Anda di halaman 1dari 12

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.Diakhir pembelajaran murid dapat :-


Tatabahasa
a) Memahami maksud penjodoh bilangan
b) Membina dan menulis sekurang kurangnya 5 ayat yang
mengandungi penjodoh bilangan dengan betul dan
gramatis.
c) Menggunakan penjodoh bilangan dengan betul mengikut
konteks ayat.
Penulisan
a) Memindahkan maklumat daripada bahan bukan grafik
kepada ayat lengkap.
b) Menulis karangan lengkap berdasarkan bahan rangsangan
yang diberi.
PANDUAN DAN ARAHAN

1. SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI SEMUA KANDUNGAN BAHAN


BERCETAK INI.
2. PASTIKAN ANDA FAHAM APA YANG PERLU DIBUAT.
3. LAKSANAKAN TUGASAN MENGIKUT URUTAN DALAM MODUL.
4. SIAPKAN TUGASAN MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN.
5. PASTIKAN ANDA JUJUR PADA DIRI ANDA SENDIRI SUPAYA PENINGKATAN
KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN DAPAT DICAPAI.
6. BERBANGGALAH DENGAN DIRI ANDA KERANA MENYELESAIKAN TUGASAN
INI DENGAN USAHA ANDA SENDIRI.
7. TUGASAN YANG TELAH SIAP BOLEHLAH DIHANTAR SEMULA KE DALAM
KOTAK KHAS YANG TELAH DISEDIAKAN DI PONDOK PENGAWAL.
8. KEKAL SIHAT,DUDUK DI RUMAH DAN JAGA JARAK FIZIKAL.

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MODUL : 23. OKTOBER 2020


NOTA: PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan


kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.

Penjodoh Bilangan Penggunaan

baris Untuk benda yang bersusun atau


orang yang beratur seperti kedai,
pokok, orang dan sebagainya
batang Untuk benda yang panjang seperti
kayu, pokok, sungai, pen, dan
sebagainya
biji Untuk benda yang kecil-kecil
seperti telur, manik, buah-buahan,
dan sebagainya
cucuk Untuk benda-benda yang dicucuk
seperti sate, buah-buahan, dan
sebagainya

das Untuk bunyi tembakan senapang


atau meriam

ekor Untuk haiwan sepeti kucing,


monyet, lembu, dan sebagainya

gugus Untuk pulau atau buah-buahan


seperti anggur, rambutan, dan
sebagainya

ikat Untuk benda-benda yang diikat


seperti kayau, buah-buahan, sayur-
sayuran, dan sebagainya

jambak Untuk benda yang dalam bentuk


karangan atau berangkai-rangkai
seperi bunga, anak kunci, buah-
buahan, dan sebagainya
keping Untuk benda yang nipis dan pipih
seperti roti, papan, gambar, dan
sebagainya

ketul Untuk benda-benda yang berketul


dan padu seperti batu, ais, arang,
dan sebagainya
laras Untuk senjata api seperti
senapang, meriam, dan
sebagainya
lembar Untuk benda yang panjang dan
halus seperti benang, tali, dan
sebagainya
pasang Untuk benda-benda yang
berpasangan seperti baju, anting-
anting, kasut, dan sebagainya
sikat Untuk pisang

ulas Untuk isi buah seperti durian,


cempedak, nangka, dan
sebagainya

utas Untuk benda yang panjang dan


dapat digulung seperti rantai,
dawai, tali, dan sebagainya

Tip

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi


peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan. (betul)

Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak


digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan


untuk menghitung kata nama abstrak.

3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan


di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di
rambutnya. (betul)

Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan


bersesuaian dengan konteks ayat.

Bina lima ayat yang mengandungi penjodoh bilangan.

1.

2.

3.

4.

5.
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-
ayat berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus


__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia


A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.


A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.


A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.


A kelompok
B tompok
C buah
D biji
7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia
menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.


A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.


A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.


A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .


A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.


A baris
B patah
C rangkap
D buah
CONTOH SOALAN : KARANGAN GOTONG-ROYONG
Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang
aktiviti gotong-royong yang pernah kamu sertai.

Langkah 1
i) Baca soalan berulang kali untuk tujuan memahami.
ii) Garisi kata kunci dan kehendak soalan .
Contoh:
Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah. Tuliskan sebuah karangan
tentang aktiviti gotong-royong yang pernah kamu sertai.
iii) Lengkapkan tempat kosong berpandukan kata tanya yang diberi.

Gotong - royong
1. Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah.
2. Saya dan ____________ (siapa ) menyertai gotong-royong pada ____________ (bila).
3. Gotong-royong diadakan untuk _____________ (apa)
4. Kami membawa ____________ (apa).
5. Kami dibahagikan kepada ______________ (berapa) kumpulan.
6. Kami ditugaskan buat ______________ (apa).
7. Saya pun buat ______________ (apa).
8. Kawan saya pula buat ____________ (apa) di ___________. (di mana)
9. Kami buang sampah di ______________ (mana).
10. Kumpulan lain menanam _____________ (apa) untuk ___________ (apa)
11. Kawasan sekolah jadi ______________ ( apa).
12. Guru-guru sediakan _______________ (apa )
13. Kami berhenti rehat dan minum ______________ (apa)
14. Saya dan ______________ (siapa ) pun pulang.
15. Saya berasa ______________ (apa) kerana ______________ (apa)
16. Saya dan ______________ (siapa) berharap agar aktiviti ini diadakan lagi pada masa
akan datang.
Langkah 2

Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah. Tuliskan sebuah karangan


tentang aktiviti gotong-royong yang pernah kamu sertai.

Gotong royong

1. Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah


2. Saya dan ______________ menyertai gotong-royong pada ______________.
3. Gotong-royong diadakan untuk _____________ .
4. Kami membawa ____________ .
5. Kami dibahagikan kepada ______________ kumpulan.
6. Kami ditugaskan buat ______________ .
7. Saya pun buat ______________ .
8. Kawan saya pula buat _____________ di ______________ .
9. Kami buang sampah di ______________ .
10. Kumpulan lain menanam ______________ untuk ______________ .
11. Kawasan sekolah jadi ______________ .
12. Guru-guru sediakan _______________ .
13. Kami berhenti rehat dan minum ______________ .
14 Saya dan ______________ pun pulang.
15. Saya berasa ______________ kerana ______________ .
16. Saya dan ______________ berharap agar aktiviti ini diadakan lagi pada masa akan
datang.

Nota
a. Isi di atas boleh digunakan untuk format Berita, Laporan, Keperihalan dan Surat Kiriman
Tidak Rasmi sebagai pengukuhan dan pengayaan.
Langkah 3
Salin semula ayat yang lengkap dalam beberapa perenggan mengikut kaedah (233332)
/ (233331) antara 15 hingga 16 ayat.

Pendahuluan Salin semula ayat 1 dan ayat 2


(2 ayat)
Perenggan 2 Salin ayat 3, 4 dan 5
(3 ayat)
Perenggan 3 Salin ayat 6, 7 dan 8
(3 ayat)
Perenggan 4 Salin ayat 9, 10 dan 11
(3 ayat)
Perenggan 5 Salin ayat 12,13 dan 14
(3 ayat)
Penutup Salin ayat 15 dan 16
(2 ayat)
Langkah 4

Salin semula perenggan di atas dalam bentuk karangan yang lengkap.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________
______________________________________________________________________
________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai