Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Jawab soalan-soalan di bawah.

Semai Semelai Jahai

1. Nama-mana di atas merupakan..........................................


A. masyarakat orang Asli
B. dewa dan dewi
C. kepercayaan kuno
D. amalan suci

 Memakai gelang besi


 Mengikat dan menyanggul rambut dengan
kemas

2. Amalan di atas diamalkan oleh.........................................


A. Jayanti
B. Manjeet
C. Robert
D. Hashim

3. Amalan menghormati agama dan kepercayaan dalam sesebuah masyarakat


amat dituntut oleh...................................................
A. semua agama
B. sebahagian agama sahaja
C. agama Buddha sahaja
D. agama Kristian sahaja

1
Soalan 4 dan 5 berdasarkan gambar di bawah.

4. Apakah aktiviti yang dijalankan dalam gambar di atas?


A. Menanam pokok
B. Gotong royong
C. Mengutip derma
D. Majlis perkahwinan

5. Di manakah aktiviti tersebut diadakan?


A. Kebun buah-buahan
B. Kawasan kejiranan
C. Sekolah
D. Masjid

6. Berikut merupakan bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia bagi


membantu mangsa tsunami di negara luar kecuali
A. Makanan
B. Pakaian
C. Ubat-ubatan
D. Kereta

7. Bapa rakan kamu meminta kamu mengajar anaknya yang lemah dalam
matapelajaran Matematik. Apakah tindakan kamu?
A. Bersetuju dengan permintaannya
B. Menolak permintaannya
C. Tidak mengendahkan permintaannya
D. Buat tidak tahu

2
8. Yang berikut merupakan cara untuk membantu rakan kamu yang memerlukan
wang yang banyak untuk menjalani pembedahan, kecuali
A. Melakukan kutipan derma di sekolah
B. Menyediakan tabung derma di premis perniagaan
C. Membelanjakan duit kutipan derma
D. Menyebarkan perihal rakan memerlukan wang pembedahan di akhbar atau
laman sosial

9. Apakah kebaikan yang diperoleh apabila mengamalkan sikap baik hati terhadap
masyarakat setempat?
A. Meringankan beban anggota masyarakat
B. Menyusahkan diri sendiri
C. Membebankan diri sendiri
D. Masyarakat membenci

Soalan 10 dan 11 berdasarkan gambar di bawah.

10. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid
tersebut?
A Apakah yang makcik beli?
B Biar saya tolong makcik bawa barang-barang ini.
C Makcik berjalan terlalu lambat.
D Makcik dari mana?

3
11. Apakah amalan mulia yang ada dalam diri murid tersebut?
A Bersopan santun.
B Tolong menolong.
C Berdedikasi.
D Berkeyakinan tinggi.

12. Marlin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi
dia dituduh meniru dalam peperiksaan tersebut. Apakah yang sepatutnya Marlin
lakukan?
i- Berdiam diri sahaja.
ii- Nafikan tuduhan tersebut.
iii- Tunjukkan kertas jawapan peperiksaan.
iv- Bandingkan jawapan dengan orang lain atau buku rujukan.

A i dan ii C i, iii dan iv


B i,ii dan iii D ii, iii dan iv

13. Apakah maksud singkatan RELA?


A. Rakan cop
B. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
C. Ketua Polis Negara
D. Sukarela dalam membuat sesuatu kerja

14. Pilih 1 aktiviti yang sesuai untuk dijadikan sebagai persembahan terima kasih
kepada ketua kampung kamu.
A. Tarian gelek
B. Tarian dangdut
C. Deklamasi sajak
D. Laungan suara

4
15. Antara berikut, yang manakah bukan cara beradab apabila menghadiri majlis
rumah terbuka?
A. Berpakaian sopan
B. Memberikan salam kepada tuan rumah
C. Menampar tetamu yang ada
D. Meletakkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan di tempat yang
ditetapkan.

16. Bagaimanakah cara beradab apabila mengadiri aktiviti pengebumian?


A. Berpakaian serba merah
B. Mengucapkan takziah kepada si mati
C. Bercerita kerburukan si mati
D. Mematuhi adab dan budaya keluarga yang berkabung.

17. Apakah perasaan apabila dapat beradab sopan dalam majlis dan upacara
masyarakat?
A. Gelisah
B. Gundah gulana
C. Gembira
D. Sedih

18. Apakah panggilan kehormat yang sesuai untuk Dato’Seri?


A. Pak cik
B. Mak cik
C. Yang Berbahagia
D. Yang Berusaha

19. Bagaimanakah cara menghormati pemimpin setempat?


A. Menunjukkan hormat kepada pemimpin setempat
B. Menggunakan bahasa kasar semasa bercakap dengan Pengerusi Persatuan
wanita
C. Menendang pintu sebelum masuk ke pejabaT Pengerusi Jawatankuasa
Kampung
D. Menepuk dahi tok batin semasa lalu di hadapannya

5
20. kalau ke majlis, ada adabnya,
Berikan salam dan bertanya khabar
Kalau ke majlis, ada adabnya
Berikan salam dan bertanya khabar

