Anda di halaman 1dari 11

sebuah kereta

tiga biji manggis

Sesikat pisang

dua keping papan tulis

Seekor burung

sehelai baju

segelas jus buah

sepasang kasut

sepinggan gula-gula

dua kuntum bunga

Seutas rantai emas

dua bentuk cincin

BAHASA MELAYU TAHUN 4 NOTA TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN

1.Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. 2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. 3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya. Penjodoh Bilangan Baris Batang Biji Cucuk Das Ekor Gugus Ikat Jambak Penggunaan Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buahbuahan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buahbuahan, dan sebagainya Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buahbuahan, sayur-sayuran, dan sebagainya Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkairangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali,

Keping Ketul Laras Lembar

Pasang Sikat Ulas Utas

dan sebagainya Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya Untuk pisang Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.

(a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah) (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul)

Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah) (b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah) (b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

1 of 6

BAHASA MELAYU TAHUN 4


A.Baca dan fahamkan perbualan dibawah.

B.Senaraikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam perbualan di atas.

LATIHAN PENJODOH BILANGAN


A.Pilih satu jawapan yang betul. 1.Ayah membawa dua _________________ joran untuk memancing di sungai itu. A.bentuk B. urat C. batang D. utas

2.Pekerja-pekerja itu mengecat lapan_______________ tiang rumah itu dengan warna kuning. A.bidang B. gulung C. biji D.batang

3. Suzi menggunakan se_______________ benang untuk menjahit beberapa helai baju. A.baris B. buku C. kaki D. helai

4.Puan Yong menggunakan se________________helai kertas untuk mencatat barang-barang keperluan anak-anaknya. A. helai B.timbun C. pasukan D. buku

5.Dua ______________ tiang lampu di jalan itu, dihempap pokok semalam. A.kuntum B. batang C. papan D. longgok

6.Pak Osman menggunakan sepuluh _____________ kawat duri untuk memagari kebunnya. A.rawan B. gelung C. ketul D. rangkap

7.Ah Chong membaling beberapa _____________ pasir ke dalam sungai. A.rumpun B. genggam C.patah D. butir

8.Lengan baju Cikgu Ali terkena beberapa _____________ dakwat merah. A.titik B.potong C.ruas D. bentuk 9. Pemburu itu menggunakan beberapa__________ peluru untuk menembak rusa. A .laras B. das C .bilah D. butir 10. Petani itu memberikan sepuluh______________ jagung kepada kami. A .tongkol B. biji C. baris D. ruas

B.Gariskan penjodoh bilangan yangsesuai berdasarkan ayat di bawah:

1. Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya. 2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu. 3. Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Mamat. 4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji)pokok serai di belakang rumah. 5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir)perkataan. 6. Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi. 7. Abang belikan tunangnya se(gulung,utas,ulas) rantai emas. 8. Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh(helai,keping,buah) buku rampaian. 9. Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakanuntuk mengambil gambar perkahwinan kakak. 10. Zamri mempunyai dua (helai,buah,utas) motosikal. 11. Lidahnya kelu sehingga tiada se(buah,bentuk,patah) perkataan pun yang dapat dituturkan. 12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama diatas se (pucuk,keping,ulas) kertas.

13. Pihak polis telah melepaskan beberapa(das,dentuman,biji) tembakan ke arahpenjenayah itu. 14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang)kasut sempena hari raya. 15. Di puncak Bukit Melawati terdapatbeberapa (buah,pucuk,biji) meriam lama. 16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se(batang,ketul,buah) batu besar di tengah jalan. 17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh(ulas,tandan,biji) buah mangga. 18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telahhilang malam tadi. 19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakandua (utas,gulung,bidang) tali. 20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat kebuluran.

C.Isikan tempat kosong di bawahdengan penjodoh bilangan yang sesuai. 1. Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut. 2. Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu. 3. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikanorang ramai yang sedang melakukandemonstrasi jalanan. 4. Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy. 5. Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti. 6. Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi. 7. Pak Ngah mempunyai tiga _______ anak yang belum bersekolah. 8. Saya makan empat _______ nangkasebagai pencuci mulut selepas makan nasi. 9. Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun. 10.Setiap pagi saya makan dua _______ rotibakar sebelum ke sekolah.

11.Perenggan ketiga itu mengandungi lima ___________ayat. 12.Abang memanjat lalu memetik lima _______ buah rambutan untuk kami. 13.Acapan menjual lapan ____________ pisangkepada pemborong itu. 14.Nelayan itu mempunyai tiga __________ jala. 15.Kemalangan yang berlaku di simpang itumelibatkan empat __________ kenderaan.

Disediakan oleh : Pn.Fadzilah bt. Zakaria

Anda mungkin juga menyukai