PENJODOH BILANGAN
Nota
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut
bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
4. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan.
5. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang
dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan
sebagainya.
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga,
anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan
sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan
sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya.
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan
sebagainya
Tips
ditetapkan. (salah)
(betul)
2 (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah)
abstrak.
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,
gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang pasir, beras, padi
digenggam
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit,
kunci
gulung untuk benda-benda yang filem, permaidani, tikar, dawai,
bergulung kertas
helai untuk benda-benda yang nipis daun, baju, kertas, kain, tuala,
dan lebar rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang bawang, timun, daging, buahbuahan
dipotong kecil-kecil
jambak untuk benda-benda yang bunga, kunci
bertangkai atau berangkai-
rangkai
kaki untuk benda-benda yang payung, cendawan, bungs
bertangkai
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, burung, awan, pulau, bintang
haiwan, dan benda
kepal untuk benda-benda yang dikepal nasi, pulut, tanah
dengan tangan
keping untuk benda-benda yang nipis roti, papan, kad, gambar, biskut,
atau pipih tanah
kerat untuk bahagian benda-benda roti, tiang
yang dipotong
Ketul untuk benda-benda yang ais, daging, tulang, sabun, roti
berketul dan padu
Kotak untuk benda-benda yang mancis, pensel, rokok, sabun, ubat
diisikan di dalam kotak nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan kertas, dawai, benang
panjang
longgok untuk benda-benda yang berada durian, pakaian, tanah, cili
dalam longgokan
naskhah untuk bahan bacaan yang surat khabar, risalah, majalah,
berjilid makalah, buku
1 Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi
di kebunnya.
A ikat … ulas B cekak…biji
C jemput…butir D rumpun…genggam
4 Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
A seketul B segumpul C selonggok D sehelai
6 Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah
pangsa untuk penempatan setinggan.
A blok B bidang C kumpulan D gugus
7 Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering
untuk menghidupkan unggun api.
A batang…pokok B keping…gugus
C puntung…helai D rumpun…longgok
8 Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas
10 Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu
semasa menyerbu rumah pengedar dadah itu.
A keping B buah C helai D potong
19 Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat
semalam.
A batang B baris C kaki D jalur
23 Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca.
A kaki B kajang C lembar D cebis
26 Mak Teh memetik _______ pucuk ubi dan tujuh terung di kebunnya.
A sehelai…butir B seikat…butir C sepohon…buah D secekak…biji
27 Mak Nab telah menanam lima ______ pokok cempedak di atas ______
tanahnya.
A batang…sekeping B rumpun…sebidang
C ulas…serelung D batang…sekaki
32 Tangan kanan petani itu memegah kuku kambing sementara tangan kirinya
memegang se_______ anak benih padi.
A bungkus B gugus C genggam D gemal
43 Pekebun itu membawa beberapa _______ pucuk paku dan tiga ________
pisang emas.
A ikat…tandan B berkas…sikat
C sikat…biji D batang…tandan
50 Di belakang rumah buruk itu terdapat _______ daun pandan yang hidup
dengan subur .
A sepohon B seruas C serumpun D sekuntum
52 Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk
memagari kebunnya .
A gulung…sebilah B gelung…sekotak
C gugus…sebatang D gelung…sebaldi
54 Beberapa ______ gelang emas dan tiga _______ cincin berlian telah
dicuri.
A tangkai…ketul B keping…biji
C urat…bentuk D buah…utas
59 Di hadapan rumah Ketua Kampung itu ada _______ pokok mangga dan
________ buluh.
A sebuah…sejambak B sebatang…serumpun
C sebatang…setimbun D setangkai…seruas
60 Pemburu itu ke hutan dengan membawa _______ parang dan ________
tali untuk mencari rotan.
A sekerat…selembar B sebilah…seutas
C selaras…segulung D sebatang…segelung
61 Nenek menanam empat _______ sayur sawi dan beberapa _______ serai
di belakang rumah.
A deret…kelompok B pucuk…batang
C batas…rumpun D pohon…jambak
64 Yusliza makan lima _______ sate dan tiga _______ nasi himpit.
A batang…ketul B cucuk…ketul C bungkus…butir D papan…ulas
66 Harga _______ pisang emas ialah empat puluh sen manakala harga
_______ pisang ialah lima ringgit.
A setandan…sepohon B sebatang…sebutir
C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
69 Peniaga itu kehilangan _______ kunci dan ________ dompet semasa dari
berkelah di pantai Teluk Batik.
A sebentuk…selaras B sejambak…sebuah
C setangkai…seuntai D segugus…sebidang
70 Nazira mengambil _______ isi ikan terubuk baker yang masih panas itu.
A secubit B segenggam C seulas D sepucuk
74 Nenek menyapukan beberapa _______ kapur di atas daun sirih itu lalu
menggobeknya.
A kepal B carik C calit D colek
75 Encik Yusof membeli beberapa _______ buluh dan lima ______ kelapa di
pasar tani untuk membuat lemang.
A batang…butir B ruas…biji C rumpun…ulas D batang…buah
76 Ibu memetik _______ kangkung di tepi paya untuk dimasak gulai lemak.
A segenggam B secekak C segugus D sejambak
77 Yani membeli tiga _______ tapai ubi dan dua _______ lemang di pasar
malam.
A bungkus…potong B buku…ketul C gugus…puntung D biji…rumpun
85 Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk
memagari kebunnya.
A gulung…sebilah B gelung…sekotak
C gugus…batang D gelung…sebaldi
91 Pak Mat ke kedai untuk membeli se _______ payung dan se _______ jala.
A bentuk…rawan B buah…biji C kaki…batang D kaki…rawan
100 Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang
pencinta alam sekitar.
A batang B pohon C kaki D pucuk