Berdasarkan lirik lagu dikir barat di atas, apakah mesej yang ingin disampaikan?
A. Mari bersopan dengan masyarakat
B. Bersopan santun semasa bercakap dengan kawan
C. Mengikut adab dalam upacara majlis
D. Memberi salam dan bertanya khabar

6
BAHAGIAN B ( 10 MARKAH )

Tandakan ( √ ) pada perkara yang patut dilakukan dan ( X ) pada perkara yang

tidak patut dilakukan

1. Nasa membeli tiga batang aiskrim dan memberikan asikrim tersebut kepada

dua orang adiknya. ( )

2. Deneshwaran melihat abangnya sedang menyapu daun kering di halaman

rumahnya. Dia tidak menolong abangnya sedangkan dia tidak berbuat apa-

apa. ( )

3. Shah Indra malas membaca buku pelajaran walaupun telah beberapa kali

disuruh ibunya. Dia hanya menonton televisyen sahaja. ( )

4. Lai Poh Mu mengucapkan terima kasih kepada abangnya kerana

membelikannya sebuah kotak pensel yang baru. ( )

5. Pak Zainizan sudah tua tetapi dia tetap bekerja. Anak sulungnya pula hanya

duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa pekerjaan. ( )

6. Razizan menghormati ibu dan bapanya. Dia jarang menyusahkan mereka.( )

7. Piravin berasa cemburu melihat adiknya yang berumur 3 tahun mendapat

mainan baru yang dibelikan oleh bapanya. ( )

8. Ibu dan bapa Norrie sentiasa memberi galakan dalam aktiviti-aktiviti berfaedah

yang disertai olehnya. ( )

9. Syarlieza sentiasa mendengar dan menghormati pendapat adik-beradiknya

walaupun bercanggah dengan pendapatnya. ( )

10. Andy Flop Poppy mengulang kaji pelajaran sambil bermain permainan

komputer di dalam biliknya. ( )

7
BAHAGIAN C ( 10 MARKAH )

GARISKAN JAWAPAN YANG BETUL

1. Penggunaan semula bahan buangan haruslah diteruskan untuk mengatasi

kekurangan (sumber, keindahan, kebersihan) alam.

2. Anak yang baik dan bertanggungjawab akan mengelakkan diri daripada gejala

(positif, negatif, sombong) yang memalukan keluarga.

3. Masyarakat yang prihatin akan memastikan (bas awam, kemudahan awam,

rumah awam) tidak dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

4. Kita hendaklah (bekerjasama, sendiri, berasingan) untuk memupuk perpaduan

masyarakat yang pelbagai bangsa.

5. Orang yang memegang prinsip bersih, cekap dan amanah tidak akan

menerima (hadiah, rasuah, kasih sayang).

6. Kebersihan tempat tinggal adalah (tanggapan, jawapan, tanggungjawab)

setiap anggota masyarakat agar kesihatan akan terjamin.

7. Kesejahteraan hidup bermasyarakat akan dapat dicapai jika setiap anggota

masyarakat bertolak ansur dan (bekerjasama, ambil kerja, mengerjakan).

8. Individu yang peka terhadap isu-isu social akan sentiasa (leka, membiarkan,

prihatin) terhadap masalah yang berlaku di sekitar mereka.

9. Setiap individu hendaklah menerima dan mematuhi (nasihat, peraturan,

sokongan) yang telah ditetapkan.

10. Kita perlu (memarahi, membantu, mengutuk) mangsa bencana alam.

8
BAHAGIAN D

Lengkapkan jadual di bawah ini tentang cara menghormati amalan agama dan
kepercayaan mereka. ( 10 markah )

Tidak makan Tidak bersangka buruk Tidak memperlekehkan


daging di hadapan terhadap kepercayaan amalan tersebut
mereka mereka

Senyap dan tidak Tidak merosakkan bunga malai yang


berbuat bising dikalungkan pada dewa dan dewi.

Masyarakat Amalan/kepercayaan Cara menghormati


1. Cina Makan sajian vegetarian
pada hari pertama dan
hari ke 15.

2. Semelai Melakukan ritual kepada


semangat alam dan
makhluk halus yang
mempunyai kuasa.

3. Negrito Meminta bantuan Tok


Halaq (dukun) apabila
ditimpa malapetaka.

4. Sikh Memakai gelang besi


dan tidak memotong
rambut.

5. India Mengalungkan bunga


malai pada dewa dan
dewi.

9
BAHAGIAN E ( 20 MARKAH )
1. Nyatakan tiga bantuan yang boleh anda berikan kepada mangsa banjir. (3 markah)

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

2. Berikan tiga kesan negatif yang akan berlaku daripada masalah penyalahgunaan
dadah. (3 markah)

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

3. Apakah tiga kesan buruk jika seorang ayah bersikap tidak adil terhadap anak-
anaknya. (3markah)

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

4. Nyatakan empat tanggungjawab seorang anak terhadap anggota keluarga.


(4 markah)

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

10
5. Nyatakan tiga cara untuk kita membalas jasa ibu dan bapa. ( 3 markah )

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

6. Nyatakan perasaan kamu apabila dapat membantu jiran yang dalam kesusahan.
( 4 markah )

(a) ______________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________

(c) ______________________________________________________________

(d) ______________________________________________________________

11

Anda mungkin juga menyukai