersohor itu dihadiahi _________ pakaian tradisional oleh Raja Perlis.
A. sehelai
B. sekaki
C. segulung
D. sepersalinan
14. Dari tanah besar kami dapat melihat se________ pulau kecil.
A. tompok
B. tambak
C. gugus
D. bentuk
15. _________ tentera dikerah ke sempadan Malaysia-Pilipin untuk mengawal pencerobohan
yang berlaku.
A. Sekawan
B. Sepasukan
C. Sekelompok
D. Segerombolan

16. Serai yang _______ di belakang rumahnya itu hidup subur.


A. sejambak
B. sepokok
C. serumpun
D. segugus

17. Abang memasukkan ____________ filem ke dalam kameranya.


A. segelung
B. segulung
C. sekeping
D. seuntai

18. Beberapa _________ kerusi tersusun di dalam dewan sekolah.


A. longgok
B. keping
C. buah
D. baris

19. Dato Seri Vida membeli se_________ rantai dan se________ anting-anting.
A. utas.pasang
B. urat..bentuk
C. lembar.biji
D. lingkarpatah

20. Se__________ rumah kedai dua tingkat dan beberapa _______ jalan ditengelami banjir.
A. buah..buah
B. pintu.deret
C. deretbatang
D. papanbaris

Anda mungkin juga menyukai