Anda di halaman 1dari 6

Nama :____________________________________ Tahun : 3 I / P / K

SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan (Baca dan fahamkan kemudian tampal di dalam buku tulis
BM 1
Nota
1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan  kata bilangan.
2.  Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz,dan
sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang
 Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya.
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-
buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat
Untuk pisang

ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya.

utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Nama :____________________________________ Tahun : 3 I / P / K

Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah:


(Setelah siap hantar semula ke sekolah pada hujung minggu).

1.   Kakak Tina membelikan empat   (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya.


2.   Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak
kucingnya yang baru lahir itu.

3.   Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.

4.   Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah.

5.   Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus


(rangkap,patah,butir) perkataan.

 6.   Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk


mandi.

7.   Abang belikan tunangnya se(gulung,utas,ulas) rantai emas.

8.   Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku


rampaian.

9.   Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar


perkahwinan kakak.

10. Zamri mempunyai dua  (helai,buah,utas) baju sukan.

11. Lidahnya kelu sehingga tiada se (buah,bentuk,patah) perkataan pun


yang dapat dituturkan.

12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama di atas se (pucuk,keping,ulas)


kertas.

13. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das,dentuman,biji) tembakan ke


arah penjenayah itu.
14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang) kasut sempena hari raya.
lama.

16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se


(batang,ketul,buah) batu besar di tengah jalan.

17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh (ulas,tandan,biji) buah mangga.

18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telah hilang malam tadi.

19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakan dua (utas,gulung,bidang)


tali.

20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat


kebuluran.

Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:
1.  Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.
A. ketul                                                B. batang
C. buah                                 D. bungkus

2.  Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.

A. buku                                                B.ulas


C. ketul                                 D. kerat

3.  Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

A. rangkap                          B. perenggan


C. patah                               D. baris

 4.  Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

A. pucuk                              B. rumpun


C. kuntum                           D. bungkus

5.  Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.
A. bilah                                 B. pucuk
C. butir                                 D. batang

6.  Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.
A. utas ... gulung              B. bentuk ... buah
C. biji ... utas                      D. bentuk ... utas

7.  Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.
A. pasang ... biji                B.            buah ... pasang
C. biji ... buah                     D. buah ... bentuk

8.  Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang
dijadikan kolam untuk menternak ikan.
A. batang ... buah            B. buah ... batang
C. batang ... butir             D. biji ... patah

9.  Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.
A. rangkap ... buah          B. baris ... baris
C. patah ... biji                   D. baris ... patah

10. Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam
     akuarium.
A. buah ... helai                 B. ekor ... tangkai
C. biji ... kuntum               D. ekor ... tandan
 11. Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun 
       pandan.
A. cawan ... helai              B. cubit ... rumpun
C. kilo ... keping                                D. cubit ... helai

12. Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi
penempatan
      para pekerjanya.
A. bidang ... buah             B. ketul ... biji
C. bidang ... bentuk         D. buah ... buah

13. Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se 
      _______ pokok buluh di tepi sungai.
A. butir ... rumpun           B. buah ... batang
C. biji ... pohon                  D. butir ... buah

14. Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis 
       hari jadi kawannya.
A. biji ... gelas                    B. potong ... buah
C. potong ... gelas            D. keping ... biji

15. Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang 
      dikirimkan oleh nenek dari kampung.
A. butir ... sisir   B. biji ... tandan
C. buah ... biji     D. biji ... keping

Anda mungkin juga menyukai